Vous êtes sur la page 1sur 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

PENDIDIKAN ISLAM PIK 2012W

REFLEKSI
Kaifiat Solat Jenazah dan Hikmahnya

PELAJAR Nurhasnida Binti Saidin 840409-07-5078

PENSYARAH Mohd Abd Basir bin Alias

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TESL SEMESTER 1 KUMPULAN G 1.1 AMBILAN KHAS JAN 2012

REFLEKSI

Tugasan subjek Pendidikan Islam ini bukan merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya telah mempelajarinya sejak dari kecil hingga dewasa. Walaupun semasa saya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah subjek Pendidikan Islam bukanlah subjek yang penting tetapi kepentingannya dalam kehidupan amat bermakna dan sebagai umat Islam saya rasa bertanggungjawab dan penting untuk mengetahui setiap ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Kumpulan saya mengambil tajuk Kaifiat Solat Jenazah. Kumpulan kami memilih tajuk ini sebagai tugasan kerana memikirkan kepentingannya selain kepada diri sendiri dia juga memberi manfaat kepada masyarakat. Dari pencarian bahan-bahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan gambar dan penerangan. Walau bagaimanapun setiap bahan yang kami dipilih mestilah daripada sumber primer. Dari segi penterjemahan pula saya lebih banyak dan suka untuk merujuk kitab-kitab sahih yang terdapat di perpustakkan. Namun begitu terdapat beberapa kekangan yang perlu saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini, antaranya ialah masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain di tambah pula tugasan ini dilakukan semasa cuti semester. Namun begitu itu bukanlah alasan yang konkrit sehingga merasakan ianya suatu beban kerana dengan kekangan yang berlaku kami dapat memperolehi pengalaman baru dalam mempertingkatkan cara perhubungan di antara ahli kumpulan media dan medium yang sesuai. Dengan siapnya tugasan ini, saya mempelajari satu pengalaman baru mengenai sembahyang jenazah yang selama ini saya anggap hanya sesuai untuk orang tua dan lelaki sahaja. Selain itu ia juga menjadikan saya seorang yang lebih yakin dalam keimanan dan percaya setiap suruhan itu mengandungi hikmahnya yang tersendiri serta berasa bangga kerana menganut agama Islam.

Vous aimerez peut-être aussi