Vous êtes sur la page 1sur 6

NAMA : Sulit Bahasa Malaysia 2011 1jam 15 minit

TAHUN :

100

SEKOLAH KEBANGSAAN LELAKI JALAN BATU JALAN RAJA LAUT KUALA LUMPUR

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH ( PKSR 2 ) 2011

BAHASA MALAYSIA ( PEMAHAMAN ) TAHUN 1 ( 1 JAM 15 MINIT )

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 8 bahagian iaitu A, B, C, D, E, F, G, H 2. Jawab semua soalan

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak

BAHAGIAN A Bulatkan huruf besar. A b R n T i B K


( 5 markah)

BAHAGIAN B Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang betul. pada dengan di ke dari

1. Sebuah pondok using terlatak ____________tepi sungai itu. 2. Fitriah sebaya _________________ adik Khalid. 3. Mereka baru pulang _______________Alor Setar. 4. Hari Guru akan diadakan ____________minggu hadapan. 5. Puan Salmiah pergi _______________ klinik gigi. (5 markah)

BAHAGIAN C Bulatkan jawapan yang paling sesuai.


6. Sulaiman berasal __________ Johor. A. daripada B. ke C. dari D. di Setiap hari Aiman dihantar _________taska. A. dari B. ke C. untuk D. di Coklat dibuat _______________buah koko. A. daripada B. dari C.kepada C.untuk

7.

8.

9.

Biskut raya itu dibuat ____________makcik Timah. A.daripada B.dari C.untuk D.oleh 10. Mereka pulang _____ rumah pada waktu senja. A.pada B.dari C.untuk D.kepada

(5 markah)

BAHAGIAN D Bulatkan penjodoh bilangan yang sesuai.


11. Bagi mengelakkan diri daripada terkena hujan, Ahmad membeli __________ payung. A. Sekeping C- Sebatang B. Sehelai D- Sekaki Beberapa ______________ tembakan pistol telah kedengaran sempena perasmian sukan

12

sekolah. A. das B. buah

C-batang D-kaki

13.

Ayah memberi ______________ anggur kepada adik setelah dia berjaya menyiapkan kerja sekolah. A. sejambak C-seikat B. seberkas D-segugus

14.

Nenek menghadiahi Nora se_________ rantai emas. A. utas C- helai B. timbun D- ketul

15.

Dia berhenti makan sebaik saja terjumpa ______________ rambut. A. sebentuk C- seurat B. sepotong D- seutas

(5 markah) BAHAGIAN E Pilih jawapan yang paling sesuai:


16. __________basikal Hanif. A-Ini C-Sana B-Di D-Situ 17. Badrul ____________________kanak-kanak itu bermain mercun. A-memaksa C-meminta B-melarang D-mendesak 18. Kereta biru itu berhenti _____ tepi jalan. A-daripada C-di B-ke D-atas 19. Murid yang ________________dimarahi gurunya. A-telinga lintah C-cakar ayam B-panjang tangan D-buah tangan 20. Pakcik yang _____________ itu menyembunyikan wangnya di dalam beg. A-tangkai jering C-kaki bangku B-akal kancil D-panjang tangan. 21. Dingin seerti dengan ______________. A-kurus C-sejuk B-gemuk D-nyaman 22. Kuat seerti dengan ______________. A-lemah C-cantik B-sakit D-gagah

23. Panjang lawannya _______________. A-pendek C-tinggi B-lebar D-rendah 24. Berat lawannya ______________. A-cantik C-ringan B-pendek D-besar 25. Bodoh lawannya ______________. A-hodoh C-bijak B-buruk D-cantik (10 markah)

BAHAGIAN E Bulatkan jawapan yang paling tepat. Buah-buahan Tempatan


26. Buah

___________________ kulitnya bewarna ungu dan isinya bewarna putih. A-mangga C-limau B-nanas D-manggis

27. Mangga muda rasanya ___________. A-masam C-manis B-pahit D-masin 28. Buah ___________ boleh dijadikan pisang goreng. A-pisang C-durian B-betik D-nanas 29. Jus mangga bewarna ______________. A-hijau C-merah B-kuning D-ungu 30. Kulit durian durinya _____________. A-licin C-lembut

B-tajam

D-kesat

(5 markah)

BAHAGIAN F Jawab soalan berdasarkan cerita di bawah.

Semut dan Belalang

Semut Belalang Semut Belalang

:Mengapa kamu mengumpulkan makanan seperti kami? :Saya tidak mempunyai waktu untuk mengumpulkan makanan, saya sangat sibuk membuat lagu. :Tetapi musim sejuk akan tiba, kamu akan kelaparan jika tidak mengumpulkan makanan. :Ah, tidak mengapa. Tahulah saya menjaga diri saya. Jangan ganggu saya, saya sibuk.

21. Mengapa belalang tidak mahu mengumpulkan makanan? A-Belalang tidak sihat. B-Belalang sudah mempunyai makanan yang banyak. C-Belalang sibuk membuat lagu. D-Belalang cacat.

22. Mengapa mereka perlu mengumpulkan makanan? A-Kerana mereka sangat lapar. B-Kerana makanan sangat mudah dicari. C-Kerana musim sejuk akan tiba. D-Kerana musim panas akan tiba. 23. Semut adalah binatang yang . A-rajin B-pandai C-malas D-hebat

24. Apakah yang akan terjadi kepada Belalang? A-Belalang akan kaya. B-Belalang akan kelaparan. C-Belalang akan menjadi miskin. D-Belalang akan kenyang. 25. Belalang seekor binatang yang .. A-berat tulang B-ringan tulang C-panjang tangan D-baik hati

(5 markah)

BAHAGIAN G Pada hari Sabtu yang lalu, Sani sekeluarga pergi ke Kuala Lumpur. Mereka ke Kuala Lumpur menaiki kereta api. Di Kuala Lumpur, mereka melawat Menara Kuala Lumpur, Pusat Sains Negara, dan Aquaria KLCC. Sani berasa sangat gembira pada hari itu. Meraka berangkat pulang ke Tanjung Malim pada jam 5 petang.

31. Bilakah Sani ke Kuala Lumpur? A-Hari Isnin C-Hari Selasa B- Hari Ahad D- Hari Sabtu 32. Sani ke Kuala Lumpur dengan siapa? A. Sani ke Kuala Lumpur bersama keluarganya. B- Sani ke Kuala Lumpur bersama rakan-rakannya. C- Sani ke Kuala Lumpur bersama adiknya. D- Sani ke Kuala Lumpur bersama ibu dan bapanya. 33. Bagaimanakah Sani datang ke Kuala Lumpur? A. Sani ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. B. Sani ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi. C- Sani ke Kuala Lumpur dengan menaiki teksi. E- Sani ke Kuala Lumpur dengan berjalan kaki. 34. Apakah antara tempat yang dilawati Sani? A-Zoo Negara C-Pusat Sains Negara B-Tesco D-Tasik Titiwangsa 35. Rumah Sani terletak di mana? A- Rumah sani di Tanjung Malim. B- Rumah Sani di Kuala Lumpur. C- Rumah Sani di Selangor. D- Rumah Sani di Tanjung Karang. (5 markah)

Vous aimerez peut-être aussi