Vous êtes sur la page 1sur 13

SOALAN 1 Apakah yang anda faham mengenai arca ?

Arca pada pemahaman saya merupakan satu kegiatan seni yang membentuk dan membuat binaan tiga dimensi (3-D). Memandangkan ianya berbentuk 3-D, maka bentuk, ruang dan jisim binaan amat diambil kira semasa proses penyediaan arca. Setiap arca yang dihasilkan oleh pengkarya adalah berbeza memandangkan pembinaannya adalah menurut kepada pemikiran dan idea kreatif masing-masing. Demikian juga terdapat perbezaan bahan atau media buatan serta lokasi ditempatkan karya. Semuanya bergantung kepada kategori arca sama ada arca estetik atau arca berfungsi. Arca estetik berfungsi sebagai bahan peragaan yang biasanya ditempatkan di lobi-lobi luar atau dalam bangunan. Arca sebegini memberi tafsiran makna yang mendalam dan pengetahuan yang intelektual. Manakala arca berfungsi pula seperti alat permainan, tempat permainan kanakkanak dan lanskap. Juga sebagai alat ritual dalam suatu penyembahan dan keagamaan. Terdapat juga arca berfungsi untuk keperluan domestik.

Ciri-ciri Arca yang Baik dan Kreatif. Arca yang baik dan kreatif tentulah yang mempunyai bentuk dan berada di lokasi yang tepat dengan tema serta topiknya. Contohnya arca berfungsi yang terdapat di taman permainan mestilah sesuai untuk kanak-kanak. Penyediaan kereta mainan yang berwarna warni sesuai untuk menarik minat kanak-kanak.

2.

Selain itu, binaan arca sepatutnya sesuai dengan tujuan hasilannya. Merujuk kepada contoh Tugu Negara, generasi sekarang dapat melihat dan memahami perjuangan pasukan keselamatan yang berjuang untuk keamanan negara. Ciri-ciri kekukuhan, kekuatan dan keselamatan hendaklah diutamakan bagi menghasilkan arca yang baik. Hal ini bertujuan memastikan orang ramai lebih bertanggungjawab serta yakin ketika mengguna atau menyentuh arca berkenaan. Arca yang kreatif juga ialah yang telah diadun dan dipasang dengan kepelbagaian bahan bagi menghasilkan suatu komposisi bahan yang artistik. Pada saya juga, arca yang baik dan kreatif ini ialah yang berjaya mengaplikasikan asas seni reka iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dengan baik secara tepat.

3.

SOALAN 2 Penggunaan alat dan bahan, teknik serta persembahan karya oleh Jaques Lipchitz, Marchel Duchamp, Alexander Calder dan Jean Tinguely. a). Arca timbul Still Life With Musical Instruments oleh Jaques Lipchitz (1891 1973 ).

Alat / Bahan

Teknik Penghasilan dan Peralatan

Persembahan Karya

Pahat, penukul, alat pengukir, pengikis, kikir pari, kertas pasir

Bentuk 3-D tersembul keluar dari permukaan 2-D yang rata atau dipahat keluar yang permukaan.

serta beberapa alat lagi. akhirnya menonjolkan objek ke Kepingan kayu, plaster of Paris , batu, kayu, plastic, kertas lumat, papier-mache dan tanah liat. Ia boleh dibuat secara : acuan tampalan asemblaj binaan Sumber : http://www.jacqueslipchitz. com/art.php

4.

b). Arca asemblaj Bicycle Wheel oleh Marchel Duchamp (1887 1986). Alat / Bahan Teknik Penghasilan dan Peralatan Kayu, logam, batu, simen, bongkahbongkah, spare-part kenderaan, bahan kutipan, besi dan sebagainya. Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantum dan menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep bermakna. Teknik hasilan : kimpalan binaan cantuman skru/paku gam Sumber : http://www.beatmuseum.org/ duchamp/bicycle.html Persembahan Karya

c). Arca mobail Horizontal Spines oleh Alexander Calder (1942). Alat/Bahan Teknik Penghasilan dan Peralatan Besi, dawai, kertas, tali dan kadbod Bahagian-bahagian dicantum kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik digunakan : kimpalan gam skru Sumber : http://purecontemporary. blogs.com/behind the curtains/art Persembahan Karya

temali, kepingan logam untuk membentuk satu

accessories/index.html ikatan d). Arca stabail Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art oleh Jean Tinguely (1925 1991).

Alat/Bahan

Teknik Penghasilan dan Peralatan

Persembahan Karya

Simen, kepingan logam, plastik, sparepart kenderaan, besi, logam, papan dan sebagainya

Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil. Teknik yang digunakan : kimpalan skru ikatan acuan binaan Sumber : http://www.medienkunstnetz. de/works/homeage-to-newyork/images/1/

6. SOALAN 3

Penilaian Secara Kritis dan Kreatif Persamaan dan Perbezaan Arca Asemblaj dan Arca Mobail. a). Persamaan arca asemblaj dan arca mobail. i. Menggunakan alat dan bahan yang merupakan bahan terbuang daripada buatan manusia . Contohnya ialah spare-part kenderaan dan kepingan logam. ii. iii. iv. v. vi. Menggunakan bahan buatan manusia seperti bongkah-bongkah serta tali temali. Menggunakan benda-benda dari alam sekitar seperti kayu dan besi. Penghasilan arca melalui teknik kimpalan, gam serta skru. Mencantum setiap bahagian alat dan bahan yang ada bagi menghasilkan satu kesatuan objek yang membawa kepada satu konsep bermakna. Mempunyai subjek dan tema tersendiri. Setiap arca masing-masing memiliki tema dan topik tersendiri.

b). Perbezaan arca asemblaj dan arca mobail. i. Binaan arca asemblaj mengutamakan ruang dan jisim yang bertapak atas permukaan manakala arca mobail pula mengapungkan atau menggunakan ruang atas udara sebagai mempersembahkan karya seni. ii. Arca asemblaj hanya boleh dihasilkan dalam bentuk statik manakala arca mobail pula boleh berbentuk kinetik. Contohnya mobail kinetik yang bertajuk Flamingo (1974), Myxomatose (1953) dan Pisson Volant yang mengadaptasikan bunyi dedaunan, beburung yang berterbangan dan serangga berdesir.

7. SOALAN 4

Ciri-ciri Penghasilan Arca di Taman Tasik Permaisuri.

4.1 Jenis arca dan pengkarya. Arca di atas merupakan sebuah arca asemblaj. Ini boleh dilihat pada binaan arca yang dihasilkan dengan gabungan beberapa bahan terbuang yang dicantum dengan sempurna menghasilkan satu konsep . Cantuman objek logam iaitu tembaga, besi serta simen berjaya memperlihatkan bentuk binaan yang agak unik. Binaan yang dimaksudkan ialah bekas sirih junjung. Ia menjadi replika air terjun yang menarik dan ditempatkan dalam kawasan legar yang dinamakan Laman Permaisuri. Arca ini dihasilkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 8. 4.2 Ketepatan tema dan tajuk.

Binaan arca di satu sudut laman menjadikan suasana di persekitaran agak menarik yang dilatari dengan bunyi air terjun yang mendamaikan pengunjung. Fungsinya sebagai suatu hiasan serta lokasi merehatkan badan dan fikiran. Kombinasi binaan yang menggabungkan bekas sirih junjung dengan air terjun tentu mempunyai mesej yang tertentu bersesuaian dengan tempat . Oleh yang demikian, saya berpendapat arca ini menepati tema dan tajuknya.

4.3 Ketepatan alat dan bahan yang digunakan. Bagi membentuk bekas sirih junjung yang dapat berdiri dengan stabil tentulah melibatkan bahan serta binaan yang betul. Simen konkrit sebagai tapak membantu menyokong bentuk silinder di atasnya. Tambahan pula, bahagian bawah arca dibina dengan saiz lebih besar berbanding bahagian atasnya. Kimpalan serta cantuman yang betul menjadikan binaan ini tersergam indah tanpa perlu dirisaukan akan keutuhannya lagi.

9. Penutup

Kesimpulannya, arca merupakan suatu karya seni global yang agak unik . Penghasilan oleh pengkarya yang tidak ketandusan idea telah mengagumkan pencinta seni yang sedang tercari-cari sumber untuk berkarya. Ilham yang tercetus dari fikiran pencinta seni ini pasti membuka suatu lembaran baru pada generasi akan datang berkongsi idea dan ilmu. Ini dapat menyemarakkan lagi dunia seni arca yang bukan calang-calang orang mampu menghasilkannya dengan tema serta lengkap dengan ciri-ciri asas seni rekanya. Semoga suatu ketika nanti akan lahir ramai bakat muda yang mempunyai idea segar yang berupaya menghasilkan arca yang terbaik.

11. Pengenalan

Bidang membentuk dan membuat binaan mendedahkan pelajar terutamanya dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Di dalam bidang ini terdapat beberapa jenis binaan yang boleh dipelajari. Antaranya ialah arca, mobail, origami, asemblaj, model serta beberapa lagi. Arca antaranya merupakan seni binaan yang agak unik. Bagi menghasilkan sebuah arca yang menepati konsep, pengkarya perlu mengetahui beberapa proses yang terlibat. Antaranya ialah mengenali alat, media, bahan dan teknik penghasilan juga proses membentuk arca dengan baik .

1. ISI KANDUNGAN

Muka Surat Pengenalan Soalan 1 - Apakah yang anda faham mengenai arca ? - Ciri-ciri arca yang baik dan kreatif. 1 2-3

Soalan 2 - Penggunaan alat dan bahan, teknik serta persembahan karya oleh Jaques Lipchtiz, Marchel Duchamp, Alexander Calder dan Jean Tinguely.

4-6

Soalan 3 - Persamaan dan Perbezaan Arca Asemblaj dan Arca Mobail.

Soalan 4 - Ciri ciri Penghasilan Arca di Taman Tasik Permaisuri.

8 10

Penutup Rujukan

11 12

4.4 Aplikasi asas seni dan prinsip rekaan.

Unsur-unsur seni yang terdapat ialah garisan, jalinan, rupa dan ruang. Sementara prinsip-prinsip rekaan yang ada ialah penegasan serta kesatuan. Unsur garisan yang membentuk urat daun sirih menyerlahkan lagi binaan ini. Sementara itu, unsur jalinan yang ada ialah jalinan sentuh iaitu terdapat pada daun sirih juga. Demikian juga dengan rupa serta ruang. Penegasan yang dimaksudkan ialah corak rekaan daun sirih yang menyerupai susunan sirih junjung amat menarik perhatian. Seterusnya gabungan semua unsur dan prinsip telah memberi impak kepada binaan arca ini. Ia menunjukkan keseragaman binaan dengan tema yang ingin disampaikan.

4.5 Keaslian, keunikan dan ketrampilan Didapati arca ini sangat unik kerana menggabungkan ciri-ciri tradisional dan moden iaitu tapak kolam air terjun dengan sempurna. Binaan yang agak tinggi menjadikannya suatu tarikan kepada pengunjung untuk datang lebih dekat melihat dan merasai sendiri suasana dan kenyamanan air terjun buatan tersebut.

10. RUJUKAN

En. Rousliluddin bin Ambia, En. Mohd Jamel, En. Mohd Taslim b. Abd Rahim dan En Manan b. Sarbani (2006), Pengenalan Pendidikan Seni Visual, UNITEM Sdn. Bhd http://www.jacqueslipchitz.com/art.php http://www.beatmuseum.org/duchamp/bicycle.html http://purecontemporary.blogs.com/behindthecurtains/artaccessories/index.html http://www.medienkunstnetz.de/works/homage-to-new-york/images/1/ Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail dan IPTHO (2007), Seni Dalam Pendidikan, UNITEM Sdn. Bhd

12.