Vous êtes sur la page 1sur 6

3.

Aliran Bawah Aliran Tepi Bawah

SISTEM BAHAN API ENJIN EMPAT LEJANG

Hari ini, jenis enjin pembakaran dalaman yang paling lazim digunakan pada kenderaan seperti kereta, bas, lori dan motosikal adalah jenis enjin empat lejang samada enjin petrol atau pun diesel. Enjin empat lejang mendapat namanya daripada empat proses (lejang) yang masingmasing mempunyai tugas khas iaitu masukan, mampatan, perolehan kuasa dan ekzos. Fungsi utama sistem bahan api ialah membekalkan campuran udara dan bahan api ke dalam ruang pembakaran enjin untuk memudahkan pembakaran yang sempurna serta memperoleh kuasa yang optimum. Kadar campuran berubah mengikut keadaan jalan yang dilalui serta kelajuan kenderaan tersebut. Dalam sistem enjin pembakaran dalam empat lejang, terdapat dua kaedah yang digunakan untuk mencampurkan bahan api dan udara iaitu; menggunakan sistem karburator menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI)

3.1

Sistem Karburator

Karburator adalah sebuah alat untuk membekalkan udara dan bahan api untuk sesebuah enjin pembakaran dalam. Ia juga berfungsi dan mampu mengatur besarnya aliran udara yang masuk ke dalam ruang pembakaran, menyalurkan bahan api dengan jumlah yang tepat sesuai dengan aliran udara yang masuk ke dalam ruang pembakaran sehingga kadar bahan bahan dan udara tetap terjaga. Karburator juga mampu beroperasi ketika enjin dihidupkan dalam keadaan dingin dan panas. Pada dasarnya karburator bekerja menggunakan Prinsip Bernoulli iaitu semakin cepat udara bergerak maka semakin kecil tekanan statiknya namun makin tinggi tekanan dinamiknya. Pedal gas pada kenderaan sebenarnya tidak secara langsung mengendalikan besarnya aliran bahan api yang masuk kedalam ruang pembakaran. Pedal gas sebenarnya mengendalikan katup dalam karburator untuk menentukan besarnya aliran udara yang dapat masuk kedalam ruang pembakaran. Udara bergerak dalam karburator inilah yang memiliki tekanan untuk menarik serta bahan api masuk ke dalam ruang pembakaran. Kebanyakan enjin yang menggunakan karburator hanya memiliki sebuah karburator, namun ada juga yang menggunakan satu karburator untuk setiap silinder yang dimiliki.

Karburator boleh dikelaskan mengikut beberapa kaedah. Berdasarkan aliran udara ia terbahagi kepada;

Aliran bawah (downdraft) - udara masuk dari bahagian atas karburator lalu keluar melalui bahagian bawah karburator.

Aliran tepi (sidedraft)

- udara masuk dari bahagian tepi dan keluar mendatar ke arah sisi sebelahnya.

Aliran atas (updraft) 3.2

- udara masuk dari bawah lalu keluar melalui bahagian atas.

Prinsip Cara Kerja Karburator

Proses kemasukan bahan api ke dalam silinder dinamakan karburasi. Berikut adalah bahagianbahagian dari karburator serta fungsinya. Mangkuk karburator(float chamber) Berfungsi sebagai penyimpan bahan api sementara sebelum digunakan. Jarum pelampung(floater valve) Berfungsi mengatur masuknya bahan api ke dalam mangkuk karburator. Pelampung(floater) Berfungsi mengatur bahan api agar tetap pada mangkuk karburator.

Skep/katup gas(throtle valve) Berfungsi mengatur banyaknya gas yang masuk ke dalam silinder. Pemancar jarum(main nozzle/needle jet) Berfungsi memancarkan bahan api waktu motor di gas, besarnya diatur oleh terangkatnya jarum skep. Jarum skep/jarum gas(Needle jet) Berfungsi mengatur besarnya semburan bahan api dari main nozzle pada waktu motor di gas. Pemancar besar(main jet) Berfungsi memancarkan bahan api ketika motor di gas penuh(tinggi) Pemancar kecil/stationer(slow jet) Berfungsi memancarkan bahan api waktu lamsam/stationer. Sekrup gas/baut gas(trhottle screw) Berfungsi menyetel posisi skep sebelum di gas. Sekrup udara/baut udara(air screw) Berfungsi mengatur kuantiti udara yang akan dicampur dengan bahan api. Injap pendikit(choke valve) Berfungsi menutup udara luar yang akan masuk ke dalam karburator sehingga menjadi gas, digunakan sewaktu enjin dihidupkan.

Cara kerja dari karburator dimulai pada saat enjin dihidupkan. Semas enjin hidup,ia menyedut udara luar masuk melalui karburator. Disebabkan kecepatan udara yang memasuki spuyer kecil, maka tekanan udara di permukaan saluran masuk rendah. Sehingga bahan api yang memancar melalui spuyer kecil.campuran bahan api dan udara akan menghasilkan gas kemudiannya akan dibakar di dalam silinder. Prinsip kerja karburator sama dengan prinsip kerja alat semprotan nyamuk manual atau proses pengecatan dengan semprotan. Gambar berikut menunjukkan bentuk dasar karburator. Bila torak bergerak di dalam silinder bergerak ke bawah selama langkah hisap pada mesin, akan menyebabkan kevakuman di dalam ruang bakar. Kondisi ini akan menyebabkan udara masuk ke ruang bakar melalui karburator.

Pengenalan Kepada Sistem Pancitan Bahan Api Elektronik (EFI) Suntikan bahan api atau pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yang bertugasmengangkut bahan api ke kenderaan selain daripada penggunaan karburetor. Dua jenis suntikan bahan api yang paling lazim adalam sistem suntikan bahanapi petrol dan diesel. Suntikan bahan api membawa bahan api bertekanan tinggi danmenyemburkannya menjadi titisan halus ke ruang

rongga masukan (bagi kes enjin petrol) ataupun secara terus ke dalam kebuk pembakaran (bagi kes enjin diesel)untuk menambah luas permukaan cecair bahan api bagi pembakaran yang lebihcekap. Sebelum ini, kebanyakan enjin petrol menggunakan karburetor tetapi sekarang boleh dikatakan hampir kesemua model kereta terkini menggunakansuntikan bahan api manakala karburetor hanya digunakan pada enjin-enjin yangkecil seperti pada motosikal.Perbezaan fungsi yang paling ketara antara karburetor dan suntikan bahan api ialahsuntikan bahan api menyembur bahan api kepada titisan yang sangat halus denganmengepam bahan api secara paksaan ke muncung halus di bawah tekanan tinggi,sementara karburetor pula bergantung kepada tekanan vakum oleh udara masukanuntuk menghantar bahan api.Pemancit bahan api hanya terdiri daripada sebuah muncung serta injap; bahan api dihantar melalui pam bahan api atau bekas bertekanan.

Jenis suntikan bahan api

Unit Pemancit Badan Pendikit GM Suntikan Badan Pendikit (TBI) atau Suntikan Titik Tunggal - diperkenalkan pada pertengahan 1980-an, ia terdiri daripada hanya satu pemancit bahan api, ditempatkan pada injap pendikit, sama seperti karburetor. Kini ia digantikan dengan sistem suntikan berbilang titik. Suntikan berterusan - bahan api disuntik secara berterusan ke semua pemancit bahan api, digunakan pada sekitar tahun 1974 sehingga awal 1990-an. Suntikan Berbilang Titik (MPI) - pemancit bahan api diletakkan pada setiap rongga masukan, betul-betul berhampiran dengan injap masukan. Pemancit kawalan solenoid elektrik ini dikawal pemasaannya serta kuantiti suntikan secara elektronik oleh ECU. Sistem ini adalah sistem suntikan bahan api yang paling lazim digunakan pada kereta dan motosikal besar. Suntikan Terus - bahan api disuntik terus ke dalam kebuk pembakaran, menjadikannya sebagai sistem bahan api yang paling cekap. Sistem suntikan terus paling lazim digunakan pada enjin diesel, tetapi baru-baru ini terdapat beberapa model kereta berenjin petrol yang menggunakan sistem suntikan terus seperti Mitsubishi dan Volkswagen.

Penyelenggaraan sistem suntikan bahan api adalah berbahaya disebabkan tekanan bahan api yang tinggi. Semasa enjin baru sahaja dimatikan pun tekanan tinggi dalam sistem bahan api masih lagi ada. Tekanan berlebihan ini mesti dilegakan terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa kerja servis suntikan bahan api, terutamanya pada enjin diesel yang menggunakan tekanan cecair bahan api yang lebih tinggi daripada enjin petrol. Tekanan cecair yang tinggi ini boleh menyebabkan kecederaan akibat cecair bertekanan tinggi yang boleh menembusi kulit. Kejadian pertama kes kemalangan dan kecederaan sebegini mula dilaporkan pada tahun 1937 apabila mangsa pertama sedang membaiki sebuah enjin diesel.

Vous aimerez peut-être aussi