Vous êtes sur la page 1sur 1

PENDAHULUAN Menurut Sabarani Ghazali (2004) di dalam bukunya Pengembangan Organisasi, perubahan merupakan satu perkara yang sering

dilakukan oleh kebanyakan organisasi dalam usaha memperbaiki pretasinya ke arah pencapaian yang lebih gemilang. Ini adalah semata-mata untuk berhadapan dengan suasana serta persekitaran yang begitu dinamik dan cepat berubah. Dalam melakukan usaha-usaha perubahan, ada ketikanya apa yang diharapkan dari perubahan tersebut tidak tercapai. Matlamat yang ditetapkan melencong dari sasaran. Ada ketikanya keadaan tidak menjadi semakin baik seperti diharapkan, malah menjadi semakin buruk dari keadaan sebelum perubahan. Terdapat satu punca yang menyumbang kepada keadaan ini, iaitu ketiadaan pengetahuan serta kemahiran dalam menguruskan perubahan. Menguruskan perubahan memerlukan pengetahuan serta kemahiran tertentu. Perubahan tidak boleh boleh sewenang-wenangnya dilakukan mengikut perasaan. Inilah yang sering berlaku dalam kebanyakan organisasi. Para pengurusnya melakukan perubahan tanpa mempunyai pengetahuan-pengetahuan asas tentangnya. Akhirnya perubahan yang diharapkan tidak berlaku. Oleh demikian, perubahan perlu dilakukan dengan teliti serta sistematik. Satu bidang pengurusan yang membantu pengurus-pengurus melakukan melakukan pengurus-pengurus melakukan perubahan ialah Pembangunan Organisasi atau di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Organization Development atau ringkasnya disebut OD. Perubahan sentiasa belaku secara dalaman atau luaran. Manusia boleh berubah dari aspek fizikal dan mental, kematangan, kehendak, persepsi dan kepercayaan. Sekitaran berubah disebabkan oleh cuaca, aktiviti manusia dan kehendak alam. Manusia semakin bertambah dan kehendak untuk hidup semakin mendesak. Dengan

Vous aimerez peut-être aussi