Vous êtes sur la page 1sur 24

Fakulti Pendidikan Sarjana Muda Pengajaran Rendah

KOD KURSUS /COURSE CODE TAJUK KURSUS /COURSE TITLE SEMESTER /SEMESTER

: : :

HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI JANUARI 2012

Nama : Shalina Binti Abdul Ghafar N.K/P : 800830145096 N. Matrik : 800830145096001 No.Tel : 017-6997184

Alamat E-Mail : shalina_wnk@yahoo.com.my Nama Tutor : Baharudin Bin Mohd Inar Nama Pusat : Petaling Jaya

Soalan a

Pada tahun 2011 satu transformasi kurikulum kebangsaan telah dilakukan di sekolah seluruh Malaysia. Transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluankeperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum: struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah. Transformasi pendidikan dapat membentuk seorang pelajar menjadi modal insan yang seimbang dari semua aspek pembelajaran, tingkah laku dan lain-lain lagi. Asas penggubalan KSSR berteraskan Falsafah Pendidikan Malaysia, selain itu masih berasakan prinsip KBSR iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Terdapat 6 reka bentuk KSSR iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan fizikal dan estetika, literasi sains dan teknologi. Di dalam Pendidikan Jasmani, reka bentuk KSSR bertumpu kepada perkembangan fizikal dan estetika di mana memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Perkembangan jasmani dan kesihatan dapat membina kesejahteraan diri dan juga memupukkan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi seseorang pelajar. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani digubal dalam berasakan standard kandungan dan standard pembelajaran. Standard kandungan mengandungi pernyataan spesifik tentang apa yang pelajar patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan. Dokumen KSSR Pendidikan Jasmani disusun secara modular bagi satu tahun persekolahan yang terdiri daripada modul kemahiran dan modul kecergasan. Modul kemahiran yang melibatkan aspek 1 kemahiran pergerakan, aspek 2 aplikasi pengetahuan dalam pergerakan dan aspek 5 kesukanan. Modul kecergasan yang melibatkan aspek 3 kecergasan meningkatkan kesihatan, aspek 4 aplikasi pengetahuan meningkatkan kecergasan dan aspek 5 kesukanan. Aspek-aspek ini merangkumi domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendekatan yang digunakan untuk memenuhi hasrat Falsafah pendidikan kebangsaan iaitu membentuk murid agar menjadi individu yang cergas, sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

Teori yang boleh dikaitkan dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani ialah Teori Fitts dan Posner (1967). Teori ini menyatakan pembelajaran kemahiran atau skill dipelajari oleh pelajar melalui peringkat demi peringkat. Fitts dan Posner telah mengenal pasti beberapa peringkat atau fasa dalam pembelajaran kemahiran kerana proses pembelajaran adalah kompleks. Teori ini sesuai untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani terutama dalam mengajar sesuatu kemahiran kepada murid-murid. Kemahiran yang ingin di ajar kepada murid-murid perlu berperingkat supaya murid dapat menguasai kemahiran tersebut. Teori ini, telah membahagi proses pembelajaran kepada tiga fasa iaitu fasa kognitif, fasa perhubungan dan fasa automatik. Fasa kognitif merupakan peringkat awal atau permulaan dalam pembelajaran kemahiran motor. Contohnya dalam Pendidikan Jasmani, langkah 1 iaitu perkembangan satu kemahiran baru. Semasa langkah ini, di jalankan murid akan mencuba menguasai kemahiran yang diajar dengan cuba dan jaya. Murid yang dapat melakukan kemahiran yang diajar akan diberi pengukuhan dan pujian oleh guru. Bagi murid yang tidak dapat menguasai kemahiran mencari punca kegagalan . Selain itu guru boleh membantu murid yang tidak dapat menguasai kemahiran dengan demonstrasi atau memberi klue dan cue. Di dalam fasa perhubungan ini, murid akan melatih secara berulang kali setelah menguasai kemahiran. Fasa ini digunakan dalam langkah 2. Di mana langkah murid yang telah menguasai kemahiran akan melakukan berulang kali bagi tujuan mendapat maklum balas atau feedback atau cue dari guru untuk membetulkan pergerakan kemahiran yang dipelajari. Fasa Automatik ini merupakan peringkat terakhir dalam proses pembelajaran kemahiran. Contohnya fasa in digunakan pada langkah kemuncak, di mana semua murid telah menguasi kemahiran dan mengaplikasikan kemahiran yang di ajar di dalam permainan kecil. Penaksiran aspek pembelajaran yang pertama ialah kemahiran pergerakan. Melalui kemahiran pergerakan, murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal. Di dalam aspek 1 ini terdapat pelbagai tajuk kemahiran yang perlu dipelajari oleh murid Tahun Dua. Tajuk yang terdapat dalam kemahiran pergerakan ialah konsep pergerakan, pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor , manipulasi alatan, pergerakan berirama, gimnastik asas, akuatik asas dan rekreasi dan kesenggangan. Kemahiran ini membolehkan murid-murid melakukan aktiviti dengan lakuan yang betul, dapat menguasai kemahiran dan juga melibatkan diri dalam aktiviti kemahiran pergerakan.

Penaksiran aspek pembelajaran yang kedua ialah kecergasan meningkatkan kesihatan . Melalui aspek ini murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang baik. Terdapat beberapa tajuk dalam aspek ini ialah konsep kecergasan dan komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot dan komposisi badan. Di dalam aspek ini, murid-murid berkebolehan melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep kecergasan, melakukan aktiviti yang meningkatkan kapasiti aerobik, melakukan senaman kelenturan, meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot dengan betul dan juga dapat mengenal pasti komposisi badan. Penaksiran aspek pembelajaran yang ketiga ialah kesukanan. Berdasarkan aspek ini murid-murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan. Di dalam aspek kesukanan terdapat beberapa tajuk yang perlu dipelajari iaitu keselamatan dan pengurusan, tanggungjawab kendiri, interaksi sosial dan dinamika kumpulan. Aspek kesukanan yang ditekankan adalah cara untuk murid-murid mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan, mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal, berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal dan berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan. Di dalam mengajar modul kemahiran, terdapat tiga aspek yang perlu digunakan serentak untuk mengajar sesuatu kemahiran kepada murid-murid. Aspek yang digunakan untuk mengajara kemahiran ialah aspek 1 ,aspek 2 dan aspek 3 . Tiga aspek ini hendaklah digunakan semasa mengajar kemahiran kerana ia melibatkan pencapaian objektif psikomotor, kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar.

Aspek 1 melibatkan kemahiran pergerakan ialah : Tajuk 1. Konsep Pergerakan Huraian Tajuk 2. Pergerakan Asas b) Pergerakan Bukan Lokomotor Murid melakukan pergerakan ke ruang am yang telah ditetapkan. Murid melakukan kelajuan pergerakan semasa bergerak.

a) Pergerakan Lokomotor

Murid melakukan pergerakan berjalan, berlari, mencongklang, menggelongsor, melompat, melompat sebelah kaki, skip dan melonjak. Murid melompat pada satu jarak, mendarat dengan dua kaki dengan lutut dan pergelangan kaki difleksi. Murid melompat berterusan tali yang diayun berulang-ulang oleh dua orang rakan.

Murid melakukan pergerakan fleksi badan, merenggang, membuai, meringkuk, mengilas, memusing, menolak, menarik, mengayun dan mengimbang. Murid menggabungkan pelbagai pergerakan bukan lokomotor dalam satu rangkaian pergerakan. Murid menggabungkan pelbagai pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor dalam satu rangkaian pergerakan.

c) Manipulasi Alatan

Murid melakukan kemahiran melambung, menyambut, menggolek, menendang, menyerkap melantun, membaling, menangkap, memukul dan mengelecek menggolek dan membaling bola pada satu arak , menangkap bola dengan serapan daya, menendang perlahan bola yang digolekkan dengan perlahan, menyerkap bola yang bergerak, memukul belon ke atas dan ke hadapan dengan menggunakan pemukul yang mempunyai permukaan luas seperti raket. memukul bola yang diletakkan di atas tee dengan menggunakan pemukul berbentuk silinder seperti bat sofbol dan mengelecek bola menggunakan tangan dan menggunakan kaki.

d) Pergerakan berirama

Di dalam pergerakan berirama murid melakukan pelbagai corak pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dan melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan mengikut lagu kanak-kanak ataupun tempo.

3. Gimnastik Asas a) Hambur ( Spring) dan pendaratan. b) Kawalan Badan dan Sokongan Murid melakukan hambur dengan kedua-dua belah tangan dalam pelbagai arah dengan lakuan yang betul. Murid melakukan hambur di atas peti lombol dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki dengan lutut di fleksi. Murid melakukan imbangan di atas garisan dan peralatan

Murid melakukan imbangan dengan tiga, dua dan satu tapak sokongan menggunakan bahagian badan secara berpasangan. Murid melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan imbangan statik mengikut iringan muzik.

c) Putaran

Murid melakukan guling sisi. Murid melakukan guling depan.

4. Akuatik Asas a) Keyakinan dan keselamatan air. b) Renang Asas 5. Rekreasi dan Kesenggangan Murid mematuhi peraturan sekitar kolam dan di dalam kolam. Murid menguasai kemahiran apung lentang.

Murid menguasai kemahiran berdiri dalam posisi apung lentang. Murid melakukan tendang keribas (flutter kick) Murid menggunakan konsep jam sebagai pandu arah semasa melakukan aktiviti menjejak dan mencari ` harta karun` Murid melakukan pelbagai kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai semasa melakukan aktiviti rekreasi. Murid menggunakan kemahiran mencongklang, memukul, membaling dan menangkap semasa melakukan permainan tradisional dan rekreasi.

Aspek 2 ialah aplikasi pengetahuan dalam pergerakan. Di dalam aspek ini murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan : Tajuk 1. Konsep Pergerakan 2. Pergerakan Asas Huraian Tajuk Murid membezakan pergerakan mengikut ruang Murid membezakan pergerakan mengikut tempo. Murid mengenal pasti perlakuan yang boleh meningkatkan kelajuan.

i)

Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor.

Murid mengenal pasti ciri-ciri perlakuan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Murid mengenal pasti kepentingan fleksi dalam pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Murid menyatakan postur badan yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

ii)

Kemahiran Manipulasi Alatan

Murid menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek. Murid dapat mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan. Murid dapat mengenal titik kontak pada objek yang dipukul atau ditendang. Murid dapat mengenal pasti perlakuan menggunakan tangan, kaki dan alatan yang mengerak dan menghentikan objek.

iii)

Pergerakan Berirama

Murid dapat membezakan kelajuan pergerakan yang sesuai mengikut tempo. Murid dapat mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai dalam satu rangkaian pergerakan mengikut tempo.

3. Gimnastik Asas i) Hambur dan Pendaratan Murid dapat mengenal pasti postur yang betul semasa hambur dan mendarat.

ii)

Kawalan Badan dan Sokongan

Murid dapat mengenal pasti kepentingan keluasan tapak sokongan. Murid dapat mengenal pasti perkaitan antara imbangan dengan sokongan. Murid dapat menyatakan situasi dalam kehidupan harian yang melibatkan imbangan dalam pergerakan lokomotor.

iii)

Putaran

Murid dapat menyatakan variasi guling sisi. Murid dapat mengenal pasti postur badan semasa melakukan guling depan.

4. Akuatik Asas ii) Kemahiran Asas Renang -

i) Keyakinan dan Keselamatan dalam Air

Mengenal pasti peraturan di dalam kolam. Mengenal pasti postur badan semasa melakukan apungan lentang. Mengenal pasti teknik dirian selepas apungan lentang.

Mengenal pasti postur badan semasa melakukan tendangan keribas ( flutter kick).

5. Rekreasi dan Kesenggangan

Mengenal pasti konsep jam untuk mencari arah dalam aktiviti menjejak dan ` mencari harta karun`. Mentafsir maklumat dalam aktiviti pandu arah dan mencari harta karun. Menyenaraikan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor dalam permainan tradisional.

Aspek 3 ialah Kesukanan. Di dalam aspek ini murid dapat berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan :Tajuk 1. Keselamatan dan pengurusan 2. Tanggungjawab Kendiri 3. Interaksi Sosial 4. Dinamik Kumpulan Huraian Tajuk Menyatakan persediaan diri dan kesesuaian pakaian mengikut jenis aktiviti yang dijalankan. Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat Mengenal pasti alatan yang keselamatan digunakan Menggunakan alatan mengikut peraturan penggunaan dan fungsi alatan dengan betul. Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti. Murid melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif Murid menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti. Murid menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan. Murid melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif Murid menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti Murid menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan Memilih sendiri rakan untuk membentuk kumpulan Murid melakukan aktiviti berpasangan dan berkumpulan dengan seronok. Murid bekerjasama dalam kumpulan.

Dalam melakukan aktiviti kemahiran pergerakan tiga aspek di atas perlu digunakan dalam mengajar sesuatu kemahiran supaya murid dapat mengenal pasti kemahiran ,dapat mengaplikasi kemahiran dan juga dapat membina murid-murid yang bertanggungjawab kendiri dan dapat berinteraksi dengan baik semasa melakukan aktiviti pendidikan jasmani. Di dalam komponen kemahiran ini terdapat pelbagai aktiviti kemahiran yang perlu di kuasai oleh murid-murid Tahun 2 iaitu : 1. Konsep pergerakan terbahagi kepada dua iaitu : i) ii) Kesedaran ruang Kelajuan

2. Pergerakan Lokomotor terbahagi kepada tujuh iaitu : i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Berjalan Berlari Mencongklang Menggelongsor Melompat Sebelah Kaki (Hopping) Melompat Melompat Ayunan Tali

3. Pergerakan Bukan Lokomotor terbahagi kepada tiga iaitu : i) ii) iii) Mengilas dan Memusing Menolak dan Menarik Mengayun dan Mengimbang

4. Manupulasi Alatan terbahagia kepada 11 iaitu : i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) Melambung, melantun dan menyambut Menggolek Bola Golek Bola ke Sasaran Membaling Bola Tendang dan tendang Rali Belon Pukul Belon Lagi Pukul Bola Atas Tee Mengelecek Bola Menggunakan Tangan Kelecek Bola Dengan Kaki

5. Pergerakan Berirama terbahagi kepada empat iaitu : i) ii) iii) iv) Gerak Edar Senda Gurau Gerak dengan Skarf Rangkaian Kreatif Mari Bergerak

6. Gimnastik Asas terbahagi kepada lima iaitu : i) ii) iii) iv) v) Hambur dan Mendarat Jom Imbang! Tarian Patung Guling Sisi Guling Depan

7. Akuatik Asas terbahagi kepada dua iaitu : I) II) Apungan Lentang Tendang Keribas

8.

Rekreasi dan Kesenggangan terbahagi kepada empat iaitu : i) ii) iii) iv) Kenal Arah Menjejak Arah Galah Panjang Rondas

Soalan b : Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran Fokus Tajuk Hari Tarikh Waktu Tahun Bil Murid Pengalaman sedia ada Fokus

: Pendidikan Jasmani : Rekreasi dan Kesenggangan : Mencari Harta Karun : Khamis : 22 Mac 2012 : 7.40pg 8.10pg : 2 Cemerlang : 30 orang ( 18 Lelaki , 12 Perempuan) : Murid telah di ajar menggunakan konsep jam sebagai pandu arah pada pelajaran lepas. : Rekreasi dan Kesenggangan Mencari Harta Karun

Standard Kandungan

: Menjejak arah Berkebolehan menjejak arah menggunakan konsep jam

Standard Pembelajaran

1.11.1 Menggunakan konsep jam sebagai pandu arah semasa melakukan aktiviti menjejak dan mencari harta karun. 2.10.1 Mengenal pasti konsep jam untuk mencari arah dalam aktiviti menjejak dan mencari harta karun. 2.10.2 Mentafsir maklumat dalam aktiviti pandu arah dan mencari harta karun. 5.2.2 Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti.

Objektif Pelajaran Psikomotor

: Di akhir pembelajaran ini murid-murid dapat : :Melakukan pergerakan menggunakan konsep jam sebagai pandu arah semasa melakukan aktiviti menjejak dan mencari `harta karun`.

Kognitif Afektif Penerapan Nilai

: Memahami konsep jam untuk mencari arah dalam aktiviti menjejak dan `mencari harta karun`. : Merasa seronok dan mencabar dalam aktiviti mencari harta. : Bekerjasama

Elemen Merentas Kemahiran : Kreativiti dan Inovasi Alatan : Model jam, kad arahan wisel, kertas A4,pensil, bola kecil, pundi kacang, kertas A4, kad soalan , lembaran kerja dan kon.

Langkah Masa Set Induksi 5 minit

Aktiviti

Butir Pembelajaran

Organisasi

Cacatan

Memanaskan Badan Ikan dalam jaring 1.Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Satu kumpulan berpegangan tangan dalam satu barisan panjang sebagai `jaring`. dan murid-murid yang lain menjadi `ikan`. 4. Sebaik sahaja isyarat `tangkap` diberi oleh guru , jaring akan mula berlari menuju ke ikan dan cuba mengepung seberapa banyak `ikan` yang dapat. 5. Ikan-ikan cuba berlari menyeberangi kawasan tempat selamat. 6. Setelah isyarat `berhenti` permainan diulang dengan dua kumpulan itu bertukar peranan. b) Regangan Tangan 1.Badan dalam keadaan sedia 2. Kedua tangan diluruskan ke sisi 3. Bawa kedua tangan ke hadapan Kaki 1.Tangan di sisi pinggang 2.Angkat kaki kanan ke depan kemudian tahan. 3.Tukar kaki. ks = kawasan selamat X = ikan-ikan
guru ks

Kon

Perkembangan Mengenal Arah Jam Langkah 1 3 minit

1. Murid berdiri di hadapan guru. 2. Murid akan bergerak menghadap ke arah yang disebut oleh guru berdasarkan konsep jam : Pukul 12 menghadap ke hadapan. Pukul 3 menghadap ke kanan. Pukul 9 menghadap ke kiri Pukul 6 menghadap ke belakang Menghadap pukul 12
x x x x x x x x x x x x x

Model jam

Menghadap pukul 3

Menghadap pukul 9

Menghadap pukul 6

Langkah 2 3 minit

Penerangan mencari harta karun

Guru memberi penerangan dan menunjuk cara mencari harta karun. Membaca arahan dengan betul Bekerjasama dengan rakan kumpulan
x x x x x x x x x x x x x

Kemuncak 14 minit

Mencari harta karun 1.Murid di bahagia kepada kumpulan kecil. 2.Setiap kumpulan mendapat kad arahan. 3.Setiap kumpulan akan bergerak selepas 30 saat selepas kumpulan pertama bergerak. 4.Murid bergerak dalam kumpulan mengikut kad arahan dan CP ( Check Point) 5.Serahkan tugasan kepada guru dan guru mencatat masa tamat. 6.Kumpulan yang dapat mengumpulkan harta paling banyak dan masa paling pantas dikira pemenang. CP 2 CP 1 TAMAT CP 5 CP 3 CP 4 Kreativiti dan Inovasi

MULA Kad Arahan Mula : 1. Berdiri dalam kedudukan pukul 12.00 2. Bergerak 10 langkah CP 1: 1. Cari 1 biji bola kecil. 2. Berdiri dalam kedudukan pukul 12.00 3. Menghadap ke arah pukul 9.00 4. Bergerak 20 langkah

Kad Arahan Kad soalan Bola kecil Kertas A4 Pundi Kacang, Pensil

CP 2 : 1. Jawab soalan dan tulis jawapan pada kertas yang disediakan. 2. Berdiri dalam kedudukan pukul 12. 3. Bergerak 30 langkah. CP 3 : 1. Bentuk bola menggunakan kertas 2. Berdiri dalam kedudukan pukul 12. 3. Menghadap pukul 3 4. Bergerak 7 langkah. CP 4 : 1. Cari 3 biji pundi kacang sama warna. 2. Berdiri dalam kedudukan pukul 12. 3. Menghadap pukul 6.00 4. Bergerak 10 langkah. CP 5 1. Dapatkan kertas dan pensil 2. Lukis 2 bintang. 3. Berdiri dalam kedudukan pukul 12 4. Menghadap pukul 9 5. Bergerak 5 langkah. Tamat : Serahkan tugasan yang diberi semasa mencari harta karun kepada guru.

Aktivti Gerak Penutup 5 minit Kendur a) Patung 1.Murid berjalan bertukar-tukar arah tanpa menyentuh kawan. 2. Murid menjadi patung semasa wisel di bunyikan. 3. Murid berlari semula selepas bunyi wisel kedua. X murid-murid b) Regangan i) Kaki 1.Buka kaki dengan badan ditegakkan 2.Bongkokkan badan serendah yang mungkin dengan jari tangan menyentuh permukaan tanah. 3.Lakukan aktiviti selama kiraan 8 4.Ulang aktiviti sebanyak 3 kali
x x x x x x x x x x x x x

-Wisel - Kreativiti dan Inovasi

guru

ii) Pinggang

1.Buka kaki seluas bahu dengan badan ditegakkan. 2.Letakkan kedua-dua tangan di pinggang 3.Bengkokkan badan ke depan , sisi kanan dan kiri serta ke belakang 4.Lakuan dengan kiraan 8

iii) Tarik nafas

1.Tarik nafas melalui hidung dan tahan selama 8 saat 2.Tangan diangkat ke atas dan berdiri di atas hujung jari kaki. 3.Ulang 3 kali

c)Pentaksiran / Penilaian

Murid menjawab soalan pentaksiran .

Rujuk Lampiran

Lembaran kerja Kreativiti dan inovasi

PENTAKSIRAN Nama Kelas : ____________________________________________________________________________________________ : _______________________________________________ Tarikh : _____________________________________

1. Lukiskan garisan menunjukkan arah jam di bawah

1.

2.

.
Pukul 6.00

.
Pukul 3.00

3.

4.

.
Pukul 12.00

.
Pukul 9.00

: Bahan Rujukan i. ii. iii. Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. OUM (2006).HBPE 1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani. Lee Shok Mee (1997). Psikologi Pendidikan 2. Teori dan aplikasi Psikologi dalam pengajaran dan Pembelajaran , Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. iv. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani. Bahagian Pembangunan Kurikulum. v. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Buku Teks Penndidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2, Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. vi. Kementerian Pendidikan Malaysia (2011).Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Pendidikan Jasmani Tahun 2. Bahagian Pembangunan Kurikulum. vii. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Konsep KSSR [ Online] Available : http://www.moe.gov.my [2010, Oktober 11]. viii. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Pekeliling Pelaksanaan KSSR Tahap 1 Mulai 2011 [ Online] Available : http://www.moe.gov.my [2010, Oktober 11]. ix. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Dokumen Standard Pendidikan Jasmani Tahun 2 [ Online] Available : http://www.moe.gov.my [2011, Oktober 24].
x.

Faizah Mohd Razali (2010). Rancangan Harian Pendidikan Jasmani. [ Online]. Available : http://www.scribd.com/faizah_razali/d/36005332-Rancangan-Pengajaran-Harian-Pendidikan-Jasmani. [ 2010].

Vous aimerez peut-être aussi