Vous êtes sur la page 1sur 10

PENGENALAN

Sememangnya nasionalisme akan berlaku di negara-negara yang dijajah. Pada mulanya ia hanya berbentuk keamanan dengan mahu menunjukkan cintanya rakyat disesebuah negara itu. Nasionalisme boleh diertikan sebagai cintakan tanah air dalam membentuk debuah negara bangsa. Dengan kata lain, nasionalisme boleh dikatakan snetimen kesetiaan yang mengikut sekumpulan masyarakat menerusi institusi budaya yang sama untuk mewujudkan perpaduan dengan mencapai pembentukan negara yang merdeka. Nasionalisme juga berlaku di negara-negara Asia Tenggara. Di Filipina ia dilakukan melalui revolusi. Revolusi bermaksud perubahan yang berlaku secara mendadak terutamanya dari segi berfikir dan juga cara bertindak. Dalam konteks pemberontakkan petani yang berlaku di Filipina, ia adalah bermaksud perubahan pemerintahan atau sosial yang dilakukan dengan menggunakan kekerasan seperti

dengan melakukan pemberontakan bersenjata dan lain-lain lagi. Dalam konteks berlakunya revolusi dan pemberontakan komunis di Filipina, ia berlaku adalah bertujuan untuk memperjuangkan nasib golongan bawahan dengan cara menggulingkan pemerintahan republik di Filipina. Seperti yang kita ketahui, Filipina telah diberikan kemerdekaan oleh Amerika Syarikat pada 4 Julai 1946. Namun jika kita lihat dengan lebih mendalam, kemerdekaan yang diberikan oleh Amerika Syarikat ini kepada Filipina ini hanyalah kemerdekaan pada nama sahaja. Selain itu, walaupun Filipina telah mendapat kemerdekaan, Filipina masih lagi menghadapi masalah dalaman, keadaan ekonomi yang mundur dan kegiatankegiatan ketenteraan Amerika di sana. Selain itu masalah penentengan seperti pihak Hukbalahap juga membantutkan dalam proses pembinaan negara pada awal

kemerdekaan Filipina. Penyelesaian untuk menghapuskan gerakan ini tidak dapat dibasmi sehinggalah presiden yang pertama itu meninggal dunia.

GERAKAN HUKBALAHAP

Hukbalahap adalah nama singkatan dari Hukbo ng Bayan laban Sa Hapon atau Peoples Anti Japanese Army. Gerakan ini telah ditubuhkan pada tanggal 29 Mac 1942 di Mount Arayat yang merangkumi kawasan Pampanga, Tarlac dan Nueva Ecija. Gerakan ini telah dianggotai oleh tokoh-tokoh sosialis dan para petani. Setelah Jepun mengundurkan diri dari Filipina, gerakan ini kemudian berubah namanya menjadi Hujbong Mapagpalaya ng Bayan atau Peoples Liberation Army. Lawan yang dihadapi pun berubah, dari tentera Jepun kepada melawan pemerintahan Republik Filipina yang baru terbentuk. Kerap kali dikatakan bahawa Hukbalahap melakukan pemberontakan dalam dua tahap. Tahap yang pertama adalah berlaku pada 1946 sehingga tahun 1950 manakala tahap kedua pula berlaku antara tahun 1950 hingga 1955.1 Pada peringkat awal gerakan ini, gerakan ini mengikuti saluran politik yang betul bagi memperjuangkan tuntutan mereka. Tetapi mereka terpaksa memberontak sebagai cara untuk mepertahankan diri mereka daripada tindakan agresif yang telah diambil oleh kelompok konservatif Amerika-Filipina yang diketuai oleh Jeneral Douglas Mac Arthur kerana ingin menjatuhkan mereka.2 Gerakan Hukbalahap ini muncul apabila adanya tuntutan para petani bagi mengadakan reformasi dalam sistem sewa tanah. Untuk mengetahui penyebab munculnya gerakan petani di Filipina, kita terlebih dahulu harus mengetahui mengenai
1

Lawrence Greenberg, The Hukbalahap Insurrection; A Case Sudy Of A Successful Anti Insurgency Operation in the Philippines, 19451955, Analysis Branch US Army Center Military History, Washington DC: 1987, hlm 1. 2 D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. 1987. hlm. 949.

hubungan tradisional anatara pemilik tanah atau tuan tanah dengan para petani.3 Sistem seperti ini sebenarnya sudah ada bahkan sebelum masuknya penjajah Sepanyol ke Pulau Luzon. Pola hubungan ini memungkinkan adanya jaminan mengenai substensi oleh para tuan tanah untuk para petaninya. Keadaan ini kemudian berubah seiring dengan pertumbuhan jumlah penduduk dan perkembangan kegiatan ekonomi yang komersial. Para tuan tanah menekan upah menjadi serendah mungkin untuk mendapatkan hasil keuntungan semaksimal mungkin. Pada awal kemunculnya, tuntutan para petani adalah untuk mereformasi sistem sewa tanah, bukan sama sekali menghapus sistem tersebut. Sebagai contoh para petani di tengah Luzon menuntut penurunan sewa dan jaminan kesejahteraan. Moto yang digunakan mereka adalah Land For Landless.4 Gerakan ini juga ingin menyedarkan rakyat Filipina daripada terus ketinggalan, dibelenggu buta huruf dan kemiskinan. Selain itu ketidakpuasan hati dengan tindakan para pemerintah Republik Filipina yang amat terikat dengan Amerika sehingga menyebabkan nasib-nasib rakyat tidak terbela dan keadaan kemerdekaan yang sebenar tidak pernah dinikmati. Contohnya Rang Undang-Undang Perdagangan Filipina yang terkenal iaitu Rang Undang-Undang Bell dan Rang Undang-Undang Pemulihan Filipina telah diluluskan sebelum kemerdekaan Filipina.5 Dalam Rang Undang-Undang Bell ini, ia mengaitkan peso Filipina kepada dollar Filipina dan memberikan kedudukan warga Amerika yang sama dengan warga negara Filipina dalam sektor ekonomi Filipina. Perdagangan bebas antara negara Filipina dan Amerika juga dijalankan juga dilihat lebih memberi kepentingan kepada Amerika.6 Presiden Filipina iaitu Manuel Roxas yang mengetuai Parti Liberal sangat
3

Benedict Kerkvliet, The Huk Rebellion; A Study of Peasant Revolt in the Philippines. Los Angeles: University of California Press. 1977. hlm 250. 4 Alvin H Scaff, The Philippine Answer to Communism, New York: Stanford University Press, 1955, hlm 24. 5 D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. 1987. hlm. 1051. 6 Ibid. hlm. 1052.

memerlukan bantuan US$ 620 juta yang dijanjikan bagi bertujuan untuk memulihkan negara Filipina. Tetapi bantuan ini akan diberikan jika Filipina menerima syarat-syarat Akta Bell, khususnya syarat tentang kedudukan sama bagi warga Amerika dalam bidang ekonomi. Oleh itu didapti bahawa perlembagaan negara Filipina mesti dipinda. Hal ini bermakna kebebasan ekonomi yang luas diserahkan kepada kepentingan peniaga Amerika.

PEMBERONTAKAN YANG DILAKUKAN OLEH HUKBALAHAP

Pemberontakan Hukbalahap yang berlaku pada tahun 1946 merupakan pemberontakan yang pertama. Titik permulaan yang telah mencetuskan pemberontakan ini adalah berlaku pembunuhan yang dilakukan oleh penduduk kampung di San Ricardo yang telah membunuh ketua PKM iaitu Pembangsang Kapisanan Ng Mgs Magsbubukid atau Persatuan Petani Negara. Sebelum Feleo diculik, seramai 500 veteran Hukbalahap yang telah menyembunyikan diri di Gunung Sierra Madre telah merancang untuk berjumpa dengannya di Bongabon kerana ingin mendaftarkan senjata mereka. Feleo merupakan wakil mereka untuk berjumpa dengan Pegawai Polis Ketenteraan. Namun hasrat ahli veteran itu tidak kesampaian apabila mereka mengetahui bahawa Feleo telah diculik dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan mereka mula memberontak. Keadaan semasa pemberontakan itu berlaku di San Ricardo adalah sangat teruk, malah ia lebih teruk daripada zaman pendudukan Jepun. Salah satu masalah besar yang berlaku pada masa ini adalah berlakunya pertelingkahan antara tentera kerajaan dengan pihak pemberontak petani. Jose Cando yang merupakan seorang ahli kongres Demokratik Alliance (DA) daripada kawasan Nueva Ecija telah dinafikan kerusinya dalam kongres telah cuba untuk menyelesaikan masalah perbezaan antara tuan tanah dengan penyewa

tanah apabila beliau telah memberitahu Presiden Roxas pada 2 September 1946 melalui telegraf iaitu seminggu selepas Feleo diculik. Pemberontakan yang berlaku pada tahun 1947 merupakan pemberontakan yang kedua dilakukan oleh gerakan Hukbalahap. Pada bulan Januari 1947, serat khabar Manila menyatakan bahawa terdapat pertempuran antara tentera Huklabahap dengan polis tentera (MP) di sekitar Cabanatuan. Tentera kerajaan akan menahan sesiapa sahaja yang disyaki sebagai komunis. Kebanyakkan mereka ini telah ditangkap di Talavera dan akan dimasukkan ke dalam penjara selama satu bulan atau lebih. Contohnya pada tahun 1947, seramai 10 hingga 15 orang tentera kerajaan telah pergi ke rumah seorang penduduk ketika dia keluar menanam dan tentera tersebut telah merampas ayam, beras dan lain-lain lagi. Walaupun perbuatan tentera kerajaan ini telah dihalang oleh penduduk kampung namun mereka yang menolong akan dipukul. Keadaan ini berlaku kerana tentera ini menganggap mereka ini sebagai ahli PKM, Hukbalahap dan juga komunis. Pada tahun 1948, pemberontakkan ketiga telah berlaku. Pada tahun ini juga Presiden Roxas telah meninggal dunia tanpa diduga semasa melawat Clark Air Base di Pampangan pada 15 april 1948.7 Pengganti kepada Presiden Roxas adalah Presiden Quirino. Presiden Qurino ini tidak berjaya untuk memberhentikan kekacauan yang dibuat oleh pihak Huklabahap ini. Bagi mendapatkan keamanan kepada Filipina, Quirino telah menawarkan keampunan rasmi kepada kepada pihak Huklabahap dan ia telah diterima oleh Taruc.8 Taruc telah ditempatkan di kongres. Pada 21 Jun 1948, Presiden Quirino telah mengisytiharkan pengampunan kepada Huklabahap. Namun tiga bulan selepas itu, Taruc telah melarikan diri dan pergi ke tempat orangnya di Paya-Paya Candaba dan mengumumkan tentangannya terhadap kerajaan Republik Filipina.
7 8

D.G.E. Hall. A History of South-East Asia. : Macmillan, London. 1981. hlm. 56. Benedict Kerkvliet, The Huk Rebellion; A Study of Peasant Revolt in the Philippines, Los Angeles: University of California Press, 1977, hlm. 262-263.

Keadaan ini telah menyebabkan Presiden Quirino telah marah dan seterusnya beliau telah mengarahkan serangan dilakukan terhadap gerakan Huklabahap ini. Pada tahun 1949, pemberontakkan yang keempat telah dilancarkan oleh pihak Huklabahap ini dan pemberontakan ini merupakan kemuncak kepada pemberontakan Huklabahap. Pada tahun ini juga keganasan pihak Huklabahap ini semakin hebat apabila mereka ini telah menyerang pasukan tentera kerajaan, membakar bangunan dan juga membunuh orang yang dalam senarai orang yang dihukum. Dalam tahun ini juga gerakan Huklabahap ini telah menukar nama kepada Hukbonn Mapagalaya Ng Bayan (HMB) atau lebih dikenali sebagai Tentera Pembebasan Rakyat.9 Dengan penubuhan HMB ini, gerakan ini telah menjadi sebuah organisasi yang lebih baik. Tentera ini juga telah dibahagikan juga kepada pertempuran secara langsung. Bagi menhadapi masalah ini, Presiden Quirino telah menjalankan tindakan dalam pentadbirannya seperti apa yang telah dilakukan oleh Presiden Roxas.10 Beliau telah melantik Roman Magsaysay sebagai setiausaha kepada pertahanan negara dan memberikan pertolongan yang sepenuhnya dalam kempen menentang Huk yang telah mencapai kejayaan dengan pesatnya dan mengubah situasi dalam negara.

TINDAKAN PRESIDEN FILIPINA MENENTANG HUKLABAHAP

Anatara tindakan presiden Filipina bagi menentang Huklabahap adalah Presiden Roxas telah merayu kepada gerakan Huklabahap ini supaya meletakkan senjata. Roxas juga telah membentuk pemulihan pertanian termasuklah Akta Republik No. 34 yang telah dipersetujui pada 30 september 1946.11 Namun keadaan ini tidak dipedulikan oleh

D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. 1987. hlm. 1110. 10 Ibid. hlm. 1110. 11 Ibid. hlm.1111.

gerakan Huklabahap dan gerakan ini dengan tegas untuk meneruskan perjuangan dengan menubuhkan pemerintahan sendiri dengan menggunakan lambing tukul dan sabit. Mereka menjalankan pemerintahan sendiri dengan memungut cukai, mengadakan sekolah latihan komunis di wilayah-wilayahnya. Oleh sebab itu, Roxas telah mengharamkan pergerakan Huklabahap ini pada 6 Mac 1946.12 Selepas pemerintahan Roxas, tindakan menentang Huklabahap ini telah diteruskan oleh penggantinya iaitu Presiden Quirino. Quirino telah menawarkan keampunan rasmi kepada kepada pihak Huklabahap dan ia telah diterima oleh Taruc.13 Taruc telah ditempatkan di kongres. Pada 21 Jun 1948, Presiden Quirino telah mengisytiharkan pengampunan kepada Huklabahap. Namun tiga bulan selepas itu, Taruc telah melarikan diri dan pergi ke tempat orangnya di Paya-Paya Candaba dan mengumumkan tentangannya terhadap kerajaan Republik Filipina. Keadaan ini telah menyebabkan Presiden Quirino telah marah dan seterusnya beliau telah mengarahkan serangan dilakukan terhadap gerakan Huklabahap ini. Semasa akhir zaman pemerintahan Presiden Quirino ini, gerakan Huklabahap ini telah menukar nama kepada Hukbonn Mapagalaya Ng Bayan (HMB) atau lebih dikenali sebagai Tentera Pembebasan Rakyat.14 Selepas itu penentangan terhadap Huklabahap ini telah ditesukan lagi oleh Ramon Magsaysay yang merupakan Setiausaha Pertahanan Negara. Apabila beliau telah memgang jawatan barunya, beliau telah memperhebatkan kempen menentang Huklabahap. Beliau juga telah mengatur tindakan di medan perang sehingga beliau telah mendapat pujian daripada orang ramai dan juga askar yang terlibat. Selain itu,
12

Lawrence Greenberg, The Hukbalahap Insurrection; A Case Sudy of a successful Anti Insurgency Operation in the Philippines, 19451955, Analysis Branch US Army Center Military History, Washington DC: 1987, hlm. 37. 13 Benedict Kerkvliet, The Huk Rebellion; A Study of Peasant Revolt in the Philippines, Los Angeles: University of California Press, 1977, hlm. 262-263. 14 D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. 1987. hlm. 1110.

beliau juga telah memperkemaskan disiplin tentera, meninggikan semangat berjuang dan telah mendapat keyakinan dan kesetiaan daripada masyarakat luar bandar.15 Disamping itu juga beliau telah menawarkan hadiah jika tertangkapnya ketua-ketua gerakan ini, membayar harga alat senjata dan peluru yang diserahkan kepada tentera serta menjalankan perang saraf yang hebat untuk mengatasi dakyah komunis. Beliau juga telah menawarkan kehidupan yang lebih baik kepada anggota gerakan ini jika mereka menyerah diri. Keadaan ini telah menyebabkan beratus-ratus anggota gerakan ini mengambil kesempatan daripada dasar yang diperkenalkan ini. Tindakan yang telah dijalankan oleh Magsaysay ini boleh dikatakan telah menghancurkan pergerakan ini kerana telah berjaya memusnahkan pertahanan mereka di kawasan paya Candaba dan hutan Sierra Madre. Disamping itu juga Magsaysay juga telah mengadakan reformasi tanah dan mengatasi penindasan dan salah guna kuasa terhadap para petani di Luzon. Namun usaha beliau ini tidak kesampaian apabila beliau terbunuh dalam nahas kapal terbang pada bulan Mac 1957.16 Pada tahun 1954, gerakan ini telah dihancurkan dan Luis Taruc telah terperangkap di Pampangan. Keadaan ini telah menyebabkan Taruc keluar untuk menyerah diri kerana berpendapat bahawa pemberontakan telah gagal.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah Gerakan Hukbalahap muncul sebagai perkembangan dari Gerakan Petani yang sudah muncul pada tahun 1930an di Filipina. Gerakan ini menginginkan terjadinya revolusi petani di Filipina. Hukbalahap bermulasebagai pasukan bersenjata anti Jepun. Ketika Jepun sudah keluar dari Filipina, Hukbalahap merubah nama. Organisasi ini lama-kelamaan berkembang pula menjadi
15 16

Ibid. hlm. 1111. Ibid. hlm. 1112.

organisasi politik. Hal ini tidak lepas dari pengaruh Partai Komunis Filipina. Oleh itu, secara keseluruhanya, pemberontakan petani dan Revolusi Komunis yang berlaku di Filipina adalah tidak berjaya mempengaruhi kemerdekaan di Filipina. Hal ini dapat dibuktikan apabila nasib penduduk Filipina tidak mendapat pembelaan dan terkuburnya gerakan Huklabahap yang menjadi harapan penduduk Filipina.

BIBLIOGRAFI

Benedict Kerkvliet, 1977. The Huk Rebellion; A Study of Peasant Revolt in the Philippines, Los Angeles: University of California Press.

Hall, D.G.E. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.

Hall. D.G.E. 1981. A History of South-East Asia. : Macmillan, London.

Lawrence Greenberg, 1987. The Hukbalahap Insurrection; A Case Sudy of a successful Anti Insurgency Operation in the Philippines, 19451955, Analysis Branch US Army Center Military History, Washington DC.

Scaff, Alvin H. 1955. The Philippine Answer to Communism, New York: Stanford University Press.

10

Vous aimerez peut-être aussi