Vous êtes sur la page 1sur 12

BACHELOR OF TEACHING ( PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS SEMESTER 1 SMP PPG MAC HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK MURID SERTA LANGKAH-LANGKAH BERNAS YANG DIAMBIL OLEH SEORANG GURU

NAMA NO MATRIKS NO KAD PENGENALAN NO TELEFON E-MEL

: : : : :

ANNETTA ZAITY BINTI ZAINAL 780517135048001 780517-13-5048 012-5026290 annettazaity@yahoo.com

TUTOR

En Mohamed Shafie b. Abd Karim


Perak Learning Centre

PUSAT PEMBELAJARAN :

JANUARI 2012

1.PENGENALAN Prestasi pencapaian akademik pelajar berbeza-beza mengikut individu. Menurut Slavin (1997), apabila seseorang murid itu merasakan maklumat itu penting, maka murid tersebut bakal membentuk konsep daripadanya. Ia dipanggil faktor persepsi dan penanggapan. Dengan kata lain, murid yang pencapaian akademiknya baik akan menganggap pendidikan dan maklumat guru itu penting lalu membuat konsep pembelajaran dengan lebih teratur berbanding dengan murid yang akademiknya rendah. Kesediaan pembelajaran murid juga penting agar murid berupaya menerima pembelajaran dengan lebih berkesan. Melalui petikan Piaget the level of mental development necessary to benefit from experiences bermaksud murid tidak akan memahami satu konsep jika tahap pemikirannya belum sampai ke tahap itu. Pencapaian murid berprestasi tinggi biasanya disebabkan oleh kecerdasan minda murid tersebut. Gardner (1983) percaya bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja dalam konteks muzikal seperti mampu mengubah lagu, mencipta puisi ataupun membuat kareografi tarian. Jesteru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis secara faktor-faktor yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik yang menyumbang kepada perbezaan prestasi murid-murid berkenaan supaya tindakan dapat diambil oleh seseorang guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan murid-murid dengan pencapaian yang berbeza.

2.DEFINASI SETIAP TERMA 2.1 Proses pembelajaran Pembelajaran ialah perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman (Slavin 1997). Proses pembelajaran bermula dari pancaindera lalu dirangsang ke otak serta memberi makna dan disimpan sebagai ingatan untuk dijadikan pengalaman. Apabila pengalaman digunakan semula dalam bentuk yang baru, ia dianggap perubahan tingkah laku (pembelajaran). 2.2 Perbezaan individu Merupakan variasi yang boleh diperhatikan sama ada dari segi personaliti, tahap tenaga, pola persahabatan, mahupun hubungan seseorang individu dengan ibu bapanya. Selain dari itu, perbezaan invidu dapat dilihat dari segi jantina,
2

ketinggian, berat, bentuk, sosio-ekonomi, suasana pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas mahupun dalam masyaratakat setempat. 2.3 Kesedian belajar Merangkumi kesediaan mental, kesediaan fizikal, afektif (emosi dan sikap) sebelum menerima pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. 2.4 Kecerdasan Kecerdasan bermaksud cerdas dan berkebolehan untuk mendapatkan markah yang tinggi dan cemerlang. 2.5 Ingatan dan lupaan Ingatan bererti mengingati dan mampu menyimpan maklumat dalam jangka yang panjang manakala lupaan ialah kegagalan mengingati sesuatu fakta sebelum sempat di simpan dan diproses dalam ingatan jangka panjang. Lupaan juga disebabkan oleh faktor-faktor keusangan, gangguan, tekanan, kebimbangan, minat, perubahan alam sekita, masa yang tidak mencukupi serta makluamat aygn tidak lengkap. 2.6 Kemahiran berfikir Proses menggunakan minda sama ada mencari makna dan pemahaman terhadapa sesuatu, membuat pertimbangan atau keputusan serta mampu menyelesaikan masalah.

3.HASIL DAPATAN 3.1 Kesedian belajar Kedua-dua orang murid telah mencapai tahap perkembangan kognitif pada

peringkat operasi formal. Murid mampu melakukan proses mental ke atas idea, fakta atau andaian. Apa yang membezakan kedua-dua orang murid ini ialah kesediaan belajar dari segi psikomotor, afektif dan kognitif sebelum belajar. Bagi kesediaan psikomotor, tahap perkembangan mereka adalah berbeza walaupun mempunyai umur yang sama. Keadaan ini kerana, kesediaan amat berkait rapat dengan latihan. Proses latihan yang berterusan dan betul menjamin prestasi yang cemerlang. Melalui latihan serta pengulangan yang banyak, faktor ingatan & lupaan akan terbentuk. Murid akan mampu membuat ingatan sama ada pengodan, penyimpanan dan pengeluaran (Melton,1953).
3

Latihan bakal membentuk minat murid untuk terus belajar. Latihan yang diberi tiada peneguhan dari guru, maka murid prestasi rendah tidak mengendahkan latihan yang diberi. Dari segi kesedaran efektif, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat kedua-dua orang murid untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran mempunyai jurang yang ketara. Murid berprestasi cemerlang lebih cenderung minat terhadap guru menyebabkannya berusaha tekun dan semangat untuk belajar. Murid berprestasi rendah mempunyai perasaan rendah diri menyebabkan dirinya jauh ketinggalan dalam matapelajaran. Ini disokong dengan kajian lepas yang telah dikaji oleh Zubaidah Begam Binti Mohamed Zakaria, UTM (2007) telah membuat tinjauan tentang hubungan gaya pembelajaran dengan prestasi akademik. Gaya pembelajaran yang dimaksudkan oleh beliau merujuk kepada cara atau stail pembelajaran seseorang. Gaya pembelajaran yang dikaji menjerumus kepada aspek kesediaan pembelajaran yang merangkumi perkembangan fizikal dan kognitif seseorang pelajar. Kajian bertujuan meninjau tahap gaya yang diamalkan oleh pelajar melalui pandangan sudut aspek pemikiran, tindakbalas, minat, kecenderungan belajar, pencapaian dan pemahaman. Hasil menunjukkan bahawa perkembangan fizikal kognitif seseorang yang membentuk stail atau cara pembelajaran yang menarik bakal menghasilkan prestasi pembelajaran yang cemerlang. Teori yang sesuai bagi kesediaan belajar ini adalah Teori Pelaziman Operan Thorndike (1913) telah menyarankan tiga hukum pembelajaran iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum kesediaan merupakan elemen kepada kesedian belajar muridmurid. Hukum ini menegaskan murid yang cukup bersedia untuk belajar akan memberi hasil yang memuaskan daripada murid yang dipaksa belajar, kesempurnaan tidak akan wujud. Hukum latihan pula cenderung kepada aspek ingatan dan lupaan dimana kemahiran latihan perlu iaitu mengulangkaji pelajaran kerana latihan dapat membentuk ingatan dan latihan yang sesuai merupakan hafalan(R-G). Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu perkara itu menyeronokakan murid maka berlaku peningkatan dalam prestasi pencapaiaannya kerana perkara yang seronok akan menarik minat murid.

3.2 Kecerdasan Tahap kecerdasan kedua-dua ornag murid mempunyai jurang yang amat berbeza. Murid yang berada di tahap prestasi yang cemerlang mempunyai kecerdasan logik-matematik berbandingan dengan murid yang berprestasi rendah lebih cenderung ke arah kecerdasan muzik.
4

Perbezaan kecerdasan juga berkait rapat dengan latar belakang keluarga murid-murid berkenaan dimana murid berprestasi tinggi mempunyai latar belakang ibubapa yang terdiri daripada pekerjaan professional berbanding dengan murid berprestasi rendah ibubapa hanyalah bekerja sendiri. Kecerdasan kedua-dua murid lebih dekat kepada faktor baka kerana murid cerdas muzikal mempunyai keturunan baka dari ibunya yang merupakan seorang penari kebudayaan satu masa dahulu manakala murid cerdas logik-matematik berlatar belakangkan bapa seorang guru matematik manakala ibu seorang guru sains. Murid berpencapaian cemerlang juga amat disenangi oleh rakan-rakannya berbanding dengan murid yang berprestasi rendah lebih gemar menyendiri. Dari dapatan kajian, murid berprestasi cemerlang amat cerdas dalam semua aspek termasuk aspek sukan kerana murid ini mempunyai keyakinan yang tinggi dalam dirinya berbanding dengan murid yang berprestasi rendah. Penglibatan murid di dalam kelas juga menyeluruh dan amat aktif berbanding dengan murid yang berprestasi rendah. Kajian lepas yang telah dijalankan oleh Profesor Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya, Yusof Boon, daripada Fakulti Pendidikan UTM Skudai Johor dan Amir Hamzah Abdullah daripada Falkulti Pendidikan UUM Kedah telah mengkaji Kecerdasan Emosi dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik dan Tingkahlaku Pelajar. Kajian yang dijalankan berteraskan intelek, emosi dan rohani pelajar bertujuan mengukur dimensi kecerdasan emosi iaitu kesedaran diri, pengawalan emosi, motivasi diri, empati dan kemahiran interpersonal untuk melihat bagaimana pengawalan emosi memberi keberkesanan dalam pembelajaran dan kesannya terhadap prestasi pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan pandai bersosial tidak akan menghadapi kesukaran dalam menjalinkan hubungan dengan rakan sebaya, selalu bertindak secara positif dan akan membantu dalam pencapaian akademik yang baik. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983) menegaskan bahawa terdapat 8 kecerdasan yang berbeza bagi setiap individu. Seseorang yang lemah dalam sesuatu bidang mungkin cemerlang di dalm bidang lain, sebagai contoh jika seseorng murid amat meminati muzik, gaya pembelajaran di dalam kelas boleh diterapkan dengan elemen muzik jika itu mampu membantu murid ke arah prestasi yang cemerlang kerana kecerdasan haruslah dikembangkan melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

3.3

Ingatan dan Lupaan Untuk mengingati sesuatu pembelajaran, murid berprestasi cemerlang lebih

mudah mengingat daripada murid berprestasi rendah. Ini kerana murid berprestasi cemerlang menggunakan teknik ingatan yang pelbagai. Ingatan hanya wujud bagi murid berprestasi rendah apabila peneguhan diberikan. Peneguhan negatif berbentuk amaran atau denda mampu merangsang murid untuk mengingati sesuatu pembelajaran itu. Namun lebih cepat ingatan itu terjadi apabila kajian dijalankan dengan mengarahkan murid menghafal sifir 7 hingga 9 serta diberi peneguhan positif iaitu memberi hadiah berbentuk wang tunai sebanyaj RM5 jika dapat menghafal sifir 7 hingga 9. Murid dalam masa seminggu terus berjumpa dengan guru lalu membaca sifir 7 hingga 9 dengan lancar kerana menantikan hadiah yang bakal diterimanya. Melalui dapatan kajian juga, faktor yang menyebabkan lupaan kepada murid-murid ialah minat. Murid yang kurang berminat pada matapelajaran tersebut akan mengambil langkah tidak kisah tentang matapelajaran tersebut. Disini, guru memainkan peranan penting kerana murid yang kurang minat pada satu-satu pelajaran perlu diransang minat tersebut melalui pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Murid yang berprestasi rendah mengaku amat meminati matapelajaran Bahasa Inggeris walaupun murid tersebut kurang kemahiran tentang bahasa tersebut. Melalui dapatan murid, beliau merasakan amat tenang, gembira dan seronok setiap kali matapelajaran tersebut diajar. Walaupun guru tegas dan garang, teknik guru tersebut yang menggunakan peneguhan positif amat menarik minat murid tersebut berbanding dengan matapelajaran lain yang membuatkan diri murid tersebut tertekan. Jurnal Teknologi 49 (E) Dis 2008:49-64 UTM, Prof Dr Wan Zah Wan Ali dan rakan-rakan telah mengkaji Kemahiran Pengurusan Masa Pelajar hubungannya dengan pencapaian prestasi. Aspek yang dikaji dibawah subtopik ingatan dan lupaan menekankan penggunaan masa amat penting dan ia membawa kesan besar terhadap prestasi seseorang pelajar. Seseorang pelajar yang bijak dalam pengurusan masa bakal menyumbang kepada prestasi cemerlang berbanding dengan pelajar yang hanya suka membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Stress atau tekanan juga boleh mempengaruhi prestasi seseorang pelajar. Buletin Psikologi 2000/2001 menekankan bahawa stress boleh menjejaskan prestasi pelajar. Stress mungkin berpunca dari masalah keluarga, kemiskinan, keretakkan rumah tangga, bermotivasi lemah dalam pencapaian akademik serta pelbagai masalah berbentuk peribadi terbukti menjejaskan prestasi akademik.
6

Teori yang boleh dikaitkan ialah Teori Perkembangan Behaviorisme. Teori Pelaziman Operan Skinner (1953), peneguhan memainkan peranan penting bagi membuktikan prestasi murid-murid. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif lebih kepada arah pujian yang mampu memberi keseronokkan kepada murid untuk terus cemerlang dan minat untuk terus belajar. Peneguhan negatif merupakan teguran jika murid menjawab kesalahan pada soalan agar di masa hadapan kesalahan yang sama tidak berulang. Teori Skinner mampu membentuk satu prestasi yang cemerlang jika diamalkan oleh guru-guru.

3.4 Kemahiran berfikir Murid yang berprestasi lemah lebih cenderung ke arah berfikir secara kreatif sebaliknya murid yang berprestasi cemerlang lebih kepada kemahiran berfikir kritikal dan kritis. Murid kreatif sebenarnya murid yang bijak cuma murid tersebut tidak tahu bagaimana mengaplikasikan kreativiti yang ada pada dirinya dengan pembelajaran hariannya.

Memandangkan murid ini cenderung ke arah muzik, murid ini kreatif dalam penghasilan lagu serta mengubah lagu sendiri, cuma murid ini di dalam dunianya yang tersendiri. Murid cemerlang mempunyai metakognisinya yang tinggi dalam pengetahuan tugas. Murid mampu melaksanakan tugas, menyelesaikan masalah matematik, membuat karangan serta mempunyai strategi pembelajaran dengan baik berbanding dengan murid yang berprestasi rendah yang hanya suka pada muzik dan dunia hiburan. Melalui dapatan kajian juga, murid berprestasi rendah mempunyai nilai motivasi diri ditahap yang rendah. Murid sendiri berpandangan bahawa dalam pelajaran murid hanya mampu menduduki ditangga yang terbawah berbanding dengan muridmurid yang lain. Kemahiran berfikir murid ke arah pola motivasi diri yang rendah maka, nilai prestasi murid akan terjana mengikut kata minda. Kajian lepas yang didapati ialah Jurnal Pendidikan 31 (2006) telah menjalankan kajian terhadap Kesedaran Metakognisi, Motivasi & Pencapaian Akademik Pelajar Universiti. Kajian telah meneliti peranan dan kaitan antara metakognisi dan motivasi dengan pencapaian pelajar. Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa kemahiran berfikir secara metakognisi berperanan penting terhadap pencapaian akademik. Ia juga bergantung kepada pola motivasi seseorang pelajar dimana jika pola seseorang pelajar di tahap yang tinggi maka ia mempengaruhi prestasi cemerlang. Berbeza pula pandangan dan pendapat dalam kajian Nur
7

Salwani bt Mat Noor UTM (2010). Kemahiran berfikir secara kreatif ditekankan dalam kajian beliau yang mengkaji Kemahiran berfikir secara kreatif dengan pencapaian akademik dalam Pendidikan Fizik. Kajian yang dijalankan dalam bentuk deskriptif menyimpulkan bahawa kemahiran kreatif dan kritis amat penting dalam pembelajaran yang mampu mengubah prestasi akademik pelajar. Teori Pembelajaran Gagne (1974) boleh dikaitrapatkan dengan kemahiran berfikir semasa pembelajaran. Gagne merumuskan bahawa lapan peringkat pembelajaran perlu dikuasai oleh murid diperingkat awal pembelajaran murid. Gagne merumuskan bahawa peringkat kelapan perlu berakhir dengan pembelajaran menyelesaikan masalah iaitu salah satu kemahiran berfikir. Penyelesaian masalah melibatkan prinsip, rumus, konsep, hipotesis dan membuat pilihan perlu dikuasai oleh murid yang bakal membentuk serta membantu prestasi murid ke arah kecemerlangan.

4.CADANGAN

Para guru perlulah mempunyai kemahiran untuk mengeksploitasi kelebihan-kelebihan dari segi teknik mengajar seperti penggunaan komputer yang diminati oleh murid-murid masa kini, menggunakan muzik dan sebagainya. Guru harus peka dengan kehendak serta keperluan murid-murid yang berbeza dari segi faktor pembelajaran iaitu kesedian belajar, kemahiran berfikir, kecergasan, persepsi dan penanggapan, pemindahan belajar, ingatan dan lupaan serta gaya kognitif murid. Semua ini berbeza antara satu sama lain. Melalui dapatan kajian, murid amat selesa dengan peneguhan positif berbanding dengan peneguhan negatif. Ini salah satu langkah yang boleh diamalkan oleh guru-guru setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. Guru-guru boleh menjalankan peneguhan positif. Tidak semestinya melalui pemberian hadiah, ganjaran atau saguhati setiap kali murid berjaya menjawab soalan, sekadar memberi pujian sudah cukup bermakna buat murid-murid. Murid yang berprestasi rendah akan rasa dihargai apabila pujian sentiasa diberikan kepadanya. Dengan ini , ia mampu menarik minat murid serta penumpuan murid di dalam kelas. Peneguhan negatif juga perlu agar murid-murid tidak terus leka dengan peneguhan positif. Teknik mengajar juga tidak semestinya dijalankan di dalam kelas sebaliknya guru boleh mengambil langkah yang luar biasa dengan membawa murid ke padang atau berada di bawah
8

pokok. Persekitaran pembelajaran perlulah dipastikan sesuai dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut kerana ia mampu merangsang minat murid. Murid akan lebih mengingati apabila suasana pembelajaran berbeza dari hari-hari biasa. Pengalaman yang tersimpan diminda murid akan dikeluarkan sebagai satu tingkahlaku baru. Ini lah yang dikatakan sebagai proses pembelajaran. Ujikaji, ekperimen, permainan bahasa, berdialog, muzikal di dalam kelas, pertandingan antara kumpulan merupakan antara-antara pembelajaran yang menarik minat murid di dalam kelas. Murid bukan sahaja aktif semasa di dalam kelas malah maklumat diterima diserap mudah ke dalam otak fikiran murid-murid kerana keseronokkan belajar diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Perbincangan kumpulan juga boleh dijalankan di dalam kelas supaya murid boleh berinteraksi antara satu sama lain. Perbincangan berkumpulan mampu menghindarkan rasa rendah diri seseorang murid. Murid akan lebih bermotivasi tinggi apabila perbincang kumpulan dijalankan tanpa bersikap menyendiri. Guru juga seharusnya menjadikan diri mereka sebagi idola kepada murid-murid dengan sentiasa berketrampilan menarik dan kemas. Terdapat dikalangan murid yang belajar bukn kerana minat kepada matapelajaran tersebut sebaliknya murid tersebut minat akan guru itu tersebut. Keadaan ini juga membantu meningkatkan prestasi murid yang sentiasa menjadikan guru sebagai idolanya untuk terus maju. Bentuk latihan memainkan peranan penting bagi meningkatkan prestasi murid. Guru seharusnya memberi latihan bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Latihan sepatutnya tidak terlalu banyak kerana ini mampu mengundang jemu keapda murid-murid lalu nilai untuk meminati sesuatu matapelajaran tersebuat akan susut. Latihan yang terlalu banyak juaga bakal menimbulkan peneguhan negatif pada guru apabila latihan tersebut tidak mampu disiapkan oleh murid pada masa yang ditetapkan. Memadailah dengan latihan yang sedikit, murid mampu menyelesaikan latihan serta faham akan latihan yang diberikan. Kesedaran ibu bapa terhadap anak-anak juga mampu mengubah prestasi ke arah kecemerlangan melalui motivasi sekolah atau kerja-kerja amal di sekolah. Ini dapat membuktikan bertapa prihatinnya ibu bapa terhadap sekolah dan anak-anaknya. Anak mungkin selama ini menganggap ibubapa tidak pernah mengendahkan mereka sama ada mencapai markah tinggi atau sebaliknya akan berubah ke arah prestasi cemerlang apabila melihat ibubapa sendiri sanggup hadir ke sekolah atas ajuran pihak sekolah.
9

KESIMPULAN Teori Pelaziman Operan Thorndike (1913), berjaya membuktikan bahawa kesan yang menyeronokkan dapat meningkatkan pertalian antara ransangan dan gerak balas. Murid yang ada keseronokkan belajar mampu mengubah prestasi kearah kecemerlangan. Guru yang mengadakan pelbagai ransangan mampu memberi kesan positif terhadap murid. Begitu juga dengan Teori Pembelajaran Gagne (1974) yang menyenaraikan lapan peringkat yang perlu dikuasai oleh murid dalam pembelajaran. Ia bersesuaian dengan proses pembelajaran yang mampu meningkatkan prestasi murid bermula dari yang mudah sehingga ke aras yang sukar iaitu ke aras kemahiran berfikir. Teori Pelaziman Operan Skinner perlulah sentiasa diamalkan oleh guru di dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Murid akan merasa dihargai jika guru sentiasa memberi peneguhan positif. Ini mampu meningkatkan semangat murid untuk terus belajar. Namun begitu, peneguhan negatif juga perlu agar murid tidak terus alpa dengan peneguhan positif sahaja. Secara keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas mampu mengubah prestasi murid-murid kerana ransangan murid bermula dari maklumat yang diberikan oleh guru sebagai satu pengalaman lalu membentuk tingkahlaku proses pembelajaran.

2593 patah perkataan

10

RUJUKAN Atan Long (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka

Crow, L.D Crow.A (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka

Ee Ah Meng. (1999).Siri Diploma Pengurusan:Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Guru & Sekolah.Edisi Kedua. Shah Alam: Fajar Bakti

Jurnal Pendidikan 31(2006). Kesedaran Metakognitif, Motivasi & Pencapaian Akademik Pelajar (Online). http://www.ukm.my/penerbit/jurnal_pdf/jpend31_02.

Mok Soon Sang. (2010) Psikologi Pendidikan & Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Prof Madya Dr Azizi Hj Yahya, Yusof Boon, UITM dan UUM. Kecerdasan Emosi dan hubungannya dengan Pencapaian Akademik dan Tingkahlaku Pelajar. (Online). http://eprints.utm.my/2265/1/AziziYahaya_Kecerdasan_Emosi_dan_Hubungan_Pencapaian.

Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan.(2011). HBEF2103 Psikologi Pendidikan.Edisi Kedua.Selangor:OUM

Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali dan rakan-rakan. Kemahiran Pengurusan Masa Pelajar hubungannya dengan Pencapaian Prestasi. Jurnal Teknologi 49(E)Dis 2008:49-64

Zubaidah Begam bt Mohamed Zakaria (2007).Hubungan gaya pembelajaran dengan prestasi murid. (Online) http://eprints.utm.my/6470/1/ZubaidahBegamMFP.

11

12

Vous aimerez peut-être aussi