Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
: Sistem Saraf :
Pelajar dapat memahami koordinasi saraf dalam tubuh badan manusia. Pelajar dapat melukis dan melabel neuron. Pelajar dapat mengenalpasti struktur serta fungsi neuron yang terdapat pada tubuh badan manusia.
IV. V.
Pelajar memahami peranan serta kepentingan neuron pada manusia. Pelajar dapat memahami dan menjelaskan proses refleksi yang berlaku. :
Soalan I. II.
Melukis dan melabel neuron Melaksanakan menerangkannya. proses refleksi dengan melakukan aktiviti dan
Sistem saraf manusia berupaya mengesan dan menyelaraskan segala proses atau aktiviti dalam badan serta bergerak balas dengan sewajarnya terhadap perubahan yang berlaku dalam persekitaran. Sistem saraf manusia terdiri daripada dua komponen iaitu sistem saraf pusat (SSP) dan Sistem saraf periferi. Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang manakala sistem saraf periferi terdiri daripada saraf yang menghubungkan sistem saraf pusat dengan reseptor dan efektor yang sepadan. Saraf yang dihubungkan kepada otak ialah kranium. Saraf yang dihubungkan kepada saraf tunjang ialah saraf spina. Reseptor terdiri daripada sel deria dan organ deria seperti
mata,hidung,kulit,telinga ,dan lidah. Reseptor mengesan dan menerima rangsangan yang berlainan dari persekitaran dalam dan persekitaran luar badan.Efektor terdiri daripada otot dan kelenjar (kelenjar endokrin) yang akan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima. Fungsi sistem saraf ialah mengalirkan maklumat yang diterima oleh reseptor dalam bentuk impuls ke sistem saraf pusat dan seterusnya ke efektor. Sistem saraf pusat manusia yang terdiri daripada otak dan saraf tunjang terlibat dalam integrasi maklumat. Sistem saraf periferi terdiri daripada saraf yang menghubungkan sistem saraf pusat dengan reseptor dan efektor yang sepadan. 1.1 Otak Otak merupakan pusat koordinasi dan kawalan bagi manusia. Otak terletak dalam kranium. Kranium melindungi otak dan mengekalkan bentuk kepala manusia. Otak terdiri daripada jirim kelabu di bahagian luar dan jirim putih di bahagian dalamnya. Bahagian luat terdiri daripada jasad sel manakala bahagian dalam terdiri terutamanya gentian saraf.otak dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu
Saraf tunjang bermula dari dasar otak dan terdapat di sepanjang turus vertebra. Saraf tunjang bukan sebahagian tulang vertebra. Bahagian dalam saraf tunjang terdiri daripada jirm kelabu manakala bahagian luar terdiri daripada jirim putih. Susunan ini adalah bertentangan dengan serebrum di otak. Sebahagian besar jirim kelabu terdiri daripada jasad sel dan berbentuk H. Jirim putih terdiri daripada gentian saraf. Di sepanjang saraf tunjang terdaripada 31 pasang saraf spina. Setiap sarag spina dibahagi kepada dua akar iaiatu akar dorsal dan akar ventral, yang bersambung kepada saraf tunjang. Saraf spina mengandungi tiga jenis sel saraf atau neuron iaitu neuron aferen,neuron eferen dan interneuron. Anggota dan otot badan berhubung dengan saraf tunjang melalui saraf spina.Neuron aferen membawa maklumat (impuls saraf) dari reseptor atau organ deria masuk ke dalam saraf tunjang menerusi akar dorsal manakala neuron eferen membawa impuls keluar dari saraf tunjang menerusi akar ventral ke efektor. Jasad sel neuron eferen terdapat dalam bahagian jirim kelabu saraf tunjang manakala jasad sel neuron aferen berkumpul untuk membentuk ganglion pada akar dorsal.Fungsi utama saraf tunjang ialah mengawal gerak balas refleks dan menghubungkan otak dengan sistem saraf periferi.
2.0 Struktur Neuron dan Fungsi Bahagian Neuron Sistem saraf terdiri daripada berjuta-juat sel saraf yang juga dikenali sebagai neuron. Maklumat atau utusan dibawa oleh sistem saraf dalam bentuk impuls. Impuls saraf merupakan isyarat bioelektrik yang bergerak dengan pantas. Setiap neuron mengandungi jasad sel. Jasad sel mengandungi satu nukleus dengan sitoplasma. Jasad sel mempunyai banyak unjuran sitoplasma disebut dendrit yang berfungsi menerima impuls saraf dari neuron lain dan menghantarnya ke arah jasd sel. Di salah satu hujung jasad sel, terdapat satu unjuran sitoplasma yang panjang yang dikenali sebagai akson. Akson berfungsi membawa impuls keluar dari jasad sel ke neuron lain atau ke efektor. Neuron disaluti oleh lapisan lemak yang disebut salut mielin. Akan tetapi, bukan semua bahagian neuron disaluti oleh salut mielin. Terdapat bahagian terputus-putus yang tidak disaluti pada sela tetap di sepanjang neuron. Bahagian ini dikenali sebagai nodus Ranvier. Antara fungsi salut mielin ialah untuk mempercepatkan penghantaran impuls dengan menyebabkan impuls melompat dari satu nodus Ranvier ke nodus Ranvier yang lain. Ia juga berfungsi bagi melindungi neuron daripada kecederaan dan sebagai penebat kepada impuls elektrik. Selain itu, salut mielin juga berperanan bagi membekalkan nutrien kepada neuron. Akson berakhir dengan dendrit terminal. Impuls mengalir dalam bentuk gelombang bioelektrik. Impuls yang dicetuskan di satu hujung neuron akan mengalir di sepanjangnya dan dihantar ke neuron yang berikutnya.
Mempercepatkan penghantaran impuls Rajah 2.0 Struktur tipikal neuron 2.1Jenis Neuron dan Fungsinya Terdapat 3 jenis neuron iaitu: Neuron aferen Neuron eferen Interneuron / neuron perantaraan dan
melindungi akson
Rajah 2.2 Struktur neuron aferen Terdapat di luar sistem saraf pusat. Membawa impuls dari reseptor atau organ deria ke sistem saraf pusat. Dendrit menerima impuls dari reseptor dan menghantarnya ke arah jasad sel. Impuls dialirkan dari jasad sel melalui akson ke neuron yang berikutnya. Jasad sel terdapat di dalam ganglion akar dorsal.
Terdapat di dalam sistem sistem saraf pusat. Menghubungkan neuron aferen kepada neuron eferen. Jasad sel terdapat secara berkelompok di dalam jisim kelabu sistem saraf pusat. 2.4Neuron Eferen ( Neuron Motor)
Rajah 2. 4 Neuron Eferon Terdapat di luar sistem saraf pusa. Menerima impuls saraf dari interneuron. Membawa impuls dari sistem saraf pusat ke efektor seperti otot atau kelenjar untuk gerak balas yang sewajarnya. Jasad sel terdapat di dalam jirim kelabu sistem saraf pusat.
3.0 Gerak Balas Refleks Gerak balas refleks ditakrifkan sebagai satu gerak balas yang pantas dan automatik tanpa melibatkan daya pemikiran. Oleh itu,otak tidak terlibat dalam gerak balas refleks. Kebanyakan tindakan refleks berlaku di bawah kawalan saraf tunjang. Tindakan refleks merupakan fungsi sistem saraf yang paling ringkas. Contoh tindakan refleks ialah menarik tangan dengan segera apabila terkena objek yang panas. Tindakan refleks dapat melindungi seseorang apabila berada dalam keadaan bahaya. Dalam keadaan cemas, gerak balas yang pantas dan cepat diperlukan tanpa melibatkan pemikiran untuk membolehkan seseorang mengatasi keadaan tersebut. Gerak balas ini dapat menjamin kemandirian seseorang. Tindakan refleks yang dikawal oleh saraf tunjang mengurangkan beban fungsi otak supaya fungsi otak boleh menumpukan pada tindakan yang lebih kompleks. Lintasan yang dilalui oleh impuls saraf untuk menghasilkan gerak balas refleks dikenali sebagai arka refleks. Gerak balas refleks boleh melibatkan dua ataupun tiga neuron. 3.1Laluan Impuls Melalui Dua Jenis Neuron-Pantulan Lutut Pantulan lutut atau juga dikenali sebagai ujian sentakan lutut biasanya dilakukan oleh seorang doktor untuk menguji kesihatan atau keberkesanan sistem saraf seseorang. Apabila tendon di bawah tempurung lutut diketuk, satu tindakan refleks akan terhasil di mana kaki akan melurus dan melenting ke atas secara automatik. Arka refleks sentakan lutut merupakan arka refleks yang ringkas kerana hanya melibatkan dua neuron iaitu neuron aferen dan eferen sahaja yang bersinaps secara langsung di dalam jirim kelabu saraf tunjang.
Di jirim kelabu saraf tunjang ,impuls dipindahkan ke neuron eferen yang bersinaps dengannya.
otot kuadrisep mengecut dan ini mengakibatkan pantulan lutut,iaitu kaki dilentingkan. Rajah 3.1 Arka refleks dalam sentakan lutut