Vous êtes sur la page 1sur 6

Cempaka Berdarah A.

Rahim Abdullah
Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sambil menanti kepulangan Zaman yang sedang belajar di universiti di Kuala Lumpur. Kedua-dua anak beranak ini sungguh teruja dengan kepulangan Zaman kerana Zaman telah lama tidak pulang ke kampung. Tiba-tiba terdengar orang memanggil di luar rumah. Kedua-dua beranak itu mengintai dari lubang pintu dan mendapati seorang lelaki seperti orang putih. Mak Jah menyuruh Cempaka bersembunyi di dalam bilik sebelum membuka pintu. Orang putih itu, iaitu Prof. Peter memperkenalkan dirinya sebagai pensyarah kepada Zaman. Prof. Peter dibenarkan masuk ke dalam rumah. Prof. Peter memberitahu Mak Jah tentang minatnya pada sejarah. Selepas itu, Prof. Peter telah berbual-bual dengan Mak Jah tentang Zaman yang dikatakan keras kepala sambil bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding. Prof. Peter meminta diri sambil memberitahu Mak Jah yang dia ingin melihat-lihat sekitar kampung. Zaman dan adiknya, iaitu Cempaka telah masuk ke sebuah belukar di kampungnya. Zaman dan Cempaka telah berbual-bual tentang bonsai, perlunya usaha gigih untuk tidak berputih mata, dan berniaga adalah sunah nabi. Kemudian, Zaman menyuruh Cempaka pulang ke rumah mengambil parang. Cempaka pun berlari pulang untuk mengambil parang kerana dia mahu Zaman mengambilkannya bunga kenanga. Sepeninggalan Cempaka, Zaman didatangi Prof. Peter dan Malik, iaitu sahabat Zaman yang tidak bersekolah tinggi. Zaman berbual-bual dengan Prof. Peter dan Malik dan perbualan mereka kadang kala menimbulkan pertelingkahan. Kemudian, Prof. Peter dan Malik pergi manakala Zaman tertanya-tanya sebab Prof. Peter datang ke kampungnya itu. Sejurus itu, Cempaka datang semula sambil membawa parang. Cempaka menyedari perubahan Zaman lalu bertanyakan sebabnya. Zaman bertanya tentang Malik. Cempaka memberitahu Malik kini sudah berubah. Ketika Zaman mengambilkan adiknya itu bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul lagi. Wujud pertengkaran sekali lagi antara mereka. Prof. Peter ingin mengetahui perihal rambut perang Cempaka dan memberitahu Zaman bahawa Cempaka bukan adiknya. Kemudian Mak Jah pun tiba sambil memarahi Prof. Peter kerana Prof. Peter ingin menyakiti hatinya dan merampas Cempaka. Lantas Prof. Peter mengimbas peristiwa semasa perang Jepun kepada semua. Prof. Peter mengatakan bahawa ibunya telah menyorokkan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan mengatakan adiknya itu telah ditemui oleh Mak Jah. Oleh itu, Prof Peter mengatakan bahawa Cempaka adalah adiknya dan dia mahu adiknya hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran itu berlaku, Prof. Peter terlihat seekor ular di atas kepala Cempaka lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah dan Mak Jah meraung apabila melihat keadaan Cempaka yang berlumuran darah. Zaman berasa amat marah dan ingin membalas perbuatan Prof. Peter. Walaupun Prof. Peter menjelaskan niatnya, Zaman tidak menerimanya. Semasa pergelutan berlaku antara Zaman dengan Prof. Peter, Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter. Akhirnya, Prof. Peter melarikan diri ke dalam hutan. Zaman pula mengambil parangnya dan mengejar Prof. Peter. Satu das letupan senapang kedengaran dan membuatkan semuanya tercengang. Mak Jah meraung sambil memanggil nama anaknya. Zaman pula terpukau sambil datang kepada ibunya semula. Mak Jah bersyukur apabila melihat Zaman selamat. Kemudian, Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang telah tidak sedarkan diri itu. Tema Tema novel ini ialah kesungguhan mempertahankan hak dan maruah keluarga. Contohnya, Mak Jah dan Zaman mempertahankan hak mereka untuk memelihara Cempaka daripada dirampas oleh abang kandungnya, Prof. Peter. Persoalan 1. Kasih sayang sesama insan tidak mengenal keturunan dan agama. Contohnya, Mak Jah dan Zaman menyayangi Cempaka walaupun Cempaka adalah anak orang putih, iaitu bangsa yang menjajah tanah air mereka. 2. Kepentingan pendidikan untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga. Contohnya, Mak Jah telah menghantar Zaman belajar ke universiti dengan harapan Zaman akan membela nasib keluarganya yang miskin. 3. Kesombongan diri telah membuatkan seseorang itu tidak bertindak dengan bijaksana dan rasional serta membawa kepada kegagalan. Contohnya, Prof. Peter dengan sombong telah

mengatakan bahawa kampung Zaman sebagai busuk, kotor, dan tidak bertamadun. Sikap itu telah membuatkan dia bertindak secara tidak bijak dan rasional. Akhirnya, usahanya untuk mendapatkan adiknya gagal. 4. Setiap orang mempunyai hak tetapi hak itu mesti dibela dan dipertahankan dengan cara yang betul. Contohnya, Prof. Peter mempunyai hak atas Cempaka tetapi hak itu telah dibela dan dipertahankan dengan cara yang salah. 5. Sejarah yang telah berlaku penting sebagai iktibar oleh setiap orang. Misalnya, Mak Jah dan Zaman hendaklah mengambil kira sejarah diri Cempaka. Begitu juga Prof. Peter mesti mengambil iktibar akan sejarah yang telah berlaku pada diri Cempaka yang dikatakan adiknya.

Watak dan Perwatakan Zaman 1. Zaman adalah watak utama drama ini. 2. Zaman adalah anak lelaki Mak Jah. 3. Zaman menuntut di sebuah universiti di Kuala Lumpur. 4. Zaman seorang yang keras kepala seperti bapanya. Hal ini dinyatakan oleh Prof. Peter dan turut diakui oleh ibunya. 5. Zaman, abang yang penyayang kerana sanggup mengambilkan Cempaka bunga kenanga. 6. Dia seorang yang berani dalam mempertahankan haknya sehingga dia sanggup bergelut dengan Prof. Peter. 7. Dia pandai menghidu peluang seperti mencari akar-akar mati untuk diukir serta dijual di Kuala Lumpur.

Mak Jah 1. Mak Jah adalah ibu kepada Zaman dan ibu angkat Cempaka. 2. Mak Jah adalah ibu yang penyayang. Dia sangat sayang akan Cempaka dan berusaha untuk mempertahankan Cempaka daripada dirampas oleh abangnya. 3. Mak Jah berasa rendah diri dan takut pada orang putih dan memanggil orang putih sebagai tuan. 1. Dia seorang yang berhati-hati. Dia segera menyuruh Cempaka bersembunyi di dalam bilik apabila Prof. Peter yang tidak dikenalinya clatang. 1. Mak Jah bersopan santun. Dia melayan tetamunya, iaitu Prof. Peter dengan baik. 2. Dia mempunyai iman yang kuat kerana dia segera menyebut nama Allah apabila terdengar letupan senapang. Cempaka 1. 2. Gadis yang tidak bersekolah tinggi. Cempaka berambut perang. 3. Cempaka adalah adik angkat Zaman yang manja. Dia meminta Zaman mengambilkannya bunga kenanga. 2. Cempaka berpendirian tegas apabila mengatakan bahawa dia anak Mak Jah dan adik Zaman kepada Prof. Peter. 3. Cempaka mudah menangis apabila Prof. Peter ingin merebutnya daripada Mak Jah dan Zaman. Prof Peter 1. Profesor dalam bidang antropologi dan sosiologi di sebuah universiti di Kuala Lumpur. 2. Prof. Peter berbangsa Inggeris. 3. Prof. Peter adalah pensyarah Zaman. 4. Dia tidak bijak menyelesaikan masalahnya apabila sanggup berbalah dengan Zaman dan Mak Jah untuk mendapatkan Cempaka. 5. Prof. Peter sombong apabila menghina kampung Mak Jah. 6. Prof. Peter tidak cekap menggunakan senapang apabila tembakannya tidak mengenai

sasaran sebaliknya mengenai Cempaka. Malik 1. Anak muda yang tidak terpelajar. 2.Dia mudah terpengaruh oleh kata-kata Prof. Peter. 3. Selain itu, Malik mudah lupa diri kerana sanggup menghina Zaman, iaitu kawannya sejak kecil sewaktu dia mengiringi Prof. Peter. 4. Pemuda yang tidak sopan apabila sanggup mengatakan yang dia tertarik pada rambut perang Cempaka. Latar Latar Tempat 1. Di rumah Mak Jah. Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas sambil berbual-bual tentang anaknya, iaitu Zaman yang akan pulang bercuti. Tiba-tiba ada seorang yang tinggi seperti orang putih memanggil dari luar. 2. 3. Di pinggir belukar. Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga dan bergelut dengan Prof. Peter.

Di tebing sungai Bukit Putih. Di tebing sungai Bukit Putih, ibu Prof. Peter telah menyembunyikan adiknya daripada tentera Jepun. 4. Di banglo buruk. Prof. Peter pulang ke banglo buruk di Estet Putih pada setiap tahun dalam usaha untuk mencari adiknya. 5. Di Kuala Lumpur. Letaknya universiti Zaman dan tempat ukiran kayu mati, kayu laut, tunggul buluh, dan rotan dijual. Latar Masa 1. Masa cuti pengajian. Zaman pulang ke kampung pada masa cuti penggal pengajian akhir tahunnya. Petang. Zaman dan Cempaka ke belukar mencari bunga kenanga dan mencari akar-akar kayu tumbang di tebing sungai. 3. Waktu pagi menjelang tengah hari. Mak Jah mengemas rumah bersama-sama dengan Cempaka. 2. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang sombong. Prof. Peter bersikap sombong apabila memandang hina kampung Mak Jah dan tidak menghargai Mak Jah yang memelihara Cempaka yang didakwa sebagai adiknya. 2. Masyarakat yang lupa diri. Malik seorang yang telah lupa diri apabila terpengaruh oleh katakata Prof. Peter. 3. Masyarakat yang pandai mengambil peluang. Zaman pandai mengambil peluang untuk memperoleh rezeki dengan mengambil akar-akar kayu mati untuk diukir serta dijual di Kuala Lumpur. 4. Masyarakat penyayang. Mak Jah seorang yang penyayang apabila menyayangi Zaman dan Cempaka. 5. Masyarakat kampung. Mak Jah dan Cempaka adalah masyarakat kampung yang terlalu menghormati orang putih walaupun bangsa itu pernah menjajah mereka. Plot Binaan Plot 1. Plot drama Cempaka Berdarah terbahagi kepada dua babak cerita. Berdasarkan keduadua babak itu, plot drama itu terbahagi kepada beberapa tahap, iaitu pengenalan, perkembangan cerita, klimaks, peleraian, dan penutup. Dalam setiap tahap plot drama ini mengandungi beberapa peristiwa. 2. Pada tahap pengenalan atau eksposisi, drama ini mengandungi peristiwa Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sambil menanti kepulangan Zaman dari Kuala Lumpur.

3.

4.

5.

6.

7.

Pada tahap ini juga drama mendedahkan peristiwa Prof. Peter datang ke rumah Mak Jah. P l o t c e r i t a m e m a s u k i t a h a p p e n g e m b a n g a n . P a d a t a h a p pengembangan cerita, drama mengandungi peristiwa Zaman dan Cempaka masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil bunga kenanga, berbual tentang bonsai dan tentang usaha gigih untuk maju. Plot memasuki tahap perumitan apabila Zaman bertemu dengan Prof. Peter yang diiringi Malik dan berlaku pertengkaran. Kemudian, Prof. Peter dan Malik pergi. Sejurus kemudian, kedua-duanya datang semula, iaitu semasa Zaman sudahpun mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Pada waktu ini, berlaku pertengkaran yang lebih hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang perang dan ingin merampas Cempaka kerana mendakwa Cempaka adalah adiknya. Pada tahap ini, Mak Jah datang dan memarahi Prof. Peter. Plot drama ini memasuki tahap klimaks cerita. Pada tahap klimaks ini, peristiwa Prof. Peter cuba menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi mengenai Cempaka. Lantaran itu, berlaku pergelutan antara Zaman dengan Prof. Peter. Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter. Plot drama memasuki tahap peleraian pula. Pada tahap ini, Prof. Peter telah melarikan diri ke dalam belukar. Zaman pun mengambil parangnya dan mengejar Prof. Peter. Tiba-tiba terdengar satu das letupan senapang yang menyebabkan mereka tercengang. Seterusnya, Zaman berjalan ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur kerana dia selamat. Plot drama memasuki tahap peleraian, iaitu Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri akibat tertembak.

1.

Teknik Plot Teknik saspens. Teknik saspens menimbulkan tanda tanya kepada pembaca. Pembaca akan mengalami suatu situasi ingin tahu berikutan peristiwa saspens itu. Contoh peristiwa yang menimbulkan saspens kepada pembaca antaranya termasuklah: (a) peristiwa Prof. Peter memanggil dari luar rumah ketika Mak Jah berbual-bual dengan Cempaka tentang Zaman. (b) peristiwa Prof. Peter masuk bertanyakan Cempaka apabila terpandang gambar Cempaka yang tergantung di dinding. (c) peristiwa Prof. Peter dan Malik tiba-tiba muncul menemui Zaman di belukar. Kehadiran Prof. Peter ini menimbulkan tanda tanya kepada Zaman. (d) peristiwa Prof. Peter memberitahu Mak Jah bahawa dia datang untuk menyiasat. Hal ini merupakan satu unsur saspens kerana pembaca juga tertanya-tanya tentang perkara yang ingin dilakukan oleh Prof. Peter itu.

(e) peristiwa Prof. Peter melarikan diri ke dalam hutan. Zaman mengambil parangnya lalu mengejar Prof. Peter. Kedengaran satu das letupan senapang. (f) peristiwa Cempaka bertanyakan abangnya tentang orang-orang yang berada bersama dengan abangnya di dalam hutan. Lebih-lebih lagi apabila orang itu bertanyakan Cempaka tentang warna rambutnya 2. Teknik imbas kembali. Teknik imbas kembali menunjukkan watak atau penulis mengimbau sesuatu peristiwa atau kejadian yang telah berlaku pada suatu ketika. Melalui teknik imbas kembali, penulis dapat mengembangkan cerita dan pembaca dapat mengetahui suatu peristiwa yang telah berlaku. Antara teknik imbas kembali dalam drama ini termasuklah: (a) perbualan antara Zaman dengan Prof. Peter. Contohnya: ...Rakyat negeri ini? Kerakyatan yang kamu dapat dengan tipu helah? Kau datang untuk memecahbelahkan kami,... (hal. 257) (a) perbualan Prof. Peter dengan Mak Jah. Contohnya: Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku. Engkaulah yang menjumpainya dan mencurinya... (hal. 257) (b) perbualan antara Prof. Peter dengan Zaman. Contohnya: ... Aku bernasib baik kerana dihantar belajar di England waktu Penang Dunia Kedua meletus. ... Setiap tahun aku pulang ke banglo buruk Estet Putih itu... (hal. 257 258 )

3. Teknik monolog. Teknik monolog ialah watak bercakap seorang diri atau bercakap dengan diri sendiri tentang sesuatu perkara. Teknik monolog dalam drama ini ialah ketika Zaman bercakap seorang diri setelah Prof. Peter dan Malik meninggalkannya. Contohnya: Apalah sebabnya Orang Putih itu ke sini? Berapa ringgit dia bayar pada Malik Yankee itu? Manusia, manusia...... (hal. 254) 4. T ekn i k pe m e ri a n . Dal am s kr i p dram a i ni terdapat j uga uns ur pemerian tetapi dalam drama pentas, unsur ini disebut sebagai prolog kerana pemerian ini dilakukan sebelum dialog disampaikan oleh watak. Contohnya: (a) Pengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka yang mengemas rumah. Contohnya: MAK JAH dan CEMPAKA sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan ZAMAN yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. (hal. 243) (a) Pengarang memerihalkan keadaan di tepi belukar tempat Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan bunga kenanga. Contohnya: Pohon dan akar kayu bergayutan. Terdapat sepohon bidara yang masak buahnya. Di suatu sudut terdapat sepohon kenanga akar yang sedang berbunga. Terdapat setangkai kenanga yang agak rendah kira-kira sembilan kaki terjuntai ke bawah. Bunyi burung berkicau riang di hutan. ZAMAN dan CEMPAKA berbual bagaimana hendak mendapatkan bunga kenanga di atas pohonnya. (hal. 250) (b)Pengarang memerihalkan tindakan Zaman ketika menunggu Cempaka. Contohnya: Z A M A N b e r j a l a n d a n d u d u k d i b a w a h p o h o n b i d a r a . PROF PETER berjalan di hadapan ZAMAN. Di bahunya tersandang sepucuk senapang. Dia berdiri di hadapan ZAMAN. ZAMAN tidak sedar akan kehadiran PROF PETER itu. Seketika kemudian barulah ZAMAN sedar dan terkejut. (hal. 252) Gaya Bahasa 1. Simile. Penulis telah menggunakan beberapa gaya bahasa simile atau perbandingan secara tidak langsung. Antara gaya bahasa simile dalam drama ini termasuklah: (a) ..., dia mahu masuk universiti macam abangnya juga. (hal. 249) (a) Orangnya tinggi mak, macam orang putihlah, ... (hal. 244) (b) Sudah berubah kamu sekarang ini, pakaian segak macam koboi pula. (hal. 252) (c) kita mesti berubah, seperti yang dicakapkan oleh Tuan Profesor ini. (hal. 253) 2. Peribahasa. Drama ini mengandungi beberapa peribahasa sebagai gaya bahasa juga. Antara contoh peribahasa dalam drama ini termasuklah: (a) tak sedap hati (hal. 250) (a) Kita putih mata... (hal. 251) (b) ... menutup bangkai gajah dengan nyiru yang buruk dan kecil, (hal. 256) (b) tali barut (hal. 251) (c) ...jangan hendak menempah aral di sini. (hal. 256) Sinkope. Drama ini banyak menggunakan sinkope atau penyingkatan kata. Unsur sinkope sesuai dengan bentuk bahasa lisan yang digunakan oleh watak dalam drama ini. Antara contoh unsur sinkope dalam drama ini ialah: Kedua-duanya harum, bang. (hal. 255) - bang adalah singkatan daripada kata abang. ... dengan Orang Putih itu nak tembak kera. (hal. 255) nak adalah singkatan daripada kata hendak. 4. Dah lama tuan, ... (hal. 246) - Dah adalah singkatan daripada kata sudah. Metafora. Drama ini banyak mengandungi contoh gaya bahasa metafora, iaitu bahasa perbandingan secara langsung. Beberapa contoh metafora yang ditemukan dalam drama ini termasuklah: (a) Orang jepun ganas dan kejam ... (hal. 246) Orang Jepun itu ganas dan kejam. Begitulah juga ganas dan kejam itu ialah Orang Jepun.

3.

(a) (b) (c)

5.

(a) Engkau gila!. (hal. 255) - Engkau itu gila dan gila itu engkau. (a) Aku bukan adikmu. (hal. 256) - Aku itu ialah bukan adikmu dan bukan adikmu itu ialah aku. Penggunaan kata pinjaman. Dalam drama ini juga terdapat penggunaan kata pinjaman bahasa Inggeris. Contoh: (a) Antoropologi (hal. 245) (b) Sosiologi (hal. 245)

(c) profesor (hal. 246) (d) vision (hal. 253) (e) romantic (hal. 255) Nilai 1. Nilai kasih Sayang. Sifat sayang-menyayangi antara ahli keluarga menjamin kebahagiaan. Contohnya, Mak Jah, Cempaka, dan Zaman saling menyayangi antara satu dengan yang lain dan menjadikan keluarga mereka bahagia walaupun hidup dalam kemiskinan. 2. Nilai keberanian. Hak yang dicabar hendaklah dipertahankan dengan sifat keberanian yang tinggi. Contohnya, Zaman telah menunjukkan sifat b er an i da l a m m em p er ta h a n k a n C em pa ka , i a i t u ad i k ny a daripada dirampas oleh Prof. Peter. 3. Nilai budi bahasa. Kehidupan berbudi bahasa hendaklah tidak terhad pada ahli keluarga tetapi meliputi semua orang sama ada dikenal atau tidak. Contohnya, Mak Jah telah melayan Prof. Peter dengan baik walaupun tidak mengenalnya. 4. Nilai berhati-hati dan berwaspada. Sifat berhati-hati dan berwaspada penting dalam mengelakkan sesuatu perkara buruk berlaku. Contohnya, Mak Jah telah menyuruh Cempaka bersembunyi di dalam bilik apabila Prof. Peter yang tidak dikenali datang ke rumah mereka. 5. Nilai kerajinan. Sifat rajin berusaha akan membolehkan seseorang mengubah nasib diri dan keluarga. Contohnya, Zaman rajin berusaha seperti mengambil akar-akar kayu tumbang untuk dijadikan ukiran dan dijual di Kuala Lumpur. Di samping itu, Zaman juga rajin belajar untuk berjaya dalam pengajian di universiti. Pengajaran 1. Setiap orang mesti rajin berusaha supaya dapat membela diri dan keluarga daripada kesusahan dan kemiskinan. Contohnya, Zaman yang gigih menuntut ilmu dengan harapan dapat mengubah nasib dirinya sekeluarga. 2. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau isu, seseorang itu mesti menyelesaikannya dengan tindakan dan fikiran yang rasional. Contohnya, Prof. Peter seharusnya tidak mengambil sikap terburu-buru dalam menuntut haknya terhadap Cempaka. Sikapnya itu telah menyebabkan pertengkaran antara dia dengan Zaman, menyebabkan Mak Jah marah, dan menyebabkan Cempaka tertembak. 3. Setiap manusia mesti hidup saling menyayangi tanpa mengira asal keturunan dan agama untuk menjamin keharmonian hidup. Contohnya, Mak Jah telah memelihara Cempaka sejak kecil dengan penuh kasih sayang walaupun Cempaka berbangsa Inggeris. 4. Sikap berhati-hati dan berwaspada mesti ada dalam diri setiap orang bagi mengelakkan sesuatu perbuatan jenayah berlaku dengan mudah. Contohnya, Mak Jah begitu berhati-hati sebelum membenarkan Prof. Peter masuk ke dalam rumahnya. Mak Jah juga meminta Cempaka bersembunyi untuk mengelakkan daripada sebarang bencana. 5. Seseorang itu hendaklah mempertahankan hak dengan penuh keberanian agar hak itu tidak dicabuli oleh orang lain dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, Mak Jah dan Zaman dengan berani mempertahankan Cempaka daripada dirampas oleh Prof. Peter. 6. Setiap orang mesti mempunyai budi bahasa yang tinggi supaya orang atau bangsa lain menghormati kita. Contohnya, Mak Jah melayan tetamunya, Prof. Peter dengan baik.

Vous aimerez peut-être aussi