Vous êtes sur la page 1sur 18

IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei

1

Definisi Arak
Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan perkataan Arak bererti minuman
keras, tuak, ciu, jenewer, bir, nira, todi, wain, wiski, samsu, sake, sajang, sopi.
1

Dan definisi lain juga megatakan Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam
bahasa Arab dinamakan Khamar berasal dari kata Khamara ertinya menutupi.
Seseorang yang minum arak atau khamar biasanya ia mabuk, hilang akal
fikirannya, tertutup jalan kebenaran dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.
2

Menurut Abu Hanifah Arak (khamar) ialah nama bagi minuman mentah (yang
tidak dimasak atau tidak disentuh api) daripada air perahan anggur selepas ia
mendidih menggelegak dan mengeluarkan buih, lalu apabila ia berhenti mendidih
ia menjadi jernih. Menurutnya lagi makna pemabukan tidak akan sempurna
kecuali apabila terhasil buih, dengan itu juga ia tidak akan menjadi arak tanpa
buih.
3

Manakala menurut Imam Abu Yusuf dan Muhammad serta tiga Imam Mazhab
(Malik, Shafii dan Ahmad) berpendapat apabila air perahan anggur tersebut
mendidih dan menggelegak, maka itulah arak. Sekalipun ia masih belum berhenti
mendidih.
4

Manakala minuman keras atau khamar dari bahasa al-Quran ialah minuman yang
terbuat dari biji-bijian atau buah-buahan dengan diproses sehingga dapat
mencapai kadar alkohol yang memabukkan.
5
Sebagaimana riwayat hadith Abu
Dawud dari Ibnu Umar :
: .

1
Haji Zainal Abidin Safarwan, 2002, Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Utusan Publications &
Distributors Sdb Bhd, m.s: 83.
2
Haji Said Haji Ibrahim, 1996, Qanun Jinayah Syariyah & Sistem Kehakiman Dalam
Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadith, Darul Marifah Kuala Lumpur, m.s: 75.
3
Wahbah al-Zuhaili, terjemahan Dr.Ahmad Shahbari Salamon, 2005, Fiqh & Perundangan Islam
jilid VI, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, m.s: 138.
4
Ibid, m.s: 139.
5
Muhammad Thalib, 1997, Fiqh Nabawi, Darul Numan Kuala Lumpur, m.s: 349.
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


2

Ertinya: Bahawa Nabi Salallahu Alaihi Wassalam telah bersabda: Setiap yang
memabukkan adalah khamar. Dan khamar itu haram.
6

Jelasnya disini yang dimaksudkan dengan Arak itu ialah segala jenis minuman
yang boleh memabukkan dari mana pun asalnya, baik dari buah seperti anggur,
tiin, kurma muda, atau biji-bijian seperti biji gandum, biji kurma, atau madu atau
dari hewan seperti susu.
7

Pada zaman sekarang jika kita lihat, terutama pada negara-negara luar, minuman
arak telah diproses dan diberi nama dengan berbagai-bagai jenis nama dan dijual
di merata-rata tempat perniagaan dan restaurant sehingga sukar untuk mengetahui
jenis-jenis minuman yang halal dan yang haram. Sebagaimana hadith yang
diriwayat oleh Abu Daud:

) . (
Maksudnya : Dari Abu Malik Al-Asyary, bahawasanya ia telah mendengar
Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam bersabda, Sesungguhnya manusia dari
umatku benar-benar akan minum arak, mereka memberi nama arak itu bukan
dengan namanya (dengan nama lain). (Riwayat Daud, juz 2, halaman 295)

Hukum Minum Arak Menurut Fiqh Islam
Hukum meminum minuman arak adalah haram. Ianya telah diharamkan pada
tahun ke-8 Hijrah
8
dan perbuatan meminumnya termasuk dalam dosa besar kerana
ia boleh menghilangkan akal. Sekalipun ia meminum sedikit atau banyak, mabuk

6
Muhammad Thalib, 1997, Fiqh Nabawi, Darul Numan Kuala Lumpur, m.s: 349.
7
Ibnu Taimiyah, 1997, Peradaban Politik Islam, Albaz Publishing & Distribution Sdn Bhd
Malaysia, m.s: 101.
8
Wahbah al-Zuhaili, terjemahan Dr.Ahmad Shahbari Salamon, 2005, Fiqh & Perundangan Islam
jilid VI, m.s: 138.
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


3

atau pun tidak. Sebagaimana dalil pengharaman minum melalui firman Allahu
Subahanahu Wataala dalam surah al-Maidah ayat 90 :
d/do1d dqdV
'd ddg6 dLV
qdLVd |dd/Vd
odd/Vd ,q q
gdd godV
)qdVd ddd
dq@ FIf
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak,
judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah semata-
mata kotor (keji/najis) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya.
9

Sebenarnya hukum pengharamkan minuman arak ini dilakukan secara
berperingkat-peringkat dan beransur-ansur, adapun ayat di atas adalah merupakan
peringkat yang ke empat daripada peringkat-pringkat perundangan pengharaman
arak. Pada peringkat pertama iaitu melalui firman Allah dalam surah al-Nahl ayat
67 bermaksud Dan daripada buah tamar (kurma) dan anggur, kamu jadikan
daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal.
Kemudian pada peringkat kedua melalui firmannya dalam surah al-Baqarah ayat
219 bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai
arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar.
Dan peringkat ketiga pengharaman arak melalui firman Allah dalam surah an-
Nisa ayat 43 bermaksud : Janganlah kamu hampiri sembahyang
(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan
mengetahui akan apa yang kamu katakana

9
Al-Quran al-Karim.
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


4

Pengharaman arak juga dapat dilihat daripda bebrapa buah hadith seperti :
Hakikat khamar(arak) adalah segala sesuatu yang memabukkan. Hal ini
diriwayatkan oleh Syaikhain (Bukhari dan Muslim) dari Ibnu Umar bahawasanya
Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam telah bersabda , Segala sesuatu yang
memabukkan adalah khamar, dan segala sesuatu yang memabukkan adalah
haram. Barang siapa yang meminum khamar (arak) di dunia ini, lantas orang itu
mati, sedangkan dia membiasakan meminumnya dan tidak bertaubat nescaya ia
tidak akan meminum arak di akhirat (Riwayat Muslim,juz2, halaman 201)
10

Dan salah satu hadith lagi yang diriwayatkan dari Muslim, bermaksud Dari
Aisyah Radiallahuanha, ketika turun ayat yang mengharamkan arak, Aisyah
berkata, Rasulullah pernah ditanya tentang brendi madu, maka Rasulullah
menjawab, Setiap minuman yang memabukkan didalamnya maka hukumnya
adalah haram. (Riwayat Muslim, juz 2, halaman 199)
11


Rukun-Rukun Jenayah Minum Arak
Adapun dalam jenayah minum arak itu mempunyai tiga rukun yang utama, iaitu:
i) Perbuatan meminum dan minuman yang memabukkan
ii) Syarat-syarat peribadi peminum dan
iii) Niat melakukan jenayah.
12


Syarat-Syarat Orang Yang Meminum Arak
Terdapat lapan syarat yang dikenakan bagi membolehkan hukuman had ke atas
pemabuk dijalankan :

10
Drs.Mashuri Sirojuddin Iqbal, 1994, Terjemahan Al-Minhaajul Mubiin Fii Adillatiddiin 31
permasalahan Agama Islam, Perpustakaan Nasional Bandung Jakarta, m.s:186.
11
Ibid, m.s:186-187.
12
Dr.Mat Saad Abd Rahman, 1991, Undang-Undang Jenayah Islam; Jenayah Hudud, Jabatan
Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM Selangor Malaysia, m.s: 116.
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


5

i) Peminumnya mestilah beragama Islam maka tidak dikenakan had
terhadap orang kafir dalam meminum arak dan ia tidak boleh dihalang
daripada meminumnya.
ii) Peminumnya mestilah orang yang berakal, maka tidak dikenakan had
terhadap orang gila.
iii) Peminumnya mestilah orang yang baligh, maka tidak dikenakan had
terhadap kanak-kanak atau masih kecil.
iv) Ia mestilah dengan kerelaan sendiri, bukannya dipaksa.
v) Peminum tidak terpaksa meminumnya kerana tercekik makanan dalam
halkum.
vi) Peminum mesti mengetahuinya bahawa itu adalah arak. Seandainya
dia meminumnya dengan menyangkakan itu ialah minuman lain, maka
tiada hadd terhadapnya.
vii) Peminum mesti mengetahui bahawa arak adalah haram.
viii) Mazhabnya mestilah mengharamkan bahan yang dia minum.

Cara Pembuktian Minum Arak
Para jumhur fuqaha telah sepakat bahawa cara untuk menjatuhkan hukuman
kepada seseorang yang benar-benar meminum arak ialah:
i) Kesaksian Saksi;
Kesaksian adalah merupakan satu di antara dua cara utama bagi
menyabitkan kesalahan minum arak ke atas pesalah. Dan disyaratkan
kesaksian itu sekurang-kurangnya daripada bilangan dua orang saksi
lelaki yang sempurna syarat-syarat kelayakkan saksi.

ii) Pengakuan Pesalah;
Jenayah minum arak boleh juga disabitkan menerusi pengakuan
pesalah sendiri. Menurut ulama keempat-empat mazhab Sunni ia
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


6

memadai dengan satu pengakuan sahaja yang disampaikan oleh
seorang yang sempurna akal, baligh dan dengan pilihannya sendiri
tanpa dipaksa.
13


Hukuman Orang Yang Minum Arak Menurut Undang-Undang Islam
Adapun hukuman had bagi seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau
sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, maka
wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak
kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadith
Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib
(r.a) :
. ,
, ) . (
Maksudnya: Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam telah menyebat orang yang
minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah
menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat
sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunah Rasulullah Salallahu
Alaihi Wassalam dan ini (40 kali) yang lebih aku sukai.
14

Adapun hukuman empat puluh kali atau lapan puluh kali sebat ke atas peminum
arak juga terdapat dalam satu lagi riwayat. Maksudnya : Daripada Anas bin
malik; sesungguhnya Nabi Salallahu Alaihi Wassalam telah didatangkan
kepadanya seorang laki-laki telah minum khamar, maka Rasul Allah Salallahu
Wassalam telah merotannya dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh
kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, maka pada masa Saydina Umar

13
Dr.Mat Saad Abd Rahman, 1991, Undang-Undang Jenayah Islam; Jenayah Hudud, m.s: 125.
14
Haji Said Haji Ibrahim, 1996, Qanun Jinayah Syariyah & Sistem Kehakiman Dalam
Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadith, m.s: 76.
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


7

beliau berbincang dengan para sahabat dan berkata seorang sahabat; Abal
Rahman, Seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebat , maka Saydina
Umar pun memerintahkan lapan puluh kali sebat.
15

Hadith riwayat Anas bin Malik di atas menunjukkan bahawa hukuman hadd ke
atas peminum arak ialah empat puluh kali sebat. Hukuman ini berpandukan
kepada apa yang dilakukan oleh Rasul Allah Salallahu Alaihi Wasallam dan Abu
Bakar al-Siddiq yang telah memukul (sebat) seorang lelaki yang minum arak
sebanyak empat puluh kali. Walau bagaimanapun pada pandangan Saydina Umar
al-khattab ialah lapan puluh kali sebat termasuk di dalamnya hukum tazir.
16

Manakala ulama Shafii berpendapat empat puluh kali sebatan kerana Nabi
Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam tidak menentukan sesuatu yang tetap
padanya.
17


Menurut jumhur fuqaha hukuman had meminum arak dan mabuk ialah lapan
puluh kali sebatan.
18
Sebagaimana Umar bin Khattab Radialallahu Anhu pernah
menghukum peminum minuman keras dengan empat puluh kali sebat hingga ia
melihat banyak sekali manusia yang tidak begitu terpengaruh dengan hukuman
tersebut dan tetap meminum minuman keras. Kemudian ia bermusyawarah
dengan para sahabat. Umar bin al-Khattab berkata, Aku lihat manusia sudah
sangat keterlaluan dalam meminum minuman keras, maka bagaimana pendapat
kalian ? Ali bin Abu Talib Radialallahu Anhu berkata, Aku berpendapat
hendaklah engkau menghukum mereka sebanyak lapan puluh sebat, kerana jika
seseorang meminum minuman keras, ia mabuk. Jika ia telah mabuk, ia bercakap
tidak teratur. Jika ia bercakap tidak teratur, ia berdusta. Jadi, hukumannya ialah
lapan puluh sebat seperti hukuman orang yang bohong. Kemudian Umar bin al-

15
Dr.Haji Serbini bin Haji Matahir, 2005, Sistem Keadilan Jenayah Syariah Mahkamah Kadi
Brunei Darussalam, Univesiti Brunei Darussalam, m.s:109.
16
Ibid, m.s:110.
17
Wahbah al-Zuhaili, terjemahan Dr.Ahmad Shahbari Salamon, 2005, Fiqh & Perundangan Islam
jilid VI, m.s: 138.
18
Ibid, m.s: 138.
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


8

khattab menerapkan hukuman tersebut di sisa masa pemerintahannya dan para
imam sesudahnya sebanyak lapan puluh sebat. (Diriwayatkan al-Bukhari)
19

Adapun hukuman had ke atas orang yang mabuk tidak dijalankan ketika dia
sedang mabuk, akan tetapi para imam bersependapat bahawasanya hukuman
tersebut ditangguhkan sehingga dia sedar daripada mabuk supaya berhasil maksud
hukuman had iaitu pencegahan jenayah.
20

Manakala dari segi perlaksanaan sebat pula sebahagian ulama berpendapat
pesalah yang menjalani had ini tidak akan dilucutkan pakaiannya kerana ia
merupakan pembalasan yang paling ringan. Tetapi menurut pendapat yang terkuat
(al-rajih) tidak ada bezanya di antara had minum arak dengan yang lain kecuali
syarak menampakkan sifat ringan itu apabila ia mengurangkan bilangan
sebatnya.
21


Sejarah Awal Peruntukkan Undang-undang Brunei Mengenai Minuman
Arak
Agama rasmi bagi Negara Brunei Darussalam ialah Islam. Ajaran Islam telah
menjadi amalan hidup orang-orang Brunei semenjak Sultan Brunei yang pertama
bernama Awang Alak Betatar memeluk agama Islam yang dikatakan berlaku di
antara tahun 1406M-1408M.
22
Bermula dari pengislaman Baginda Sultan itu
Agama Islam telah dijadikan Agama Rasmi bagi Negara Brunei Darussalam
sehingga ke hari ini.
23


19
Imam al-Mawardi, 2000M, Al Ahkam As Sulthaniyyah Prinsip-prinsip Penyelenggaraan Negara
Islam, Darul Falah Jakarta, m.s: 376.
20
Wahbah al-Zuhaili, terjemahan Dr.Ahmad Shahbari Salamon, 2005, Fiqh & Perundangan Islam
jilid VI, m.s: 156.
21
Dr.Mat Saad Abd Rahman, 1991, Undang-Undang Jenayah Islam; Jenayah Hudud, m.s: 130.
22
Dr.Haji Serbini bin Haji Matahir, 2005, Sistem Keadilan Jenayah Syariah Mahkamah Kadi
Brunei Darussalam, m.s:1.
23
Ibid, m.s:1.
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


9

Pada zaman pemerintahan Sultan Hassan iaitu Sultan Brunei yang kesembilan,
Kerajaan Brunei telah meceduk Hukum Kanun Melaka untuk dijadikan
perundangan dalam Negeri Brunei. Iaitu dengan membuat beberapa perubahan
dan penyesuaian dalam teks kandungannya supaya bersesuaian dengan keadaan di
Brunei.
24
Diantara peruntukan-peruntukan Hukum Syara yang terkandung dalam
Hukum Kanun Brunei ialah beberapa fasal yang berkaitan dengan jenayah yang
dikenakan dengan hukuman hudud, qisas dan tazir. Dan termasuklah diantara
jenayah yang dikenakan hukuman hudud tersebut seperti jenayah minum arak.
Hukum Kanun Brunei memperuntukkan hukuman ke atas orang Islam yang
minum arak dengan dua puluh kali palu (sebat) ke atas hamba, dan lima puluh
kali palu (sebat) ke atas orang merdeka. Peruntukan tersebut mengatakan
..Hadd minum tuak dan arak barang yang mabuk jika abdi dua puluh palunya.
Jika merdeka lima puluh palunya.
25
Walau bagaimanapun sistem masyarakat
pada masa itu masih tertutup daripada menerima pengaruh asing. Dengan keadaan
masyarakat sedemikian itulah tidak seorangpun yang mahu melaporkan kepada
pihak berkuasa, sekiranya ada orang yang minum minuman yang memabukkan,
kerana takut mendapat malu dalam keluarga. Inilah sebabnya pada waktu itu tidak
ada satu kes minum minuman memabukkan dibawa ke Mahkamah.
26

Ini bererti hukuman bagi jenayah meminum arak bagi orang Islam memang sudah
diwujudkan sebelum Brunei merdeka lagi, dan peruntukkan undang-undang
tersebut termaktub dalam hukum kanun Brunei. Walau bagaimanapun tiada
catatan kes-kes yang telah dibicarakan pada masa dahulu.




24
Dr.Haji Serbini bin Haji Matahir, 2005, Sistem Keadilan Jenayah Syariah Mahkamah Kadi
Brunei Darussalam, m.s:8.
25
Manuskrip. Hukum Kanun Brunei. Fasal 44, di petik daripada buku sistem keadilan jenayah
syariah Mahkamah kadi Brunei Darussalam, Hj Serbini bin Hj Matahir, m.s: 15-16.
26
Opcit, m.s:16.
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


10

Penguatkuasaan Pengharaman Arak Di Negara Brunei Darussalam
Sebelum kemerdekaan lagi Kerajaan Brunei telah meningkatkan usaha dalam
mengharamkan meminum minuman arak di Negara Brunei Darussalam. Dimana
pada 21hb April 1982, Yang Amat Berhormat Pemangku Menteri Besar, Pehin
Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz telah
mengumumkan terhadap pemberhentian hidangan minuman keras di semua
penerbangan-penerbangan dalam RBA. Pemberhentian tersebut berkuatkuasa
pada 1hb Mei 1982.
27

Setelah Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaannya pada 1hb Januari
1984 dengan berkonsepkan Melayu Islam Beraja yang bersendikan ajaran Islam
maka penerapan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran dan undang-undang
kerajaan telah di pertingkatkan dan dikemaskinikan. Selepas daripada
kemerdekaan tersebut berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi
memastikan Negara benar-benar mengikut ajaran Islam.
Diantara langkah-langkah yang dilaksanakan ialah dengan mengambil perhatian
terhadap jenayah minuman arak dan membentras masyarakat daripada bebas
mengambil dan meminum arak. Dimana pada 1hb Disember 1990, Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di
Pertuan Negara Brunei Darussalam menegah masuk semua jenis minuman keras
ke dalam Negara Brunei Darussalam, semua permit untuk memasukkan
minuman-minuman keras yang telah dikeluarkan sebelum 1hb Disember 1990
adalah dibatalkan dengan serta merta dan semua lesen menjual, menghidang dan
membuatnya akan mansuh pada 1hb Januari 1991.
28

Disamping itu juga pada 9hb Januari 1991 bagi orang-orang yang membawa
masuk minuman keras lebih dari yang dihadkan atau menyeludupkannya ke
Negara ini maka akan di denda sehingga $40 000.00 ringgit Brunei jika sabit

27
Pelita Brunei bertarikh Rabu 21hb April 1982
28
Pelita Brunei bertarikh 5hb Disember 1990.
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


11

kesalahannya. Perkara ini telah ditegaskan oleh Timbalan Pengawal Kastam dan
Eksais Diraja Brunei.
29

Walaupun terdapat penguatkuasaan pengharaman kemasukkan minuman arak
tersebut tetapi terdapat pengecualian bagi pihak-pihak dan individu-individu yang
tertentu. Ini adalah memandangkan tidak semua penduduk Brunei yang beragama
Islam dan ada diantara orang-orang luar yang bukan beragama Islam berkhidmat
di Negara Brunei Darussalam samaada bekerja dengan krajaan, sektor swasta
mahupun mereka yang menjalankan perniagaan di Negara ini. Oleh itu diantara
orang-orang yang terkecuali dari pengharaman tersebut ialah seperti :
i) Diplomat-Diplomat Asing.
Dari segi penggunaannya- dibenarkan meminum di rumah kediaman
masing-masing atau di bangunan-bangunan pejabat kedutaan sahaja
dengan cara yang tidak terdedah dan bukan di hadapan orang Islam.
Dari segi cara kemasukkannya- menurut cara kelaziman yang mereka
dibolehkan menurut keistemewaan diplomatik. Ketika membawa tidak
terdedah kepada orang ramai termasuklah beg atau sampulnya tidak
menandakan apa jua minuman keras.
Dari segi jumlah yang dibenarkan- Bagi diplomat asing tiada terhad
selagi mana difikirkan munasabah.

ii) Orang dewasa yang bukan berugama Islam.
Dari segi penggunaannya- dibenarkan meminum bagi kegunaan
persendirian dan ahli keluarga terdekat mereka yang tinggal serumah
dengan mereka dan diminum di kediaman mereka sahaja.
Dari segi cara kemasukkannya- bagi orang-orang dewasa persendirian
yang bukan berugama Islam hendaklah dibawa olehnya sendiri, bukan
menerusi pesanan pos, kargo atau orang lain.

29
Pelita Brunei bertarikh 9hb Januari 1991.
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


12

Dari segi jumlah yang dibenarkan- 2 botol minuman keras (kira-kira
dua quarts), 12 tin bir bagi seorang dewasa yang berumur 18 tahun ke
atas. Manakala bagi tujuan-tujuan keagamaan (bukan perayaan-
perayaan sosial) ialah difikirkan munasabah sesuai dengan keperluan
mereka.

Akta Dan Hukuman Undang-Undang Brunei Mengenai Minuman Arak
Di bawah Akta Majlis Ugama Islam Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal
77, Pindaan 1984 dalam Bab 172 iaitu mana-mana kedai atau tempat awam yang
lain atau menjual atau meminum sebarang minuman yang memabukkan atau
minuman lain yang ditegah oleh hukum syarak akan dikenakan hukuman denda
sebanyak $500, kesalahan kedua didenda sebanyak $750 dan kesalahan ketiga
didenda sebanyak $1000.

Kajian Kes Minum Minuman yang Memabukkan Yang Telah Dibicarakan
di Negara Brunei Darussalam
Kes Pertama :
Dalam kes Ali bin Mohammad ( 24 tahun) No. Kad Pengenalan 269683 (K) dan
Ibrahim bin Mohammad ( 19 tahun ) No. Kad Pengenalan 291277 (K), Kedua-dua
mereka adalah adik beradik dan bekerja di tempat yang sama sebagai house
keeping, Empire Hotel Jerudong. Alamat: 148, Kampong Mulaut, Jalan Ban 4 Jln
Tutong Brunei Darussalam. Nombor file rujukkan MHEU / JUB / 112 / 2001,
kedua-dua nama di atas telah didapati melakukan kesalahan di bawah bab 172
dari Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 iaitu
meminum minuman yang memabokkan jenis tiger beer pada 29 Mei 2001 kira-
kira jam 10.55 minit malam, bertempat di kawasan Kampong Bebuloh Brunei
Muara.
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


13

Hasil daripada laporan yang diambil daripada pengakuan Ali bin Mohammad
mengatakan :
Kami ditahan pada masa itu, tujuan kami kesana selepas lintasi Pos Polis kami
telah pun menuju ke satu tempat pondok. Di sana kami telah pun membeli
minuman dengan harga satu ringgit dan kami telah membelinya sebanyak 3 tin
dan kami berdua pun minum di pondok tersebut dan itulah tujuan saya bersama
adik saya kesana. Saya mengaku minum dan mengakui kesalahan saya.
Hasil daripada aduan Merinyu Ugama Brunei Kementerian Ugama Brunei dalam
laporannya mengatakan :
Kami telah Nampak ada 2 orang lelaki yang sedang berjalan kaki yang baru
saja keluar dari hujung jalan untuk menuju ke pondok Pos Polis Diraja Brunei,
ke Bebuloh dimana setelah kedua mereka ini sampai lalu kami dari Agensi
Penguatkuasa Undang-Undang yang lain telah menahan kedua lelaki ini dan
telah menyoal siasat kedua mereka ini di tempat kejadian yang mana mereka
berdua ini telah mengaku minum minuman yang memabokkan jenis Tiger Beer
bertempat di kawasan gerai tempat orang berjual minuman yang memabokkan
dipercayai Daerah Limbang Serawak Malaysia. Kedua mereka ini adalah
berugama Islam.
Dalam perbicaraan mereka di Mahkaamh Syariyah bahawa Ali bin Mohammad
telah mengaku minum minuman yang memabokkan jenis Tiger Beer sebanyak
dua setengah tin. Manakala adiknya Ibrahim bin Mohammad juga telah mengaku
minum minuman yang memabokkan jenis Tiger Beer sebanyak satu setengah tin.
Maka hasil daripada perbicaraan ke atas Ali bin Mohammad pada 13hb Mei 2002,
kesalahan di bawah Bab 172, bilangan kes 120/2002, bilangan aduan 112/2001,
berhakimkan YA; Pg Haji Tasyim Bin Pg Haji Metassan Hakim Mahkamah
Rendah Syarie Brunei telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak $150.00.
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


14

Begitu juga dengan perbicaraan ke atas Ibrahim bin Mohammad pada 13hb Mei
2002, kesalahan di bawah Bab 172, bilangan kes 120/2002, bilangan aduan
112/2001, berhakimkan YA; Pg Haji Tasyim Bin Pg Haji Metassan Hakim
Mahkamah Rendah Syarie Brunei telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak
$150.00.

Kes Kedua :
Dalam kes Azwan bin Mohd Haslani ( 19 tahun) No. Kad Pengenalan 282730
(K), Seorang penuntut Sekolah Menengah Arab Tingkatan Enam, Alamat: G-25,
Jalan Gashuarina, Muara Kem. Beliau telah didapati melakukan kesalahan di
bawah bab 172 dari Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi
Penggal 77 iaitu meminum minuman yang memabokkan jenis Guinness Foreigin
Scout dalam botol pada 18hb Jun 2000 kira-kira jam 1.00 minit pagi, bertempat di
kawasan tepi jalan Kampong Sungai Besar, Jalan Kota Batu Negara Brunei
Darussalam.
Hasil daripada laporan yang diambil daripada keterangan tertuduh mengatakan :
Bahawa pada 18hb Jun 2000 kira-kira jam 1.00 pagi pada ketika sedang duduk
di atas pagar besi keselamatan jalan raya, di kawasan tepi jalan Kampong
Sungai Besar, Jalan Kota Batu, Brunei Darussalam. Pada masa itu akan telah
meminum minuman yang memabokkan jenis Guinness Foreigin Extra Scout
dalam botol.
Sebagai langkah daripada siasatan seterusnya tertuduh di bawa ke hospital untuk
mendapatkan pengesahan daripada pakar hospital. Hasil keputusan daripada pihak
hospital seperti berikut :
The sample was analysed for the presence of alcohol and was found to be
Positive for ETHANOL (014.792 MG/% of Ethanol )
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


15

Maka hasil daripada perbicaraan ke atas Azwan bin Mohd Haslani, kesalahan di
bawah Bab 172, berhakimkan YA; Pg Haji Johari Bin Hj Mohammad Hakim
Kadi Daerah Brunei Muara telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak $200.00
atau 4 hari penjara.

Statistik Kesalahan Minum Minuman Memabokkan Di Seluruh Negara
Brunei Darussalam Di Bawah Bab 172 Akta Penggal Majlis Ugama Islam
Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77, Dari Tahun 2000 Hingga 2007
J
e
n
i
s

K
e
s
a
l
a
h
a
n

B
a
b

K
e
s
e
l
a
h
a
n

J
u
m
l
a
h

K
e
s

Tahun

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007
Jantina Jantina Jantina Jantina Jantina Jantina Jantina Jantina
L P L P L P L P L P L P L P L P L P
Minuman
Memabokkan
172 14 4 - 2 - 4 - 1 - 1 - 4 - 1 - - - 17 -
Jum. Keseluruhan 14
4 - 2 - 4 - 1 - 1 - 4 - 1 - - - 17 -
4 2 4 1 1 4 1 - 17

Ulasan: Merujuk kepada statistik dari tahun 2000 hingga tahun 2007 bahawa
jenayah minum minuman yang memabokkan adalah menurun pada tahun 2003
dan 2004 sebanyak satu orang sahaja kemudian meningkat semula pada tahun
2005 sebanyak 4 orang dan menurun semula pada tahun 2006, manakala pada
tahun 2007 tidak ada catitan kes tangkapan. Walau bagaimanapun pegawai yang
di temubual ada mengatakan bahawa tangkapan sebenarnya ada dilakukan akan
tetapi pesalah yang dituduh tidak dapat disabitkan kesalahannya kerana mereka
mempunyai bukti yang licik untuk melepaskan diri dari tuduhan meminum arak.



IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


16

Kesan-Kesan Buruk Daripada Meminum Arak
Sebenarnya terdapat banyak hikmah kenapa Allah mengharamkan arak,
diantaranya adalah bertujuan untuk menolak kemudaratan dan kerosakkan
daripada manusia kerana arak adalah ibu bagi banyak keburukan. Banyak sarjana
ahli ilmu kedoktoran dan ahli falsafah khususnya yang mengarang tentang
berbagai kerosakkan akibat daripada meminum minuman yang memabukkan serta
berbagai-bagai pengaruh buruk terhadap kesihatan badan, akal, dan roh yang
dapat menimbulkan berbagai kerugian. Diantara keburukkan-keburukan tersebut
seperti:
1) Tidak melepaskan dahaga bahkan menambah dahaga.
2) Tidak memberi dorongan dalam menyelesaikan pekerjaan.
3) Dapat meghentikan perkembangan akal dan tubuh terutama bagi anak-
anak.
4) Dapat melemahkan kekuatan berkehendak yang mengakibatkan gemarnya
melakukan kejahatan dan menimbulkan kefakiran dan kemalangan.
5) Dapat menimbulkan penyakit perut.
6) Dapat menimbulkan berbagai macam kotoran dan menyebabkan badan
kurus.
7) Dapat merosakkan paru-paru serta menimbulkan penyakit panas.
8) Dapat mengubah sel-sel hati.
9) Akan mempercepatkan kerosakkan badan.
10) Akibat besar daripada meminumnya ialah kecelekaan jasad, kefakiran da
hilangnya kesihatan badan.

Rumusan
Sebagai usaha kearah mengurangkan jenayah minum minuman yang
memabokkan di Negara Brunei Drausslam di senaraikan beberapa cadangan
mungkin boleh digunakan sebagai contoh :
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


17

i) Perlu di tingkatkan lagi hukuman atau denda yang dikenakan kepada
pesalah, kerana mungkin hukuan atau denda yang dibuat pada masa
sekarang kurang memberi kesan kepada pesalah untuk memberi
kesadaran dan tidak mengulangi lagi kesalahan tersebut.

ii) Diwujudkan satu penalti yang berbentuk hukuman sebat yang
berpatutan di atas kesalahan bagi pesalah peminum arak. Dengan
sedemikian mereka akan lebih berhati-hati dan merasa ngeri serta takut
dan tidak akan berani melakukannya kerana memikirkan tentang
kesan-kesan sebat yang berat dan amat menyakitkan itu.

iii) Selain daripada pintu-pintu masuk utama, pihak berwajib hendaklah
sentiasa mengawasi dan mengawal serta meronda seperti pintu keluar
masuk alternatif yang lain seperti jalan tikus yang kerap dilalui oleh
penyeludup-penyeludup selama 24 jam secara bergilir-gilir, bukannya
melakukan pengintipan dan penyerbuan mengikut masa yang di
rancang sahaja atau masa berjadual.

iv) Walaupun mengikut statistik jumlah jenayah minum minuman yang
memabokkan sangat sedikit jika dibandingkan dengan jenayah-jenayah
lain seperti curi, rompak dan sebagainya, akan tetapi masyarakat perlu
mengambil perhatian yang serius terutama pada golangan-golangan
remaja kita yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Kerana
apabila seseorang itu sudah terjebak dengan kegiatan suka minum
minuman yang memabokkan ini, ia akan mejadi ketagihan kepada si
peminum sehingga boleh merosakkan akal fikiran dan boleh membawa
berbagai penyakit kepada si peminum. Ini kerana generasi muda
adalah merupakan asid penting kepada Negara untuk bakal memimpin
Negara di masa akan datang.
IS 3265 Fiqh Jinayat Hukum Arak Menurut Fiqh Islam Dan Peruntukkan Undang-Undang Brunei


18

Oleh itu kerjasama dari semua pihak samaada kerajaan, swasta, masyarakat,
keluarga, ibu bapa, rakan sebaya dan individu-individu tertentu adalah sangat-
sangat diharapkan untuk sama-sama menangani jenayah ini demi untuk mencegah
perkara yang mungkar demi untuk menjadikan Negara ini sebuah Negara yang
bebas daripada minuman yang memabokkan. Dengan demikian mudah-mudahan
Negara ini mendapat berkat dan perlindungan serta di limpahkan rahmat daripada
Allahu Subahanu Wataala jua. Amin.

Vous aimerez peut-être aussi