Vous êtes sur la page 1sur 3

Di Sebalik Wajah (Abang Saifuddin Abang Bohari) Secara kronologi peristiwa disusun mengikut urutan masa Sinopsis Cerita

a Di Sebalik Wajah mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar. Nama Doktor Fikri diberikan oleh bapanya sempena nama seorang doktor yang telah mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya. Disebabkan nama dan kecacatan kulitnya yang balar Doktor Fikri sering diejek dan diketawakan. Namun begitu, dia tabah menerima segala dugaan yang menimpa dirinya. Pertukaran ke sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal banyak memberikan pengalaman baharu kepadanya. Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz dapat menerima kehadirannya di sekolah itu. Mereka berkawan baik sehinggalah Doktor Fikri dianiaya oleh tiga orang murid iaitu Narius, Jais dan Jamadi yang juga sering mengganggu murid lain. Satu laporan salah laku mereka telah dibuat kepada guru disiplin iaitu Cikgu Wahab. Hal ini menyebabkan mereka berdendam kepada Doktor Fikri. Narius dan kawan-kawannya meletakkan buku-buku perpustakaan dan beberapa dompet ke dalam beg sekolah Doktor Fikri. Guru disiplin telah membuat pemeriksaan mengejut ke setiap kelas. Doktor Fikri telah dipanggil dan disoal siasat namun dia hanya mendiamkan diri. Selepas kejadian tersebut, kawan-kawannya mula menjauhkan diri kecuali Josy yang masih setia memberikan perangsang dan semangat serta memintanya bersabar dengan dugaan yang menimpa. Semasa sukan tahunan sekolah, Doktor Fikri gagal menamatkan larian 1500 meter dan pengsan. Dia juga kehilangan basikal yang baru dibeli dengan duit simpanannya sendiri. Pada suatu hari seorang murid mengadu kepada Cikgu Wahab bahawa dia ternampak Narius dan rakan-rakannya mencuri basikal doktor Fikri. Hal ini dilaporkan ke balai polis. Narius dan rakan-rakannya ditangkap atas pelbagai kesalahan yang dilakukan. Mereka ditahan di lokap. Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga masing-masing. Narius tidak dapat dibebaskan kerana keluarganya miskin. Doktor Fikri dan bapanya dipanggil untuk mengambil semula basikalnya. Semasa di balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius sedang menangis di samping bapanya yang sudah uzur. Doktor Fikri meminta ayahnya menjamin Narius. Semenjak hari itu, Narius, Jais dan Jamadi insaf dan berubah menjadi baik. Mereka mengaku kepada murid lain bahawa merekalah yang menganiaya Doktor Fikri. Namun, pada masa yang sama, Doktor Fikri berhijrah ke Jepun kerana bapanya bertugas di sana. Setelah setahun, Doktor Fikri dan keluarganya balik bercuti di Malaysia. Kepulangan Doktor Fikri disambut dengan gembira oleh rakan-rakannya. Keluarga Doktor Fikri mengisi cuti mereka dengan bersama-sama mendaki puncak Gunung Kinabalu seperti yang dihasratkan oleh Doktor Fikri. Tema Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya. Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya. Persoalan 1. Persoalan rajin membaca Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku. 2. Persoalan menghargai persahabatan Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka. Persoalan keinsafan Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis. Persoalan aplikasi Ilmu Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayursayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya. Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi. Persoalan berdikari Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam. Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya. Persoalan taat akan perintah agama Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersamasama di rumah. Permulaan Memperkenalkan watak Doktor Fikri iaitu anak kepada Cikgu Saiful dan Puan Halipah yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya. Perkembangan Doktor Fikri berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal dalam tingkatan dua. Perumitan Doktor Fikri sering diejek oleh pelajar lain, dibuli dan difitnah oleh Narius, Jais dan Jamadi. Puncak Narius, Jais dan Jamadi mengaku kesalahan mereka yang memfitnah Doktor Fikri. Peleraian Doktor Fikri dan keluarga pulang bercuti ke Malaysia setelah setahun tinggal di Jepun. Mereka sekeluarga dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu. Teknik Plot 1. Dialog Nama saya Doktor Fikri. Doktor Fikri berdiri dan duduk semula. Doktor? Cikgu Asnawi tergelak. Monolog Sewaktu melangkah meninggalkan bilik sembahyang itu dia berkata, Ya Allah, lahirkanlah lebih ramai doktor Melayu yang kuat beribadat kepadaMu. Monolog dalaman Comelkah anakku? Adakah menyerupai rupaku? Cerahkah kulitnya? Ya Allah moga-moga kulit anakku putih, tidak seperti kulitku yang hitam legam ini. Itulah soalan-soalan yang timbul dalam fikirannya yang belum lagi melihat anak sulungnya. Imbas kembali Cikgu Saiful teringat kembali perbualan dengan Puan Halipah semasa menghantarnya ke klinik Doktor Nadia bagi pemeriksaan ibu mengandung. Imbas muka Doktor Fikri bermimpi diserang oleh seekor naga semasa tidur di rumah rehat Panalaban. Pemerian Peristiwa pengarang menggambarkan penantian Cikgu Saiful menunggu kelahiran anak sulungnya semasa di hospital. Konflik Doktor Fikri tidak mahu membayar cukai keselamatan yang dipaksa oleh Narius, Jais dan Jamadi. Kejutan Pembaca dikejutkan dengan peristiwa Doktor Fikri tiba-tiba berpindah ke Jepun kerana ayahnya bertugas di sana. Suspen Pembaca tertanya-tanya mengapa Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah selama dua hari.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

3.

9.

4.

Watak Utama Doktor Fikri

5.

6.

Pelajar tingkatan dua berumur 14 tahun Cacat kulit - balar Tabah menghadapi dugaan seperti diejek sifat fizikalnya Rajin membaca sentiasa membaca buku jika ada masa lapang Penyayang menyayangi keluarga dan rakan-rakan Berdikari berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya

Watak Sampingan 7. Cikgu Saiful 9. Bapa Doktor Fikri Penyayang amat sayang kepada Doktor Fikri Bertanggungjawab sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarga Taat kepada agama melakukan sembahyang berjemaah bersama-sama keluarga

8.

Puan Halipah Ibu Doktor Fikri Bertanggungjawab menyediakan bekal makanan untuk Doktor Fikri ke sekolah Prihatin sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabil Doktor Fikri pulang dari sekolah Penyayang memberikan sokongan moral semasa Doktor Fikri mengambil bahagian dalam acara sukan

Hospital Ratu Elizabeth Cikgu Saiful menunggu isterinya Puan Halipah melahirkan anak sulung mereka.

Latar Masyarakat Masyarakat pelajar Doktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Masyarakat guru Cikgu Wahab, Cikgu Girlie dan Cikgu Fatmawati mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Masyarakat yang prihatin Josi amat prihatin kepada Doktor Fikri yang sering diejek dan disihkan oleh pelajar lain. Masyarakat yang bertanggungjawab Cikgu Saiful dan Puan halipah merupakan ibu bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ibu bapa.

Josy Pelajar Tingkatan Dua Melati Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal Prihatin sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor Fikri dan memberikan semangat kepadanya Teguh pendirian tidak mudah mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh Narius dan rakan-rakannya terhadap Doktor Fikri

bapa

yang

Narius Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal Berbadan besar Bermasalah disiplin selalu membuli Doktor Fikri/ cuba memeras ugut Doktor Fikri dan mencuri basikal Doktor Fikri Insaf akan kesalahan lalu berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila Cikgu Saiful menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan cuba mengopak cermin kereta.

Masyarakat yang taat kepada perintah agama Cikgu Saiful dan keluarganya sering menunaikan sembahyang bersama-sama bagi mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga. Masyarakat penyayang Cikgu Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi doktor Fikri walaupun anak mereka cacat. Masyarakat yang pasrah kepada ketentuan Tuhan Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah mendapat anak mereka yang cacat kulitnya.

Cikgu Wahab Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal Garang merotan pelajar yang melakukan kesalahan Bertimbang rasa membenarkan Sanin makan di kantin di luar waktu rehat setelah Sanin memberikan alasan bahawa dia terlalu lapar Gaya Bahasa Kata Ganda Contoh: kelima-lima, sofa-sofa, terhinggut-hinggut, jari-jemari, warnawarni Pelajar Tingkatan Dua Mawar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal Kawan Doktor Fikri Mudah terpengaruh percaya bahawa Doktor Fikri seorang pencuri setelah Cikgu Wahab menjumpai barang curi di dalam beg Doktor Fikri lalu terus memulaukannya Peribahasa Contoh: buku lima, keras hati Pengaruh bahasa asing Contoh: bahasa Arab (Allah, nauzubillahiminzalik), bahasa Inggeris (nurse) Hiperbola Contoh: Apabila cahaya matahari yang terlalu tajam menembusi ruang di dalam kelas itu, matanya hampir tertutup. Simile Contoh: Ada yang menepuk-nepuk meja, ada pula yang bersuara seperti katak memanggil hujan. Pengulangan kata atau repitisi Contoh: Sap! Sap! Sap! Sinkope Contoh: Ampun cikgu, saya tak buat lagi! Personifikasi Contoh: Hanya daun-daunnya yang melambai lembut seolah-olah berbisik kepada pelajar yang berada di dalam pagar itu.

Dayang Mahani

Latar Masa Pagi peristiwa Doktor Fikri datang lewat ke sekolah dan ditegur oleh Cikgu Wahab, guru disiplin sekolah.

Petang Narius, Jais dan Jamadi sedang menunggu Doktor Fikri di bawah sebatang pokok yang rendang untuk meminta duit cukai keselamatan. Malam Keluarga Cikgu Saiful tidur di rumah rehat Panalaban sebelum meneruskan perjalanan mereka mendaki Gunung Kinabalu.

Latar Tempat Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal Tempat Doktor Fikri dan rakan-rakannya bersekolah. Rumah Cikgu Saiful Rakan-rakan Doktor Fikri datang membantunya membungkus sayursayuran untuk di jual di Tamu. Pasar Tamu Doktor Fikri dan rakan-rakanya menjual sayur-sayuran di pasar Tamu tetapi tidak lama Kerana hujan turun dengan lebatnya. Gunung Kinabalu Doktor Fikri dan keluarganya dalam perjalanan untuk mendaki puncak Gunung Kinabalu. Balai polis Doktor Fikri dan ayahnya mengambil semula basikal yang dicuri oleh Narius, Jais dan Jamadi. Cikgu Saiful juga menjamin Narius keluar dari lokap tersebut atas permintaan Doktor Fikri.

Nilai Nilai kasih sayang Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri saling menyayangi antara satu sama lain. Nilai keinsafan Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri. Nilai keberanian Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Nilai ketabahan Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Nilai kerajinan Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya. Nilai menghormati orang tua Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi antara satu sama lain. Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri. Kita haruslah berani memperrtahankan hak kita. Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan. Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Kita haruslah mengamalkan sikap rajin. Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayam. Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.

Vous aimerez peut-être aussi