Vous êtes sur la page 1sur 16

Ali Haji bin Raja Haji Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (k.k. 1808 - k.k. 1873) atau lebih dikenali sebagai Raja Ali Haji, ialah ulama, ahli sejarah, serta pujangga Bugis, dan terutamanya pencatat pertama dasardasar tatabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa, buku yang telah menjadi piawai bahasa Melayu. Bahasa Melayu baku inilah yang ditetapkan sebagai bahasa Indonesia, bahasa rasmi negara Indonesia, dalam Kongres Pemuda Indonesia pada 28 Oktober 1928.

[sunting] Latar belakang


Dilahirkan di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau, Raja Ali Haji merupakan keturunan kedua (cucu) kepada Raja Haji Fisabilillah, Yang Dipertuan IV dari Kesultanan Lingga-Riau. Mahakaryanya, Gurindam Dua Belas, yang diterbitkan pada tahun 1847 menjadi pembaharu arah aliran kesusasteraan pada zamannya. Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak mempengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab. Pada tahun 1822 sewaktu Raja Ali Haji masih kecil, beliau pernah dibawa oleh orang tuanya ke Betawi (Jakarta). Ketika itu bapanya, Raja Haji Ahmad, menjadi utusan Riau untuk menjumpai Gabenor Jeneral Baron van der Capellen. Berulang-ulang kali Raja Haji Ahmad menjadi utusan kerajaan Riau ke Jawa, waktu yang berguna itu telah dimanfaatkan oleh puteranya Raja Ali untuk menemui banyak ulama, untuk memperdalam ilmu pengetahuan Islamnya, terutama ilmu fiqh. Antara ulama Betawi yang sering dikunjunginya oleh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman alMashri. Raja Ali Haji sempat belajar ilmu falak dengan beliau. Selain dapat mendalami ilmu keislaman, Raja Ali Haji juga banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan hasil pergaulan dengan sarjana-sarjana kebudayaan Belanda seperti T. Roode dan Van Der Waal yang kemudian menjadi sahabatnya. Kira-kira tahun 1827/1243H Raja Ali Haji mengikut bapanya Raja Ahmad pergi ke Makkah alMusyarrafah. Raja Ahmad dan Raja Ali Haji adalah di antara anak Raja Riau yang pertama menunaikan ibadah haji ketika itu. Raja Ali Haji tinggal dan belajar di Mekah dalam jangka masa yang agak lama. Semasa di Mekah Raja Ali Haji sempat bergaul dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Beliau sempat belajar beberapa bidang keislaman dan ilmu bahasa Arab dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang ketika itu menjadi Ketua Syeikh Haji dan sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu di Mekah. Beliau bersahabat dengan salah seorang anak Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari iaitu Syeikh Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Barangkali ketika itulah, Raja Ali Haji sempat mempelawa ulama yang berasal dari Banjar itu supaya datang ke Riau, dan jika ulama tersebut bersetuju untuk datang, ulama itu akan dijadikan Mufti di kerajaan Riau. Dalam perjalanannya ke Mekah itu, Raja Haji Ahmad dan puteranya Raja Ali Haji pula mengambil kesempatan berkunjung ke Kaherah (Mesir), setelah itu kembali ke negerinya Pulau Penyengat, Riau.

Pada zaman dahulu, kerajaan Riau-Johor memiliki ramai ulama antaranya Habib Syaikh keturuan as-Saqaf, Syeikh Ahmad Jabarti, Syeikh Ismail bin Abdullah al-Minkabawi, Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Manduri dan ramai lagi. Tambahan lagi, saudara sepupu Raja Ali Haji yang bernama Raja Ali bin Raja Jafar menjadi Yamtuan Muda Kerajaan Riau VIII (tahun 1845-1857) menggantikan saudaranya Raja Abdur Rahman bin Raja Haji Yamtuan Muda Kerajaan Riau VII (taun 1833-1845). Apabila Raja Ali Haji pulang dari Mekah beliau disuruh oleh saudara sepupunya itu untuk mengajar agama Islam, Raja Ali bin Raja Jafar juga turut belajar dengan Raja Ali Haji. Setelah sekian lama, Raja Ali Haji terjun ke bidang pendidikan. Beliau dikatakan telah mengajar Ilmu Nahu, Ilmu Sharaf, Ilmu Usuluddin, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasauf dan lain-lain. Raja Ali Haji mempunyai kepakaran yang tinggi dalam ilmu pengetahuan Islam, bahkan beliau memang seorang ulama besar pada zamannya. Ramai anak murid Raja Ali Haji yang telah menjadi tokoh terkemuka, di antaranya Raja Haji Abdullah yang kemudian menjadi Yamtuan Muda Riau IX, tahun 1857-1858, Saiyid Syaikh bin Ahmad al-Hadi. Dalam ilmu syariat, Raja Ali Haji berpegang teguh dengan Mazhab Syafie, dalam iktikad berpegang akan faham Syeikh Abul Hasan al-Asyari dan Abu Manshur al-Maturidi, sedang dalam amalan tasauf beliau adalah seorang penganut Tarekat Naqsyabandiyah dan mengamalkan Selawat Dalail al-Khairat yang dibangsakan kepada Saiyid Sulaiman al-Jazuli, yang diamalkan secara beruntun sejak datuk-datuknya terutama Raja Haji as-Syahidu fi Sabilillah yang ketika akan meninggalnya masih tetap memegang kitab selawat tersebut di tangannya, sementara pedang terhunus di tangannya yang satu lagi. Raja Ali Haji meninggal dunia di Riau pada sekitar tahun 1873. Beliau ditetapkan oleh pemerintah Republik Indonesia sebagai pahlawan negara pada tahun 2006.

[sunting] Karya
Bukunya yang berjudul Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan kamus loghat Melayu JohorPahang-Riau-Lingga penggalan pertama serta kamus ekabahasa yang pertama di Nusantara. Beliau juga menulis Syair Siti Shianah, Syair Suluh Pegawai, Syair Hukum Nikah, serta Syair Sultan Abdul Muluk. Raja Ali Haji juga patut dijasai kerana penulisan sejarah Melayu. Bukunya yang berjudul Tuhfat al-Nafis ("Bingkisan Berharga" tentang sejarah Melayu), walaupun sangat lemah dari segi penulisan sejarah kerana tidak memberikan sebarang sumber dan tahunnya, dapat dianggap sebagai suatu penggambaran peristiwa-peristiwa Melayu bersejarah yang lengkap. Sesetengah orang juga berpendapat bahawa Tuhfat dikarang terlebih dahulu oleh Raja Ahmad, ayahnya yang juga merupakan sasterawan, dengan Raji Ali Haji hanya meneruskan apa yang telah dimulai ayahnya. Dalam bidang ketatanegaraan dan undang-undang, Raja Ali Haji juga menulis Mukaddimah fi Intizam (undang-undang dan politik). Selain itu, beliau juga merupakan penasihat kerajaan.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Salasilah Melayu dan Bugis 1890 Tuhfat al-Nafis 1865 Bustanul-Katibin Kitab Pengetahuan Bahasa Gurindam Dua Belas Syair Siti Shianah Syair Suluh Pegawai Syair Hukum Nikah Syair Sultan Abdul Muluk
Bustan al-Katibin li Sibyan al-Mutaallimin (Kitab Perkebunan Juru Tulis bagi Kanak-Kanak Yang Hendak Belajar) dan Kitab Pengetahuan Bahasa: Kamus Loghat Melayu Johor, Pahang, Riau dan Lingga merupakan dua buah karya yang paling awal tentang bahasa Melayu yang disusun oleh seorang Melayu iaitu Raja Ali Haji daripada Pulau Penyengat di Kepulauan Riau. Karya pertama itu tertulis pada tahun Hijrah 1267 (bersamaan dengan tahun Masihi 1850) dan karya keduanya tertulis pada tahun Hijrah 1275 (tahun Masihi 1858) tetapi dicetak kira-kira 69 tahun kemudian iaitu pada tahun Hijrah 1345 atau tahun Masihi 1927. Tradisi Pengajian Bahasa Islam Sesungguhnya dua buah karya tentang bahasa Melayu oleh Raja Ali Haji ini merupakan warisan yang amat berharga yang menjadi penyambung kepada tradisi pengajian bahasa dalam Islam yang bermula sejak zaman awal Islam lagi. Dalam Islam pengajian bahasa khususnya bahasa Arab dan bahasa-bahasa Islam yang lain, merupakan satu ilmu alat untuk mencapai marifat iaitu mengenali Allah dan seluruh kewujudan, memperteguhkan keimanan dan ketakwaan, dan menyemai adab kesopanan yang mulia, iaitu mengandungi antara lain ilmu-ilmu nahu (sintaksis), saraf (morfologi), qawaid (tatabahasa), mantiq (logik), balaghah (retorik), istidlal (pendalilan), kalam (penghujahan), dan sebagainya. Raja Ali Haji dalam dua buah buku beliau itu telah meletakkan tradisi pengajian bahasa Melayu berdasarkan maksud dan matlamat pengajian bahasa yang digariskan oleh tradisi pengajian Islam itu. Di sinilahah letaknya keistemewaan tokoh Raja Ali Haji dalam tradisi persuratan Melayu, yang bukan sahaja merupakan ilmuan Melayu yang pertama yang menulis tentang pengajian bahasa Melayu, tetapi juga telah meletakkkan asas pengajian bahasa Melayu pada tempat yang sebenar iaitu sebagai ilmu alat untuk memperolehi ilmu yang benar yang akan membawa kepada keyakinan dan ketakwaan. Raja Ali Haji dengan jelas dan lantang sekali menyatakan bahawa terdapat kaitan yang erat antara kebolehan berbahasa dan adab sopan yang mulia dan ilmu yang tinggi. Tegas beliau dalam Bustan al-Katibin (halaman 3): Adab dan sopan itu daripada tutur kata juga asalnya, kemudian barulah kepada kelakuan Bermula apabila berkehendak kepada menutur ilmu dan berkata-kata yang beradab dan sopan, tak dapat tiada mengetahuilah dahulu ilmu yang dua iaitu ilmu wa al-kalam (pengetahuan dan pertuturan). Adapun kelebihan ilmu wa al-kalam amat besar sehingganya mengata setengah hukama segala pekerjaan pedang boleh diperbuat dengan qalam (pena), adapun pekerjaan qalam tiada boleh diperbuat dengan pedang Ada beberapa ribu dan laksa pedang yang sedang terhunus, dengan segores qalam jadi tersarung, terkadang jadi tertangkap dan terikat dengan pedang sekali Tegas beliau lagi dalam Gurindam Dua Belas, fasal yang kelima, iaitu: Jika hendak mengenal orang berbangsa, Lihat kepada budi dan bahasa. Dengan berdasarkan falsafah dan pegangan demikian terhadap peranan dan kedudukan bahasa dalam usaha melahirkan seorang manusia Melayu yang beradab sopan, berakal dan berbudi bahasa yang mulia, dan berilmu yang tinggi, maka Raja Ali Haji telah menghasilkan dua buah karya tentang bahasa Melayu ini. Bustan al-Katibin dihasilkan ketika beliau berumur kira-kira 40 tahun (1850 M), manakala Kitab Pengetahuan Bahasa siap ditulis kira-kira lapan tahun kemudian (1858 M) walaupun dicetak hanya pada tahun 1927 M iaitu kira-kira 55 tahun sesuadah kematian penulisnya yang dianggarkan pada tahun 1872 M.

10. Buku-buku

11.

12. 13.

14. 15. 16.

17. Bagi

18. 19.

20.

21.

22. 23. 24.

Raja Ali Haji, keturunan dan pangkat yang tinggi tanpa ilmu yang sahih, akal budi yang luhur dan adab sopan yang mulia, menjadi sia-sia belaka, seperti kata beliau dalam Bustan al-Katibin (hal.2) Jikalau beberapa pun bangsa (keturunan) jika tiada ilmu dan akal dan adab, ke bawah juga jatuhnya. Dan bagi beliau bahasa ialah wahana untuk mencapai matlamat itu, kerana adab dan sopan itu daripada tutur kata juga asalnya kemudian barulah kepada kelakuan (Ibid:3). Oleh yang demikian dalam bahagian Mukadimah Bustan al-Katibin, beliau telah menerangkan terlebih dahulu kelebihan ilmu dan akal untuk meletakkan perspektif dan tujuan yang sebenarnya dalam pembelajaran bahasa. Ilmu yang paling penting dan pertama yang harus dipelajari oleh orang Islam ialah ilmu agama Islam, seperti tegas beliau dengan memetik sebuah hadith Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam (s.w.a) Barangsiapa dikehendaki Allah taala kebajikan diberi faham ilmu al-din yakni ilmu agama. Kalam inilah yang terlebih dahulu dituntut (Ibid:2). Oleh itu sebelum beliau memulakan penghuraian tentang bahasa Melayu, terlebih dahulu dihuraikan dengan secara terperinci adab dan syarat menuntut ilmu, iaitu sebenarnya merupakan asas teknik dan psikologi pendidikan yang mampu melahirkan seorang Melayu yang bukan sahaja fasih bercakap tetapi juga boleh bercakap dengan budi bahasa dan adab sopan yang mulia dan dengan ilmu yang sahih dan benar. Penyemaian dan penzahiran adab dalam diri seseorang merupakan prasyarat untuk menyemaikan ilmu yang benar, kerana adab dan ilmu bertimbal balik dalam membantu dan membimbing seseorang manusia untuk mengenal, mengecam dan mengakui taraf dan hirarki atau martabat ilmu dan kewujudan. Tegasnya, penyemaian adab dalam diri seseorang ialah proses pendidikan yang membawa kepada disiplin bagi jasad, akal dan unsur rohniahnya, yang dengan itu akan menyediakan manusia itu untuk mencari, memperolehi dan mengamalkan pula ilmu yang benar sebagai memenuhi objektif daripada proses pendidikan. Dengan berdasarkan hakikat adab, ilmu dan pendidikan yang demikian, Raja Ali Haji menekankan ketertiban dalam segala sesuatu yang membawa kepada ketertiban ilmu, seperti yang diutarakan oleh beliau dalam Bustan al-Katibin bahagian tentang surat kiriman, iaitu: Tiap-tiap perkara itu ada yang terlebih besar dan yang kecil, ada yang tinggi ada yang rendah, ada yang mulia ada yang hina, ada yang halus ada yang yang kasar Maka didahulukan yang terlebih besar daripada yang kecil, didahulukan yang tinggi daripada yang rendah Perkara agama lebih tinggi daripada perkara dunia, dan perkara kerajaan lebih tinggi daripada perkara perniagaan... Perkataan buang air besar dan buang air kecil terlebih mulia daripada berak dan kencing, dan perkataan bersetubuh lebih mulia daripada berayuk... dan perkataan tuan hamba lebih halus dariapada awak dan lu." Kaedah menulis surat kiriman, yang diutarakan oleh Raja Ali Haji sebenarnya mengukuh dan mengesahkan darjah ketertiban atau martabat ilmu yang membawa kepada kesahihan dan kebenaran ilmu dalam Islam. Darjah atau martabat yang paling tinggi dalam kewujudan dan kemuliaan ialah Allah subhanahu wa taala (s.w.t), kemudian Rasulullah s.w.a dan seterusnya ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya radhi Allahu anhu ajmain (r.a), iaitu: Bermula perkataan dalam surat perkiriman itu maka hendaklah dimulai dengan bismil-Lahi rRahmani r-Rahim, kemudian alhamdulil-Lah yakni memuji Allah taala pada nama munasabah dan waqi, kemudian selawatkan Nabi kita serta keluarganya dan sahabatnya, kemudian diiringi salam tazim pada orang yang berkirim surat Tertib demikian sebenarnya mengakui dan mengesahkan ilmu yang benar dalam Islam iaitu meletakkan sesuatu perkara dalam sistem kewujudan pada tempatnya yang wajar dan tepat yang dipatuhi semua oleh penulisan tradisional Islam. Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa prinsip yang sama juga telah diterapkan dalam huraian tentang perbendaharaan kata ba bahasa Melayu, iaitu meletakkan kedudukan sesuatu dari segi martabat kewujudan, kejadian dan kemuliaan pada tempatnya yang tepat dan wajar. Raja Ali Haji sesuadah menghuraikan dengan ringkas nahu bahasa Melayu berdasarkan konsep, istilah dan huraian nahu bahasa Arab, telah menghuraikan pula makna dan penggunaan kosa kota bahasa Melayu iaitu bermula daripada perkataan yang berhuruf atau berabjad alif tetapi sayang hanya sehingga yang berabjad ca sahaja dan tidak sehingga ke akhir abjad iaitu perkataan yang berabjad ya. Perkataan-perkataan yang terawal yang dihuraikan oleh Raja Ali Haji yang berpangkalkan abjad alif ialah tujuh perkataan utama iaitu Allah, Ahmad, Ashab, Ahbar, Insan, al-Awwali (al-Dunia), Akhirat, yang sebenarnya merupakan konsep/istilah kunci yang

25. 26.

27.

28.

29.

30. 31.

32.

33.

34.

merujuk kepada ilmu asasi/fundemental yang dapat meletakkan pemahaman/pengenalan yang benar terhadap taraf dan kedudukan yang tepat bagi segala sesuatu dalam seluruh kewujudan dan kejadian iaitu dalam sistem ontologi dan kosmologi Melayu Islam. Seperti kata Raja Ali Haji: Apabila mengenal marifat yang tujuh dan pengetahuan yang tujuh serta beriman akan dia, nescaya sempurnalah akalnya dan berbezalah ia dengan binatang pada pihak pengetahuannya. (Kitab Pengetahuan Bahasa:49). Oleh kerana perkataan yang tujuh ini begitu penting kedudukannya dalam bahasa Melayu, maka Raja Ali Haji telah meletakkannya dalam bab yang tersendiri iaitu Bab Pertama, manakala perkataan-perkataan yang lain semuanya diletakkan dalam bab-bab yang seterusnya. Mengikut Raja Ali Haji perkataan yang pertama dan paling utama daripada tujuh perkataan itu ialah Allah iaitu nama zat Tuhan yang maha tinggi yang wajib wujud dengan sifat-safatNya yang maha sempurna, yang merupakan puncak dalam martabat kewujudan yang daripadaNya segala wujud yang nisbiah/relatif, iaitu segala makhluk ini, bergantung untuk wujud. Perkataan yang kedua ialah Ahmad iaitu nama yang lain bagi Nabi Muhammad s.w.a. sebagai Pesuruh/Rasul Allah untuk menyampaikan dan mengajar umat manusia ilmu yang benar daripada Allah s.w.t., iaitu agama Islam yang boleh membawa manusia kepada kebahagiaan dan kejayaan yang hakiki dan berkekalan. Perkataan yang kertiga ialah Ashab iaitu para Sahabat r.a. Rasulullah s.w.a. yang merupakan masyarakat Islam yang pertama yang menerima dan mengamalkan sepenuhnya segala ilmu yang benar itu, iaitu Islam, supaya menjadi contoh tauladan dalam bentuk prinsip dan lunas-lunas asasi cara hendak mengamalkan Islam kepada generasi yang menuruti mereka sehingga ke akhir zaman. Perkataan yang keempat ialah Ahbar iaitu semua alim ulama yang muktabar yang menjadi pewaris dan penyebar agama Islam daripada satu generasi ke satu generasi seterusnya. Perkataan yang kelima ialah Insan iaitu manusia yang dengan hakikat kejadiannya yang mempunyai jasad, akal dan kalbu, merupakan makhluk yang menjadi lokus atau objek yang layak untuk menanggung dan menzahirkan agama Islam di atas dunia ini sebagai satu amanah, dan yang akan menerima balasan yang setimpal daripada pelaksanaan amanat itu di akhirat nanti. Perkataan yang keenam ialah al-Awwali atau al-Dunia iaitu tempat dan satu tahap kehidupan makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t. untuk menzahirkan sunnatullah (hukum Allah) dan qudratullah (kekuasaan Allah) ke atas semua makhluk, dan yang terlebih utama lagi ialah untuk menzahirkan shariatullah (hukum syariah Allah) ke atas manusia. Dunia juga merupakan tempat dan waktu di mana segala amal perbuatan manusia dicatat dan sesudah dihisab di akhirat, akan diberi balasan yang setimpalnya. Perkataan yang ketujuh dan terakhir ialah Akhirat yang menurut Raja Ali Haji ialah kesudah-sudahan bagi pekerjaan manusia dan perjalanan anak Adam, iaitu bermula daripada keluarnya roh daripada badannya (mati), masuk ke alam Barzakh (kubur), kebangkitan di Mahshar, penghisaban (al-mizan), menyeberangi Titian Sirat al-Mustaqim, dan akhirnya pembalasan dan penempatan yang muktamad, iaitu syurga bagi ahl al-saadah (yang beruntung), dan neraka bagi ahl al-shaqawah (yang celaka). Demikianlah tujuh perkara yang menjadi asas konsep dan ilmu yang utama yang dikandungi oleh bahasa Melayu yang harus dipelajari dan dimengerti oleh orang Melayu apabila mempelajari bahasanya. Dengan memahami perkara-perkara itu, seseorang Melayu Islam akan memperolehi ilmu yang dapat menerangkan dengan tepat letak dirinya sebagai seorang insan dalam hirarki atau martabat kewujudan seluruhnya (maratib a-wujud) iaitu konsep ontologi, hirarki atau martabat kejadian dan penciptaan alam semesta (maratib al-alam) iaitu konsep kosmologi dan hirarki atau martabat ilmu pengetahuan (maratib al-ulum) iaitu konsep epistemologi. Umpamanya dengan mempelajari kewujudan Allah s.w.t. melalui sifat-sifatNya, yang dihuraikan sepenuhnya oleh Raja Ali Haji dalam kitab ini, maka seseorang itu akan memahami kewujudan Allah pada martabat Wujud yang tertinggi iaitu wajib al-wujud, yang menjadi punca dan sumber pergantungan wujud bagi segala makhluk yang sebenarnya bertaraf wujud nisbiah (wujud relatif). Dengan demikian seseorang itu akan dapat menzahirkan pengakuan pramordial yang dibuat oleh semua manusia semasa berada dalam alam roh seperti yang diisyaratkan dalam al-Quran:

35. Apabila 36.

37.

38.

39.

40.

Rabb kamu mengeluarkan daripada anak Adam daripada sulbinya zuriatnya dan menyuruh mereka menaik saksi terhadap dirinya dengan berkata Bukankah Aku Rabb kamu?,.Mereka berkata Benar, kami menyaksinya (shahidna) (al-araf:172). Ilmu pengetahuan tentang hakikat dan martabat kewujudan Allah s.w.t. yang demikian sebenarnya berkait rapat dan langsung dengan ikrar seorang Muslim dalam kalimah syahadahnya, iaitu Aku bersaksi (ashhadu) bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Oleh itu bagi Raja Ali Haji ilmu yang utama dan pertama yang harus dipelajari oleh orang Melayu Islam tentang perkara yang dikandungi oleh bahasanya ialah ilmu tentang Allah s.w.t. Prinsip ini meletakkan tujuan utama dalam pengajian ilmu bahasa (iaitu mengikut Raja Ali Haji dengan menurut pendapat Iman al-Ghazali,) yang mengandungi ilmu mantik, kalam dan istidlal adalah untuk memperolehi ilmu yang benar tentang seluruh kewujudan dan juga penciptaan seperti yang didukung oleh tujuh kata kunci itu. Oleh yang demikian matlamat utama dalam pengajian dan pembelajaran bahasa bukan setakat mengetahui selok belok binaan bahasa, bunyi dan ejaannya, perkataan dan kosa katanya, dan binaan ayat, klausa, dan frasanya sahaja, malah lebih daripada itu adalah untuk mempelajari bagaimana hendak menggunakan bahasa supaya tercapai ilmu yang benar. Ilmu yang benar ialah ilmu yang boleh membimbing manusia kepada pengenalan, pengecaman dan pengesashan kedudukan yang tepat dan wajar bagi segala benda dalam alam ciptaan ini, yang dengan demikian akan membawa kepada pengenalan dan pengiktirafan kepada kedudukan yang tepat dan wajar bagi Tuhan dalam pentarafan kewujudan seluruhnya. Untuk mencapai matlamat inilah, maka Raja Ali Haji telah mengarang Kitab Pengetahuan Bahasa yang merupakan sebuah kamus besar yang menghuraikan makna secara terperinci bagi perkataanperkataan yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu, dengan memberi keutamaan kepada kata-kata kunci yang menjadi asas pembinaan konsep-konsep tentang sistem-sistem ontologi (wujud), kosmologi (alam) dan juga epistemologi (ilmu) Melayu Islam. Penulisan kamus yang menghuraikan secara terperinci makna perkataan, terutama sekali istilah dan ungkapan yang merupakan kata kunci utama dalam pembentukan medan makna (semantic field) yang membentuk struktur pengkonsepsian Melayu Islam yang berdasarkan al-Quran dan al-Hadith, sebenarnya merupakan satu tradisi kesarjanaan Islam yang turuntemurun daripada zaman awal Islam lagi. Prof. S. M. Naquib al-Attas (1991:3) telah menyebut bahawa asas penghuraian, penilaian dan pensahihan makna perkataan dan ungkapan secara autentik dan autoritatif telah diterokai oleh seorang Sahabat Rasulullah s.w.a.iaitu Ibn Abbas r.a. dalam usaha mentafsir ayat-ayat al-Quran, iaitu: During his (Ibn Abbas) times, the process of testing the aunthenticity of meaning, and establishing the highest authorities with respect to the words, meanings, grammar and the prosody of the classical Arbic language, was already under way, and by the second century after Hijrah, the methodological division into four groups designed to determine and establish authentic authorities on all aspects of the Arabic language, such as the jahili, mukhadram, Islmi and the muwallid, was completed. (Dalam hayat beliau (Ibn Abbas r.a.), usaha-usaha menguji kesahihan makna dan menubuhkan autoriti yang tertinggi terhadap perkataan, makna, nahu dan prosodi dalam bahasa Arab klasik sudah bermula, dan menjelang abad kedua Hijrah pembahagian perkaedahan kepada empat kumpulan iaitu jahili, mukhadram, Islami, muwallid, untuk menentu dan menubuhkan autoriti dalam segala aspek bahasa Arab, telah tercapai). Akibat daripada keperluan untuk membuat penelitian, pengkajian dan penghuraian tentang perkataan dan ungkapan dari segi autoriti dan kesahihan maknanya, tegas Prof. S. M. Naquib al-Attas(Ibid), maka sebarisan sarjana bahasa Arab telah muncul untuk menghasilkan karyakarya tentang kajian perkataan, istilah dan kamus yang sesetengahnya mencapai 60 jilid tebalnya. Antara karya-karya yang disebut oleh S. M. Naquib al-Attas ialah Kitan al-Ain oleh al-Khalil (meninggal 160 H), Jamharah oleh Ibn Duraid (meninggal 321 H), Mujmal oleh Ibn Fais (meninggal 390 H), Sihah al-Jauhari (meninggal 398 H), Asas oleh Zamakhsari (meninggal 538 H), Lisan al-Arab oleh Ibn Manzur (meninggal 711 H), Qamus dan Lami oleh al-Fayruzabadi (meninggal 816 H), Mughni oleh Ibn Hisham (meninggal 716 H), Taj alArus oleh al-Zabidi (meninggal 1205 H)., dan lain-lain lagi. Melalui huraian, pengesahan, penilaian, dan pensahihan makna perkataan dan ungkapan yang mendalam dan terperinci, maka bahasa Arab, mengikut Prof. S. M. Naquib al-Attas lagi, telah memperolehi ketepatan dan ketekalan dari segi kemurnian dan kewibawaan maknanya, melalui tiga proses: (1) penubuhan struktur tatabahasanya yang didasarkan di atas sistem kata akar yang tepat dan

41.

42.

43.

44. 45.

tekal, (2) struktur semantik dikawal oleh sistem medan mkna yang ditakrifkan secara tepat yang dapat menetukan struktur pengkonsepsian yang terdapat dalam kosa katanya yang juga ditetapkan secara tekal oleh kaedah (1) di atas, dan (3) perkataan, makna, tatabahasa dan prosodi telah dirakamkan secara ilmiah/saintifik supaya terjaga ketekalan maknanya. Dengan demikian bahasa Arab telah mencapai tahap kemurnian dan kewibawaan semantik yang boleh menyampaikan makna yang tepat dan jitu secara ilmiah, terutama sekali untuk menyampaikan makna kebenaran yang mutlak dan objektif. Adalah sangat munasabah sekali, dengan melihat latarbelakang pendidikan Raja Ali Haji, untuk mengatakan bahawa tujuan dan maksud beliau menyusun dua buah buku tentang pengajian bahasa Melayu ini adalah untuk memenuhi ketiga-tiga matlamat yang tersebut di atas yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa Islam yang terulung di Asia Tenggara. Melalui dua buah karya yang tersebut di atas, Raja Ali Haji dapat mewujudkan penghuraian tentang bahasa Melayu yang tekal, ringkas, padat dan rapi dari segi ejaan dan tatabahasanya, dan yang sahih, berwibawa dan tekal dari segi permaknaan kosa kata dan ungkapannya iaitu diwakili oleh sistem medan makna yang diberikan takrif yang jelas dan tepat berdasarkan autoriti al-Quran dan al-Hadith. Sebagai contoh penghuraian beliau tentang erti perkataan bahagia ditunjangi oleh konsep medan makna yang dikaitkan dengan autoriti al-Quran dan al-hadith, iaitu: Bahagia ini bermkna dengan makna untung dan tuah, akan tetapi sungguhpun bermakna untung dan tuah bukannya seperti makna untung dan tuah orang yang jahil yang menyangka makna untung dan tuah mendapat kekayaan dunia dan mendapat kebesaran dunia. kerana menyertai untung dan tuah (demikian) beberapa rugi dan celaka iaitu berbangkitlah nafsu dan syahwah nimat kesenangan dan kemegahan Syahadan nyatalah makna bahagia itu iaitu negeri akhirat jua. Bermula tuah itu iaitu janji seorang yang tersebut azalnya, demikian lagi celaka demikian itu jua, seperti kata Sahib al-Jauhari (maksudnya) kemenanganlah orang yang bertuah itu kepada azalnya, demikian lagi orang yang celaka pada azalnya jua. .. Adalah dikehendaki tuah iaitu orang yang mati dalam imannya husn al-khatimah (penyudahan yang baik) dan jikalau terdahulu kafirnya sekalipin. Janji celaka masuk neraka Jahanam, dan janji bertuah masuk syurga jua, seperti firman Allah (dalam al-Quran, maksudnya) Bahawasanya yang orang berbuat kebajikan itu di dalam syurga, dan orang yang berbuat masiat itu di dalam neraka adanya. (Kitab Pengetahuan Bahasa, h. 296-298) Jelaslah pandangan Raja Ali Haji tentang pengajian, penggunaan dan pembelajaran bahasa Melayu berkait rapat dengan pandangan jagat atau weltanschauung/world view beliau sebagai seorang Melayu Islam yang melihat hakikat kewujudan dan kejadian alam semesta dan manusia di dalam lingkungan kewujudan Tuhan yang wajib wujud, yang menjadi tempat pergantungan wujud bagi segala wujud yang lain. Oleh itu pengajian, penggunaan dan pembelajaran bahasa Melayu seharusnya menjadi sebagai satu alat dan wahana yang membawa ke arah pengenalan, pengertian, pemahaman, pengucapan, pengungkapan, penyampaian, pemujaan, pemujian dan pengakuan terhadap Allah Tuhan yang wajib wujud, yang dengan itu akan membawa kepada keadilan, kebahagiaan dan keberuntungan di dunia dan juga di akhirat. Pandangan Beberapa Orang Sarjana Semasa Tentang Karya Bahasa Raja Ali Haji Maksud dan matlamat tulisan Raja Ali Haji yang sedemikian tidak akan disedari dan difahami oleh para pengkaji yang berlatarbelakangkan tradisi kesarjanaan Barat yang kononnya bersikap objektif dan rasionalistik. Misalnya Teeuw (1961:26) menyatakan bahawa Kitab Pengetahuan Bahasa is rather a sort of unsystematic encyclopedia (satu macam ensiklopedia yang tidak sistematik). Bahkan T. Iskandar dan Zaba juga tidak dapat meletakkan karya-karya tentang bahasa Melayu oleh Raja Ali Haji itu pada tempatnya yang tepat dan wajar. Kata Zaba (1940:143) tentang Kitab Pengetahuan bahasa (an) encyclopedia of the authors general knowledge, opinions and impressions, set forth under the words he professes to define (sebuah ensiklopedia tentang ilmu pengetahuan umum, pendapat dan pandangan pengarangnya yang diatur berdasarkan entri perkataan yang hendak ditakrifkannya). T. Iskandar pula berkata (1964:535) Kitab Pengetahuan Bahasa (ialah) sejenis ensiklopedia yang mengandungi pengetahuan umum dan pendapat serta pandangan pengarang tentang kata-kata yang dimasukkan ke dalam buku ini. Harimurti Kridalaksana (1983) walaupun lebih bersimpati terhadap kedua-dua karya Raja Ali Haji itu kerana menilainya di atas meritnya tersendiri, juga tidak dapat menyatakan bahawa tujuan dan maksud Raja Ali Haji dalam kedua-dua karya beliau itu merupakan penerusan dan

46.

47.

48.

49.

50.

kesinambungan tradisi kesarjanaan Islam dalam pengajian bahasa, seperti yang dinyatakan di atas. Demikianlah, matlamat utama dalam pembelajaran bahasa bukan setakat untuk mengetahui selok belok binaan bahasa, tentang sejarah dan perkembangannya, tetapi melebihi itu semua adalah untuk mempelajari bagaimana hendak menggunakan bahasa dengan betul supaya tercapai ilmu yang benar yang boleh membimbing manusia kepada pengenalan, pengecaman dan pengesahan kedudukan yang tepat dan wajar bagi segala benda dalam pentarafan penciptaan alam semesta ini, yang dengan itu akan membawa kepada pengenalan, pengesahan dan pengakuan akan kedudukan yang tepat dan wajar bagi Tuhan dalam martabat kewujudan seluruhnya. Raja Ali Haji telah meletkakkan dasar pembelajaran bahasa demikian secara bertulis dalam kedua-dua buah buku beliau itu, buat pertama kali dalam sejarah perkembangan tamadun Melayu Islam. Buku-buku beliau itu mengikut U. U. Hamidy (1981:45) telah diterima pakai sebagai teks rujukan dan pengajaran pada penghujung abad kesembilan belas dan awal abad kedua puluh di madrasah-madrasah dan sekolah di Kepulauan Riau, Johor dan Singapura. Di sinilah letaknya nilai dan harga yang amat tinggi pada kedua-dua buah karya Raja Ali Haji tentang pengajian dan pembelajaran bahasa Melayu yang kini sudah amat jauh tersimpang daripada tradisi pengajian dan pembelajaran bahasa dalam Islam. Sesungguhnya menjadi satu mala petaka, satu bala, satu tragedi yang besar kepada orang Melayu Islam kini, apabila di dalam pengajian dan pembelajaran bahasa ibundanya, konsep-konsep utama yang menjadi asas pembentukan kefahamannya terhadap sistem kosmologi, ontologi dan epistemologinya yang benar dan tepat tidak dapat disampaikan lagi. Konsep adab yang sebenar sebagai satu kaedah disiplin yang membolehkan seseorang Melayu mengenali tertib kedudukan dirinya dalam masyarakat dan alam sekitarnya yang nyata yang ghaib dengan tepat dan wajar, tertib kedudukan ilmu, yang semua itu akan membawa kepada pengenalan dan pengakuan terhadap kedudukan Tuhan yang tertinggi dalam seluruh martabat kewujudan, hanya boleh disemai melalui pengajaran bahasa, ilmu dan adab yang telah diperturunkan kepada seluruh masyarakat Islam dari zaman permulaan Islam lagi, yang melalui dua buah karya itu, telah cuba disemai oleh tokoh Raja Ali Haji. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa akibat daripada latar belakang pendidikan Raja Ali Haji, dalam kedua-dua buah karya itu, seluruh huraiannya dalam bidang fonologi, morfologi dan sintaksis bahasa Melayu berdasarkan kaedah huraian dan konsep tatabahasa Arab; bahkan seluruh istilahnya dipinjam secara langsung daripada bahasa Arab. Hakikat inilah yang menyebabkan Teeuw (1961:23), menegaskan bahawa karya itu merupakan "...a distant offshoot of Arabic language study". T. Iskandar (1964/1987:134) mengulas bahawa karya Raja Ali Haji itu terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian tentang penulisan bahasa Melayu yang mengikutnya agak berhasil, dan bahagian yang satu lagi tentang nahu bahasa Arab yang disesuaikan dengan bahasa Melayu yang dianggapnya tidak berhasil kerana "...ayat-ayat yang terdapat di dalamnya kaku seakan-akan ayat Arab dengan kata-kata Melayu". Mohd. Taib Osman (1967/1987:158) sebaliknya tidak berapa selari dengan pendapat pengkaji barat misalnya van Ronkel (1901) yang mengatakan bahawa Bustan al-Katibin sebenarnya bukanlah sebuah karya tentang nahu bahasa Melayu, bahkan merupakan penggunaan nahu Arab ke atas bahasa Melayu. Tegas Mohd. Taib Osman (Ibid) "Adalah susah juga untuk mengatakan bahawa si pengarang telah cuba mengenakan nahu Arab ke dalam bahasa Melayu ataupun sebaliknya". Namun Mohd. Taib Osman tidak memberi alasan terhadap pendapat beliau itu. Sebaliknya beliau telah mengutarakan pendapatnya tentang kedudukan Raja Ali Haji sebagai pujangga Melayu bercorak klasik, elita istana yang mahir dalam bahasa Arab dan agama Islam, dan yang masih mempertahankan tradisi penulisan secara Melayu klasik dengan bahasa Melayu yang bukan Melayu tetapi bahasa Arab yang diMelayukan, dan dengan paraphanalia persuratan klasik seperti pendahulaun dengan Basmalllah, kalimahkalimah pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah s.w.a., seperti yang dikemukakan dalam Bustan al-Katibin. Oleh kerana seperti yang dikatakan di atas, latar belakang pendidikan Raja Ali Haji ialah Agama Islam dan bahasa Arab, maka tentu sekali karya beliau tentang bahasa Melayu ini yang merupakan usaha yang julung-julung kali dilakukan oleh seorang Melayu, diwarnai oleh konsep dan kaedah huraian tatabahasa Arab. Ciri-ciri demikianlah yang menyebabkan pengulas-pengulas karya beliau itu memperkecilkan sumbangan beliau itu, sehingga Teeuw (1961:23) mengetepikannya sama sekali sebagai satu buku teks tatabahasa dan menegaskan

51.

52.

53.

54. 55.

56.

57.

ianya lebih banyak merupakan "...an elaborated spelling text book...", yang sebenarnya membayangkan kedengkelannya tentang tujuan kitab ini ditulis (seperti yang dinyatakan dalam bahagian Mukadimahnya), yang boleh disimpulkan kepada tiga perkara berikut: 1) menyebarkan ilmu pengetahuan iaitu tentang ilmu bacaan dan tulisan (istilah beliau ialah "ilmu wa al-qalam") yang menjadi asas pembinaan akal dan adab kerana seperti kata beliau "...jikalau berapa pun bangsa itu jika tiada ilmu dan akal dan adab ke bawah juga jatuhnya...(dan) adab dan sopan itu daripada tutur kata (kemahiran bahasa) juga asalnya kemudian baharulah kepada kelakuan..."; untuk memenuhi tujuan ini Raja Ali Haji bukan sahaja menghuraikan kaedah ejaan Jawi, bentuk dan fungsi perkataan serta binaan sintaksis, tetapi juga tentang kaedah penulisan surat, pelbagai gaya dan wacana bahasa atau "uslub" dan sebagainya, 2) memperbetul kesalahan-kesalahan dan penyelewengan yang dibuat oleh juru-juru tulis yang tiada ilmu persuratan yang sempurna yang "...mendapat sedikit-sedikit daripada pekerjaan surat atau menyurat pada hal dapatnya itu dengan mendengar-dengarkan atau melihat-lihat sahaja dengan tiada petua daripada guru yang tahu dengan sebenarnya..."; kesalahan-kesalahan itu terutama sekali berlaku dalam ejaan Jawi dan juga penggunaan imbuhan dan pembentukan ayat, 3) memenuhi permintaan masyarakatnya yang ingin belajar "ilmu wa al-qalam" ini seperti kata beliau "...sekadarkan daripada sangat hajatku atas sanak saudaraku yang mereka itu belajar dan mengajar surat menyurat dengan tiada suatu jalan dan pokok yang diambilnya kaedah, daripada atas sebab itulah jadi aku tawakal kepada Allah serta mengharap akan ampunnya maka aku perbuat juga kitab ini...". Beberapa perkara yang boleh dinyatakan tentang penghuraian beliau terhadap tatabahsa Melayu yang menggunakan kaedah tatabahasa Arab, iaitu: 1) ilmu pengetahuan dan persuratan Melayu pada zaman Islam dan sebelum penjajahan Barat, seperti yang diketahui berkait rapat dengan agama Islam. Golongan inteligentia dan cendekiawan Melayu pada zaman itu juga merupakan ulama yang fasih dalam bahasa Arab seperti yang ada di Aceh, di Pasai, di Melaka, di Riau dan lain-lain. Oleh itu bagi Raja Ali Haji menjadi satu perkara yang lumrah dan biasa untuk mengaitkan kepandaian, keilmuan dan kebijaksaan orang-orang Melayu dengan agama Islam dan juga dengan bahasa Arab yang menjadi bahasa pengantar al-Quran, al-Hadith dan kitab-kitab agama Islam yang lain. Dengan sebab itulah Bustan al-Katibin yang menjadi teks pengajian bagi anak-anak yang belajar kemahiran menulis dan membaca dalam bahasa Melayu dan juga kamus Kitab Pengetahuan Bahasa, penuh dengan kutipan ayat-ayat al-Quran, al-Hadith dan juga ucapan-ucapan hukama, ulamak dan sebagainya dalam bahasa Arab yang diberikannya makna Melayunya. Orang-orang Barat dan juga orang-orang Timur yang terdidik melalui sistem dan cara berfikir Barat sama ada tidak memahami hakikat ini ataupun sengaja meremehkan nilai ilmu pengetahuan Islam dan bahasa Arab itu, terus melepaskan kritikan berdasarkan sudut pandangan dan latar belakang tamadun Barat bukan-Islam dan terusmenerus memperkecilkan sumbangan Raja Ali Haji ini. 2) Bagi Raja Ali Haji sebagai seorang yang mahir dalam bidang tatabahasa Arab, tentu sekali menjadi perkara yang lumrah baginya untuk menghuraikan bahasa Melayu berdasarkan teori dan kaedah huraian bahasa Arab iaitu satu-satunya kaedah huraian bahasa yang diketahuinya, sepertilah halnya ahli-ahli bahasa Melayu separuh kedua Abad ke-20 ini, banyak menggunakan teori-teori tatabahasa Eropah misalnya teori tatabahasa tradisional oleh Zaba, Alisjahbana dan lain-lain, teori tatabahasa struktural, tatabahasa tagmemik, tatabahasa transformasi-generatif, dan teori-toeri bahasa Barat yang lain lagi misalnya yang menarik minat terbaru sekarang ini ialah teori analisis wacana. Jadi tidak adil sama sekali untuk mengkritik Raja Ali Haji di atas penggunaan teori tatabahasa Arab untuk menghurai tatabahasa Melayu. Namun hakikat ini tidaklah sepatutunya mengenepikan kelemahan beliau yang membuat ayat-ayat bahasa Melayu di atas acuan struktur ayat bahasa Arab yang memang sangat lumrah dilakukan oleh penulis-penulis pada zaman itu terutama sekalai dalam wacana agama Islam. Dalam wacana penulisan sejarah seperti dalam buku Tuhfat al-Nafis, Silsilah Melayu dan Bugis dan syair-syairnya, Raja Ali Haji menggunakan bahasa Melayu dengan lancar dan fasih seperti yang tertera dalam petikan-petikan berikut: "Alkisah maka tersebutlah Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja serta Raja Haji Kelana di dalam negeri Riau. Maka tiadalah lain perkataannya melainkan membesarkan perniagaan di

58.

59. 60. 61. 62.

dalam negeri Riau. Maka datanglah beberapa buah perahu dagangan dari jauh datanglah kapal-kapal dan kici-kici dari Benggala berpuluh-puluh buah, dan dari China datang pula wngkang-wangkang kepala hijau dan kepala merah berpuluh-puluh buah, datang pula tob-tob dari Siam membawa beras dan lainnya dan perahu Jawa demikian juga apa lagi perahu dari Bugis dan apa lagi perahu-perahu dari rantau-rantau, bercocok ikanlah di dalam Sugai Riau dari Kuala sampai ke Hulu Riau. Maka berpalu-palulah dagangan Cina dengan dagangan Jawa dan demikian juga berpalu dagangan Jawa dengan dagangan Raiu seperti gambir. Maka banyaklah saudagar-saudagar Cina apa lagi Bugis banyaklah yang kaya-kaya. Maka pada masa itu banyaklah orang-orang kaya Riau." (Tuhfat al-Nafis (1865), petikan Hasan Junus, 1988:181-182). "Jika hendak mengenal orang berbangsa Lihat kepada budi dan bahasa Jika hendak mengenal orang yang berbahagia Yang memeliharakan yang sia-sia Jika hendak mengenal orang yang berilmu Lihatlah kepada kelakuan dia Jika hendak mengenal orang yang berakal Di dalam dunia mengambil bekal .............................." (Gurindam Dua Belas (1846/47) Fasal yang kelima, petikan Hasan Junus, Ibid:217) Kesimpulan yang demikian jika ulasan dan kritikan terhadap karya Raja Ali Haji ini dilihat dari sudut zaman dan masyarakatnya dan juga dari sudut keseluruhan sumbangan beliau sendiri, tentu sekali akan menjadi lebih saksama dan seimbang seperti yang dilakukan oleh Harimurti Kridalaksana (1979, 1982, 1983), U.U. Hamidy (1981) dan yang terbaharu Hasan Junus (1988). Bahkan kesan tulisan-tulisan Raja Ali Haji tentang bahasa Melayu ini terutama sekali Bustan al-Katibin, ke atas masyarakat Melayu Riau-Lingga, tentunya amat besar sekali. U. U. Hamidy (1981:45) menegaskan bahawa "...pada dasarnya buku Bustan al-Kitibin adalah tatabahasa standar (normatif) untuk bahasa Melayu Riau. Buku ini dipakai pada sekolahsekolah kerajaan di Riau dan Singapura." Kemungkinan besar hasil daripada asuhan yang berasaskan buku-buku teks bahasa dan persuratan Melayu ini dan juga buku-buku lain karangan Raja Ali Haji dan pengarang-pengarang yang lain lagi, maka telah lahirlah sebarisan para penulis dan cendekiawan Riau-Lingga. Seterusnya, seperti yang disebut oleh U. U. Hamidy (1980:16) atas daya usaha Raja Muhammad Yusoff al-Ahmadi Yang Dipertuan Muda Riau ke-10 (1858-1899), tertubuh pula sebuah perpustakaan yang kemudiannya dinamakan Kutub Khanah Marhum, yang memuatkan buku-buku yang dibeli daripada Kaherah dan Juga India. Dalam zaman pemerintahan Raja Muhammad Yusoff juga telah tertubuh Rushdiah Club kira-kira pada tahun 1892, sebagai sebuah badan cendikiawan dan juga persuratan yang bergiat dalam politik, agama dan kebudayaan dengan dua orang tokoh utamanya Raja Ali Kelana dan Raja Khalid Hitam (U.U. Hamidy, Ibid:15-16). Untuk menerbitkan hasil tulisan anggota Rushdiah Club itu dan juga untuk penyebarannya ke seluruh Kepulauan Riau, maka ditubuhkan di Pualu Penyengat badan Percetakan Matbaah al-Riauwiyah/al-Ahmadiah sekitar tahun 1894 (yang mengikut W. M. Saghir Abdullah (1997:8) merupakan syarikat percetakan yang sama sekali berbeza dengan al-Ahmadiah Press yang ditubuhkan di Singapura pada tahun 1920). Demikianlah besarnya peranan kegiatan persuratan dan keintelektualan Raja Ali Haji dalam proses pertumbuhan Riau sebagai pusat kebudayaan dan persuratan Melayu dalam abad ke19 M.

63. Oleh

64.

65.

66.

67. Hamzah Fansuri:Ahli Sufi dan Pelopor Sastera Melayu Moden Oktober 17, 2006
68. Posted by kamarul in sastera melayu. trackback

69. SYEIKH Hamzah Fansuri ialah seorang ulama dan pujangga besar Melayu. Beliaulah penyair
Melayu pertama yang menggubah syair-syair bersifat agama. Hamzah Fansuri dipercayai dilahirkan pada akhir abad ke-16 di Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Panchor disebut Fansur dalam bahasa Arab. Pada tahun 1726, Francois Valentijn dalam bukunya Oud en Nieuw Oost-Indie (Hindia Timur Lama dan Baharu) pada bab mengenai Sumatera, menyebut Hamzah Fansuri sebagai seorang penyair yang dilahirkan di Fansur. Karya-karya Hamzah Fansuri telah dikaji oleh para sarjana Timur dan Barat iaitu Kraemaer, Doorenbos, Al-Attas, Teeuw, Brakel, Sweeney, Braginsky dan Abdul Hadi. Kajian al-Attas yang merupakan analisis semantik dianggap sebagai kajian yang paling menyeluruh dan hebat terhadap pegangan mistisisme Hamzah Fansuri. Pada masa yang sama, kajian mereka ini telah memberikan penjelasan yang amat penting mengenai sumbangan Hamzah terhadap sastera Melayu. Pemikiran dan pegangan Hamzah Fansuri terpancar dalam karya-karya beliau meliputi karya prosa dan puisi. Hamzah adalah pengembang tarekat Wujudiyah. Gambaran tentang ajaran Wujudiyah ini dapat dikutip daripada karangan beliau Asrar al-Arifin dan Sharab al-Asyikin. Fahaman ini beranggapan bahawa segala makhluk itu pada asasnya esa, kerana wujud daripada zat Allah. Dalam hujahnya menerusi kitab-kitab ini, terkesan bahawa Hamzah terpengaruh dengan faham Ibn Arabi, ahli tasawuf yang masyhur pada akhir abad ke-12 dan awal abad ke-13. Selain itu, Hamzah turut menyisipkan dalam karangannya kutipan-kutipan ahli tasawuf Parsi seperti al-Junaid, Mansor Hallaj, Jalaluddin Rumi, Abi Yazid Bistami, dan Shamsu Tabriz. Karangan-karangan prosa Hamzah yang terpenting ialah Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana), Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi) dan Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan). Syair-syair beliau pula ialah Syair Si Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Fakir, Syair Dagang dan Syair Perahu. Melalui hasil karangannya, dijelaskan mengapa orang harus mencari Tuhan dan juga sebagai garis petunjuk untuk mencari Tuhan. Syair-syair Hamzah sarat dengan estetika, ilmu dan falsafah diolah berdasarkan pengaruh pantun menampakkan bahawa Hamzah menguasai puisi Parsi bersifat tasawuf dan memupuk rasa cinta akan Allah. Hamzahlah penyajak Melayu pertama yang menggunakan syair dalam tulisan agama. Winstedt mengatakan cara pemikiran Hamzah sesuai dengan pemikiran yang terdapat dalam karangan-karangan ahli-ahli falsafah, pujangga dan pengarang-pengarang besar Barat seperti St. Augustino (354-430), John Lyly (1553-1606), Francis Bacon (1561-1662), John Milton (16081674), Sydney Smith (1771-1845) dan lain-lainnya. Pengiktirafan tersebut mewajarkan Hamzah Fansuri diangkat sebagai pelopor kesusasteraan Melayu moden di alam Melayu. Keris Mas atau nama penuhnya Kamaluddin Muhamad adalah merupakan seorang tokoh dalam bidang penulisan/kesusateraan yang pertama kalinya dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara. Beliau menerima anugerah tersebut pada 26 April 1981 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen. Beliau telah dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara berdasarkan kepada kewibawaan beliau dalam bidang kesusasteraan tanah air terutama dalam bidang penulisan cerpen. Melalui karya-karya seni cerpennya jelas memperlihatkan kegigihan beliau sebagai seorang nasionalis yang berwawasan, pejuang keadilan sosial, pengawal dan pengukir bahasa dan sastera bermutu serta pemikir kesusasteraan yang tajam. Sebelum itu beliau juga pernah dianugerahi Anugerah Pejuang Sastera pada tahun 1976 oleh pemerintah kerajaan Malaysia.

70. 71. 72. 73. 74. 75. 76. 77. 78. 79. 80. 81. 82. 83.

84. 85.

Karier Kerjaya Kamaludin Muhammad (Keris Mas) telah dilahirkan pada 10 Jun 1922, di Kampung Ketari, Bentong Pahang. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan bagi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Pengarang Penerbitan Utusan Melayu di Singapura. Beliau banyak berjasa dan memberi sumbangan dalam memajukan majalah Mastika dan akhbar Utusan Zaman. Selepas itu beliau berkhidmat dengan Warta Negara sehingga tahun 1956. Beliau adalah salah seorang tokoh ASAS 50 yang cukup aktif dan terkenal dan pernah berkhidmat sebagai Pengarang Umum di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956. Sebelum bersara pada 10 Jun 1977 beliau memegang jawatan Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Selepas bersara, beliau menjadi Penulis Tamu di Universiti Malaya dan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

86. 87.

Sumbangan Sumbangan utama beliau ialah dalam lapangan cerpen. Karya pertama beliau berjudul Wasiat Orang Bangsawan, tersiar dalam Suluh Malaya, 1 Jun 1946. Sehingga akhir tahun 1960, sebanyak 60 buah cerpen telah dihasilkan. Cerpencerpennya itu kini telah dimuatkan dalam beberapa buah antologi iaitu; Mekar dan Segar (1959), Dua zaman (1963), Patah Tumbuh (1963), Pertentangan (1968) Keris Mas juga turut menghasilkan novel. Antaranya ; Pahlawan Rimba Malaya (1946), Korban Kesuciannya (1949), Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar dari Kuala Lumpur (1983), Rimba Harapan (1985) Sudut Sejarah Kesusasteraan Beliau muncul sebagai tokoh penulis cerpen dari ASAS 50 yang mempunyai pengaruh begitu kuat dalam perkembangan cerpen, terutama sehingga tahun-tahun 1960-an. Karya-karya beliau begitu jelas dan kuat kesan penyuaraan keadilan sosial dengan watak-watak manusia yang hidup. Dengan begitu beliau dapat dianggap penulis yang berjaya mematangkan genre cerpen dan mengukuhkan tradisinya. Bagi menghargai jasa dan sumbangan Keris Mas dalam bidang penulisan dan kesusasteraan tanah air, beliau telah dianugerahkan Anugerah Pejuang sastera (1976) dan Anugerah Sastera Negara pada 26 April 1981. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1992.

88. KERIS MAS

(Kamaludin bin Muhammad, Haji, Pejuang Sastera, Sasterawan Negara, Aku, KM, Kamal Kamaludin M, Mister X) LAHIR : 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentong, Pahang Darul Makmur. MENINGGAL : 9 Mac 1992.

89. "Untuk mencapai sesuatu kita berjuang dan kita berjuang juga untuk mengekalkan barang yang tercapai itu." 90. DALAM perkembangan cerpen Melayu selepas perang, Keris Mas ialah tokoh yang terpenting dan cukup berpengaruh kepada golongan penulis muda. Beliau membentuk namanya sebagai penulis melalui bakat, fikiran yang kritis, penguasaan bahasa yang baik, dan kematangan pengalamannya. Keris Mas, merupakan contoh seorang penulis yang lebih mementingkan mutu daripada jumlah karya. 91.
Keris Mas mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu hingga darjah V. Hasil keputusan peperiksaan yang baik, beliau layak untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, tetapi oleh sebab amalan pemilihan pihak yang berkuasa, beliau tidak mendapat peluang itu. Keris Mas lalu dihantar oleh keluarganya ke Sumatera mengikuti pelajaran di Tawalib School, sebuah sekolah menengah dengan pengantar bahasa Indonesia dan bahasa Arab.

92.

Setelah itu, Keris melanjutkan pelajarannya di Kolej Kuliahtul Muallimin Di kolej ini bahasa pengantarnya ialah

Al-Islamiah (Maktab Perguruan Islam) untuk mengambil diploma perguruan bagi melayakkan dirinya menjadi guru agama. bahasa Indonesia dan bahasa Arab, di samping bahasa Belanda yang dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran wajib dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tambahan. Sebaliknya Keris telah lulus Ilmu Umum dan bukannya jurusan agama sebagaimana yang diharapkan oleh keluarganya.

93.

Pada tahun 1940, Keris Mas kembali ke Tanah Melayu dan kemudian ke Singapura, mendaftarkan diri dengan Pitman College untuk mengambil peperiksaan matrikulasi Universiti London. Pelajarannya terhalang kerana meletusnya Perang Dunia Kedua.

94.

Selepas pihak Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua, Keris Mas menggabungkan diri dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang dan menjadi Pegawai Penerangan parti tersebut. Pada penghujung tahun 1947, ketika PKMM mengadakan kongres tergemparnya di Singapura, Keris Mas turut hadir.

95.

Tidak lama kemudian, Keris Mas mengundurkan diri daripada PKMM, lantas bertugas sebagai Pengarang di Utusan Melayu Singapura. Suatu sumbangan besar yang telah diusahakannya ialah memesatkan lagi pengeluaran majalah Mastika yang ketika itu kurang mendapat sambutan pembaca.

96.

Pada tahun 1953, Keris Mas berpindah kerja ke Melayu Raya. Akan tetapi perkhidmatannya dengan Melayu Raya tidak lama kerana pada bulan September 1953, Keris Mas berangkat pula ke Pulau Pinang dan bekerja dengan Warta Negara hingga tahun 1955.

97.

Pada akhir tahun 1955, Keris Mas kembali bertugas di Utusan Melayu sebagai anggota sidang pengarang. Apabila Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956. Baru. Ungku Aziz selaku Pengarahnya telah mempelawa beliau untuk berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka yang pada ketika itu berpejabat di Johor

98.

Keris Mas menerima tawaran Ungku Aziz itu dan pada mulanya beliau berkhidmat sebagai Pengarang Umum dari 1 Disember 1956 hingga 31 Oktober 1962, kemudiannya beliau dilantik menjadi Ketua Pengarang. Selepas itu beliau diangkat menjadi Ketua Bahagian Pengarang dari 1 Julai 1966 hingga 30 Jun 1971 dan akhirnya sebagai Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera mulai dari 1 Julai 1971 sehingga beliau bersara pada 10 Jun 1977. Selaku Ketua Bahagian, Keris Mas turut bertanggungjawab sebagai Ketua Pengarang majalah-majalah Dewan Bahasa dan Dewan Sastera.

99.

Walaupun Keris Mas dikenal sebagai anggota aktif ASAS 50, beliau sebenarnya telah menghasilkan karya kreatif lama sebelum ASAS 50 ditubuhkan. Novel beliau yang pertama, Pahlawan Rimba Malaya terbit dalam tahun 1976. Menurut keterangannya, Pahlawan Rimba Malaya diterbitkan lebih pendek daripada manuskrip

asalnya. Oleh sebab pihak penerbit mengalami kekurangan kertas pada waktu itu, maka isi novel tersebut telah disingkatkan.

100.

Setahun kemudian, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan PKMM, beliau menulis sebuah

cerpen perjuangan Darah dan Air Mata, tersiar dalam majalah Kenchana keluaran 15 Oktober 1947, Sejak peringkat awal kegiatannya mengarang, Keris Mas telah memperlihatkan bakatnya dalam cerpen. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika dalam tahun 1950-an dan awal tahun 1960-an beliau telah menghasilkan banyak karya bermutu terutamanya cerpen.

101.

Keris Mas adalah antara tokoh penting, malah tokoh yang memimpin Angkatan Sasterawan 50

atau ASAS 50 yang mendukung kuat faham Seni untuk Masyarakat dan turut memberi isi dan arah seperti terlihat dalam Memoranda ASAS 50 yang membentangkan cita-cita dan perjuangan pertubuhan itu.

102.

Semasa di Dewan Bahasa dan Pustaka, cita-cita Keris Mas untuk memberikan seluruh perhatian

kepada perkembangan sastera Melayu telah berhasil dengan tertubuhnya Bahagian Perkembangan Sastera pada tahun 1971 yang kemudian diperbesarkan menjadi Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera mulai tahun 1976.

103.

Keris Mas telah menghasilkan kira-kira 60 buah cerpen yang mengemukakan berbagai-bagai persoalan,

daripada soal cinta, kepincangan masyarakat, perjuangan kebangsaan, kisah darurat hinggalah kepada persoalan-persoalannya sosial-politik sesudah merdeka. Semua persoalan tersebut merupakan pemerhatian dan pantulan kembali pengalaman-pengalaman Keris Mas sejak tahun 1940-an hinggalah sesudah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957.

104.

Beberapa buah cerpen Keris Mas telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain seperti Cina,

Korea, Inggeris, dan Rusia. Sehingga kini 11 buah cerpennya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina melalui penerbitan Mingguan Petir, Nanyang Evening, Nanyang Evening Post, Nanyang Siang Pau, Pemuda Pemudi Universiti, dan Nanyang Siang Wen Che. Tiga buah cerpennya telah juga diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris seperti They Do Not Understand (Mereka Tidak Mengerti) dalam Tenggara (1968) dan The Approach of Independence (Menjelang Merdeka dalam Tenggara (1967).

105.

Walaupun dalam karya-karya Keris Mas terdapat pendedahannya terhadap kejadian dan

kebenaran yang terdapat dalam masyarakat, tetapi beliau tidaklah pula mengakui bahawa karya sastera sematamata dapat memajukan masyarakat. Beliau pernah berkata: Kalau kita berpendapat bahawa dengan cerita pendek sahaja kita boleh memajukan masyarakat, boleh mengubah susunan hidup kepada yang lebih sempurna dan baik tentulah pendapat itu kurang logik. Cerita pendek tidak dapat mengajar orang tentang ilmu bercucuk tanam, tidak dapat mengajar orang tentang ilmu ekonomi dan sebagainya. Tetapi kita harus faham bahawa cerita pendek yang ditulis dengan pengolahan yang baik dapat menyedarkan orang, dapat menimbulkan cara berfikir yang maju.

106.

Cerpen Keris Mas memang mampu menghidupkan imaginasi dan ini menjadi kunci kejayaannya.

Selain itu adalah kerana kepintarannya menguasai teknik dan menarik fikiran pembaca terhadap masalah sosial melalui bahasa yang mudah dan jelas. Berhubung dengan hal yang terakhir ini, beliau berpendapat bahawa bayangan pertama daripada bakat seseorang penulis mudah terlihat dalam tekniknya. Tetapi kesempurnaan dan kematangan bakat itu bergantung pada kesanggupannya menuangkan buah fikiran dan pengalamannya ke dalam kata-kata, ayat-ayat, dan keseluruhan pengolahan karangannya.

107.

Sungguhpun Keris Mas lebih terkenal sebagai penulis cerpen, beliau juga telah memperlihatkan

bakatnya dalam penulisan novel. Novel-novelnya seperti Pahlawan Rimba Malaya, Korban Kesuciannya dan Anak Titiwangsa merupakan tiga buah novel yang sederhana. Pahlawan Rimba Malaya ditulisnya selepas pendudukan Jepun sementara Korban Kesuciannya (1949) ditulisnya semasa bekerja di Utusan Melayu. Anak Titiwangsa pula, yang terbit dalam tahun 1967 diusahakannya sewaktu dalam kesibukannya berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka.

108.

Pembacaan Keris Mas adalah luas dan dapat melontarkan kembali idea-idea daripada

pembacaannya menerusi perbuatan mahupun tulisan. Selain itu, beliau dikenal sebagai seorang yang tegas, petah berhujah, dan ramah. Boleh dikatakan sejak tahun 1947 hingga ke akhir hayatnya, hidup Keris Mas tidak pernah terpisah daripada kegiatan sastera. Malah, seluruh hidupnya merupakan penglibatan dalam pembangunan dan pengembangan sastera Melayu sebagai wartawan, editor, pentadbir sastera, sasterawan, dan pengkritik.

109.

Setelah Keris Mas bersara, beliau terus diberikan penghormatan sebagai Penulis Tamu Dewan

Bahasa dan Pustaka selama setahun dari 1 Julai 1977 hingga 30 September 1978. Selama menjadi Penulis Tamu, beliau telah selesai menyiapkan sebuah memoir mengenai penglibatannya dalam perkembangan sastera dari tahun 1945 hingga tahun 1977. Sejak awal 1979, Keris Mas menjadi Karyawan Seni di Universiti Malaya dan membantu dalam kursus penulisan kreatif. Pada awal tahun 1980-an, Keris Mas berjaya menghasilkan sebuah novel sosiopolitik yang diberi judul Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Beliau dilantik sebagai Penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi mulai tahun 1985 dan berjaya menghasilkan sebuah novel yang berjudul Rimba Harapan.

110.

Anugerah Pejuang Sastera yang membawa ganjaran wang tunai RM10 000.00 dan berserta

watikah telah dianugerahkan oleh Perdana Menteri kepada beliau pada 29 Mei 1976. Kerana kebolehan dan rasa tanggungjawabnya, Keris Mas telah dilantik oleh Perdana Menteri menjadi Setiausaha Panel Hadiah Karya Sastera (1971-1976), dan pada tahun 1979 pula dipilih sebagai salah seorang anggota Panel Anugerah Sastera Negara. Panel Anugerah Sastera telah bersetuju memilih Keris Mas sebagai penerima Anugerah Sastera Negara yang pertama pada tahun 1981. Penyampaian Anugerah ini telah berlangsung di Bangunan Parlimen pada 26 April 1981 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.

111.

Demikianlah Keris Mas yang pada mulanya diharapkan oleh keluarganya untuk menjadi guru

agama sebaliknya menjadi seorang sasterawan. Sebagai penulis kreatif pentadbir dan pengurus sastera, Keris Mas telah memberikan sumbangan yang penting dan bererti dalam perkembangan sastera Melayu baru. Dan untuk sumbangannya ini, Keris Mas telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia KARYA Novel - Pahlawan Rimba Malaya, Kota Bharu: Pustaka Permai, 1946, 60 hlm.; - Korban Kesuciannya, Singapura: Utusan Melayu Press, 1949, 109 hlm.; - Anak Titiwangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967, 118 hlm.; - Saudagar Besar dari Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, 365 hlm.; - Rimba Harapan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, 265 hlm. Cerpen - Mekar dan Segar (antologi bersama), Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1959, 161 hlm.; - Dua Zaman (antologi bersama), Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara, 1963, 190 hlm.; - Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977, 446 hlm.; - Patah Tumbuh, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1973, 168 hlm. (cetakan pertama 1962); - Cerpen-cerpen ASEAN (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, 279 hlm.; - Menunggu Ratu Adil (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1984, 218 hlm.; - Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.; 1985, 433 hlm.; - Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 339 hlm.; - Kumpulan Cerpen Keris Mas 1946 1989, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 759 hlm. - Koleksi Terpilih Keris Mas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 341 hlm. Esei/Kritikan - Memoranda (antologi bersama), Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1961, 281 hlm.; - Kursus Penulis (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964, 138 hlm.; pada 5 Ogos 1989.

- Utusan Melayu 25 Tahun, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1964, 272 hlm.; - Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 1973, 548 hlm.; - Panduan Menulis Cerpen (antologi bersama), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 49 hlm.: Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 419 hlm.; - Esei Pilihan Keris Mas (disusun oleh A. Bakar Hamid), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 216 hlm.; - Nasionalisme dalam Persuratan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Muzium Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, 227 hlm.; - Perbincangan Gaya Bahasa Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 166 hlm. Memoir - Memoir Keris Mas : 30 Tahun Sekitar Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 226 hlm. Wawancara Wawancara Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 367 hlm. Pautan - Sasterawan Negara Kamaludin Muhamad Keris Mas dan falsafah perjuangan

Vous aimerez peut-être aussi