Vous êtes sur la page 1sur 14

Malaysia merupakan sebuah negara yang begitu unik.

Malaysia boleh dibahagikan kepada dua bahagian,iaitu Semenanjung Malaysia dan Timur Malaysia.Dalam negara Malaysia,terdapat 13 buah negeri dan 3 buah wilayah persekutuan.Dalam tiap-tiap negeri,terdapat pelbagai jenis kaum.Antara kaum atau etnik utama Malaysia ialah kaum Cina,India dan Melayu.Setiap kaum mempunyai sejarah kedatangnya ke negera Malaysia.Bangsa India datang ke Malaysia yang dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu sejak penjajahan British.Mereka datang ke Malaysia adalah untuk memulakan kehidupan yang baru dan baik.Kebanyakan kaum india adalah berasal dari India Selantan yang berbahasa Tamil dan beragama hindu..Kedatangan kaum india telah membawa budaya dan adat resam yang begitu unik kepada kita. Hari Deepavali

Di dalam Malaysia,kaum india menyambut hari perayaan mereka dengan begitu meriah.Antara hari perayaan yang disambut oleh kaum india ialah Hari Deepavali. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya. Deepavali membawa maksudsebarisan pelita. Dengan memasang pelita, kaum india percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Terdapat juga mitos yang memperkenalkan kedatangan Hari Deepavali.Mitos yang pertama adalah berkisah Dewa Krishna membunuh Narakasura.Narakasura adalah seorang raja yang kejam dan suka memeras rakyatnya.Kemenangan Dewa Krishna telah diraikan oleh rakyat.Kebaikan telah menewaskan kejahatan dengan berpesta dan menyalakan lampu.Mitos kedua pula berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman di Benua Kecil India.Selepas itu,mereka pun pulang bersama Sita dari Langka ke Ayodnya.Mereka telah tiba di Ayodnya selepas 14 tahun dan ketibaan mereka disambut baik oleh rakyat dengan menyalakan lampu dan berpesta.Walau bagaimanapun,kedua-dua ini hanyalah mitos.Apa yang terpenting ialah cahaya menumpaskan kegelapan menjadikan pegangan utama mereka.

Pada malam Hari Deepavali,upacara memasangkan pelita akan disertai oleh seluruh ahli keluarga.Mereka akan menjalankan sesuatu upacara yang dinamakan Rangoli.Rangoli ialah satu upacara untuk menyusun beras atau hampas kelapa yang berwarna-warni di hadapan pintu.Bagi kaum wanita,mereka akan mengenakan inai pada jari tangan dan kakinya.Tujuan wanita berbuat demikian adalah untuk menghiaskan diri.Selain itu,upacara memasangkann lampuvilakku juga akan dijalankan oleh seluruh ahli keluarga.Lampu vilakku adalah sejenis pelita yang diperbuat daripada tanah liat.Penganut agama Hindu memasangkan lampu adalah untuk menyambut Dewi Laksi.Mereka percaya Dewa Laksi akan melawat ke rumah mereka pada Hari Deepavali. Kolam atau Rangoli

Rangoli merupakan hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang berwarnawarni.Biasanya,Rangoli ini akan dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.Hiasan Rangoli ini diwarisi secara turun-temurun.Walaupun cara membuatnya Nampak susah,tetapi kaum India dapat membuat hiasan ini dengan unik,cantik dan menarik.Kebanyakan hiasan yang dibuat adalah bermotifkan tumbuhan.Hiasan Rangoli ini sebenarnya adalah tanda penyembahan kepada Dewa Lakshimi,iaitu Dewa Kekayaan yang dipercayai akan mengunjungi rumah penganut Hindu sekiranya terdapat hiasan Rangoli di hadapan pintu rumahnya Pada pagi hari Deepavali,semua ahli keluarga akan bangun dengan lebih awal iaitu sebelum matahari terbit.Semua ahli keluarga akan mandi untuk membersihkan diri.Tambahan pula,anak-anak juga akan bersalam dan memohon maaf dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.Upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit,Penganut menjalankan upacara mandi bijan untuk penyucian badan dan semangat.Ahli keluarga yang lebih tua seperti nenek atau ibu bertanggungjawab menyapukan minyak bijan ke atas kepala setiap ahli keluarga. Mandi minyak bijan boleh diibaratkan mandi di Sungai Ganges yang dianggap begitu suci.Tujuan utama mandi minyak bijan adalah untuk membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki.Selepas mandi,kaum India dikehendaki memakai pakaian yang serba baru untuk menghilangkan segala kejahatan dan sifat buruk dalam diri seseorang.Seterusnya,mereka pun bersembayang di rumah atau di kuil-kuil.Penganut Hindu akan mengunjungi kuil yang patung dewa dikalungkan dengan kalungan bunga.Setelah habis bersembahyang,mereka akan berkunjung ke rumah kaum keluarga mereka.Sejenis manisan yang dinamakan Prasad akan dihidangkan kepada mereka sebelum mereka balik ke rumah.

Pakaian Tradisional

Apabila membincangkan pakaian tradisional kaum india,kita pastilah akan teringat gambar pakaian sari dalam otak kita.Sari dipakai oleh wanita kaum india apabila telah dewasa,iaitu pada atau selepas 12 tahun.Wanita berbangsa India yang memakai sari pada kali pertama menunjukkan mereka telahpun sudah dewasa. Pakaian trandisional ini dapat dipecahkan kepada dua bahagian,iaitu kain sari itu sendiri yang sepanjang 6 meter dan blaus pendek.Blaus pendek juga sering dikenali sebagai coli.Wanita India juga akan memakai barang perhiasan seperti gelang tangan,rantai,gelang kaki dan sebagainya pada setiap anggota badan yang terdedah kepada pandangan umun.

Sebenarnya,sari berfungsi sebagai media untuk berkomunikasi tanpa lisan.Pemakaian sari yang berbeza dari segi warna,corak,cara pemakaian,jenis kain,dan tempat sari dipakai membawa mesej-mesej tertentu.Begitu juga dengan blaus.Setiap fesyen,warna dan corak blaus mempunyai makna yang tersirat.

Sebagai contohnya,sari yang berwarna putih akan dipakai oleh seorang balu.Tanpa sebarang sebab,sari berwarna putih memang akan dipakai oleh golongan balu yang secara automatik dianggap mereka telahpun menghadapi segala nikmat dan derita hidup.Pada masa sekarang,mereka cuma menunggu masa untuk kembali menemui tuhan .Pemakai sari berwarna putih biasanya akan dihormati dan dikasihi oleh masyarakat india.Bagi sari yang berwarna hitam,sari tersebut akan dipakai oleh penganut Kristian yang berbangsa India serta semasa majlis pengebumian suami oleh seseorang isteri.Seseorang perempuan yang berketurunan Malayalam akan memakai sari yang berwarna putih yang mempunyai zari emas di bahagian tepi.Sari yang berwarna putih melambangkan balu tersebut suci dab bersih daripada segala noda dan kekotoran sejak kematian suaminya. Selain itu,wanita india yang selalu membawa kavadi atau membayar nazar di kuil akan memakai sari yang berwarna kuning tanpa mengira umurnya.Wanita yang memakai sari yang berwarna kuning selalunya akan disanjung tinggi dan dihormti oleh masyarakat kerana melaksanakan upacara suci dengan begitu sempurna.Warna sari yang pudar pula akan memcerminkan wanita india tersebut seoang yang tidak suka bergaul.Kemungkinan besar mereka merupakan seorang yang pendiam dan suka merendahkan diri serta menganggap diri

sendirinya kurang menarik berbanding dengan orang lain.Warna yang terang pula menunjukkan si pemakai seorang yang ceria dan warna merah sari pula menunjukkan seorang wanita india itu ialah seorang pemarah,garang dan tidak mudah didekati. Selain warna,cara memakai sari juga dapat menunjukkan status dan kedudukan seseorang.Setiap keturunan dan golongan social mempunyai cara pemakaian yang tersendiri.Contohnya,cara yang khusus digunakan oleh golongan Brahmin untuk mengikat sari.Bagi golongan bawahan,iaitu kepada oang yang bekerja di bawah sawah,lading atau mencuci pakaian akan memakai sari sehingga ke paras lutut untuk bersesuaian dengan pekerjaan yang dilakukan.Maka,dapat disimpulkan cara pemakaian sari memang dapat menunjukkan status social mereka dalam masyarakat. Cara pemakaian juga boleh membezakan keturunan seseorang.Contohnya,mereka yang berketurunan Tamil,iaitu majoriti kaum india di Malaysia akan meletakkan mundani pada bahu kiri.Mundani adalah bahagian selendang sari.Bagi kaum india yang berketurunan Telegu pula meletakkan mundani di bahagian kiri.Kain sari pula disilangkan pada bahu kanan dari arah belakang dan diletakkan dalam corak neri di bahagian dada oleh kaum india berketurunan Malayalam. Pada zaman sekarang,pelbagai bentuk sari telah direka oleh pereka feksyen.Oleh itu,boleh dikatakan cara memakai sari juga mengalami peredaran zaman.Cara memakai sari dapat menunjukkan peribadi seseorang wanita india.Sari yang ketat yang dipakai oleh seseorang wanita dapat menunjukkan bahawa mereka seorang yang berani dan bangga dengan bentuk badannya.Sebaliknya,selendang digunakan untuk menutup kepala dan sebahagian pinggan tidak terdedah,hal ini menunjukkan orang yang memakai sari ini tidak suka menunjukkan bentuk badannya atau dia seorang yang malu. Blaus juga merupakan sebahagian daripada sari.Warna dan corak blaus mempunyai fungsi dan makna yang sama seperti kain sari.Sekiranya seseoang wanita india menggunakan blaus berleher kecil untuk menutupkan bahagian perut serta berlengan panjang boleh menunjukkan wanita tersebut seorang pemalu.Pada masa yang sama,sekiranya blaus jenis ini berketat,maka boleh membawa makna dia ingin kelihatan anggun dan seksi. Berdasarkan jenis sari yang dipakai,kita juga boleh melihatkan kekayaan pemakainya.Kain sari yang dibuat dari sutera dipakai oleh orang yang lebih kaya.Manakala,kain yang dibuat dari nilon atau kain kapas pula dipakai oleh golongan yang lebih miskin.;Kanchipuram dan banares adalah jenis kain sari sustera yang paling bermutu tinggi dan hanya dapat dibeli oleh orang yang kaya. Pakaian sari bukan sahaja pakaian tradisional,malah pakaian ini juga boleh memberikan mesej kepada kita tentang status dan kedudukan serta keturunan kaum india kepada kita selain daripada melindungi badan.Oleh itu,memakai pakaian sari seharusnya menjadi adat resam untuk diwarisi secara turun-temurun kepada kita.

Tarian Bharata Natyam Sejarah

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi.Tarian ini perlu memakan masa yang panjang untuk dikuasai oleh seseorang kerana tarian ini terdapat pelbagai gerakan tangan,kaki dan mata yang perlu dipelajari.Tarian ini seharusnya dipelajari oleh kaum india kerana tarian ini adalah sejenis tarian warisan yang lama dan tarian ini perlu dihormati dengan penuh kegemilangan. Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tanil Naidu di bahagian Selantan India.Mengikuti tradisi,tarian ini dipersembahkan oleh penari wanita yang lemah lembut secara solo.Tarian ini merupakan tarian klasik India yang paling unik dan banyak diamalkan di Selantan India.Pada zaman dahulu,tarian ini cuma dipersembahkan untuk tujuan hiburan sahaja.Tetapi,tarian ini telah dinaiikkan staus social dan menjadi begitu popular oleh seorang yang bernama E.Krishna.Tarian ini akan menjadi perhatian oleh orang Barat adalah disebabkan oleh usaha Devi Arundale.Beliau telah membina sekolah yang bernama Kalakshetra untuk mengajar dan untuk mempromosikan muzik dan seni india.Beliau ialah salah seorang guru yang pertama untuk mengajar lelaki untuk mempersembahkan tarian ini.

Cara Bharata Natyam ditarikan Tarian Bharata Natyam juga dikenali sebagai tarian api.Metafizik batin dan unsur api dalam badan manusia ditunjukkan dengan jelas dalam tarian ini dan apabila tarian ini dipersembahkan,tarian ini akan diiringi dengan muzik klasik Carnatic. Dalam Tarian Bharata Natyam,terdapat enam peringkat iaitu Alarippu,Jatiswaram,Sabdam,Varnam,Padam dan Thillana yang perlu dipersembahkan.Oang yang mempersembahkan tarian ini perlulah kelihatan muda,langsing,mempunyai mata yangbesar,mempunyai keyakinan,dan yang paling penting sekali,iaitu berkeupayaan mengikut alatan muzik dan menyanyi. Dua campuran abstrak dan emosi dalam tarian Bharata Natyam berasal daripada campuran dua unsur utama iaitu nritta (tarian tulen tanpa makna perasaan) & nritya (tarian yang mempunyai perasaan). Bharata Natyam berasal daripada perbezaan yang banyak antara unsur-unsur yang digunakan. Nritta merangkumi adavus, yang merupakan tarian asas Bharata Natyam. Setiap adav perlu ada 3 elemen penting iaitu posisi berdiri asas (sthanaka), gerakan kaki (chari) dan pergerakan tangan yang dihias (nritta-hasta).

Pada zaman dahulu, semasa menari tarian Bharata Natyam,sebahagian besar badan penari tidak ditutup.Apabila sampai ke zaman pertengahan,devadasis memakai sari yang khusus dan berat yang terlalu merintangi gerakan penari disebabkan oleh amalan dan kepercayaan kepada tol-tok alim Pada zaman pertengahan, amalan dan kepercayaan toktok alim menyebabkan devadasis memakai pakaian sari yang khusus dan berat yang sangat membatasi gerakan penari.Tetapi pada zaman sekarang,pakaian yang dipakai bersifat simbolik,hal ini adalah untuk melahirkan aura penari pada zaman yang begitu mementingkan kebendaan ini. Muzik Carnatic ialah muzik yang bergaya di India Selantan. Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrumen iaitu mridangam, nagaswaram, suling, biola dan veena.Bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan Sanskrit Biasanya,bahasa yang digunakan dalam Bharata Natyam ialah bahasa Sanskrit,Bahasa Tamil,Telugu dan Kannada. Walaupun tarian Bharata Natyam merupakan tarian yang susah dipelajari kerana ia perlu mengingati pergerakan anggota badan.Tetapi,warisan ini harus diteruskan dan diwariskan.Seseorang yang cekal dalam kehidupan akan dapat berjaya mempelajari segala idea atau teknik dalam tarian tersebut.

Permainan Tradisional

Permainan tradisional yang sepatutnya diperkenalkan ialah permainan Kabaddi.Permainan ini berasal dari negara India.Menurut bahasa Hindi,perkataan kabaddi bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari permainan tersebut.Orang Bangladesh mamanggilkan permainan ini dengan nama Hadudu.Permainan ini sangat popular dan mula berkembang di Asia Tenggara,Jepun dan Iran.Permainan Kabadi merupakan antara permainan yang dipertandingkan di Sukan Asia. Permainan Kabaddi perlu dimainkan antara dua pasukan.Setiap pasukan perlu mempunyai 12 pemain iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan. Dalam setiap sesi permainan,satu pasukan perlu bertindak sebagai penyerang manakala satu lagi pula perlu bertindak sebagai pihak lawan.Masa untuk pertandingan adalah selama 40 minit dengan tambahan 5 minit untuk pertukaran dua sesi. Cara bermain adalah seperti berikut,iaitu pasukan penyerang akan menghantar seorang penyerang untuk memasuki kawasan pihak lawan.Selepas itu,penyerang perlu mencuba sedaya upaya untuk menjatuhkan seorang dari pihak lawannya,manakala bagi pemain dari pihak penyerang,mereka hendaklah menahan nafas.Bagi mencapai tujuan supaya mereka tidak bernafas,mereka dikehendaki menyebut kabaddi secara berterusan.

Semasa permainan dapat dijalankan,penyerang akan dapat menjatuhkan pihak lawan semasa beliau masih menahan nafas,maka pemain pihak lawan perlu terkeluar dari permainan.Penyerang tersebut kemudian akan kembali ke gelanggangnya.Tetapi,pihak penyerang tidak akan begitu mudah menang.Hal ini kerana seluruh pihak lawan akan menahan pemain penyerang daripada kembali semula ke gelanggang.Pada masa yang sama,sekiranya penyerang bertarik nafas sebelum kembali semula ke gelanggangnya,beliau juga turut akan terkeluar dari pemainan.Kedua-dua pasukan akan bertukar posisi untuk menjadi pihak penyerang dan pihak lawan secara bergilir-gilir sehingga sesi permainan tamat. Akhirnya,pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak lawannya sepanjang masa permainan dijalankan akan mendapat 2 mata bonus lona.Sekiranya permainan Kabaddi dijalankan pada peringkat yang lebih tinggi,ketinggian dan berat akan disusun dalam pasukan.Hal ini adalah untuk memastikan keadilan dalam permainan.

Makanan India
VADAI

Masala Vadai yang diperbuat daripada dal.

Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras

Vadai atau vada merupakan salah satu jenis makanan tradisional orang India.Vadai juga disebut Wah-dei.Ulundu Vdai diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk lubang dan roda di bahagian tengah dan vadai juga dicampurkan dengan hirisan cili hijau,daun kari dan bawang merah.Ulundu Vadai akan berasa lebih enak apabila dimakan bersama chutney atau kuah kari.

NASI DAUN PISANG Dalam nasi daun pisang, sayur-sayuran,kari daging atau ikan,jeruk dan papadum dihidang denagn nasi di atas daun pisang.Pada mulanya,hanya kuah kari akan dihidangkan,daging tidak akan dihidangkan kerana nasi daun pisang merupakan makanan utama bagi vegetarian India.Cara memakan nasi tersebut adalah menggunakan tangan.Sebab nasi dihidangkan dengan menggunakan duan pisang kerana dipercayai apabila nasi panas dihidangkan di atas daun pisang,makanan tersebut akan membantu system penghadaman.

PUTU MAYAM

Sejenis makanan yang bernama Putu Mayam akan dimakan oleh masyarakat india ketika sarapan pagi ataupun sebagai snek. Cara membuat Putu Mayam ialah dengan menggunakan adunan tepung beras yang dicampur dengan air serta santan kelapa.Seterusnya,doh itu akan ditekan dengan menggunakan penyaring untuk menjadinya seperti mi halus.Selepas itu,mi halus ini akan distimkan dengan perahan air daun untuk dijadikan perasa.Setelah siap, Putu mayam diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur dengan air, santan kelapa yang kemudiannya, doh itu ditekan ke penyaring untuk menjadikannya seperti mi halus. Selepas itu, ia akan distimkan dengan perahan air daun untuk dijadikan sebagai perasa. Setelah siap,parutan kelapa dan gula Melaka akan dihidangkan bersama-sama dengan mi.

Rujukan Uthaya Sankar Sb.(1996,November).Busana Dewangga:Sari:gambaran keperibadian wanita india.Dewan Budaya,62-63 Adnan Abd Jamil.(2009 Julai).Objek Warisan:Kesenian dan Kebudayaan.Dewan Budaya,41 Ainul Syariha.(2010) Diakses daripada http://www.scribd.com/doc/33989625/PERMAINANTRADISIONAL-kabbadi

.Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

Dipetik daripada pmr.penerangan.gov.my

Suntingan dari akhbar : Utusan Malaysia ( 14/10/2010) Laman web mstar. Dipetik daripada pmr.penerangan.gov.my

Kata-kata orang terhadap budaya 1.Mohamad Daun Mohamad Kebudayaan itu bukan lagi sebagai panduan atau pendoman kerana ia tidak lagi menjadi keperluan atau penyuluh rohoniah.Kebudayaan itu sesuai dengan selera manusia baru. 2.

Vous aimerez peut-être aussi