Vous êtes sur la page 1sur 17

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL TH10103 PRINSIP,KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH DG NORIZAH BINTI

AG KIFLEE@DZULKIFLI PENGADILAN MORAL LOURANCE NURAFIFAH FAZITAH A.M

PENGENALAN

...Lebih baik seorang sejarawan yang terlatih membuat penilaian dan menjatuhkan hukuman moral daripada orang ramai yang tidak terlatih membuat pengadilan. Pernyataan tersebut telah diungkapkan oleh Qasim Ahmad, iaitu salah seorang ahli sejarawan yang banyak menyumbangkan idea ideanya melalui karya - karya penulisan sejarah. Daripada gambaran yang diperolehi daripada pernyataan tersebut, beliau

menyimpulkan bahawa tugas pengadilan moral itu sepatutnya dilakukan oleh golongan golongan sejarawan yang terlatih berbanding orang ramai atau golongan masyarakat yang tidak terlatih. Sejarawan terlatih yang dimaksudkan sudah tentu merupakan mereka yang mengkaji sesuatu fakta berdasarkan sumber sumber dan bukti yang sahih tanpa wujudnya sebarang tokok tambah. Mereka akan mencari kebenaran dalam sesuatu fakta sebelum menyimpulkan atau membuat sebarang pengadilan atau memberi hukuman. Manakala orang ramai yang tidak terlatih sudah tentu bukanlah daripada golongan sejarawan mahupun mereka yang melibatkan diri dalam bidang bidang profesional yang mengkaji setiap fakta melalui setiap sumber yang ada. Persoalan mengenai isu pengadilan moral ini merupakan satu isu yang sentiasa menjadi kontroversi dalam kalangan ahli ahli sejarawan sendiri. Hal ini berikutan, wujudnya beberapa aliran yang menyokong dan menentang pengadilan moral dilakukan oleh sejarawan. Bagi pihak yang menyokong tugas pengadilan moral tersebut, antara hujah yang diutarakan bagi mempertahankan pendirian mereka ialah seseorang pelaku dalam sejarah itu bertanggungjawab di atas perlakuannya, lantas ia patut dipersalahkan kalau berlaku salah, dan diakui kebaikannya kalau ia berlaku baik.1 Manakala pihak yang menentang pengadilan moral mengatakan bahawa pengadilan moral itu tidak patut dilakukan, kerana di antara si pengkaji sejarah dengan si pelaku (masyarakat) yang dikajinya itu, mungkin terdapat sistem nilai yang berbeza.2

1 2

Qasim Ahmad, 1991/1996. Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan, hlm. 35. Qasim Ahmad, 1991/1996. Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan, hlm. 35. Dengan kata lain, apabila apabila ahli sejarah itu membuat pengadilan moral ia mungkin tidak dapat bersikap adil kepada orang atau masyarakat yang dikajinya. Menurut G. Elton, ia lebih berkait dengan soal kurang faedahnya untuk membuat bandingan dan mencari persamaan di antara peristiwa/ tamadun yang berlainan di dalam sejarah.

Oleh yang demikian, kajian terhadap konsep objektiviti dan subjektiviti serta aliran aliran yang terlibat melalui persoalan pengadilan moral perlulah diambil kira sebelum membuat sebarang kesimpulan daripada isu yang dinyatakan oleh Qasim Ahmad di atas. Kajian juga perlu bermula daripada definisi pengadilan moral itu sendiri dan disertai dengan konsep serta prinsip prinsip yang wujud dalam pengadilan moral

APAKAH PENGADILAN MORAL ?

Definisi

Menurut Qasim Ahmad dalam bukunya, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan (1991/1996), beliau mendefinisikan istilah pengadilan moral sebagai perlakuan menjatuhkan hukuman atau mengenakan penilaian tertentu terhadap sesuatu peristiwa sejarah atau kepada seseorang pelaku di dalam sejarah. Ini misalnya, dalam penulisan seseorang ahli sejarah wujud pernyataan pernyataan yang mengatakan sesuatu peristiwa itu adalah tidak baik, individu tersebut bersalah, masyarakat pada zaman itu mundur dan sebagainya yang menunjukkan penyataan atau penilaian terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa dalam sejarah. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, pengadilan membawa maksud perihal atau perbuatan mengadili sesuatu perkara. Manakala moral membawa tiga maksud iaitu ajaran atau pegangan bukan buruk baik sesuatu perbuatan, kelakuan atau kewajipan, sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak. Moral yang kedua iaitu berkaitan dengan apa yang betul atau adil dan yang terakhir iaitu semangat untuk menghadapi ejekan atau olokan demi mempertahankan kebenaran. Oleh itu, pengadilan moral menurut Kamus Dewan tersebut ialah sesuatu perihal atau perbuatan yang mengadili sesuatu perkara yang berkaitan dengan kelakuan seseorang sama ada buruk atau baik demi mempertahankan kebenaran atau keadilan.

Tindakan yang perlu diadili Ramai yang berpendapat bahawa pengadilan moral itu tidak dapat dielakkan dalam sejarah. Ini kerana pengadilan moral memberi pengaruh yang besar dalam pemikiran masyarakat sejagat. Ia turut dijadikan teladan dalam sesuatu bangsa atau agama bagi memperbaiki kelemahan kelemahan yang ada serta turut dijadikan contoh bagi membentuk jati diri yang lebih sempurna. Maka, disinilah timbulnya persoalan mengenai tindakan mana yang wajar diadili. Abdul Rahman Haji Abdullah dalam bukunya menyatakan bahawa terdapat dua tindakan yang perlu diambil kira dalam melakukan pengadilan moral, iaitu yang pertama, pengadilan moral hanya dilakukan terhadap tindakan yang disengajakan atau diniatkan, bukannya yang berlaku secara tidak sengaja. Menurutnya, dengan prinsip ini tidaklah dihukum orang yang tidak siuman atau orang yang terpaksa melakukan sesuatu kejadian atau peristiwa itu. Yang kedua ialah, pengadilan moral itu bukan sahaja dilakukan berdasarkan kepada niat atau tujuannya, bahkan juga pada cara tindakannya. Terdapat dalam kalangan sejarawan yang berpendapat bahawa asalkan perbuatan yang dilakukan membawa kebaikan pada orang ramai maka, niat serta tujuannya kuranglah diambil perhatian. Adakalanya juga mereka berpendapat walaupun tindakan yang dilakukan amatlah kejam dan tidak elok, namun masih boleh dimaafkan seandainya niat atau tujuannya baik. Maka asalkan salah satu diantaranya baik, bolehlah mendapat pujian daripada sejarawan.3 Abdul Rahman Haji Abdullah juga telah meletakkan bahawa terdapatnya dua jenis pengadilan yang wujud dalam pengadilan moral. Yang pertama ialah pengadilan sekular dan yang kedua ialah pengadilan teologi. Pengadilan sekular katanya, barangkali puji pujian seperti yang diberikan itu dapat dibenarkan. Manakala dalam pengadilan teologi (islam), ia melibatkan persoalan pahala dan dosa. Ia menerengkan bahawa, walaupun pada akhirnya perbuatan seseorang itu membawa kebaikan dan kebajikan kepada orang ramai, tetapi ia tetap berdosa sekiranya niat atau tujuannya adalah buruk, iaitu tidak dilakukan dengan ikhlas kerana Allah tetapi sebaliknya kerana adanya dorongan dorongan lain. Demikian juga walaupun niat dan tujuannya baik, namun cara perbuatannya adalah salah dan mungkar, maka ia tetap dikira berdosa.4

3 4

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Hlm.120. Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994. Hlm. 120 121.

Prinsip Pengadilan Moral Terdapat beberapa prinsip yang dipegang oleh sebilangan ahli sejarawan mengenai persoalan pengadilan moral. Prinsip prinsip ini biasanya tetap mendapat perhatian dalam kalangan sejarawan dalam penulisan mereka mengenai pengadilan moral. Bagi Herbert Butterfield, kita tidak boleh membuat keputusan terhadap sesuatu kelakuan manusia tanpa mengetahui isi hati si pelaku itu sendiri.5 Malah pendapat ini juga turut disokong oleh seorang seorang sejarawan lain iaitu Lucy Dawidowicz yang menulis dalam bukunya The War Against the Jews mengenai kes Nazi dan pembunuhan beramai ramai orang Yahudi - holocaust (bencana). Dalam karyanya itu, Dawidowicz dikatakan tidak mahu mengadili pemimpin Yahudi yang dikatakan bersubahat atau membuat kesalahan tidak melakukan sesuatu untuk menentang Nazi. Pendapatnya ini mendapat pertikaian daripada pelbagai pihak, kerana Dawidowicz tidak pula terikat dengan pertimbangan tersebut dalam mengadili orang Nazi. Qasim Ahmad berpendapat bahawa sikap berbeza yang diamalkan oleh Dawidowicz itu menunjukkan bahawa di dalam keadaan tertentu dalam sejarah, tidak perlu untuk mengetahui niat seseorang, atau sesuatu kumpulan orang sebelum pengadilan diberikan. Ini kerana perbuatan itu mungkin telah melanggar ciri ciri hukum moral, sosial dan sebagainya yang sudah diterima. Beliau menyatakan bahawa niat yang suci murni tidak dapat menukarkan perbuatan yang salah menjadi perbuatan yang tidak bersalah. Di sinilah lahirnya konsep; memang terdapatnya perbuatan yang bersifat agak neutral, yakni tidak dengan jelas melanggar ciri ciri hukum moral yang diiktiraf, lantas pengadilan terhadapnya bergantung kepada niat di sebalik pelaksanaan perbuatan itu; dan begitu juga terdapat perbuatan yang nampak baik lahiriahnya, tetapi boleh diadili sebagai tidak baik kerana niatnya.6

5 6

Qasim Ahmad, 1991/1996. Hlm. 38. Qasim Ahmad, 1991/1996. Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan. Hlm. 38

Terdapat juga prinsip di mana sejarawan berpendapat bahawa tidak bersalah melainkan jika dapat dibuktikan sebaliknya.7 Pada masa yang sama, Butterfied telah menyatakan bahawa kebenaran yang hakiki tentang sesuatu perkara itu tidak mungkin dihuraikan melainkan pada Hari Pengadilan jua. Hal ini berikutan kerana manusia bukannya tuhan dan tidak berupaya untuk mengetahui segala sesuatu, namun bagi Qasim Ahmad ketidakupayaan manusia untuk mencapai kesempurnaan pengetahuan tersebut tidak pula melepaskan kita daripada tanggungjawab membuat pengadilan.Baginya, Pengadilan menurut ukuran lahiriah perlu dilakukan setakat mana yang mampu dibuat oleh manusia. Oleh itu wujudnya konsep, perbuatan yang baik secara lahiriah tetap diterima sebagai baik kiranya niat jahat disebaliknya tidak dapat dibuktikan;perbuatan jahat secara lahiriah tetap diadili sebagai jahat, dan hukuman ke atasnya tidak patut diringankankan kalau unsur unsur tidak sengaja di pihak pelaku atau para pelaku, tidak dapat dibuktikan. Maka dapat dilihat disini bahawa unsur penting yang digunakan dalam melakukan pengadilan moral adalah bukti. Terdapat juga kemungkinan dalam sesuatu peristiwa sejarah itu tidak dapat diadili kerana ketiadaan bukti yang cukup. Namun begitu, masalah kekurangan bukti ini biasanya bukan berkaitan dengan hal menentukan baik buruknya sesuatu peristiwa, tetapi untuk mencari orang yang bertanggungjawab terhadap peristiwa itu. Maka prinsip yang dianuti sudah tentulah tidak bersalah melainkan kalau dibuktikan sebaliknya.

Qasim Ahmad, 1991/1996. Hlm. 39.

KETERLIBATAN OBJEKTIVITI DAN SUBJEKTIVITI

Konsep objektif dan subjektif amat berkait rapat dengan persoalan pengadilan moral. Hal ini wujud kerana adanya pertentangan prinsip di antara kedua dua aliran pemikiran tersebut mengenai pengadilan moral dalam sejarah. Konsep objektiviti merupakan satu konsep yang hanya menerima kebenaran dalam fakta sejarah melalui bukti bukti yang diperolehi hasil daripada kajian saintifik. Manakala, konsep subjektiviti merupakan perkara yang berkaitan dengan diri, pendirian, sudut pandangan, ideologi, orientasi dan budaya seseorang penulis atau sejarawan. Dalam aspek ini, ia boleh menimbukan bias atau sikap berat sebelah dalam memaparkan sesuatu peristiwa sejarah itu.8 Menurut Leopold Von Ranke iaitu pengasas kepada aliran objektivis dan dianggap sebagai bapa pensejarahan moden, beliau berpendapat bahawa matlamat pengajian sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian kejadian sebagaimana sebenarnya berlaku (Wie

es eigentlich gewesen ), yang membiarkan fakta fakta sejarah bercakap dengan sendirinya
tanpa penglibatan sejarawan. Peter Geyl iaitu seorang historisisme berkata, ia bermakna menjauhkan diri daripada pengadilan, penerimaan atau pengakuan yang tidak ada darjah darjah kecuali dari apa yang dibekalkan oleh proses sejarah sendiri.9 Sejarah harus dipersembahkan secara objektif tanpa berat sebelah, emosional mahupun pengadilan moral. Fakta berasaskan sumber utama yang sahih mesti dijadikan sandaran dan hujahan. Donald V Gawronski dalam History meaning and method: A primier of historical method (1969) menyatakan bahawa fakta sejarah mesti tidak dipengaruhi oleh perasaan memihak dan prasangka.Ini penting supaya ia bebas daripada sifat berat sebelah, mempunyai kepentingan peribadi dan agenda tertentu.10 Ini bermakna aliran objektivis telah terang terangan menolak konsep pengadilan moral, yakni yang melibatkan perasaan,pandangan dan pendirian si penulis sejarah.

Muhd Yusuf Ibrahim, 2000. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Edisi kedua: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 219. 9 Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu sejarah. Dewan Bahasa dan pustaka, Kuala Lumpur/ Pusat pengajian Luar kampus Universiti sains Malaysia,Pulau Pinang, hlm. 106. 10 Artikel bebas.

Bertentangan dengan konsep objektiviti, konsep subjektiviti merupakan satu aliran yang menerima kewujudan pengadilan moral dalam sejarah. Dengan menolak objektiviti dan menerima subjektiviti dalam sejarah, maka dengan sendirinya sejarawan kelihatan seperti cuba memihak atau bersikap berat sebelah dalam kajiannya. Maka dari sinilah lahirnya masalah penilaian etik atau pengadilan moral (moral judgement ), iaitu apabila sejarawan didapati dengan sengaja atau tidak sengaja menilai atau menghukum sesuatu peristiwa dalam sejarah.

ALIRAN YANG MENERIMA DAN MENOLAK PENGADILAN MORAL

Dalam perbincangan mengenai wajar atau tidak pengadilan moral itu dilaksanakan, maka lahirlah dua aliran pemikiran yang bertentangan, iaitu golongan yang menerima dan golongan yang menolak pengadilan moral dalam sejarah. Kewujudan kedua dua aliran ini adalah bersangkut paut dengan konsep objektiviti dan subjektiviti itu sendiri. Aliran pertama yang wujud ialah aliran konservatif, yakni mereka yang mengamalkan subjektiviti dalam sejarah dan menerima konsep pengadilan moral. Aliran ini bermula sejak munculnya kesedaran sejarah itu sendiri. Herodotus sendiri turut dikatakan pernah memuji kemenangan Greek dalam pertempuran di Marathon dan Salamis, serta menganggap Athens sebagai penyelamat negara negara Greek. Sebaliknya, beliau menuduh raja raja Parsi sebagai angkuh, kejam dan ganas.11 Maka, dapat dilihat bahawa bapa pensejarahan itu sendiri turut tidak lari daripada melakukan pengadilan moral dalam karyanya. Pendukung aliran ini seperti tokoh tokoh sejarawan besar abad ke-18 seumpama Gibbon, Hume, Rollin, Robertson, Raynal dan Voltaire, semuanya menerima konsepsi Bolingbroke bahawa sejarah ialah pengajaran falsafah melalui teladan (philosophy teaching

by example ), dan golongan sejarawan bertanggungjawab mengajarkannya. Pada abad ke19 juga, terutama di England pada zaman Queen Victoria (1837 1901), ia merupakan zaman moraliti dan tokoh tokoh sejarawan juga merupakan pemimpin moral, yakni memainkan dua tugas sekaligus. Antara tokoh sejarawan zaman Victoria itu ialah Thomas Carlyle dan John L. Motley yang menganggap bahawa pengadilan moral bukan sahaja merupakan kecenderungan setiap orang, bahkan tanggungjawab tertinggi. Menurut Lord
11

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu sejarah, hlm. 114.

Acton, 1895 (Regius Professor University of Cambridge ), walaupun pendapat pendapat berubah, tabiat berubah ubah, kepercayaan kepercayaan timbul dan tenggelam tetapi hukum moral telah diukirkan di atas kepingan logam yang abadi (Opinions alter, manners

change, creeds rise and fall, but the moral law is written on the tablets of eternity ). Tokoh
tokoh seperti Isaiah Berlin, Veronica Wedgwood, dan Arnold Toynbee semuanya turut merupakan penyokong aliran konservatif yang menekankan kepentingan dan kewajipan moral dalam sejarah. Adrian Oldfield juga dalam rencananya yang bertajuk Moral

Judgements in history

menganggap bahawa masalah pengadilan moral tidak dapat

dielakkan ( inevitable ) dalam penulisan sejarah.12 Manakala bagi aliran yang sama sekali menentang pengadilan moral itu dilakukan dalam sejarah adalah aliran progresif (pragmatik), golongan ini merupakan pendukung konsep objektiviti. Pendapat pendukung utama aliran ini, iaitu Leopold Von ranke menyatakan, oleh kerana matlamat kajian sejarah adalah untuk memaparkan perkara yang sebenarnya berlaku, maka unsur pengadilan moral haruslah diketepikan kerana ia bukanlah tugas ahli ahli sejarah. Bagi Herbert butterfield, beliau berpendapat bahawa pengadilan moral adalah tidak bersangkut paut dengan penyiasatan (sejarah) dan asing kepada ruang intelek sejarah saintifik. G. Kitson Clark pula menyatakan, adalah lebih baik jika ahli sejarah cuba memahami dan menjelaskan sesuatu daripada bertindak sebagai seorang hakim. Masalah masalah moral terpisah daripada sejarah, dan kerana itu sebaiknya diserahkan sahaja kepada golongan lain seperti ahli agama, ahli falsafah atau ahli perundangan. Terdapat beberapa alasan mengapa golongan ini menolak pengadilan moral, kata mereka yang pertama, kita tidak dapat menerapkan pengadilan moral dalam sejarah, justeru nilai nilai adalah bersifat relatif atau berubah ubah menurut ruang dan waktu. Kita mungkin boleh menerima sesuatu yang berasaskan fakta fakta yang bersifat objektif, tetapi tidak dapat menerima tafsiran tafsiran yang bersifat subjektif. Alasan kedua ialah, sejarah sebagai suatu disiplin ilmu yang khusus dan tersendiri tidak harus bercampur aduk atau bersatu dengan bidang bidang lain, seperti agama atau moral. Mereka berpendapat, masalah masalah sejarah biarlah diselesaikan oleh ahli sejarah sahaja, dan masalah agama dan moral diserahkan kepada ahi agama dan moral. Dalam kata lain, hujah hujah golongan progresif ini adalah berasaskan relativisme dan dualisme.13

12 13

Abdul Rahman haji Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Hlm. 115 116. Abdul rahman Haji Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Hlm. 116 117.

PENGADILAN MORAL OLEH SEJARAWAN DAN MASYARAKAT

Pengadilan oleh sejarawan

Berbalik kepada persoalan mengenai pendapat Qasim Ahmad yang menyatakan pengadilan moral itu sepatutnya dilakukan oleh golongan sejarawan terlatih berbanding pengadilan moral oleh masyarakat yang tidak terlatih, terdapat beberapa persoalan yang timbul iaitu siapakah sejarawan dan mengapa tugas pengadilan itu dikatakan lebih baik dalam melakukan pengadilan berbanding masyarakat. Bagi merungkai kepada persoalan tersebut, perlulah dibandingkan cara pengadilan yang dilakukan di antara sejarawan dan golongan masyarakat. Menurut Muhd. Yusuf Ibrahim, beliau menyatakan bahawa golongan sejarawan adalah mereka yang menyumbang kepada penulisan serta penerbitan karya karya sejarah dalam bentuk buku, monograf atau makalah makalah berdasarkan hasil penyelidikannya. Karya karya yang ditulis merupakan penulisan yang bernas dan dapat dipertanggungjawabkan kesejarahannya serta membolehkan pengkaji lain dan masyarakat untuk menilai kedudukannya. Beliau turut berpendapat bahawa sesiapa yang melakukan penyelidikan dan menulis sejarah, walau dalam bidang apa sekalipun, maka lazimnya mereka boleh dianggap sebagai sejarawan dan siapa yang sebaliknya sudah tentulah tidak boleh dianggap sebagai sejarawan.14 Ia berdasarkan kepada sumbangan pemikiran sejarahnya, bidang kajiannya, bahan bahan serta sumber sumber yang digunakannya, khalayak mahupun peringkat pembaca yang ditujunya serta analisis dan tafsiran dan kaedah yang digunakan.

14

Muhd. Yusuf Ibrahim, 2000. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. DBP, Kuala Lumpur, hlm. 121.

Setelah mengkaji kepada persoalan mengenai siapakah sejarawan, maka kita dapati bahawa dalam menghasilkan sesebuah karya sejarah, sudah tentulah seseorang sejarawan itu adalah mereka yang menjalankan banyak kajian atau penyelidikan dalam sejarah. Dengan kata lain, mereka inilah individu yang lebih memahami sesuatu peristiwa atau kejadian kejadian yang berlaku dalam sejarah. Kajian yang dilakukan adalah terperinci, iaitu dari akar umbi kepada pokok pangkalnya sesebuah sejarah itu. Berdasarkan kepada kajian tersebut, maka mereka dapat memahami perjalanan kisah sesebuah peristiwa, mengenali individu yang terlibat serta sebab musabab berlakunya sesebuah peristiwa itu dan kesannya dalam sejarah. Oleh kerana itu, maka dikatakan mengapa sejarawan itu lebih layak melakukan pengadilan moral berbanding individu lain. Kajian yang dilakukan oleh sejarawan juga adalah berdasarkan kepada fakta serta bukti bukti yang kukuh, yakni jelas dan nyata. Dalam melakukan penyelidikan, seseorang sejarawan itu akan melakukan kajian terhadap sumber sumber sejarah tidak kira daripada sumber primer atau sekunder. Kajian terhadap sumber sumber tersebut dapat menjelaskan kebenaran kebenaran dalam sesebuah peristiwa sejarah. Ini menjadikan seorang sejarawan itu lebih tahu dan arif dalam melakukan pengadilan dalam sesebuah peristiwa atau pelaku dalam sejarah. Malah mereka mampu menunjukkan bukti bukti yang kukuh serta memberikan hujah yang bernas dalam menegakkan sesuatu pengadilan yang dilakukan. Dalam melakukan kajian, seorang sejarawan itu turut menggunakan pelbagai kaedah kaedah penyelidikan bagi mencari kebenaran sejarah. Seseorang sejarawan itu tidak hanya mengkaji sesuatu sumber atau fakta berdasarkan kepada satu kaedah kajian sahaja tetapi turut menerapkan kaedah kaedah seperti kaedah lisan, kaedah bertulis, kaedah arkeologi serta pandang dengar. Selain itu, kaedah menggunakan kajian melalui ilmu bantu lain seperti antropologi, sosiologi, politikologi, ekonomi dan sastera turut dipraktikkan dalam kajian mereka. Ini menjadikan seseorang sejarawan itu bukan sahaja menilai berdasarkan kepada satu sumber sahaja, malah ia menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber dan mencari kesahihan di sebalik maklumat maklumat yang diperolehinya sebelum membuat pengadilan.

Kewajaran seseorang sejarawan itu dikatakan melakukan pengadilan lebih baik berbanding masyarakat lain juga merujuk kepada proses penafsiran sumber yang dilakukan. Tujuan sejarawan melakukan penafsiran atau kritikan adalah untuk menentukan bahawa sesuatu sumber itu tulen atau palsu. Hal ini kerana, adakalanya sumber yang diperolehi itu tidak semestinya benar dan biasanya wujud unsur unsur pemalsuan dan tokok tambah. Terdapat dua jenis kritikan yang dilakukan, iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman. Kritikan luaran biasanya dijalankan dengan membuat beberapa persoalan terhadap kewujudan sesuatu sumber; siapa,di mana, bagaimana, bila dan mengapa. Maka, dalam menyelesaikan persoalan tersebut, dari sinilah seseorang sejarawan itu akan mendapatkan bantuan daripada ahli ahli sains tulen dan pakar lain. Kritikan dalaman pula melibatkan penentuan kepada nilai bukti yang terdapat dalam isi kandungan sumber tersebut. Setelah melalui proses penafsiran, maka barulah seorang sejarawan itu dapat memastikan bahawa bukti yang diberikan dalam melakukan pengadilan adalah benar. Selain itu, seseorang yang bergelar sejarawan juga tidak dapat lari daripada mengakui wujudnya unsur unsur yang harus dielakkan dalam proses mentafsir sesuatu sumber atau peristiwa sejarah. Seseorang sejarawan itu sebenarnya terikat dengan unsur unsur seperti bersikap adil, rasional serta waras, dan mengakui kejahilannya. Biasanya unsur inilah yang dipraktikkan oleh seorang sejarawan yang terlatih dalam membuat kesimpulan serta penilaian dalam sejarah. Dalam membuat pengadilan, unsur adil dan tidak bias amat digalakkan supaya pengadilan yang dilakukan adalah benar seperti apa yang sewajarnya telah berlaku. Pemikiran yang waras juga diambil kira bagi memastikan seorang sejarawan itu tidak menyeleweng daripada sesebuah peristiwa sejarah itu. Justeru, melalui pemahaman pemahaman tersebut maka wajarlah seperti apa yang dikatakan oleh Qasim Ahmad bahawa pengadilan moral itu lebih baik dilakukan oleh golongan sejarawan yang sedia maklum telah terlatih dari aspek menilai sesuatu peristiwa atau pelaku dalam sejarah.

Pengadilan moral oleh masyarakat

Daripada apa yang telah dikatakan oleh Qasim Ahmad, beliau telah menyatakan bahawa pengadilan moral yang dilakukan oleh golongan orang ramai atau masyarakat yang tidak terlatih adalah kurang wajar diterima berbanding daripada pengadilan yang dilakukan oleh golongan sejarawan. Namun sebelum kita menyimpulkan dengan lebih jauh mengenai pernyataan tersebut, maka perlulah kita memahami terlebih dahulu terhadap kaedah kaedah yang dilakukan oleh golongan tersebut dalam melakukan sesuatu pengadilan. Merujuk kepada masyarakat yang tidak terlatih, ia sudah pasti ditujukan kepada golongan masyarakat yang bukan terdiri daripada mereka yang mendalami bidang bidang profesional seperti perundangan dan bidang falsafah, dan walaupun ada di antara mereka yang terlibat dalam bidang profesional sekalipun, mereka bukanlah daripada kalangan yang mendalami ilmu sejarah dari dasarnya serta tidak membuat kajian yang khusus berdasarkan semua fakta fakta yang ada. Golongan yang ditujukan ini mungkin juga adalah golongan orang kebanyakan yang hanya mempelajari sejarah berdasarkan pembelajaran biasa di sekolah sekolah dan menggunakan sumber sumber yang telah diolah. Daripada pemahaman yang diperoleh, golongan masyarakat biasanya mengadili sesuatu kejadian hanya berdasarkan kepada sumber sumber yang telah diolah yang biasanya digelar oleh ahli sejarawan sebagai sumber kedua atau sekunder. Sumber sekunder merujuk kepada bahan yang dikaji melalui pembacaan bertulis, yakni bahan yang ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah. Walaupun dianggap bahawa karya sejarah itu adalah benar, namun bukanlah semua karya tersebut yang ditulis oleh sejarawan adalah benar seratus peratus, masih wujud unsur tokok tambah dan sifat bias yang dilakukan oleh segelintir sejarawan yang kurang profesional. Maka dengan itu, pemahaman masyarakat hanya terhad terhadap sesuatu sumber yang agak kurang jelas kebenarannya.

Walaupun dengan adanya kemajuan teknologi pada era ini, dan golongan masyarakat mampu mencari pelbagai maklumat dan bahan sejarah daripada internet, namun seberapa banyakkah bahan yang mereka perolehi serta sejauh manakah kebenaran dalam maklumat maklumat tersebut ?. Ini tidak mungkin dilakukan oleh masyarakat biasa dengan mencari maklumat dari pelbagai sumber semata mata hanya untuk mengadili sesebuah peristiwa. Kalau adapun di antara mereka yang melakukannya, maka layaklah orang itu turut digelar sebagai sejarawan. Dengan hanya merujuk kepada internet semata mata, pengadilan yang dilakukan tidaklah sempurna kerana sukar untuk membuktikan kebenarannya serta wujudnya penulis penulis bebas yang bukanlah daripada golongan ilmuan sejarah tetapi mereka yang menulis fakta sejarah hanya untuk menjalankan propaganda bagi mempengaruhi orang ramai terhadap pengadilan yang telah mereka lakukan. Begitu juga halnya dengan membuat pengadilan melalui sumber sumber daripada rancangan rancangan television atau sekadar mendengar daripada sumber rakaman. Biasanya maklumat yang diperolehi kurang jelas dan tidak dinyatakan sepenuhnya sesuatu kejadian atau perjalanan peristiwa itu. Yang dipaparkan hanyalah serba sedikit mengenai peristiwa itu dan sekadar untuk memberi maklumat kepada orang ramai bahawa peristiwa tersebut pernah berlaku suatu ketika dahulu. Dengan membuat kesimpulan hanya berdasarkan kepada sumber sumber tersebut amatlah tidak mencukupi bagi melakukan sebarang pengadilan. Adakalanya juga, masyarakat hanya membuat pengadilan berdasarkan daripada apa yang mereka dengar melalui buah mulut penceritaan golongan daripada sesama mereka sendiri. Golongan ini biasanya mudah dipengaruhi dengan pernyataan pernyataan yang telah dikemukakan oleh orang lain, biasanya orang yang rapat dengan mereka. Dalam hal ini amatlah sukar untuk menerima pengadilan yang mereka lakukan.

Walau bagaimanapun, bukanlah semua daripada kumpulan masyarakat itu membuat pengadilan melalui fakta fakta yang kurang jelas. Pasti adanya segelintir daripada mereka yang akan memperoleh fakta daripada sumber sumber yang benar dan nyata, namun seberapa ramaikah orang yang dinyatakan adalah sukar untuk diungkapkan. Biasanya, mereka yang memperolehi fakta yang benar dan jelas amatlah kurang berbanding golongan masyarakat lain yang mungkin hanya memperoleh separuh daripada maklumat tersebut yang benar, dan ada juga yang mendapat semuanya maklumat yang palsu serta mereka yang tidak mencari maklumat dari apa apa sumber pun dan hanya membuat pengadilan secara membabi buta. Minoritinya golongan yang mendapat fakta yang benar, sudah tentulah amat sukar pengadilan yang mereka lakukan dapat diterima oleh umum. Dapat disimpulkan juga bahawa cara pelaksanaan pengadilan oleh orang ramai amatlah kurang ilmiah kerana mereka tidak menjalani proses proses dalam melakukan kajian sesuatu peristiwa sejarah serta tidak mempraktikkan nilai nilai dalam membuat tafsiran seperti apa yang dilakukan oleh sejarawan. Golongan ini juga biasanya hanya menurut kata hati dan adakalanya dipengaruhi oleh emosi yang melampau kerana terdapatnya batas batas pemikiran yang dipengaruhi unsur budaya dan agama. Mereka ini sudah tentu bertindak terlalu berat sebelah, dengan mengadili budaya serta agama sendiri adalah lebih baik dan memburukkan budaya serta agama lain.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, berbalik kepada soalan perbincangan mengenai setuju atau tidak pendapat yang dikemukakan oleh Qasim Ahmad, bahawa pengadilan moral itu lebih baik dilakukan oleh sejarawan terlatih berbanding masyarakat yang tidak terlatih, maka kami simpulkan di sini untuk tidak menyebelahi mana mana pihak yang dimaksudkan iaitu sejarawan atau masyarakat. Terdapat pendapat yang dinyatakan oleh H. Butterfied mengenai peranan seorang sejarawan, iaitu menceritakan peristiwa itu sejelas yang mungkin. Jadi segala keburukan di dalam sesuatu peristiwa yang terkutuk itu patutlah diterangkan sejelas jelasnya.15 Oleh itu beliau berpendapat bahawa kiranya sesiapa yang membaca kisah itu mempunyai perasaan peri kemanusiaan, mempunyai peraturan etika, maka pembaca dengan sendirinya akan menghukum jahat sesiapa yang patut dihukum jahat. Sebaliknya, kalau pembaca yang berkenaan tidak mempunyai kehalusan perasaan, maka betapa banyak penilaian dan penganalisisan moral yang diutarakan, tidak mungkin akan mengusik hatinya. Berdasarkan kepada pendapat tersebut, maka dapat dilihat bahawa di antara kedua dua pihak yang dikemukakan oleh Qasim Ahmad,

15

Qasim Ahmad, 1991/1996. Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan. Hlm. 44.

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Haji Abdullah (1994). Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Arbaiyah Mohd Noor (2002). Ilmu sejarah pensejarahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Carr, E. H. , (1984). Apakah Sejarah? (Diterjemah oleh Ab. Rahman Haji Ismail). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Cikgu Azhar Zack (2009). Sejarah : Ketahui Sejarah Dunia Dan Malaysia.....Dapatkan Nota Di Sini. Diperolehi pada Sept.7, 2010 daripada http://koleksi-notasejarah.blogspot.com/2009_03_01_archive.html. Elaksamana (2009). Sejarah dan Negara. Diperolehi pada Sept.15, 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/22965316/1-1-Sejarah-Negara. Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Moral Objectivism. Diperolehi pada Sept.7, 2010 daripada http://home.sprynet.com/~owl1/objectiv.htm. Muhd.Yusuf Ibrahim (1997). Ilmu Sejarah : Falsafah, pengertian dan kaedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Qasim Ahmad. (1991). Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Wikipedia (2010). Moral : dari wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Diperolehi pada Sept.7, 2010 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Moral.

Vous aimerez peut-être aussi