Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
BIL.
PERKARA
MUKA SURAT
1.
PENGENALAN
2.
3.
4.
5.
RUJUKAN
RAJAH 1: KEDUDUKAN FASA LARIAN Lari pecut didefinisikan sebagai larian yang terpantas berbanding dengan larian-larian lain. Berlari merupakan suatu aktiviti sihat lagi menyeronokkan. Semua individu digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini. Tetapi untuk berlari
dengan pantas ia memerlukan kemahiran, kebolehan dan yang lebih penting ialah kebolehan semula jadi. Terdapat dua faktor penting yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut yang mempunyai kesan terhadap kelajuan kepecutannya iaitu kelajuan kaki dan jarak langkah semasa berlari.
Terdapat empat fasa dalam lari pecut, iaitu fasa permulaan, fasa berlepas, fasa larian dan fasa penamat. Seseorang pelari akan dapat melakukan larian yang baik jika dia dapat menguasai keempat-empat fasa tersebut. Setiap fasa mempunyai teknik yang tertentu untuk melakukannya. Fasa larian merupakan fasa yang agak penting kerana ia merupakan fasa pecutan bagi pelari untuk sampai ke garisan penamat. Kami telah memilih fasa larian sebagai analisis pergerakan bagi tugasan ini.
PENERANGAN: SENDI DAN TULANG YANG TERLIBAT KETIKA BERLARI Ketika fasa larian ini, hanya tulang dan sendi di bahagian tangan serta tulang dan sendi bahagian kaki yang terlibat secara langsung. 1) BAHAGIAN TANGAN Lengkungan pektoral ( skapula dan klavikel)
Klavikel berbentuk rod dan diletak secara mengufuk di bawah leher. Di satu hujung,tulang klavikel bersendi dengan sternum dan satu hujung lagi bersendi dengan skapula.
Satu hujung skapula mempunyai lesung glenoid (ball and socket joint) untuk bersendi dengan kepala humerus tulang lengan. Persendian yang terbentuk disebut sendi bahu.
Tulang
lengan
(terdiri
daripada
humerus,ulna,
radius,
karpus,
Humerus merupakan tulang lengan atas yang panjang. Di hujung anterior, humerus bersendi dengan skapula melalui sendi lesung. Di hujung posterior, alur yang disebut troklea pada humerus bersendi dengan tulang radius-ulna melalui sendi engsel(pivot joint).
Radius-ulna merupakan dua batang tulang lengan bawah yang tersusun hampir selari dan berpaut di kedua-dua hujungnya. Bahagian atas ulna bersendi dengan troklea dan fosa olekranon, manakala hujung bawah radius-ulna pula bersendi dengan tulang karpus.
Metakarpus atau tulang tapak tangan bersendi dengan falanks (sendi gelongsor/ saddle joint), iaitu tulang jari dan karpus. Metakarpus terdiri daripada 5 batang tulang jari.
Falanks terdiri daripada 14 batang tulang. Ibu jari mempunyai 2 tulang falanks manakala jari-jari lain setiap satunya mempunyai 3 batang tulang falanks.
Terdiri daripada 2 tulang punggung ( pelvic girdle)serupa yang bercantum dengan turus vertebra di bahagian posterior.
Setiap tulang punggung terdiri daripada 3 bahagian iaitu illium, iskium dan pubis.
Obturator foramen merupakan satu bukaan yang dilingkungi iskium dan pubis. Bukaan ini membenarkan salur darah, saraf dan ligamen melaluinya.
Pada kedua-dua sisi lengkungan pelvis, terdapat lesung asetabulum yang membentuk sendi lesung dengan tulang femur.
Femur merupakan tulang paha dan mempunyai satu kepala berbentuk bebola yang bersendi dengan sendi asetabulum pada sisi lengkungan pelvis.
Hujung bawah femur bersendi dengan tulang tibia melalui sendi engsel/ Hinge joint (sendi lutut). Sendi ini ditutup oleh tulang tempurung lutut yang disebut patela.
Tibia-fibula merupakan tulang kaki bawah yang terdiri daripada percantuman tulang tibia dan tulang fibula. Hujung bawah tibia-fibula bersendi dengan tarsus. Sendi ini dikenali sebagai sendi pelana (plane joint). Tibia mempunyai saiz yang lebih besar daripada fibula.
Tarsus ialah 5 tulang pada pergelangan kaki yang bersendi dengan metatarsus. Sendi ini dikenali sebagai sendi gelongsor. Tumit kaki merupakan tarsus yang paling besar. Hanya satu tulang tarsus yang bersendi dengan tibia-fibula melalui sendi pelana.
Metatarsus ialah tulang pada tapak kaki dan bersendi dengan falanks, iaitu tulang jari kaki melalui sendi ellipsoid.
Falanks terdiri daripada 14 tulang kecil. Seperti falanks pada jari tangan, ibu jari dibentuk oleh 2 tulang falanks manakala jari kaki yang lain terdiri daripada 3 tulang falanks.
GAMBAR
BAHAGIAN TULANG
JUMLAH TULANG
c) Sendi elipsoid
Falanks mengandungi 14 batang jari. 2 falanks pada ibu jari dan 3 batang falanks pada lain. jari-jari
Terdapat 2 tulang punggung yang menyambungk an lengkungan pelvis dengan tulang femur.
SENDI JARI/ELIPSOID
SENDI LUTUTPATELA
SENDI PELANA
KETIKA FASA LARIAN: 1) SENDI LESUNG DI SENDI BAHU DAN SENDI PINGGUL
Sendi bola dan soket (sendi lesung Glenoid) pada menghubungkan tulang skapula dengan tulang humerus. Sendi bahu ini membantu dalam menggerakkan tangan ke sisi dan ke atas ketika berlari. Sendi ini dinamakan sendi lesung kerana Ia boleh menggerakkan tangan pada semua satah. Sendi lesung di bahagian punggung pula membantu kaki untuk bergerak dengan pantas pada semua satah ketika berlari. Sendi lesung di punggung ini dikenali sebagai sendi pinggul. 2) SENDI ENGSEL DI SENDI SIKU DAN SENDI LUTUT
siku
membantu
dalam
menggerakkan otot pada tulang humerus dan tibia-fibula ke atas dan bawah secara antagonis. Ia juga mebenarkan tangan dibengkokkan ke atas dan ke bawah pada pergerakan satu satah sahaja. Sendi engsel di sendi siku ini dikenali sebagai sendi pivot kerana ia berupaya untuk menggerakkan tangan secara rotasi ke kiri dan ke kanan apabila digerakkan. Fungsi sendi engsel di siku sama dengan sendi engsel di lutut. Sendi ini dinamakan patella di mana ia menghubungkan tulang femur dengan tibia-fibula. Sendi lutut ini juga membantu dalam membengkokkan kaki ke atas dan ke bawah pada satu satah pergerakan.
Dalam fasa larian ini juga, sendi ellipsoid atau sendi jari membantu pelari menggerakkan jari secara rotasi pada sudut 90 darjah. Sendi jari merupakan salah satu jenis sendi engsel kerana ia bergerak pada satu satah sahaja. Sendi ellipsoid ini melibatkan sendi jari di bahagian tangan, metakarpus dengan falankas dan sendi jari kaki iaitu metatarsus dengan falanks. Sendi-sendi jari ini membantu pelari dalam mengurangkan rintangan ketika berlari, terutama sekali apbila jari tangan digenggam.
4) SENDI PERGELANGAN KAKI ( SENDI PELANA)
Ketika berlari juga, sendi di pergelangan tangan yang menghubungkantulang tarsus dengan tibia dan fibula di kaki juga digunakan. Sendi pelana atau sendi di pergelangan kaki ini membantu menggerakkan kaki ke atas dan ke bawah ketika berlari. Ini menyebabkan tumit kaki dapat diangkat ketika berlari. Ia menggerakkan anggota badan pada dua satah pergerakan.
Seterusnya ialah sendi gelungsur. Sendi gelungsur terdapat di antara tulang tarsus dengan metatarsus di bahagian pergelangan kaki dan tulang karpus dengan metakarpus di bahagian pergelangan tangan. Sendi ini dapat membantu dalam menggerakkan pergelangan tangan kaki atau tangan ke atas dan ke bawah ketika berlari.
FASA LARIAN
OTOT YANG TERLIBAT
Pectoralis major
Gluteus Otot-otot tangan Deltoid Biceps Triceps Brachioradialis Flexor carpi radialais maximus
Triceps
Deltoid
Brachioradialis
Otot tangan pada sendi bahu iaitu deltoid akan membantu ketika pelari menghayunkan tangan. Apabila tangan dalam keadaan fleksi, otot pada sendi bahu iaitu biceps akan mengecut manakala otot triseps akan mengendur. Apabila tangan dalam keadaan hyperektensi pula, otot biseps akan mengendur dan otot triseps akan mengecut. Otot triseps dan biseps ini bersifat antagonis ketika pergerakan tangan.
Pektoralis major
Otot pektoralis major pada sendi bahu terlibat apabila pelari menghayunkan tangan.
Anterior
Kuadriceps
Gluteus maximus
Hamstring Gastrocnimius
Tumit
Apabila kaki dalam keadaan flexi, otot pada sendi pinggul iaitu hamstring akan mengecut untuk meluruskan kaki dan kuadriceps akan mengendur. Apabila kaki dalam keadaan hyperektensi, otot hamstring akan mengendur dan otot kuadriceps akan mengecut untuk meluruskan kaki. Otot gluteus maximus yang terletak pada sendi pinggul pula akan mengecut untuk menarik tulang femur.
Otot gastrocnimius pada sendi lutut akan mengecut untuk menarik tumit manakala otot anterior iaitu tibialis akan mengendur.
OTOT RANGKA Otot rangka merupakan sejenis otot bersitra yang menghubungkan antara satu tulang ke tulang yang lain. Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan postur badan, dengan mengenakan daya kepada tulang dan sendi melalui pengecutan. Otot rangka mengecut secara terkawal melalui stimulasi saraf. Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang dan nukleus berbilang. Nukleus otot ini terdapat di bawah membran plasma yang mengosongkan bahagian tengah gentian otot untuk miofibril. Aturan unik ini membenarkan pergerakan yang lebih berkesan. Otot ini biasanya mempunyai salah satu hujungnya terlekat kepada tulang pegun seperti skapula, dan hujung satu lagi melintasi sendi dan melekat kepada tulang yang lain seperti humerus). Bagi fasa larian, otot yang terlibat ialah: Otot pada sendi bahu iaitu deltoid, biceps dan triceps. Otot pada sendi siku iaitu brachioradialis dan Flexor carpi radialis Otot pada sendi bahu iaitu pictoralis major. Otot pada sendi pinggul iaitu gluteus maximus, hamstring dan Kuadriceps.
OTOT- OTOT YANG TERLIBAT KETIKA FASA LARIAN BIL. 1. OTOT UTAMA Tangan OTOT YANG TERLIBAT Deltoid Biseps Triseps Bersifat antagonis Apabila tangan diflexikan, otot biseps akan mengecut dan otot triseps akan mengendur. bisep s Apabila tangan dalam keadaan hyperekstensi, otot biseps akan mengendur dan otot 2 Badan Pektoralis major triseps akan mengecut. Terlibat ketika pelari menghayunkan tangan PENERANGAN
triseps
Pectoralis major
Punggung
Gluteus maximus
Kaki 4
Kuadriseps
Hamstring
Mengecut untuk membengkokkan kaki Bersifat antagonis Bersifat antagonis Mengecut untuk menarik tumit Otot anterior akan mengendur Akan ada tolakan ke bawah dan ke belakang
Hamstrin g
kuadris eps
Gastrocnemius
gastrocnemi
Tumit
TULANG, SENDI, OTOT DAN SATAH BADAN YANG TERLIBAT KETIKA FASA LARIAN
a) Kedudukan Badan Semasa berlari, badan digerak ke hadapan oleh kuasa yang dihasilkan oleh tolakan ke belakang tapak-tapak kaki pada permukaan larian. Kuasa menggerakkan ini dan cara penggunaanya yang berkesan mewujudkan kelajuan yang diharapkan oleh pelari. Semasa berlari, seorang pelari seharusnya memecut ke satu kelajuan yang boleh dikekalkan dan kekalkan kelajuan itu. Pengekalan kelajuan adalah selaras dengan Hukum Newton pertama dan ini menolong menjimatkan tenaga ; meningkatkan pemecutan dan awal pemecutan akan menyebabkan banyak tenaga terbuang dan mudah menyebabkan seseorang pelari berasa letih. Badan pelari mestilah condong semasa berlari ; condongkan badan sebanyak 20 darjah dari garis menegak. Keadaan condong ini mengurangkan rintangan angin dan pada masa yang sama memastikan pusat graviti adalah di hadapan hujung tapak kaki yang mendahului. Kedudukan pusat graviti ini menyebabkan kuasa tidak hilang dan digunakan untuk menggerakkan badan ke hadapan. Sebaliknya, pusat graviti di belakang hujung kaki menyebabkan awal pecutan berlaku dan lebih tenaga diperlukan untuk memastikan kelajuan tidak hilang.
b) Kedudukan Lutut
-
Semasa berlari, lutut pelari seharusnya diangkat tinggi. Ini menyebabkan kaki lambat diletakkan atas permukaan sebelum digerakkan semula, menyebabkan kaki belakang yang menolak melakukan ektensi penuh (hypertensi). Ini mengurangkan sudut antara kaki dengan permukaan dan menghasilkan kuasa tolakan ke belakang yang lebih berkesan.
c) Kaki
-
Bagi acara lari pecut atau jarak dekat seperti 100m dan 200m, pelari seharusnya menggunakan bebola kaki (menjengket) sahaja bagi menyentuh tanah sepanjang larian. Ini bagi mempercepatkan larian. Kedudukan kaki tersebut dipanggil planta. Bagi acara larian jarak jauh seperti 1500m, pelari menggunakan seluruh tapak kaki menyentuh tanah.
d) Kedudukan Tangan Pergerakan tangan menyokong pergerakan kaki semasa berlari. Hayunan tangan yang kuat ke depan dan ke belakang menyebabkan kaki melangkah jauh ke hadapan.
Hayunan Tangan
FLEXION: Membengkok pergerakan yang berkurangan sudut antara dua bahagian. Contohnya: membengkok siku
EXTENSION: Lawan kelenturan; satu membetulkan pergerakan yang pertambahan sudut antara bahagian badan.
HYPEREXTENSION: Awalan hyper- kadangkala ditambah untuk menegaskan pergerakan melebihi kedudukan lumrah, ibarat dalam hyperflexion atau peluruslampauan (hyperextensi) PENGENALAN AKSI-AKSI PERGERAKAN BADAN
HYPEREXTENSION
FLEXION
FLEXION
HYPEREXTENSION
SAGITTAL: Satah yang membahagikan tubuh kepada bahagian kiri dan kanan. CORONAL: Satah yang membahagikan tubuh kepada bahagian depan dan belakang. TRANVERSE: Satah yang membahagikan tubuh kepada bahagian atas dan bawah.
KIR I
KANAN
RUJUKAN
Elaine N. Marieb. 2004. HUMAN ANATOMY & PHYSIOLOGY. Pearson International Edition. New York. Gan Wan Yeat, Choong Choe Hin. 2003. Bioiogi. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam. Wee Eng Hoe. 1998. Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Pengkhususan). Fajar Bakti Sdn. Bhd.