Vous êtes sur la page 1sur 10

Pendahuluan Sebagai seorang pengajar , kita perlumembuat perancangan yang lengkap sebelum pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Dengan perancangan yang lengkap dapat mengelakkan pengajar membuat kesilapan dan yang paling penting pengajaran berlaku berterusan dan bermakna. Menurut Hunter (1987), Mengajar perkara-perkara yang tidak berguna secara baik atau mengajar perkara-perkara penting secara buruk, merupakan kesilapan dalam pendidikan. Jelaslah bahawa pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran (RP) adalah sangat penting untuk dikuasai oleh pengajar. Sebuah model reka bentuk pengajaran iaitu ASSURE boleh dijadikan panduan kepada pengajar dalam merancang pengajaran mereka. Semua pengajar perlu mengetahui kepentingan reka bentuk pengajaran iaitu untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan, membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan dan membantu mewujudkan keyakinan dan kepercayaan pelajar terhadap pengajar sekaligus membentuk disiplin pelajar yang positif.

Model ASSURE Heinich dan rakan-rakannya (1982) telah menggubal model ASSURE yang bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Model ASSURE ini lebih berfokus di dalam bilik darjah. Model ASSURE mengandungi 6 langkah seperti berikut : A S S U R E - analisis pelajar - nyatakan objektif - pilih kaedah, media dan bahan - gunakan media dan bahan - dorong penglibatan pelajar - nilai dan semak

Dalam model ini sesuatu rancangan pengajaran perlu disediakan berdasarkan kepada 6 langkah di atas iaitu bersesuaian dengan ciri-ciri umum pelajar seperti umur, jantina, tahap pencapaian pelajar dan stail pembelajaran pelajar. Ini memudahkan isi pelajaran yang hendak disampaikan mudah difahami oleh pelajar tersebut. Selain itu, objektif pula adalah yang boleh dicapai oleh pelajar bersesuaian dengan tahap pencapaian mereka. Rancangan pengajaran juga boleh disesuaikan dengan keadah, media dan bahan yang boleh menarik minat pelajar dan mudah difahami oleh pelajar. Keberkesanan pengajaran guru dan kefahaman isi pelajaran yang disampaikan kepada murid boleh dinilai dengan menggunakan rancangan pengajaran yang dibentuk. Dengan ini guru dapat membuat penambahbaikan pada kaedah pengajarannya dan keberkesanan pengajarannya.

1.a) Rancangan pengajaran harian berdasarkan model ASSURE. PENGAJARAN SAINS TAHUN TIGA Tarikh Masa Tahun Bilangan pelajar Mata pelajaran Tajuk Sub tajuk : 9 Julai 2008 (Rabu) : 9.15 9.45 pagi (30 minit) : 3 UPM : 44 orang : Sains : Pengetahuan tentang benda-benda hidup : 2.0 Tumbuhan 2. Pelajar tahu sifat-sifat luaran tumbuhan : a) berbunga dan tidak berbunga b) batang berkayu dan berbatang lembut c) berduri dan tidak berduri d) berbuah dan tidak berbuah Objektif pengajaran : Di akhir pengajaran, pelajar boleh : 1) menyatakan 5 sifat-sifat luaran tumbuhan secara lisan dan bertulis. 2) Mengumpulkan tumbuhan mengikut 5 sifat-sifat luaran tumbuhan secara bertulis. 3) Menjawab soalan-soalan dalam lembaran kerja yang diberi. Isi pelajaran Kemahiran Sains : Pelajar boleh mengumpulkan tumbuhan mengikut sifat-sifat luaran yang sama. : Pemerhatian, mengklasifikasi, komunikasi 2) Pelbagai jenis daun (benda maujud) 3) Lembaran kerja Bahan rujukan : 1) Buku teks Sains Tahun 3 2) Buku aktiviti Sains Tahun 2 3) A Zone Performance Booster Science Year 3, Sasbadi 4) Cabaran Science Year Three , Fargoes 3 Alat Bantu Mengajar : 1) Persembahan menggunakan MS Power Point

Pengetahuan sedia ada : 1. Pelajar tahu nama pelbagai jenis tumbuhan

Induksi set (5 minit) : Guru membacakan beberapa rangkap pantun teka- teki yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid cuba menjawabnya. (Lampiran 1 ) Langkah penyampaian : Langkah Langkah 1 (10 minit) Isi pelajaran 1. Mengenali beberapa jenis tumbuhan. 2. Mengenali beberapa sifat-sifat luaran daun dan permukaan daun. Kaedah penyampaian 1. Guru menayangkan slaid dengan menggunakan perisian MS power point. (Lampiran 2) 2. Guru menerangkan isi pelajaran berpandukan slaid yang ditayangkan. 3. Guru menyoal murid mengenai : a) nama-nama tumbuhan b) bentuk-bentuk daunnya c) permukaan daun tersebut. 4. Murid menjawab secara lisan mengenai : a) nama-nama tumbuhan b) 3 jenis bentuk-bentuk daunnya c) 2 jenis permukaan daun tersebut. Langkah 2 (7 minit) 1. Mengenali beberapa jenis tumbuhan. 2. Mengenali beberapa sifat-sifat luaran daun dan permukaan daun. 1. Guru membahagikan murid murid kepada kumpulan kecil. ( 4 orang dalam satu kumpulan )

Langkah

Isi pelajaran

Kaedah penyampaian 2. Guru mengedarkan beberapa 4

helai daun pelbagai jenis kepada setiap kumpulan. 3. Guru meminta murid menyenaraikan : a) 6 jenis nama daun tersebut b) 3 jenis bentuk daun tersebut c) 2 jenis permukaan daun tersebut 4. Murid menyenaraikan apa yang dikehendaki oleh guru dalam sehelai kertas yang telah disediakan. 5. Setiap kumpulan membentangkan jawapan masing-masing dan jawapan akan dibetulkan oleh guru Langkah 3 (7 minit) 1. Mengenali beberapa jenis tumbuhan. 2. Mengenali beberapa sifat-sifat luaran daun dan permukaan daun. 3. Mengumpulkan tumbuhan mengikut sifat-sifat luaran yang sama. sekiranya ada kesalahan 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada muridmurid.(Lampiran 3) 2. Guru menerangkan secara ringkas tentang lembaran kerja tersebut. 3. Murid menjawab semua soalan dalam lembaran kerja. 4. Guru meminta murid-murid menyatakan jawapan setelah mereka siap menjawab.

Langkah

Isi pelajaran

Kaedah penyampaian 5. Guru meminta ketua kelas mengumpulkan semua

Penutup (3 minit )

lembaran kerja. 1. Guru meminta murid menyatakan bentuk-bentuk daun dan jenis permukaannya secara lisan. 2. Murid boleh menyatakan bahawa tumbuhan boleh dikumpulkan mengikut sifatsifat luarannya yang sama.

Kesimpulan : Sepanjang pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar memberi tindakbalas yang baik walaupun sedikit bising semasa aktiviti kumpulan tetapi dapat dikawal. Semasa aktiviti penutup pelajar dapat menjawab dengan tepat. Penilaian : Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapati objektif pengajaran pada hari ini dapat dicapai sepenuhnya kerana isi pelajaran yang disampaikan berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar seharian. Dengan ini pelajar-pelajar benar-benar berada dalam keadaan sangat bersedia dan penuh perasaan gembira. Ulasan diri : Sebelum pengajaran dan pembelajaran : Sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya telah menyediakan MS Power point di mana gambar-gambar tumbuhan telah diambil melalui internet. Persembahan MS Power point ini telah diteliti beberapa kali untuk memastikan kesesuaiannya dengan ciri ciri pelajar-pelajar.

Semasa pengajaran dan pembelajaran : Pelajar menunjukan minat terhadap isi pelajaran yang ditayangkan dengan menggunakan MS Power point dan memberi kerjasama yang baik dan aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan semasa set induksi , aktiviti dalam kumpulan , semasa

menjawab lembaran kerja dan aktiviti penutup. Semasa aktiviti dijalankan, keadaan pelajar agak bising tetapi masih boleh dikawal. Selepas pengajaran dan pembelajaran: Pelajar-pelajar dapat menjawab soalan-soalan di dalam lembaran kerja yang diedarkan dan dapat menyenaraikan sifat-sifat luaran tumbuhan dan boleh mengasingkan tumbuhan mengikut sifat-sifat luaran tumbuhan yang sama. Ulasan penyelia (jika diselia) :

1b) Berdasarkan pengajaran harian di atas, masukkan elemen-elemen dalam setiap langkah ASSURE dalam bentuk jadual di bawah. Langkah-langkah ASSURE A analisis pelajar 7 Elemen-elemen - berumur 9 tahun

- terdiri daripada murid lelaki dan perempuan - tahap pencapaian dalam lingkungan S nyatakan objektif 60% hingga 75% - menyatakan 3 jenis bentuk daun - menyatakan 2 jenis permukaan daun - mengumpulkan daun mengikut sifatS pilih kaedah, media dan bahan sifat luaran yang sama - soal- jawab - perbincanga dalam kumpulan - pemerhatian benda maujud - tayangan slaid dalam MS power point U gunakan media dan bahan - lembaran kerja - penggunaan media dan bahan seperti tayangan slaid dan benda maujud semasa proses pengajaran dan R dorong penglibatan pelajar pembelajaran - menggunakan slaid dalam MS power Point untuk menarik perhatian murid - menggunakan benda maujud untuk murid lebih memahami bentuk-bentuk E nilai dan semak daun dan permukaannya - dari lembaran kerja dapat menilai sejauh mana kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan - penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat menilai keberkesanan pengajaran guru. 2. Pilih satu strategi yang anda fikirkan sesuai dan reka bentuk pengajaran bagi satu topik kecil yang anda pilih. PENGAJARAN SAINS TAHUN TIGA Tarikh : 15 Julai 2008 (Rabu)

Masa Tahun Bilangan pelajar Mata pelajaran Tajuk Sub tajuk

: 9.15 10.15 pagi (60 minit) : 3 UPM : 44 orang : Sains : Elektrik : 2.2 ada benda-benda yang boleh mengalirkan elektrik atau menjadi lebih terang 2. Pelajar tahu untuk melukis litar elektrik yang mudah dengan mentol, wayar dan bateri.

Pengetahuan sedia ada : 1. Pelajar tahu bagaimana mentol boleh menjadi lebih malap

Objektif pengajaran

: Di akhir pengajaran, pelajar boleh : 1. menyenaraikan 5 benda yang boleh mengalirkan elektrik. 2. menyenaraikan 5 benda yang tidak boleh mengalirkan elektrik. 3. menyatakan sebab mengapa benda tersebut tidak boleh mengalirkan elektrik atau sebaliknya.

Isi pelajaran

: Pelajar boleh menyenaraikan benda-benda yang boleh mengalirkan elektrik dan yang tidak boleh mengalirkan elektrik.

Kemahiran Sains

: Pemerhatian, mengklasifikasi, mengujikaji 2) Pelbagai jenis daun (benda maujud) 3) Lembaran kerja

Alat Bantu Mengajar : 1) Persembahan menggunakan MS Power Point

Bahan rujukan

: 1) Buku teks Sains Tahun 3 2) Buku aktiviti Sains Tahun 2 3) A Zone Performance Booster Science Year 3, Sasbadi 4) Cabaran Science Year Three , Fargoes

Induksi set (5 minit) : Guru bersoal jawab dengan murid bagaimana hendak membina litar elektrik mudah dan bagaimana hendak menjadikan mentol semakin terang atau semakin malap. (mengimbas pelajaran yang lalu) Kaedah pengajaran : 9

1. Kaedah kumpulan. 2. Menjalankan ujikaji dengan menggunakan permerhatian, mengklasifikasi bahan dan membuat rumusan. 3. Strategi pengajaran : 1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. (4 orang dalam satu kumpulan) 2. Guru mengedarkan litar elektrik dan bahan-bahan seperti pembaris, pemadam, kertas, klip kertas, paku, kertas aluminium, susu plastic, kapur, duit syiling, kunci dan sebagainya. 3. Guru mengingatkan mengenai kerjasama dalam kumpulan dan keselamatan semasa membuat ujikaji kerana ada bahan-bahan yang tajam dan mungkin ada bahan-bahan yang panas semasa diletakkan pada litar elektrik. 4. Murid menjalankan ujikaji dengan menggunakan bahan-bahan yang diberi dalam kumpulan. 5. Murid menulis hasil pemerhatian dalam kertas yang disediakan oleh guru. 6. Guru meminta murid membentangkan hasil pemerhatian mengikut kumpulan demi kumpulan. 7. Murid membuat rumusan bahawa benda-benda yang diperbuat daripada kayu, kertas, getah dan kaca tidak boleh mengalirkan elektrik dan bahan-bahan yang diperbuat daripada besi, aluminium dan timah boleh mengalirkan elektrik.

10

Vous aimerez peut-être aussi