Vous êtes sur la page 1sur 16

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SMK JALAN MENGKIBOL KLUANG JOHOR

MENINGKATKAN PENGUASAAN PERUNTUKAN HUTANG RAGU 8 ORANG PELAJAR TINGKATAN 5PA2

MELALUI

JADUAL ID PP KK

DISEDIAKAN OLEH: PN SITI ROHANA BINTI RAHMAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN MENGKIBOL 86000 KLUANG JOHOR
1

ISI KANDUNGAN Muka Surat 2 2 3 4 4

PENGHARGAAN ABSTRAK HALAMAN KANDUNGAN 1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang lalu 2.0 Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian 3. 1 Objektif Am 3.2 Objektif Khusus 4.0 Kumpulan Sasaran 5.0 Perlaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan Yang dijalankan 5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian 5.4.1 Aktiviti 1: Penerangan Kaedah ID PP KK 5.4.1 Pemerhatian 5.4.2 Refleksi 5.4.2 Aktiviti 2: Penggunaan kaedah ID PP KK 5.4.2. 1 Pemerhatian 5.4.2.2 Refleksi 5.4.3 Aktiviti 3 :Ujian Pos 5.4.3.1 5.4.3.2 5.5 Refleksi Kajian 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya RUJUKAN LAMPIRAN Pemerhatian Refleksi

5 5 5-6 6 6-10

10

11-12

12 13

PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kerana, dengan izinNya jua saya berpeluang untuk menjalankan dan meyempurnakan satu Kajian Tindakan untuk bagi memperbaiki dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran saya dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir SMK Jalan Mengkibol kerana memberi sepenuh kerjasama untuk melaksanakan proses perlaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat, khususnya 20 pelajar dari tingkatan 5PA2. Kerjasama anda sangat saya hargai. Semoga usaha anda membuahkan kejayaan di masa akan datang. Terima kasih. .

ABSTRAKS Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengetahui masalah pelajar tingkatan 5PA2 dalam menyelesaikan peruntukan hutang ragu. Seramai 10 orang pelajar tingkatan 5PA2 telah terlibat dalam menjalankan kajian ini.Perancangan tindakan hanya difokuskan kepada penyelesaian masalah peruntukan hutang ragu dalam penyediaan penyata kewangan. Tinjauan awal telah dilakukan melalui latihan ulangkaji yang dijalankan pada bulan April dan keputusan peperiksaan pertengahan tahun sebagai ujian pra. Tiga sesi pengajaran (60 minit setiap sesi) dijalankan dalam tempoh seminggu untuk murid-murid belajar dan membuat latih tubi secara individu tentang subtopik ini seterusnya menyediakan penyata kewangan menggunakan Jadual ID PP KK. Satu modul latihan tambahan diberikan bagi tujuan pengukuhan. Satu ujian pos telah dijalankan dan terdapat peningkatan dalam pencapaian murid. Ini menunjukkan bahawa Jadual ID PP KK mampu membantu murid untuk lebih memahami tajuk ini.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Dewasa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia, menekankan kepada melahirkan modal insan yang mampu berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif, dan bukan pelajar yang hanya bijak menjawab kertas soalan sahaja. Kejayaan mesti diukur, melalui kemampuan pelajar menganalisis sesuatu masalah bagi menghasilkan suatu jawapan yang tepat dan padat. Ianya lebih mencabar bila soalan SPM, diselaraskan dengan sistem pendidikan di United Kingdom, bagi melayakkan pelajar memperoleh Sijil LCCI level 2. Berfokuskan Kelas 5PA2, berpandukan kepada proses penyemakan latihan

ulangkaji topik penyata kewangan, 28/28 pelajar (100%) gagal mendapatkan jawapan yang tepat bagi soalan pelarasan peruntukan hutang ragu. Kesilapan satu pelarasan ini telah menyebabkan pelajar gagal memperolehi untung bersih yang tepat dan akhirnya gagal untuk mendapat markah penuh bagi soalan tersebut. Topik Peruntukan Hutang ragu akan disoal dalam beberapa soalan termasuk topik milikan tunggal, Perkongsian, Kelab dan Persatuan dan Rekod Tak lengkap dalam set soalan SPM,kertas 2 dan 1 soalan menjanjikan kehilangan markah secara keseluruhannya. Pelajar seolahnya akan mengabaikan pelarasan ini, atas alasan ia sukar dan rumit serta mengelirukan. Sebagai guru, melalui pengalaman, topik ini sukar difahami kerana pengetahuan asas debit dan kredit yang lemah, khususnya bagi pelajar yang berpencapaian tahap sederhana seperti kelas 5PA2. Kaedah yang merujuk sepenuhnya kepada buku teks, yang saya gunakan sebelum ini, perlu disemak semula bagi membantu pelajar. Justeru, atas rasa tanggungjawab dan inginkan suatu pembaharuan dan proses pengajaran dan pembelajaran sedia ada, saya cuba mencipta satu kaedah menggunakan Jadual ID PP KK. Saya yakin kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk mendalami dan menguasai konsep Peruntukan Hutang Ragu dengan pantas. 4 dalam kertas 1. Sekiranya pelajar tidak memahami sepenuhnya topik kecil ini , pasti telah

2.0 FOKUS KAJIAN Kajian saya akan berfokus kepada masalah penguasaan konsep peruntukan Hutang Ragu. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah; Pelajar gagal mengira Peruntukan Hutang Ragu dalam Kunci Kira-Kira Pelajar gagal menentukan kesan Peruntukan Hutang ragu ke atas Hasil atau belanja dalam Akaun Untung Rugi. Pelajar gagal memperoleh markah penuh dalam soalan yang berkenaan.

Masalah penguasaan konsep peruntukan Hutang ragu ini, jika tidak ditangani, pelajar tidak dapat memperoleh markah penuh dalam soalan berkenaan, seterusnya memberikan kesan kepada pencapaian akhir dalam Prinsip Perakaunan SPM. Akhirnya pelajar lebih hampir kepada kegagalan atau gagal mencapai tahap yang cemerlang. Dengan meningkatkan penguasaan konsep peruntukan hutang ragu yang baik, saya yakin pelajar boleh meningkatkan kebolehan dan minat untuk mempelajari mata pelajaran Prinsip Perakaunan, dengan jaminan skor A dalam SPM 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai objektif berikut: i. Objektif Umum Meningkatkan penguasaan Konsep Peruntukan Hutang Ragu Jadual IDPPKK. ii. Objektif Khusus Pelajar dapat mengira Peruntukan Hutang Ragu yang sepatutnya pada tahun semasa. Pelajar dapat menentukan kesannya terhadap hasil atau belanja dalam akaun untung rugi dengan tepat. Pelajar dapat mencatatkan dalam Penyata Pendapatan dan Kunci KiraKira dengan tepat melalui

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini menumpukan kepada 8 pelajar Tingkatan 5PA2, yang terdiri dari 6 orang pelajar Cina dan 2 orang pelajar India. 5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Sebelum tindakan diambil dalam menjalankan kajian ini, kami telah membuat tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah sebenar pelajar dalam menyelesaikan peruntukan hutang ragu dalam soalan penyata kewangan berpelarasan. Saya telah memilih beberapa kaedah iaitu; 5.1.1 Penyemakan Buku Latihan (Latihan ulangkaji) Saya akan membuat pemeriksaan buku latihan terhadap semua pelajar dalam 5PA2 dan melihat bilangan pelajar yang tidak dapat menyelesaikan masalah peruntukan hutang ragu. 5.1.2 Ujian Pra Lanjutan dari 5.1.1, Ujian pra ini dijalankan ke atas 10 soalan, khusus merujuk kepada topik peruntukan hutang ragu. Ujian pra ini dilakukan setelah murid ini diberikan masa untuk membuat ulangkaji secara sendiri. Masa yang diberi ialah 60 minit. Ianya diadakan bagi mengenalpasti dengan lebih lanjut, sejauh manakah tahap penguasaan konsep peruntukan hutang ragu dalam kalangan murid-murid tingkatan 5PA2. 5. 2 Analisis tinjauan masalah 5.2.1 Penyemakan Latihan ulangkaji Daripada pemeriksaan buku latihan murid-murid, saya mendapati 8 orang murid gagal melengkapkan penyata kewangan dengan sempurna. Mereka gagal mengira dan menentukan kedudukan peruntukan hutang ragu dengan tepat.

5..2.2 Ujian Pra Saya telah menjalankan ujian pra kepada 8 pelajar tersebut dimana mereka perlu menjawab 10 soalan dalam tempoh 1 jam , fokus kepada tajuk peruntukan hutang ragu dalam pelbagai bentuk. Berikut adalah hasil analisis daripada ujian pra tersebut.
Pelajar Jumlah soalan dijawab Jumlah soalan yang dijawab betul Markah diperolehi (%)

P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 5.3

3 2 5 3 6 7 8 9

1 10 1 10 4 40 2 20 4 40 2 20 3 30 0 0 Jadual: Pencapaian pelajar dalam ujian pra

TINDAKAN YANG DIJALANKAN Saya menggunakan Jadual ID PP KK untuk menyelesaikan masalah peruntukan Hutang Ragu. Dengan menggunakan jadual ini diharapkan pelajar dapat mengira Peruntukan Hutang Ragu dengan tepat dan menentukan kesannya terhadap hasil atau belanja dalam Penyata Pendapatan, seterusnya mencatatkan dengan tepat dalam Kunci Kira-Kira. Saya memerlukan 3 sesi pengajaran ( 60 minit setiap sesi). Aktiviti 1: Penerangan konsep dan cara menggunakan jadual ID PP KK ini diberikan berdasarkan nota ringkas yang disediakan. Dengan menggunakan 3 contoh berlainan. Pelajar perlu membuat semula contoh ini, seorang demi seorang untuk menentukan bahawa mereka benar-benar faham menggunakan jadual ID PP KK. Aktiviti 2 Penggunaan Jadual ID PP KK. Pelajar diberi satu set soalan mengandungi 3 soalan ringkas dan 2 soalan beserta format penyata kewangan. Mereka perlu menyelesaikan soalan secara individu sebagai latihan pengukuhan. Aktiviti 3 Ujian pos dijalankan selepas pelajar-pelajar menghantar set latihan yang diberikan dari aktiviti 2. Ujian pos ini di adakan bagi melihat keberkesanan 7

Jadual ID PP KK, seterusnya membuat perbandingan kaedah lama yang digunakan. 5.4 PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN 5.4.1 Aktiviti 1 Penerangan kaedah ID PP KK dan contoh penyelesaian. Saya telah menggunakan 3 contoh untuk menunjukkan kepada pelajar bagaimana mengira dan menentukan kesannya ke atas Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira. Nota ringkas diberikan kepada pelajar bagi membantu pemahaman dengan lebih cepat.

Contoh 1 IMBANGAN DUGA PADA 31 DISEMBER 2009 Debit(RM) Kredit(RM) Penghutang 3 600 Peruntukan Hutang ragu Tiada ID

Maklumat tambahan : i. Wujudkan peruntukan hutang ragu 3% atas penghutang Anda dikehendaki menyediakan : a. Catatan dalam Penyata pendapatan bagai tahun berakhir 31 Dis 2009 b. Catatan dalam Kunci Kira- Kira pada 31 Disember 2009 Jadual IDPPKK I D 0 PP 108 - 0 = +108 (TAMBAH) BELANJA KK KID 3% (3600 0) = 108

Penyata Pendapatan .. PP (-)Belanja Peruntukan Hutang Ragu 108

Kunci Kira-Kira pada Aset Semasa Penghutang (bersih) (-) Peruntukan Hutang Ragu

KK KID 3600 108 3492

Contoh 2: Berikut adalah senarai baki-baki yang diambil dari buku Kedai Perabot Seri Rusa pada 30 Jun 2009 . 8

Penghutang 4 100 Peruntukan hutang ragu

80

I D

Maklumat tambahan : i. Hutang lapuk RM 100 dihapuskan belum direkodkan ii. Peruntukan hutang ragu diselaraskan 3% atas penghutang bersih Anda dikehendaki menyediakan : a. Catatan dalam Penyata pendapatan bagi tahun berakhir pada 30 Jun 2009 b. Catatan dalam Kunci Kira-Kira pada 30 Jun 2009 I D 80 PP 120-80 = +40 (TAMBAH) BELANJA KK KID 3% (4100 100) = 120

PP Penyata Pendapatan .. (-)Belanja Peruntukan Hutang Ragu 40

KK Kunci Kira-Kira pada KID Aset Semasa Penghutang (bersih) (-) Peruntukan Hutang Ragu 4000 120 3880

Contoh 3: Berikut adalah senarai baki-baki yang diambil dari buku Kedai Perabot Seri Rusa pada 30 Jun 2009 . 9

Penghutang 3900 Peruntukan hutang ragu

250

Maklumat tambahan : iii. Peruntukan hutang ragu diselaraskan 5% atas penghutang bersih Anda dikehendaki menyediakan : c. Catatan dalam Penyata pendapatan bagi tahun berakhir pada 30 Jun 2009 d. Catatan dalam Kunci Kira-Kira pada 30 Jun 2009 JADUAL IDPPKKK I D 250 PP 195 - 250 = - 55 (TOLAK) HASIL KK KID 5% (3900 0) = 195

Penyata Pendapatan .. PP (+) HASIL Peruntukan Hutang Ragu 55

Kunci Kira-Kira pada Aset Semasa Penghutang(bersih) (-) Peruntukan Hutang Ragu

KK KID 3900 195 3705

Pemerhatian Pada awalnya saya melihat pelajar-pelajar ini seperti tidak berminat untuk mendengar penerangan saya kerana tajuk ini memang tidak digemari oleh pelajar. Namun demikian, setelah pelajar pertama dapat menyelesaikan 10

semula ketiga-tiga contoh tersebut dengan mudah, ia menarik minat pelajar lain untuk terus mencuba. 7 pelajar yang lain akhirnya membuat semula contoh yang telah diberikan dengan tepat dan lengkap. Refleksi Saya merasa gembira melihat hasil kerja pelajar-pelajar ini. Pelajar juga gembira dan seronok dapat menyelesaikan semula contoh tersebut dengan sempurna. 5.4.2 Aktiviti 2: Penggunaan Jadual IDPPKK Saya telah memberikan setiap pelajar dengan satu set latihan yang mengandungi 10 soalan. Mereka dikehendaki menyelesaikan semua soalan secara individu. Tujuannya adalah untuk melihat kefahaman dan ketepatan jawapan setiap pelajar dalam menggunakan kaedah ini. Pemerhatian Pelajar tekun membuat latihan ini sendiri tanpa mempedulikan rakan lain. 3 orang pelajar lelaki dapat menyiapkan latihan dalam masa 35 minit sahaja, manakala yang lain dalam masa 40 minit. Mereka Nampak yakin dengan jawapan yang mereka buat. Refleksi Setelah menyemak latihan mereka ini 70% daripada pelajar dapat menjawab soalan dengan tepat. Tiada seorang pelajar pun yang menghadapi masalah untuk membezakan kesan Peruntukan terhadap hasil atau belanja dalam penyata pendapatan. Saya akan teruskan menekankan (+)belanja; (-) Hasil. 5.4.3 Aktiviti 3: Ujian Pos Ujian pos telah dijalankan terhadap semua pelajar yang terlibat dengan memberikan soalan yang sama sepertimana ujian pra dahulu. Pelajar diberikan masa 60 minit untuk menjawab 10 soalan. Berikut adalah markah yang diperolehi oleh pelajar dalam ujian pos yang dijalankan. 11

Pelajar

Jumlah soalan dijawab

Jumlah soalan yang dijawab betul

Markah diperolehi (%)

P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8

10 10 10 10 10 10 10 10

6 7 10 7 10 8 9 5

60 70 100 70 100 80 90 50

Jadual: Pencapaian 8 pelajar dalam ujian pos Perbandingan di antara Ujian Pra dan Ujian
ANALISIS PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS

PELAJAR 1 2 3 4 5 6 7 8

Ujian Pra 10 10 40 20 40 20 30 0

Ujian Pos 60 70 100 70 100 80 90 50

Beza 50 60 60 50 60 60 60 50

GRAF PENINGKATAN TAHAP PENGUASAAN PELAJAR

12

5.5

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Merujuk kepada peningkatan pencapaian dari ujian pra dan ujian pos, menunjukkan bahawa pendekatan Jadual ID PP KK, mampu menjadi satu alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk subtajuk Peruntukan Hutang Ragu. Pelajar yang terlibat dengan kajian ini, menunjukkan maklum balas yang positif dan mampu menggunakan kaedah ini dengan cepat dan tepat, seterusnya dapat memperoleh untung bersih yang betul, dengan syarat pelarasan yang lain dibuat dengan betul. Guru sangat bersyukur dan berpuashati kerana dapat membantu pelajar menggunakan kaedah yang mudah dan praktikal. Mudah-mudahan Peruntukan hutang ragu tidak lagi menjadi masalah yang utama bagi pelajar untuk gagal dalam peperiksaan SPM. Apapun sebenarnya perlaksanaan kajian ini masih boleh dimurnikan dan dipertingkatkan untuk disesuaikan dengan tahap pelajar.

6.0. CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Untuk kajian yang seterusnya saya bercadang agar dapat mencari satu pendekatan untuk merekod pertambahan dan pengurangan Peruntukan hutang ragu 13

dalam Akaun Peruntukan Hutang Ragu seterusnya menghasilkan akaun yang lengkap dan tepat. Penyediaan akaun lejar merupakan satu lagi permasalahan kepada pelajar tahap sederhana. Saya berkeyakinan bahawa segala usaha yang bersungguh-sungguh akan mampu melangkaui segala permasalahan yang ada pada masa kini. Bak kata pepatah Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya . Setiap masaalah itu pasti ada jalan penyelasaiannya. Semoga kajian yang dijalankan ini akan memberi manfaat kepada semua khususnya para guru yang sedikit sebanyak akan dapat membantu anak didik mereka dalam menguasai konsep Peruntukan Hutang Ragu dikalangan anak murid. InsyaAllah.

RUJUKAN 1. Tee Kok Bin, Hooi Lai Wan, Lena Lim Lai Leng,2009, Prinsip Perakauan, Tingkatan 4.5, Penerbitan Pelangi Sdn Bhd 14

2. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010, Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan 5, Sasbadi Sdn Bhd

3. Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Oktober 2010, Jurnal Pendidikan, Bintang Printing Centre Sdn Bhd

15

LAMPIRAN

16

Vous aimerez peut-être aussi