Vous êtes sur la page 1sur 5

PENYIASATAN SISTEM RESPIRASI IKAN Tujuan Bahan dan radas : Menyiasat system respirasi ikan : Ikan, instrument pembedahan,

papan pembedahan, mikroskop, kanta tangan. Prosuder :

1. Ikan bertulang mempunyai operculum atau penutup insang di kedua-dua sisi badan. Potong operculum pada satu sisi untuk mendedahkan insang. Berapa pasang insang yang anda perhatikan?

2. Insang disambung pada struktur bertulang yang dipanggil lengkung insang. Setiap insang terdiri daripada satu lengkung insang dan dua baris filament insang. Perhatikan filamen insang di bawah mikroskop. Lukis dan label struktur ini. Namakan saluran darah yang terdapat dalam filament insang.

3. Pertukaran gas berlaku di filamen insang. Huraikan cirri-ciri penyesuaian filamen insang yang membolehkan pertukaran gas yang efisien.

4. Terangkan fungsi insang filament.

PEMBEDAHAN SISTEM RESPIRASI MAMALIA Tujuan Bahan dan radas : Menyiasat system respirasi mamlia : Tikus, instrument pembedahan, papan pembedahan, mikroskop, kanta tangan. Prosuder :

1. Letak tikus di atas papan pembedahan dengan bahagian ventral ke atas. Gunakan jarum untuk memegang tikus di atas papan pembedahan.

2. Mula potong bahagian ventral pada garisan tengah dan potong hingga ke bahagian rahang tikus dan selepas itu sehingga bahagian dubur.

3. Dengan memgang kulit dengan forceps, keluarkan tisu perantara. Tarik kulit dan pinkan ke atas papan pembedahan.

4. Potong dinding toraks secara ventral dan sisi untuk mendedahkan rongga toraks.

5. Keluarkan kelenjar timus.

6. Potong otot dan tisu di bahagian leher untuk mendedahkan trakea dan laring.

7. Potong di bahagian atas laring. Keluarkan tisu perantara yang terlekat pada trakea.

8. Dengan hati-hati, keluarkan kesemua jantung, trakea, esophagus dan laring serentak. Pisahkan esophagus dari jantung. Pinkan laring, trakea dan paru-paru di atas papan pembedahan. Lukis gambarajah berlabel struktur-struktur yang anda telah keluarkan. SOALAN 1. (a) kira bilangan tulang rusuk untuk haiwan ini.

(b) terangkan fungsi sangkar rusuk semasa pernafasan haiwan ini.

2. (a) huraikan rupa dan ciri-ciri diafragma (b) apakah kepentingan ciri-ciri diafragma ini dalam pernafasan.

3. Huraikan rupa paru-paru kiri dan kanan.

Picit paru-paru dan perhatikan teksturnya.

Letakkan paru-paru dalam air panas. Udara dalam paru-paru akan mengembang dan paru-paru akan terapung dalam air.

Ukur panjang trakea (dari laring ke bahagian cabang bronkus).

EKSPERIMEN UJIAN MAKANAN Tujuan : Menjalankan ujian makanan untuk karbihidrat (kanji) dan glukosa, protein dan lemak. Bahan dan radas : Larutan kanji, larutan glukosa, larutan albumin, minyak masak, larutan iodin, larutan Benedict, reagen Milion, kertas turas. Radas : Tabung uji, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, penitis,

rod kaca. Prosuder : Jalankan ujian seperti yang ditunjukkan dalam jadual. Kemudian catat pemerhatian anda dalam jadual yang sama. Ujian makanan 1. Kanji a. Masukkan sedikit larutan kanji ke dalam tabung uji seperti yang ditunjukkan dalam rajah. b. Titiskan beberapa titik larutan iodine ke dalam larutan kanji tersebut. 2. Glukosa a. Masukkan sedikit larutan glukosa ke dalam tabung uji. b. Titiskan beberapa larutan benedict. c. Panaskan tabung bersama kandungan dalam titik uji di pemerhatian Larutan kanji bertukar warna menjadi ____________.

Vous aimerez peut-être aussi