Vous êtes sur la page 1sur 12

Isi Kandungan Muka

Surat
Biodata diri 1-2

Latar Belakang Perbilangan 3

Ciri-ciri perbilangan 4-8

Contoh Perbilangan 8

Huraian contoh perbilangan 9-10

Refleksi 11-12

Bibliografi 13
Latar Belakang Perbilangan
Perbilangan adat,
• banyak pengertian yang ditafsirkan, antaranya teromba, undang-undang yang
tetap dan kata-kata adat.
• Menurut Aripin Said (1996), perbilangan adat adalah sebagai gundalan adat, iaitu
ikatan puisi yang menyatakan adat lembaga atau asal usul adat lembaga
khususnya terdapat dalam kalangan mereka yang memakai Adat Pepatih.
• Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau Sumatera, diasaskan oleh seorang
pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan
Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi
masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu.
• Secara ringkasnya, perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi
(puisi adat) yang mencerita dan menerangkan sesuatu dan berasal daripada
masyarakat Melayu Minangkabau (adat/peraturan).
• Perbilangan adat ini berasal dan berkembang di daerah Minangkabau dan
Palembang yang dikenali sebagai ‘Adat Minangkabau’.

Di Malaysia,
• Perbilangan adat ini, banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, iaitu
dipergunakan dalam Adat Pepatih.
• Seperti puisi lain, perbilangan adat diperturunkan dari mulut ke mulut, dari satu
generasi ke satu generasi. Menurut Alwi Salim (1983), perbilangan adat ini
diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi melalui ketua-ketua adat
lembaga yang disebut ‘Buapak’.
• Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata
perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal
harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat,
sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan
pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap
peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.
• Walaupun begitu perbilangan adat ini mengalami perubahan dan kesesuaian
mengikut keadaan dan zaman, seperti pada zaman kedatangan Islam, perbilangan
adat mengalami penyesuaian dengan ajaran Islam seperti yang dibuktikan oleh
perbilangan ini:

Adat bersendi hukum


Hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat, tak gaduhkan hukum
Kuat hukum, tak gaduhkan adat
Ikut hukum, muafakat
Ikut adat muafakat.
Ciri-ciri perbilangan

Berdasarkan perbilangan di atas, dapat dikatakan perbilangan tersebut telah mengalami


ciri-ciri keislaman. Walaupun terdapat penyesuaian tetapi ciri-ciri masih dipertahankan.
Perbilangan adat ini berbentuk bebas, iaitu menggunakan gurindam, syair, pantun dan
lain-lain bentuk puisi dalam penyampaiannya. Menurut Za’ba yang dipetik oleh Aripin
Said (1996):

“perbilangan adat merupakan puisi melarat yang tidak tetap timbangan suku kata
dan rimanya. Namun ia tetap mempunyai susunan, makna yang kemas dan
mendalam”.

Beliau juga memberi contoh-contoh perbilangan adat untuk genre puisi yang digolongkan
sebagai ‘gurindam’, antaranya:

Kelebihan nabi dengan mukjjizat


Kelebihan umat dengan muafakat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia dengan muafakat
Air melurut dengan bandaraya
Benar melurut dengan muafakatnya. (Za’ba 1962,242)

Manakala Abdullah Siddik, menyebut perbilangan adat sebagai ‘peribahasa adat’,


dinyatakan seperti berikut:

Raja menobat di dalam alam


Penghulu menobat di dalam luak
Lembaga menobat di dalam lingkungannya
Orang banyak menobat di dalam teratak. (Abdullah Siddik 1975,110)

Manakala Siti Hawa Haji Salleh (1987), menyatakan perbilangan adat sejenis puisi yang
tidak tertentu bentuknya (sama seperti gurindam dan seloka). Manakala Mohd Yusof Md.
Nor (1991), telah menyimpulkan ciri-ciri yang terdapat dalam perbilangan adat, antara
lain, adalah:

1. Puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris, rangkap, rima atau jumlah perkataan
dalam satu baris
2. Terdapat sisipan berbagai puisi yang lain, misalnya pantun, gurindam, peribahasa
dan lain-lain
3. Isinya memuat hal-hal yang berhubungan dengan undang-undang, adat istiadat
yang diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat.
Perbilangan adat juga mempunyai fungsi kepada masyarakatnya, antaranya ialah untuk
membicarakan susun lapis pemerintahan, hubungan keluarga, fungsi dan tugas setiap ahli
masyarakat. Perbilangan adat juga untuk menyatakan bahawa setiap orang berguna dalam
satu-satu masyarakat. Kesimpulannya fungsi perbilangan adat terhadap masyarakatnya,
ialah:

1. Memberi panduan/pendidikan
2. Membentuk /membina masyarakat yang harmoni
3. Satu cara kawalan sosial - dipersetujui bersama
4. Mengekalkan satu norma tertentu dlm masyarakat
5. Mengambarkan corak dan pola hiduop bermasyarakat.
6. Menggambarkan pola pemikiran masyrakat (kepandaian/kebijaksanaan).

Terdapat berbagai jenis perbilangan adat yang berasaskan sistem sosial Minangkau,
menurut Mohd Taib Osman (1975), antaranya ialah:

1. Metos dan lejenda, iaitu menyatakan asal-usul adat dan alam Minangkabau. Di
bawa oleh dua Datuk bersaudara iaitu Datuk Temenggung dan Datuk Pepatih Nan
Sebatang, kedatangan “bangau putih” iaitu orang Minangkabau yang merantau ke
Negeri Sembilan dan perhubungan mereka dengan “gagak hitam” iaitu orang asli
Negeri Sembilan. Adat ini juga disebut “teromba”’ iaitu lagu asal usul.
2. Kata-kata istiadat, iaitu susunan kata-kata khas untuk istiadat tertentu seperti
perlantikan Penghulu, meminang, perkahwinan, pembahagian harta dan sebarang
majlis keramaian.
3. Undang-undang, digunakan dalam menguruskan undang-undang jenayah atau
hukum pidana adat yang menyatakan jenis-jenis kesalahan, jenis bukti dan
hukuman dan juga undang-undang sivil, mengenai pembahagaian harta dan syarat
pembahagian harta dan hak.
4. Falsafah, sebahagian besar perbilangan adat termasuk dalam kategori falsafah. Ini
kerana kata-kata falsafah ini disisipkan ke jenis lain. Segalanya terjalin ke dalam
satu sistem intelek yang menjadi asas kepada seluruh adat Minangkabau.

Berkisarkan tentang konsep dan aspek yang diketengahkan dalam perbilangan adat
dinyatakan oleh Alwi Salim (1983), antaranya:

1. Konsep pemerintahan, dalam konsep ini perbilangan adat menyatakan dengan


jelas susunan pemerintahan adalah mengikut peringkat-peringkat berikut, iaitu
dari peringkat rendah kepada peringkat tertinggi. Ini digambarkan dalam:

Raja menobat di dalam alam


Penghulu menobat di dalam luak
Lembaga menobat di dalam lingkungannya
Ibu bapa menobat pada anak buahnya
Orang banyak menobat di dalam terataknya
2. Konsep keadilan, perbilangan adat ini tidak didasarkan kepada pembalasan tetapi
didasarkan kepada pemulihan (restitution). Diperturunkan kata-kata ini:

Yang mencincang, memapas


Yang membunuh membangunkan
Yang menjual, memberi balas

3. Aspek ekonomi, kata-kata perbilangan disusun indah dan menunjukkan bahawa


kehidupan memerlukan ekonomi yang teguh, didengarkan perbilangan ini:

Majlis di tepi air


Mendesa di perut kenyang

4. Aspek sosial, masyarakat Adat Pepatih melahirkan perbilangan ini adalah


mengikut susunan unilateral-matrilineal. Ia merangkumi pemilihan ketua dalam
masyarakat, utamakan nisab sebelah ibu, tanggungjawab, hak, pedoman,
pegangan dan juga perpaduan. Ini untuk menunjukkan bahawa masyarakat
mempunyai taraf yang sama dan mesti dimuliakan, diperturunkan perbilangan ini:

Yang buta penghembus lesung


Yang pekak pelepas bedil
Yang lumpuh penghuni rumah
Yang kuat pembawa beban
Yang bingung disuruh-suruh
Yang cerdik lawan berunding

5. Aspek adat istiadat, banyak menjurus kepada adat berumahtangga, iaitu dari
pertunangan, perkahwinan, penceraian sehingga kepada pembahagian harta.
6. Sistem kewarisan, dalam sistem ini perbilangan adat digunakan untuk
pembahagian harta pusaka. Yang mana Buapak dan Datuk Lembaga bertindak
sebagai pemegang kuasa. Mengikut Adat Perpatih harta pusaka diperturunkan
kepada anak perempuan sahaja dan tanah pusaka tidak dibenarkan dijual atau
digadai.

Dalam tradisi MelayuSumatera Pantai Timur,Semenanjung, Kalimantan,dan tidak lupa


juga, Sumatera Barat, Perbilangan memaktubkan adat,nasihat,tunjuk ajar secara amat
menyakinkan dan mudah diingat.Perbilangan ini mecakupi perbagai bidang kehidupan
daripada undang-undang tanah hinggalah cara membahagikan harta, daripada mendidik
anak hinggalah bercucuk tanam.Antara perbilangan/bidalan terkenal dan inklusif yang
dirasakan boleh menyelesaikan permasalahan yang dianggap oleh beberapa pihak
semacam pertentangan antara adat dan agama adalah seperti yang berikut (Idrus Hakimy
1994:3)

Adat bersendi syarak,bersandarkan Kitabullah.


Adat menurun,syarak mendaki,
Adat yang kewim syarak yang lazim,
Syarak mengata ,adat memakai,
Tuhan bersifat qadim,maknusia bersifat khilaf.

Perbilangan berikut pula melihat betapa alam dicipta tuhan untuk mengajar manusia,dan
sewajarnyalah manusia duduk di kaki alam untuk mempelajari apa yang dapat
diberikannya dalam persamaan , perbezaan dan juga ulangannya:

Alam terkembang jadi guru,


Setitik jadikan laut,
Sekepal jadikan gunung.

Falsafah dan moraliti adalah bidang s laeperti Hgi rumit , tetapi merupakan pencapaian
tinggi sastera Melayu.Namun begitu, secara umumnya perbilangan berusaha untuk
mentiapkan nasihat atau peraturan yng konkrit yang juga diperoleh melalui pengalaman
panjang seorang pengarang atau masyarakatnya. Dalam contoh berikut, ( T.Lukman
Sinar,1968:101),kerja-kerja khusus , dicadangkan untuk dilakukan oleh menantu/
semenda, sesuai dengan sifat dan kebolehannya:

Jika lelaki tinggal di tempat keluarga isteri,


Jikalau ia cerdik,teman berunding,
Jikalau ia bodoh, ia disuruh ke sana ke mari
Tinggi banir tempat berlindung,
Rimbun dahan tempat bernaung;
Ia harus pergi atau tinggal jika disuruh,
Jikalau ia malim ia akan berdoa untuk kita,
Jikalau ia kaya,kita akan memakai masnya,
Jikalau patah, penghalau ayam
Jikalau buta, penghembus lesung,
Jikalau pekak,pembakar bedil
Masuk kandang kerbau menguak,
Ke kandang kambing mengembek
Adat tempat semenda dipakai
Ia dengan tempat semenda bagaikan mentimun dengan
durian
bergolek pun luka, kena golek pun luka.

Bentuk sastera juga mendukdng nilai-nilai agama dan manusia yang baik dalam hikayat-
hikayat Hikayat Syamsul Anwar,dan syair-syair seperti Siti Zubaidah dan dandan Setia.
Malahan untuk membincangkan konsep-konsep fikah, dan pengalaman tauhid, kita lihat
bahawa sastera menyediakan subgenre yang sekarang yang kita namai sestera
kitab.Antara yang terpenting ialah Sirat al –Mustaqim, karangan Nuruddin al-Raniri,Sabil
al-Muhtadin li Tafaqquh fi Amri al-Din , karangan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari,
Hujjah al-Siddiq Li daf al-Zindiq, karangan Nuruddin al-Raniri dan Kifayah al-Mubtadi
karangan Syeikh Daud al-Fatani.
Sebagai kesimpulannya, perbilangan adat dapat dikatakan sebagai bentuk puisi klasik
yang juga intim dengan kehidupan masyarakat melayu lama. Sehingga kini perbilangan
adat ini masih digunakan oleh kelompok masyarakat yang mengamalkan tatacara Adat
Perpatih.

Contoh Perbilangan
Perbilangan

Jika menerima orang semenda


Kalau cerdik hendakkan rundingan
Kalau bingung disuruh arah
Menjemput yang jauh menghimpun yang dekat
Kalau kuat dibubuhkan di pangkal kayu
Kalau tegap buat penopang
Kalau lembik buat pengempang
Kalau alim hendakkan doanya
Kalau kaya hendakkan emasnya
Kalau patah buat penghalau lembu
Kalau buta penghembus lesung
Kalau pekak pembakar bedil(za’ba)

Adat bersendi hukum


Hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat, tak gaduhkan hukum
Kuat hukum, tak gaduhkan adat
Ikut hukum, muafakat
Ikut adat muafakat

Kelebihan nabi dengan mukjjizat


Kelebihan umat dengan muafakat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia dengan muafakat
Air melurut dengan bandaraya
Benar melurut dengan muafakatnya. (Za’ba 1962,242)

Raja menobat di dalam alam


Penghulu menobat di dalam luak
Lembaga menobat di dalam lingkungannya
Orang banyak menobat di dalam teratak. (Abdullah Siddik 1975,110)
Perbilangan Adat Melayu dan Huraiannya
Penakek pisau seraut
Ambil galah batang lintubong
Seludang ambil ke nyiru
Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru.

—————-
Ungkapan ini tidak seharusnya tinggal di dalam lipatan perbilangan adat. Ia harus
dihayati dan dijadikan pegangan hidup seluruh masyarakat Melayu kerana di sebalik
keindahan bahasa terdapat falsafah yang tinggi yang boleh dijadikan pedoman hidup dan
motivasi di dalam mencapai kejayaan. Pemikiran terpenting yang dapat dirumuskan dari
ungkapan ini ialah memotivasikan supaya terus memajukan diri dan menuntut ilmu.

Ungkapan ini berpusat kepada seruan untuk berikhtiar dan berusaha juga berdaya kreatif
kerana ( yang setitis jadikan laut/ yang sekepal jadikan gunung). Ia menyemaikan nilai
positif dan optimis bahawa manusia boleh melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan
hidupnya. Kejayaan dapat dicapai melalui usaha yang berterusan.

Pandangan yang terpancar dari ungkapan ini adalah juga selaras dengan ajaran Islam
untuk berusaha, bersabar dan bertawakal. Al- Quran membawa ajaran bahawa manusia
mempunyai daya ikhtiar. Semangat inilah yang menjadi faktor yang membawa kemajuan
kepada umat Islam seperti yang diperjelaskan oleh Syed Naguib Al-Attas ketika
membicarakan peranan Islam di dalam pembangunan tamadun Melayu. Tamadun Melayu
dibangunkan oleh semangat yang dibawa oleh al- Quran yang menganggap manusia
sebagai “mempunyai daya ikhtiar”.

“Setitis jadikan laut/sekepal jadikan gunung” adalah saranan untuk bekerja kuat mencari
rezeki untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Seruan ini dapat disandarkan kepada
banyak ayat al-Quran, di antaranya, yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai
sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan
masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta
ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di
dunia dan akhirat)” (Al-Jumu‘ah; 10).

Alam fizikal bukan sahaja merupakan tempat bagi insan meneruskan hidup tetapi juga
merupakan ayat-ayat Tuhan yang boleh dibaca oleh mereka yang mempunyai akal.
Manusia diminta mempelajari ilmu mengenai alam di sekelilingnya. Ayat-ayat al-Quran
yang menggesa manusia mendapatkan “ilmu’ dengan cara memerhati, menyelidik,
mentafsir adalah banyak sekali. Semua ini dirumuskan melalui ayat pertama yang
diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Iqra.

“Alam terbentang jadikan guru” menyatakan bahawa objek-objek alam fizikal adalah
petanda-petanda yang memandu untuk memahami makna kejadian atau penciptaan serta
keindahan. Mesej penting adalah agar manusia menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu
sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Islam menyatakan dengan jelas bahawa
“menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas umat Islam baik lelaki ataupun wanita”(hadis
riwayat Bukhari dan Muslim).
Assalamualaikum dan selamat sejahtera bersyukur saya kehadrat ilahi kerana
berjaya menyiapkan folio puisi Melayu dan saya juga bersyukur kehadrat ilahi kerana
diberi peluang belajar sesuatu yang baru dalam puisi Melayu iaitu perbilangan yang
selama ini saya tidak mengetahui apa-apa mengenai pebilangan.

Semasa mula-mula saya mendapat tugasan mengenai perbilangan saya rasa sangat
sedih sekali kerana tidak tahu apakah maksud pebilangan.Tetapi selepas membuat kajian
mengenai pebilangan saya rasa sangat bertuah kerana saya mendapat maklumat –
maklumat yang baru yang sangat berguna pada saya dan dapat diaplikasikan dalam
pengajaran nanti kerana Bahasa Melayu merupakan kursus major saya.

Melalu pencarian yang dilakukan saya mendapati perbilangan ialah mengenai


adat ,nasihat dan tunjuk ajar yang diamalkan oleh adat pepatih untuk menceritakan
mengenai undang-undang serta asal usul sesuatu suku atau sistem pemerintahan dalam
adat pepatih.Selepas membuat folio ini saya merasa kagum tehadap masyarakat melayu
kerana kaya dengan pengetahuan sastera.

Dengan terhasilnya folio ini saya dapat memantapkan lagi pengetahuan saya
dalam kesusteraan Melayu.Saya juga berasa sangat gembira kerana dengan menyiapkan
folio ini ia menambah minat saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
puisi Melayu supaya nanti saya dapat berkongsi maklumat serta pengetahuaan saya
kepada kawan-kawan yang lain.

.................................
(MAHIRAH DALILA BT MD ZAIN)
Didahului dengan ucapan Assalamualaikum Warahmatullah dan bersyukur
kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianNya dapat saya menyiapkan folio bagi
persatuan puisi Melayu bersama rakan sekumpulan saya iaitu Mahirah Dalila bt Md Zain.
Sebelum itu,tidak dilupakan juga kepada para pensyarah penasihat persatuan dan rakan-
rakan yang lain kerana banyak membantu sepanjang tempoh menyiapkan folio ini.

Ketika mula-mula mendapat tajuk tugasan mengenai perbilangan,saya berasa


terkejut kerana tidak pernah mendengar puisi jenis ini.Saya juga sukar medapatkan
maklumat mengenai perbilangan kerana sumber maklumat yang terhad tetapi saya
bersyukur sekurang-kurangnya saya mempunyai maklumat walaupun rakan-rakan lain
mendapat banyak maklumat mengenai tugasan mereka.

Selepas selesai menyiapkan tugasan ini,saya berasa puas hati dan gembira kerana
dengan kekangan yang ada saya masih dapat menyiapkan juga tugasan ini.Tambahan
pula,saya dapat mengetahui latar belakang,ciri-ciri dan contoh mengenai
perbilangan.Saya berasa bertuah kerana mendapat suatu ilmu yang baru dan berguna.

Akhir sekali,saya berharap dengan terhasilnya folio ini dapat memantapkan lagi
pengetahuan saya tentang kesusasteraan melayu ini dan menarik minat saya terhadap
puisi-puisi Melayu yang ada.Saya juga ingin berkongsi maklumat yang saya dapat
mengenai perbilangan ini dengan rakan-rakan yang lain.

...................................
(NUR AQMAH BT AB GHANI)
• Fisol USM (chonhero@yahoo.com.my)
• Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbilangan"
• file:///D:/puisi melayu/Perbilangan Adat Melayu « Dunia Penyair ~ Himpunan
Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman.htm
• Muhammad Haji Salleh 2000. Puitika Sastera Melayu. Dewan Bahasa Dan
Pustaka Kuala Lumpur

Vous aimerez peut-être aussi