Vous êtes sur la page 1sur 3

ADAB-ADAB USRAH Diantara adab-adab usrah itu adalah seperti berikut : 1.

Mengikhlas niat hanya kepada ALlah Maksud ayat, "Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya semua menyembah ALlah dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuknya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar".(Al-Bayyinah: 5) Sabda Rasulullah SallaLlahuAlaihi Wassalam : "Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap sesorang itu apa yang dia niatkan". (Muttafaq alaih) 2. Datang ke majlis tepat pada waktu yang dijanjikan atau ditetapkan. Sabda Rasullullah SallaLlahu Alaihi Wassallam : Maksud Hadis, Dari Abu Hurairah RadiALlahu anhu bahawasanya RasulLullah SallaLlahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tanda orang-orang munafiq itu tiga , iaitu jikalau ia berkata ia berdusta, jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau diamanahkan ia khianat". Ia menambah di dalam riwayat muslim : "Sekalipun dia berpuasa dan bersembahyang dan mengaku dirinya orang-orang Islam". (Muttafaq alaih) 3. Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan, bersih, suci serta sempurna. Maksud Hadis, Dari Abu malik Al-Asyari radhiALlahu anhu katanya : "RasululLah SallaLlahuAlaihi Wasallam bersabda : "Bersuci itu separuh dari keimanan". ( Muslim) Sabda Rasullullah SallaLlahu Alaihi Wassallam lagi : Maksud Hadis, "Dari Usman bin Affan radiALlahu katanya : "Rasullullah SallaLlahu Alaihi Wassallam bersabda : "Barangsia yang berwuduk lalu memperbaguskan wuduknya (menyempurnakan sesempurna mungkin) makakeluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kukukukunya". ( Muslim) Perkara ini diperlukan supaya : Senang untuk mendirikan solat, memudahkan apabila memegang Al-Quran dan ayat-ayatnya dalam teks usrah, jauh dari gangguan syaitan, dapat berbincang tanpa dipengaruhinya dan lain-lain kelebihan. 4. Jika ada tidak dapat hadir kerana uzur syarie, hendaklah segera diberitahu kepada naqib atau naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat lain. Hal ini bertujuan untuk : Melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja supaya naqib dan sahabat tidak tertunggu-tunggu serta dapat mengelakkan prasangka yang tidak baik. 5. Datang ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk menunaikannya. Firman ALlah Subhanahuwa Taala : Maksud Ayat, "Dan penuhilah perjanjian kerana sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya". (Al-Isra : 34) ***Dan hadis di dalam adab yang ke 3*** Perkara ini diperlukan adalah : Supaya majlis usrah itu berjalan sebagaimana yang dirancang. Berlatih menunaikan amanah yang kecil sebelum diberi amanah yang lebih besar. Supaya menjadi pendorong dan contoh kepada sahabat yang kemudian. Kegagalan kita berbuat demikian dibimbangkan akan menjadi alasan kepada sahabat yang lain untuk tidak membuat persiapan di masa akan datang. 6. Membawa dan menyediakan keperluan-keperluan yang diperlukan di dalam majlis usrah seperti AlQuran, teks usrah, buku-buku catitan, Al-Mathurat (jika perlu) dan lain-lain yang diperlukan. Ini kerana : Supaya majlis usrah berjalan dengan lancar. Kegagalan berbuat demikian akan mengganggu sahabat yang dikongsi teksnya. 7. Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhwwah dan berkasih sayang kerana ALlah. Maksud Hadis, "Dari Abu Hurairah radiALlahu anhu katanya : "Rasullullah SallALlah bersabda bahawa Allah Taala berfirman pada hari Qiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri". (Muslim) 8. Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi diamalkan dan disampaikan kepada orang-orang lainkecuali perkara yang rahsia. Maksud Hadis,

"Dari Abu Hurairah radiALlahu anhu katanya RasulullahSallaLlahu Alaihi Wassalam bersabda : "Barangsia yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka ALlah akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga". (Muslim) 9. Duduk dengan bersopan santun. Kerana majlis itu adalah majlis zikrullah dan dihadiri sama oleh para Malaikat. Maksud Hadis, "Dan tunduklah sayapmu bersikap sopan santunlah terhadap orang-orang mumin". (Muslim) Sabda Rasullullah SallaLlahu Alaihi Wassallam : "dari Abu Hurairah radiALlahu anhu dan Abu Said radhiALlahu katanya, Rasulullah SallaLlahu Alaihi Wassalam bersabda : "Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil berzikir kepada ALlah melainkan di kelilingi oleh para Malaikat dan ditutupi oleh kerahmatan serta turunlah kepada mereka itu ketenangan di dalam hati mereka dan Allah menyebutkan mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisinya yakni di sebut-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat". (Muslim) 10. Mendahului majlis dengan Tahmid dan berSelawat kepada Nabi Muhammad SallaLlahu Alaihi Wassallam. Maksud Hadis, "Dan daripada (Abu Hurairah) dari Nabi SallaLlahu Alaihi Wassalam sabdanya : "Tiada sesuatu kaum pun yang duduk di suatu majlis yang mereka itu tidak berzikir kepada ALlah Taala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan Selawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau ALlah berkehendak , maka ALlah akan mengampunkan mereka". Diriwatkan oleh Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan. 11. Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan , arahan-arahan dan pengajaran dengan teliti dan tenang sambil cuba memahami, mencatit dan mengingati dengan tepat sebelum disampaikan kepada orang-orang lain. Maksud Hadis, "Dari Abi Bakrah radhiaLlahu anhu dari Nabi SallaLlahu Alaihi Wasallam sabdanya : "Hendaklah orang-orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir kerana sesungguhnya kemungkinan orang-orang yang disampaikan itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham dari yang menyampaikan". (Bukhari dan Muslim) 12. Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib atau naqibah. Supaya tidak menggangu perjalanan majlis. Supaya ada sikap menghormati naqib atau naqibah. 13. Jangan mencelah ketika naqib atau sahabat sedang memberi penerangan kecuali dalam perkara yang memerlukan teguran yang segera (seperti membetulkan bacaan yang silap). Ini adalah kerana : Supaya tidak mengganggu perjalanan majlis. Supaya tidak menghilangkan penumpuan anggota usrah yang lain. Kadang-kadang naqib atau sahabat yang sedang bercakap akan kehilangan apa yang hendak disampaikan apabila dicelah ketika dia sedang bercakap. 14. Jangan mengangkat suara tinggi lebih dari keperluan pendengar. Ini adalah perkara yang dilarang oleh Allah Taala sebagaimana firmanNya yang bermaksud : "Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (Luqman : 19) 15. Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu bersifat tenang dan serius. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud : "Dari Anas radhiaLlahu anhu katanya : "SallaLlahu Alaihi Wasallam mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu kerana amat menakutkan. Beliau SallaLlahAlaihi Wasalam bersabda :"Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan banyak menangis". Para sahabat RasuluLlah SallaLlah Alaihi Wassalam lalu menutupi wajah masing-masing sambil terdengar suara esakkannya. (Mutaffaqalaih) 16. Jangan banyak bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. Ini adalah kerana : Supaya hendaklah bergurau di dalam perkara yang benar sahaja. Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah bertukar menjadi majlis jenaka, gurau senda dan gelak ketawa. Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah kurang bermanfaat. Maksud Hadis, "Saya bergurau tetapi saya tidak berkata sesuatu kecuali yang benar".

17. Jangan mempersoalkan atau mempertikaikan arahan-arahan yang telah diberikan dengan jelas dan menepati syara : Maksud Hadis, "Sesungguhnya binasa umat sebelum kamu kerana mereka banyak menyoal (yang tidak berfeadah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi mereka". (Mutaffaqalaih) 18. Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlils kerana sesuatu keperluan. Ini adalah kerana Keluar dari majlis tanpa izin adalah perangai orang-orang munafiq. Maksud Ayat, "Sesungguhnya yang benar-benar orang-orang mumin ialah orang-orang-orang-rang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadamu (Muhammad).

Vous aimerez peut-être aussi