Vous êtes sur la page 1sur 15

1.0 1.

PENDAHULUAN OBJEKTIF Tugasan ini dilakukan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada umum

khususnya pelajar-pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia tentang konsep dan kaedah-kaedah di dalam Sistem Perbankan Islam. Dapatan kajian ini, diharap dapat memenuhi keperluan umum yang ingin tahu tentang Sistem Perbankan Islam seterusnya membangkitkan kesedaran tentang betapa pentingnya sumbangan Sistem Perbankan Islam terhadap ekonomi negara. Kajian ini juga bagi memberi gambaran sebenar tentang penerimaan Sistem Perbankan Islam oleh masyarakat umum khasnya di Malaysia. Selain itu, kajian ini dapat membantu umum tentang strategi, konsep, pengurusan, kaedah dan pelaksanaan Sistem Perbankan berpandukan syariat Islam.Konsep-konsep yang diterapkan oleh sistem perbankan Islam perlulah difahami dan diperhalusi agar dapat dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin bagi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

1.2

KAEDAH Kaedah yang dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat berhubung tugasan ini ialah

melalui carian dan semakan di internet iaitu jurnal dan surat khabar secara atas talian. Lima (5) jurnal telah dipilih sebagai bahan dan panduan kami bagi menyelesaikan tugasan ini iaitu menjelaskan tentang sistem perbankan Islam. Jurnal yang dipilih ialah Sistem Tadbir Urus Syariah Di Institusi-Institusi Kewangan Islam Malaysia, Penentu Deposit Dalam Sistem Perbankan Islam Di Malaysia, Hubungan Antara Kadar Pulangan Nominal, Pemakaian Sistem Hibah Dalam Sistem Kewangan dan Daya Saingan Dan Anjakan (Shift) Dalam Jenis Kontrak Pembiayaan Perbankan Islam.

2.0 2.1

RINGKASAN SISTEM TADBIR URUS SYARIAH DI INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN ISLAM MALAYSIA Malaysia berhasrat untuk mengubah negara supaya menjadi sebuah negara yang

mengamalkan perbankan dan kewangan Islam melalui usaha-usaha memperkuatkan sistem tadbir urus syariah di dalam sektor kewangan Islam. Pembangunan Industri kewangan Islam memerlukan sistem tadbir urus yang baik. Sehubungan dengan itu, kerajaan mengenakan syarat berkanun bagi penubuhan jawatankuasa syariah. Penubuhan jawatankuasa syariah adalah keperluan berkanun bagi semua bank dan takaful yang menawarkan perbankan Islam dan produk takaful. Tujuan utama penubuhan jawatankuasa syariah ialah memberi nasihat kepada InstitusiInstitusi kewangan Islam berkaitan syariah dan juga memastikan operasi dilaksanakan mengikut syariat Islam. Jawatankuasa Syariah yang pertama ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan memulakan operasinya pada 1 Julai 1983. Pada 4 Mac 1993, Bank Pusat telah memperkenalkan skim perbankan tanpa faedah iaitu bank konvensional dibenarkan untuk menawarkan produk-produk perbankan Islam melalui cawangannya. Dengan polisi sedemikian, banyak bank-bank konvensional menubuhkan cawangan perbankan Islam dan melantik ulama Islam menjadi ahli jawatankuasa Syariah. Pada 1 Oktober 1999, Bank Muamalat telah ditubuhkan iaitu bank yang beroperasi berdasarkan syariat Islam. Istilah jawatankuasa syariah telah diperkenalkan oleh Bank Pusat di dalam seksyen 3 Garis Panduan dan Prosedur bagi jawatankuasa Syariah yang dikeluarkan pada bulan Disember tahun 2004. Secara amnya, tugas dan tanggungjawab jawatankuasa syariah adalah seperti berikut : 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 Konsep dan Struktur Produk Dokumentasi Operasi Perniagaan Memberi Khidmat Nasihat Syariah Yang Diperlukan Kepada Pihak Berkaitan

2.1.5 2.1.6 2.1.7 2.1.8

Menyediakan Pendapat Syariah Secara Bertulis Mengesahkan Manual Pematuhan Syariah Membantu Kounsil Penasihat Syariah Kebangsaan Dan Bank Pusat Dalam Memberikan Nasihat Tugas Dan Tanggungjawab Am

2.2

HUBUNGAN

ANTARA

KADAR

PULANGAN

NOMINAL

DENGAN

PERMINTAAN DEPOSIT SISTEM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA Berdasarkan hasil kajian dapat dirumuskan beberapa perkara penting. Pertama, pertumbuhan kadar pulangan deposit pelaburan (KPDP) signifikan mempengaruhi pertumbuhan permintaan deposit pelaburan (DP) dalam jangka panjang di Bank perdagangan. Begitu juga dengan deposit simpanan (DS), yang mana pertumbuhan kadar pulangan deposit simpanan (KPDS) juga signifikan mempengaruhi pertumbuhan permintaan deposit simpanan (DS) dalam jangka panjang. Kedua, bagi syarikat kewangan didapati pertumbuhan kadar pulangan juga signifikan mempengaruhi pertumbuhan permintaan deposit. Ketiga, bagi Bank Saudagar tidak wujud hubungan sebab-menyebab antara pertumbuhan kadar pulangan dengan pertumbuhan permintaan deposit. Didapati pertumbuhan permintaan DP menjadi penyebab jangka pendek dan jangka panjang kepada pertumbuhan KPDP. Keempat, bagi model keseluruhan SPI didapati, pembolehubah kadar pulangan deposit juga signifikan mempengaruhi pertumbuhan permintaan deposit. Maka, jelas bahawa pengaruh kadar pulangan deposit adalah sangat penting dalam mempengaruhi kelakuan unit-unit ekonomi meminta deposit di SPI. Justeru, sudah tentulah SPI juga terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan deposit daripada pelanggan. Tambahan lagi, persaingan dengan bank-bank konvensional dan aset-aset kewangan lain yang juga boleh memberikan pulangan, maka SPI perlulah menawarkan kadar pulangan yang kompetitif di samping menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti. Ini disebabkan kelakuan unit-unit ekonomi seperti sektor kerajaan, institusi kewangan, badan perniagaan dan individu meminta deposit pelaburan dan deposit semasa untuk mendapatkan pulangan. Justeru itu, apabila SPI meningkatkan kadar pulangan deposit, maka ia akan mempengaruhi kelakuan unit-unit ekonomi tersebut. Di samping menawarkan kadar pulangan deposit yang kompetitif, SPI juga perlu mengambil kira perkara-perkara lain yang juga penting mempengaruhi kelakuan orang ramai menyimpan wang seperti menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, mempelbagaikan struktur deposit, menggunakan perbankan elektronik, perbankan internet dan melahirkan tenaga kerja yang berkualiti.

Walau bagaimanapun, kajian ini mempunyai beberapa kekangan yang perlu dikaji dengan lebih mendalam. Pertama, kajian ini hanya mengambil kira pengaruh kadar pulangan deposit sahaja tanpa mengambil kira pengaruh pembolehubah lain yang juga mempengaruhi permintaan deposit di SPI seperti kadar pulangan aset pengganti yang lain, pendapatan, kadar inflasi dan perubahan kekayaan. Kedua, perbandingan antara permintaan deposit di SPI dan sistem perbankan konvensional juga perlu dilakukan bagi melihat perbezaan pengaruh struktur kadar pulangan dan kadar bunga deposit terhadap permintaan deposit.

2.3

PENENTU DEPOSIT DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA Kajian mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi deposit permintaan dalam sistem

perbankan Islam (SPI) di Malaysia. Cara kajian dengan menggunakan kaedah Ujian Kointegrasi dan Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM) untuk melihat kesignifikan pembolehubah dengan permintaan deposit. Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan antara permintaan deposit dengan kadar pulangan deposit perbankan Islam, kadar faedah deposit tabungan bank perdagangan, kadar inflasi serta output negara. Dalam kepesatan pembangunan dunia kewangan, perbankan Islam mestilah bergerak aktif supaya menjadi pilihan pendeposit untuk membuat pelaburan. Semua keuntungan deposit dalam perbankan Islam termasuk deposit tabungan di mana bank memberi kemudahan keselamatan percuma, harus diterima pada dasar perkongsian laba dan rugi. Nisbah pembahagian keuntungan antara bank dan pendeposit harus dipersetujui pada ketika pembukaan akaun dan sesuai dengan hukum Syariah di mana kedua-dua pihak bersetuju pada nisbah keuntungan yang berbeza daripada nisbah modal tetapi kerugian perlu dikongsi mengikut nisbah modal. Perbankan Islam dikatakan unik dari segi produk perkhidmatannya. Misalnya, dalam konsep Wadiah, bank dianggap sebagai penjana dan pemegang amanah dana. Pendeposit akan mendepositkan dana ke dalam bank akan menjamin pembayaran balik kesemua atau sebahagian daripada amaun apabila diminta oleh pendeposit. Pendeposit mungkin akan diberikan hibah (saguhati) atas budi bicara bank sebagai satu bentuk penghargaan. Selain Wadiah,terdapat juga produk seperti Murabahah, Mudarabah dan sebagainya. Perbankan Islam di Malaysia mempunyai potensi yang cerah untuk berkembang memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan mempunyai populasi penduduk Muslim yang ramai.

2.4

PEMAKAIAN PRINSIP HIBAH DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM DI

MALAYSIA : TUMPUAN KEPADA INDUSTRI PERBANKAN ISLAM DAN TAKAFUL Semua aktiviti Perbankan Islam dan Takaful di Malaysia diselia secara berpusat oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPSBNM). Segala keputusan yang dikeluarkan oleh MPSBNM akan mengikat bank dan juga syarikat takaful. Hibah merupakan perkataan Arab yang bermaksud pemberian tanpa balasan. Prinsip hibah, secara umumnya bukanlah satu prinsip utama dalam pembinaan produk-produk perbankan Islam. Prinsip hibah hanya sebagai sampingan kepada konsep-konsep utama iaitu kontrakkontrak jual beli ( Al-Bay), sewaan ( Al-Ijarah), gadaian ( Al-Rahn), syarikat ( Al-Sharikah), perkongsian untung rugi ( Al-Mudharabah) dan simpanan ( Al-Wadiah). Prinsip wadiah merupakan salah satu cara bagaimana perbankan Islam memperoleh dana tabungannya melalui akaun simpanan. Dalam konteks amalan bank, istilah wadiah ini dipakai dengan ditambah dengan frasa yad damanah yang bererti simpanan dengan jaminan. Ia merujuk kepada seorang (pendeposit) yang memberi kuasa kepada orang lain ( bank) untuk menyimpan hartanya untuk tujuan keselamatan barang-barang tersebut daripada kehilangan, kemusnahan, kecurian dan sebagainya. Konsep hibah digunakan sebagai satu bentuk insentif, dividen atau sagu hati oleh pihak bank untuk menarik pelanggan supaya menyimpan di dalam akaun di perbankan Islam. Produk al-Ijarah Thumma al-Bay (AITAB) merupakan gabungan dua konsep iaitu ijarah ( sewaan) dan bay ( beli). AITAB adalah satu bentuk produk di mana penyewa, di akhir tempoh sewaan diberikan pilihan oleh pihak bank, sama ada untuk menyewa semula atau membeli aset berkenaan. Dalam usaha perbankan Islam menggalakkan pelanggan AITAB mematuhi jadual pembayaran bulanan mereka, hibah diberikan kepada mereka sebagai satu bentuk insentif. MPSBNM memutuskan bahawa prinsip hibah yang digunakan dalam akad AITAB sebagai satu bentuk insentif kepada pelanggan adalah diharuskan.

Dalam konteks amalan perbankan Islam, Qard al-Hasan merujuk kepada pinjaman tanpa faedah yang diberikan kepada peminjam untuk kebajikan. Berdasarkan prinsip ini, peminjam hanya dikehendaki membayar hutangnya berdasarkan jumlah yang dipinjam sahaja dan bank tidak boleh untuk meminta sebarang lebihan bayaran. Walaubagaimanapun, peminjam digalakkan untuk membayar dengan kadar yang lebih daripada jumlah tersebut atas dasar budi bicaranya kepada pihak bank. Lebihan yang diberikan secara sukarela oleh peminjam ini dianggap sebagai hibah dan diharuskan dalam syarak. Secara umumnya, prinsip hibah dalam industri takaful digunakan dalam kebanyakan produk Takaful Keluarga. Peserta takaful boleh menggunakan hibah sebagai salah satu cara untuk mengagihkan manfaat takaful kepada penama. Contohnya, bentuk prinsip hibah yang pertama ialah prinsip hibah yang diaplikasikan semasa membayar manfaat takaful ketika berlaku kematian dalam tempoh caruman iaitu sebelum sijil Takaful tersebut matang. Aplikasi hibah terhadap manfaat takaful adalah memastikan bahawa bayaran atau wang manfaat tersebut dapat diserahhakkan kepada keluarga terdekat pencarum tanpa perlu terikat kepada peraturan pusaka. Contoh kedua ialah hibah yang dilakukan secara mutlak. Melalui kaedah ini, manfaat takaful yang dihibah kepada penama adalah mutlak dan tidak boleh ditarik balik. Bentuk hibah yang kedua ialah hibah yang berlaku sebagai struktur produk takaful itu sendiri. Peserta takaful yang dinamakan dalam produk takaful itu sendiri adalah benefisiari yang menerima hibah itu. Ini berlaku apabila ibu atau bapa menjadi pencarum kepada anaknya dalam produk-produk takaful pelajaran. Modus oprandi hibah jenis ini mudah difahami kerana pembayar (bapa) menjadi donor dengan membayar jumlah tertentu sehingga matang.

2.5

DAYA SAINGAN DAN ANJAKAN (SHIFT) DALAM JENIS KONTRAK

PEMBIAYAAN PERBANKAN ISLAM

3.0

KESIMPULAN Sistem Tadbir Urus Syariah Di Institusi-Institusi Kewangan Islam Malaysia Dalam persaingan global masa kini, kewangan Islam haruslah menjadi model kepada

sistem kewangan yang mantap dan lengkap serta kukuh. Dengan sedemikian, barulah masyarakat akan menerima seterusnya menyokong sistem perbankan Islam berdasarkan keupayaan, ketelusan dan yang paling penting mengikut syariat Islam. Kredibiliti sistem kewangan Islam haruslah diketengahkan agar tidak diragui dan menarik minat masyarakat untuk memilih kewangan Islam berbanding kewangan konvensional yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan mengenepikan kepentingan konsep perniagaan Islam yang menjaga kebajikan kedua-dua belah pihak iaitu pihak bank dan juga pihak pelanggan. Keberkesanan sistem perbankan Islam memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak. Sepertimana yang dinyatakan oleh Zulkifli Hasan (2008), menyatakan bahawa keberkesanan rangkakerja tadbir urus syariah memerlukan penglibatan jawatankuasa syariah sebagai pemain utama, kerajaan sebagai badan pengawalselia, Institusi-Institusi Kewangan Islam sebagai pelaksananya dan juga orang lain yang berkaitan seperti ahli perniagaan, juruaudit, akauntan dan peguam-peguam. Publisiti ataupun hebahan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan untuk memilih sistem perbankan Islam berada di tahap rendah kerana ia tidak dibuat secara besar-besaran. Ini dapat dibuktikan berdasarkan beberapa kajian tentang tahap kesedaran masyarakat tentang kewujudan dan perkembangan sistem kewangan Islam yang telah bertapak dan beroperasi di Malaysia. Persoalan berhubung persepsi dan kesedaran adalah subjektif. Beberapa perkara perlu diperjelaskan iaitu pengetahuan tentang kewujudan, latar belakang, konsep dan kontrak kad kredit Islam serta perbezaan dengan kad kredit konvensional. Dalam kepesatan pembangunan dunia kewangan, perbankan Islam mestilah bergerak aktif supaya menjadi pilihan pendeposit untuk membuat pelaburan. Perbankan Islam di Malaysia mempunyai potensi yang cerah untuk berkembang memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan mempunyai populasi penduduk Muslim yang ramai.

Penentu Deposit Dalam Sistem Perbankan Islam Di Malaysia Berikutan pembangunan pesat kewangan Islam di Malaysia, pembentukan satu struktur dan proses tadbir urus yang menyeluruh dan holistik sentiasa diperkemas agar ia kekal dinamik dan relevan sepanjang masa. Rangka kerja tadbir urus Syariah di Malaysia telah berkembang sejajar dengan situasi pasaran yang sentiasa berubah, iaitu struktur tadbir urus di peringkat sistem kewangan Islam keseluruhannya, dan di setiap institusi kewangan Islam telah dipertingkat dan diperkukuh bagi memastikan pematuhan Syariah. Keberkesanan pelaksanaan rangka kerja tadbir urus Syariah yang baharu ini akan terus meningkatkan lagi keyakinan pihak berkepentingan dan integriti industri kewangan Islam, seterusnya mengurangkan risiko ketakpatuhan Syariah dan dalam jangka masa sederhana, menyumbang ke arah kestabilan kewangan yang berterusan. Sejak pengenalan sistem perbankan Islam 20 tahun yang lalu, kita telah mencapai banyak kemajuan dalam mengembangkan produk-produk memperolehi bahagian perbankan, deposit dan pembiayaan. Ini memberi pilihan bagi sesiapa, Islam atau tidak Islam, memilih sistem yang sesuai dengan selera mereka. Pada penghujung bulan Jun 2003, aset perbankan Islam telah meningkat kepada 9.4 peratus daripada jumlah keseluruhan sektor perbankan. keseluruhan. Kewangan Islam, termasuk perbankan dan pasaran modal Islam akan dibangunkan sebagai sebahagian pasaran khusus yang strategik. Kita akan memperkenalkan lebih banyak produk yang secocok dengan ajaran Islam dan yang inovatif di samping menambahr produk asas dengan menggerakkan aset Islam ditujukan kepada terhadap yang belum digunakan. Inisiatif juga akan membangunkan pakatan strategik dengan sumber-sumber aset

kewangan masyarakat Islam global dengan peluang pelaburan berteraskan Syariah.

4.0

RUJUKAN Zulkifli Hasan (2008). Shariah Governance In The Islamic Financial Institutions Malaysia. Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Zulkefly Abdul Karim, Aminudin Mokhtar & Mohd Azlan Shah Zaidi (2004). Hubungan antara Kadar Pulangan Nominal dengan Permintaan Deposit Sistem Perbankan Islam di Malaysia, Pusat Pengajian Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aisyah Abdul Rahman (2011). Penentu Deposit Dalam Sistem Perbankan Islam di Malaysia, Pusat Pengajian Ekonomi, Falkulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Nasrul Hisyam Nor Muhamad (2010). Pemakaian Prinsip Hibah Dalam Sistem Kewangan Islam Di Malaysia : Tumpuan Kepada Industri Perbankan Islam Dan Takaful. Syahidawati Haji Shawan & Nuradli Ridzwan Shah Mohd Darus. Islamic Credit Card Industry In Malaysia: Customers Perception And Awareness. Faculty Of Economics and Management, University Sains Islam Malaysia.

5.0

APPENDIX

Vous aimerez peut-être aussi