Vous êtes sur la page 1sur 40

SEKAPUR SIRIH

Setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn. Norhayati bt Md Yatim selaku pensyarah pembimbing Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3101). Bimbingan dan nasihat yang telah beliau berikan banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan berkongsi idea secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang sama-sama membantu sehingga tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Bahasa itu indah rupanya Namun, kadangkala tajamnya ibarat pedang Menghiris dan membunuh perasaan Jika ujaran di luar kehalusan budi bahasa Jika tindakan di luar santun Melayu Pasti membunuh jati diri bangsa Justeru Saat indah bahasaku kian luntur Cintaku kepadamu Bahasa Melayuku Tak akan terhakis oleh rempuhan globalisasi Kerana aku adalah wasilahmu Lambang kekuatan warisan zaman
AIR SIRAP CAMPUR SELASIH, SEKIAN TERIMA KASIH
1

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN


NAMA PELAJAR: NO. MATRIK: KUMPULAN: KURSUS: PENSYARAH: SAADAH BINTI SAIRI PPG 201119236164 PPG BM(H) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PN. NORHAYATI BT MD YATIM

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN - Menerima tugasan daripada Pn. Norhayati - Pn. Norhayati memberi penerangan tentang tugasan tersebut.

CATATAN

30.7.2011

2.8.2011

- Perbincangan dengan rakan sekelas - Mencari bahan rujukan di perpustakaan. - Bertukar-tukar idea dengan rakan.

6.8.2011

8.8.2011

- Melayari internet untuk mencari bahan. - Membuat draf. - Edit - Mengaplikasikan RPH di dalam kelas - Edit dan binding.

9.8.2011

18.8.2011

24.8.2011

- Hantar secara pos kepada Pn. Norhayati

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS


NAMA PELAJAR: NO. MATRIK: KUMPULAN: KURSUS: PENSYARAH: SAADAH BINTI SAIRI PPG 201119236164 PPG BM(H) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PN. NORHAYATI BT MD YATIM

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN T.TANGAN PENSYARAH/ PELAJAR

02.08.2011

- Draf tugasan - Perkara-perkara yang perlu dihuraikan. - Bertukar-tukar bahan - Huraian isi tugasan - Melayari internet bersama-sama untuk mencari bahan. - Contoh-contoh aktiviti dan teknik - RPH - RPH Lisan - RPH Bacaan - RPH Tulisan - Penambahbaikan tugasan.

06.08.2011

08.08.2011 09.08.2011

10.08.2011

20.08.2011

PENDAHULUAN
Aspek kemahiran berbahasa meliputi kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berbahasa ini membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pelajaran seumur hidup bagi tujuan perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta rekreasi. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dirangka bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Ia juga bertujuan supaya murid dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sukatan pelajaran juga mengambil kira kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah juga akan memantapkan lagi penguasaan bahasa murid. Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan dan pemulihan. Ia selaras dengan usaha untuk memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, guru-guru digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah dan aktiviti mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung pada kebijaksanaan guru untuk mengolah teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU KBSR

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah dirangka bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara tepat. Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberi tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa untuk pembelajaran seumur hidup bagi tujuan perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta rekreasi. Sukatan ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mengandungi matlamat, objektif dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun iaitu dari tahun satu hingga tahun enam. Kandungan sukatan pelajaran ini diperincikan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH


Matlamat

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah murid dapat: i. Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti dan memahaminya dalam konteks perbualan harian dan situasi formal. Bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara. Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis. Memupuk minat membaca sebagai amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan. Memperkembang imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

Menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, ejaan, kosa kata, serta sebutan dan intonasi yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya bukan sastera. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan kewarganegaraan.

ix.

x.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memudahkan keberkesanan pengajaran, meningkatkan pencapaian murid di samping mengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk membuat Rancangan Pelajaran Harian yang baik guru perlu meneliti dan mentafsir sukatan pelajaran, membuat skema rancangan kerja untuk sesuatu tahun dan menyediakan Rancangan Pelajaran Harian. Rancangan Pelajaran Harian yang jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kepada kejayaan guru. Melalui Rancangan Pelajaran Harian yang lengkap membolehkan guru: a) Menentukan objektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa yang telah dirancang. b) Memahami dan menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat murid. c) Menentukan penyediaan bahan bantu mengajar yang perlu. d) Merancang aktiviti untuk murid. e) Mengawal bilik darjah dengan baik. f) Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid. g) Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid.

KEMAHIRAN BERBAHASA
Kemahiran Berbahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu meliputi kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Kemahiran Lisan (mendengar dan bertutur)

KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran Bacaan

Kemahiran Menulis

Kemahiran Lisan

A.

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang murid yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar dengan baik biasanya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain. Ia juga dapat memahami maksud serta membuat tafsiran daripada yang didengar. Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa masalahnya sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar komunikasi atau bercakap.

Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa. Sebenarnya, kanakkanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingya. Mereka akan meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Ini bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih baik. Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima, menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Dalam kehidupan seharian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial seperti perbualan dan perbincangan, untuk mendapat hiburan seperti mendengar radio, menonton televisyen, filem serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni seperti drama dan lakonan Dalam proses mendengar, seorang pendengar yang baik perlu menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks yang melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.

B.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsurunsur prosodi iaitu intonasi, tekanan, sebutan dan jeda serta para linguistik iaitu bahasa isyarat dan pergerakan badan. Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental iaitu memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi tindakbalas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasikan keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental iaitu mendengar dan membaca secara berkesan.

10

Objektif kemahiran bertutur antaranya untuk membolehkan seorang murid menyebut dengan jelas dan dapat menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi. Murid juga dapat menggunakan kemahiran bertutur untuk melaporkan peristiwa dan memberi huraian dengan tepat. Selain daripada itu murid dapat membina soalan untuk mencari maklumat, bertemu ramah, bertukar-tukar maklumat dan pendapat, bertutur secara bertatasusila dan bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi. Dalam aktiviti pengajaran guru, kemahiran bertutur boleh diaplikasikan melalui aktiviti bersoaljawab, perbincangan, menerangkan gambar atau grafik dan dialog. Aktiviti lain yang dirasakan sesuai ialah bercerita, laporan lisan, permainan komunikatif, main peranan, drama, forum dan perbahasan.

C.

Prinsip dan Penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan.

Kemahiran mendengar perlu di ajar bersama-sama kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran mendengar seperti juga kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. Justeru itu, aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu. Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian, murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai dan diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindakbalas secara maksimum. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkatperingkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada abstrak, daripada yang dekat kepada yang lebih jauh dan daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara yang sukar. Guru tidak perlu ghairah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan diri semasa melaksanakan proses berkenaan. Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar di kalangan murid. Paling penting, murid perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya inisiatif murid sendiri. Bagi kemahiran bertutur pula, ia melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah.

11

Pembelajaran kemahiran bertutur membabitkan proses kognitif. Sehubungan itu, guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan sebegini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai bentuk-bentuk bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan. Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan. Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Dengan itu, guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan rakaman jika perlu.

Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindakbalas terhadap maklumat yang diperolehi dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis. Kesediaan membaca ialah salah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu membaca. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seorang murid ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif.

A)

Peringkat-peringkat Bacaan

i)

Prabacaan

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan , dan latihan bahasa pertuturan.

12

ii)

Bacaan Mekanis

Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.

iii) Bacaan dan Kefahaman

Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir serta menilai sepenuhnya tentang apa yang dibaca.

B)

Teknik Bacaan

i)

Bacaan Intensif Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan. Dua perkara yang yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea sangat dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa membaca secara luasbahasa, aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa amat ditegaskan. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada dasarnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.

ii)

Bacaan Ekstensif Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat.

13

Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan Membaca ekstensif melibatkan membaca tinjauan, membaca sekilas dan membaca dangkal. Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti membaca di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahairan memahami, menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.

C)

Kaedah Bacaan

i)

Skimming Skimming adalah satu kaedah membaca dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.

ii)

Scanning Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus, Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu. Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan mental.

D)

Prinsip dan Penambahbaikan Pembelajaran Kemahiran

Dalam

Pengajaran

dan

i)

Kemahiran Membaca. Seorang guru yang hendak mengajar kemahiran membaca perlu memberi sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka. Sediakan

14

bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep. Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca. Guru perlu mempelbagaikan bentuk atau laras bacaan dalam pengajaran dan pembelajaran membaca. Teknik yang amat mantap penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran membaca Bahasa Melayu. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid dan dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik yang dapat merangsang murid berinteraksi serta berfikir secara kritis dan kreatif.

ii)

Kemahiran Menulis Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Tulisan berperanan untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seorang murid dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Ia juga untuk membolehkan murid menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Kemahiran tulisan akan membolehkan murid berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup. Ia juga dapat menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat dan bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana menulis adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini. Kemahiran menulis dapat menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak dan lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan seluruh insan umumnya.

15

A) Peringkat-peringkat Tulisan

i)

Pra Tulisan Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanakkanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.

ii)

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan mereka sepatutnya telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid.

iii) Tulisan kreatif Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif.

B) Penambahbaikan Dalam Kemahiran Menulis.

Guru hendaklah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan dan tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul adalah perlu dan mesti sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh muridmurid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna. Guru hendaklah sedaya upaya membanyakkan latihan dan bantuan secara individu. Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi menggunakan getah pemadam.

16

HASIL PEMBELAJARAN, SISTEM BAHASA DAN PENGISIAN KURIKULUM


Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang set kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Hasil pembelajaran dibina dengan menyepadukan kemahiran bahasa, system bahasa,dan pengisian kurikulum. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran, Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

Sistem Bahasa

Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, system ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Pelaksanaan system bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan Bahasa Melayu baku.

17

Pengisian Kurikulum

Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan merujuk kepada kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan selaras dengan matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani. Secara amnya organisasi kandungan dalam organisasi kurikulum dapat digambarkan dalam rajah berikut:

Kemahiran Bahasa

Pengisian Kurikulum

Hasil Pembelajaran

Sistem Bahasa

18

KONSEP 5P (PENGGABUNGJALINAN, PENYERAPAN, PENGGAYAAN, PEMULIHAN DAN PENILAIAN)


Konsep 5P merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Konsep 5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan.

Penggabungjalinan

Penyerapan Penyerapan

5P

Penilaian Peni

Pengayaan

Pemulihan

19

Penggabungjalinan

Penggabungjlalinan ialah sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran akan menjadi lebih berkesan.

Penyerapan

Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai,dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan.

Penilaian

Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Pengayaan

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.

20

Pemulihan

Pemulihan selalunya dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. Sebaik sahaja masalah pembelajaran dapat dikesan dan dikenalpasti, program pemulihan perlu terus dilaksanakan. Murid-murid dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

21

PENUTUP
Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangar cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat Malaysia. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharap dapat memberikan penekanan kepada unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Di samping itu, nilai murni seperti semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

22

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KEMAHIRAN LISAN


1 2 3 4 5 6 7 Mata Pelajaran Tahun Bilangan Murid Masa Tema Tajuk Fokus Utama : : : : : : : Bahasa Melayu 4 Berlian 36 orang (10 lelaki 26 perempuan) 8:30 9:30 pagi Hargai Warisan Kita Ketupat 1.5 Memberi penjelasan tentang sesuatu perkarayang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai. Aras 1 (i) Menyatakan fakta yang terdapat dalam bahan 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul-betul dan laras bahasa yang sesuai. Aras 1(i) Mengumpul dan menyusun isi penting daripada sesuatu topic yang dibincangkan. 8.5 Mengenalpasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah karangan. Aras 1 (i) Memilih dan mengenalpasti penanda wacana yang terdapat dalam teks yang dibaca. Pada akhir pelajaran, murid dapat :9.1 Menyatakan lima fakta utama yang terdapat dalam petikan. 9.2 Menyampaikan maklumat tentang cara-cara membuat ketupat yang terdapat dalam petikan. 9.3 Menyenarai dan menulis penanda wacana yang terdapat dalam petikan. 10 Pengetahuan Sediada 11 Sistem Bahasa : : Murid-murid telah mengenal makanan tradisional Melayu. Sistaksis: Ayat penyata Kosa kata: Kata kerja, kata nama dan penanda wacana. Sebutan dan Intonasi: Sebutan ayat Bahasa Melayu yang betul.

Fokus Sampingan

Hasil Standard Pembelajaran

23

12 Pengisiaan Kurikulum

Ilmu: Kajian Tempatan, Pendidikan Seni, Pendidikan Sivik Kewarganegaraan. Nilai: Bekerjasama, menghormati. Kewarganegaraan: Cintakan budaya. Kemahiran Bernilai Tambah: KB menjana idea, mengkonsepkan idea KBCB cekap bertindak KMD kajian masa lampau KP verbal-linguuistik, interpersonal Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual LCD, computer riba, CD, powerpoint, petikan, borang pengurusan grafik, pen marker, kertas sebak, krayon pensel, daun kelapa, reben.

13 BBM

24

Isi Pelajaran Lagu Suasana Raya

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Hari Set Induksi ( 5 minit ) Aktiviti

Catatan

BBM : LCD, komputer riba,CD

1. Guru memperdengarkan cd lagu Pengisian Suasana Hari Raya Kurikulum: Ilmu muzik 2. Murid mendengar dan menyanyikan lagu Suasana Hari Raya 3. Guru mengaitkan lagu dengan isi pelajaran hari ini.

Fakta penting tentang Langkah 1 (10 minit) ketupat. Aktiviti 1 1. Ketupat ialah makanan istimewa orang Melayu. 2. Ketupat biasanya dihidangkan ketika Hari Raya. 3. Ketupat lazat dimakan bersama rendang.

BBM : petikan, LCD, komputer riba, powerpoint

1. Guru mengedarkan petikan Ketupat kepada murid. Sistem bahasa: Tatabahasa 2. Guru menjelaskan murid-murid perlu sintaksis mencari fakta-fakta penting yang Kosa kata: kata terdapat dalam petikan. nama, kata kerja 3. Murid membaca tersebut. senyap

petikan Pengisian Kurikulum: Ilmu Kajian 4. Guru memanggil beberapa orang Tempatan, murid untuk menyatakan fakta penting Pendidikan Sivik 4. Antara jenis-jenis dalam petikan tersebut. dan ketupat ialah Kewarganegaraan ketupat jantung, Aktiviti 2 (5 minit) Nilai patuh ketupat bawang Kewarganegaraan dan ketupat kerbau. 1. Guru menayangkan powerpoint menghargai tentang fakta-fakta penting dalam warisan bangsa 5. Kelongsong ketupat petikan. Kemahiran Bernilai diperbuat daripada Tambah : daun kelapa muda. 2. Murid membandingkan jawapan KB menjana idea mereka dengan jawapan guru. BCB memproses dan melapor maklumat KP verballinguistik Pembelajaran konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual

25

Penanda wacana - Oleh itu - Mula-mula - Selepas itu - Kemudian - Biasanya - Maka - Walau bagaimanapun Hal ini demikian

Langkah 2 (15 minit) BBM : petikan, Aktiviti Borang 1. Guru menjelaskan maksud penanda Pengurusan Grafik wacana beserta contoh-contoh. Sistem Bahasa: 2. Guru mengedarkan Borang Tatabahasa Pengurusan Grafik kepada semua penanda wacana murid. Sintaksis ayat penyata 3. Murid menyenaraikan penanda Pengisian wacana yang terdapat dalam petikan Kurikulum: ke dalam borang tersebut. Ilmu Kajian Tempatan, 4. Guru memanggil beberapa orang Pendidikan Sivik murid untuk membacakan jawapan dan mereka. Kewarganegaraan Nilai teliti Kemahiran Bernilai Tambah: KB menjana idea, mencari dan melapor maklumat KP verbal linguistik, interpersonal

Cara-cara membuat ketupat 1. Sediakan bahan iaitu daun kelapa muda, beras dan daun pandan . 2. Daun kelapa dipisahkan daripada lidinya lalu dianyam menjadi kelongsong ketupat. 3. Beras diisi ke dalam kelongsong ketupat . 4. Ketupat direbus. Masukkan garam dan daun pandan

Langkah 3 (20 minit) Aktiviti 1. Murid dibahagikan kumpulan. kepada

BBM : kertas sebak, pen marker, krayon, pen enam (ganjaran)

Sistem Bahasa : 2. Murid berbincang untuk membina Sintaksis ayat carta alir cara-cara membuat ketupat. penyata Sistem ejaan 3. Wakil daripada setiap kumpulan akan menulis ejaan menampalkan carta alir masing- dengan betul masing di dalam kelas. Kosa kata dianyam, 4. Guru memilih pemenang sambil kelongsong, menerangkan mengapa kumpulan dipisahkan, tersebut berjaya. dituskan Pengisian 5. Kumpulan yang menang akan diberi Kurikulum: ganjaran. Ilmu Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik

26

ke dalam air rebusan ketupat.

5. Ketupat yang telah masak dikeluarkan dan dituskan.

dan Kewarganegaraan. Nilai bekerjasama, semangat bersaing, menghargai, berterimakasih Kemahiran Bernilai Tambah: KB menjana idea, mengkonsep idea Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual

Membuat kelongsong ketupat

Penutup (5 minit) Aktiviti 1. Guru dan murid bersama-sama membuat kelongsong ketupat dengan menggunakan reben dan daun kelapa muda.

BBM : reben, daun kelapa

Pengisian Kurikulum: Ilmu Pendidikan Seni 2. Murid yang berkebolehan akan Nilai memberi tunjuk ajar kepada rakan. bekerjasama Kewarganegaraan 3. Kelongsong ketupat tersebut akan - menghargai dijadikan hiasan di dalam kelas. warisan bangsa

27

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KEMAHIRAN BACAAN


1 2 3 4 5 6 7 Mata Pelajaran Tahun Bilangan Murid Masa Tema Tajuk Fokus Utama : : : : : : : Bahasa Melayu 4 Berlian 36 orang (10 lelaki 26 perempuan) 8:30 9:30 pagi Rakyat Cergas Negara Maju Majulah Sukan Untuk Negara 6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat yang khusus. Aras 1 (i) Menyatakan fakta yang relevan dengan perkara yang dikehendaki dalam teks.

Fokus Sampingan

4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain. Aras 1 (i) Memberi komen yang membina tentang sesuatu perkara. Pada akhir pelajaran, murid akan dapat :9.1 Menyatakan pendapat tokoh-tokoh sukan tanah air tentang cara-cara mereka mencapai kejayaan. 9.2 Mengemukakan dan menyatakan pendapat tentang bagaimana untuk meningkatkan mutu sukan Negara.. 9.3 Mencari makna frasa dengan merujuki kamus.

Hasil Standard Pembelajaran

10 Pengetahuan Sediada 11 Sistem Bahasa

Murid-murid telah mengenali beberapa orang tokoh sukan tanah air. Sebutan dan Intonasi intonasi laporan Sintaksis frasa, ayat penyata Kosa kata bakat, kebolehan semangat.

12 Pengisiaan Kurikulum

Ilmu: Pendidikan Jasmani Kesihatan. Nilai: Bekerjasama, patriotism, semangat kesukanan Kewarganegaraan: Cintakan Negara, mencintai sukan Negara. Kemahiran Bernilai Tambah: KB mengkategorikan

28

KMD membuat ramalan KP kinestetik Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual 13 Bahan Bantu Mengajar : LCD, computer riba, CD, powerpoint, petikan, pen marker, kertas sebak, krayon, belon, pensel, kon.

29

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Sukaneka - Tiup belon

Set Induksi Aktiviti 1. Beberapa orang murid diagihkan kepada empat kumpulan mengikut rumah sukan. 2. Setiap murid diberi sebuah belon dan diminta meniupnya hingga pecah. 3. Kumpulan yang paling banyak memecahkan belon akan menjadi pemenang . 4. Pemenang menerima hadiah .

BBM : kon merah, hijau, biru, kuning, belon, pensel Pengisian Kurikulum: Ilmu PJK Nilai kerjasama, bersaing secara sihat Kemahiran Bernilai Tambah: KP kinestetik

a) Tokoh-tokoh sukan.

Langkah 1 (15 minit) Aktiviti

BBM : LCD, komputer riba, powerpoint Sistem Bahasa: Tatabahasa ayat aktif

- Emran b Zakaria 1. Guru menayangkan powerpoint empat (penembak) tokoh sukan Negara. - Azidi b. Amran (boling) 2. Murid diminta memerhati dengan teliti powerpoint tersebut. - Ku Anas b. Ku Zamil (Perahu 3. Guru mengemukakan soalan secara Layar) sumbang saran tentang pendapat tokoh-tokoh sukan tersebut. - Suzana bt. Ghazali 4. Murid berbincang dan bersoal jawab (Renang dengan guru. Berirama) b) Pendapat tokoh-tokoh sukan. - Berlatih bersungguhsungguh. - Bakat perlu disertai dengan semangat - Disiplin diri. - Berjuang bukan untuk kepentingan diri.

Sebutan dan intonasi intonasi dialog Pengisian Kurikulum: Ilmu PJK Nilai usaha, berdisiplin Kewarganegaraan mengharumkan nama negara Kemahiran Bernilai Tambah: KB menjana idea KBCB menganalisis maklumat

30

KP kinestetik Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual

Cara-cara meningkatkan mutu sukan negara kita. - Berlatih bersungguhsungguh. - Mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya. Berdisiplin Mematuhi peraturan sukan yang diceburi. Tidak mementingkan ganjaran semata-mata.

Langkah 2 (20 minit) Aktiviti 1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan. 2. Guru meminta seorang murid membuat demonstrasi membaca berita di hadapan kelas. 3. Guru mengedarkan petikan berita tersebut kepada murid.

BBM : petikan berita, kertas sebak, krayon Sistem Bahasa: Morfologi golongan kata, struktur kata Sintaksis ayat penyata Kosa kata diceburi, berdisiplin, ganjaran

4. Murid diminta berbincang tentang Pengisian maklumat yang terdapat dalam petikan Kurikulum: tersebut. Ilmu PJK 5. Murid mencatat maklumat dalam kertas sebak. Nilai Bekerjasama , bertoleransi 6. Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan. Kewarganegaraan semangat cintakan tanah air Kemahiran Bernilai Tambah: KB menjana idea KBCB cekap bertindak Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual

31

Maksud frasa a) Acuh tak acuh melakukan sesuatu perkara tidak serius b) Bekerja keras berusaha dengan bersungguhsungguh c) Peringkat awal permulaan d) Tidak luntur tidak berubah

Langkah 3 (15 minit) Aktiviti 1. Guru bersoaljawab dengan murid tentang maksud frasa yang terdapat dalam petikan. 2. Murid merujuki kamus untuk mencari makna frasa tersebut.

BBM : Petikan berita, kamus Sistem Bahasa : Tatabahasa sintaksis, frasa Sistem ejaan mengeja dengan betul Pengisian Kurikulum: Ilmu PJK Nilai teliti, usaha Kemahiran Bernilai Tambah: KB menjana idea KBCB meningkatkan pengetahuan KP verbal-linguistik, PembelajaranKonstru ktivisme

Lagu Fikirkan Boleh

Penutup (5 minit) Aktiviti 1. Guru memasang cd lagu Fikirkan Boleh 2. Murid menyanyi lagu Fikirkan Boleh bersama sambil membuat gerakan.

BBM : LCD, komputer riba, cd Pengisian Kurikulum: Kemahiran Bernilai Tambah: KP - Muzik

32

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KEMAHIRAN MENULIS


1 2 3 4 5 6 7 Mata Pelajaran Tahun Bilangan Murid Masa Tema Tajuk Fokus Utama : : : : : : : Bahasa Melayu 4 Berlian 36 orang (10 lelaki 26 perempuan) 8:30 9:30 pagi Hasil Tani Meningkatkan Ekonomi Kelapa Sawit 9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan. Aras 1 (i) Mengambil imlak perkataan dan ayat dengan ejaan dan tanda baca yang betul. 9.2 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca. Aras 2 (i) Mencatat nota dalam bentuk grafik.. 6.4 Membaca perkataan secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh. Aras 2 (i) Menyatakan maklumat menyeluruh tentang sesuatu teks yang dibaca Pada akhir pelajaran, murid akan dapat :9.1 Menyalin ayat yang disebut oleh guru dengan ejaan dan tanda yang betul. 9.2 Melukis peta minda tentang kegunaan bahagian pokok kelapa sawit. 9.3 Menjawab soalan-soalan pemahaman yang dikemukakan oleh guru berdasarkan petikan. 10 Pengetahuan Sediada 11 Sistem Bahasa : : Murid telah mengenali pokok kelapa sawit. Sintaksis frasa, ayat penyata Sistem ejaan mengeja dengan betul, tanda baca Kosa kata Istilah

Fokus Sampingan

Hasil Standard Pembelajaran

12 Pengisiaan Kurikulum

Ilmu: Geografi, Kajian tempatan, Ekonomi, PSV Nilai- Bekerjasama, berani Kewarganegaraan: Cinta tanah air KB menjana idea

33

KBCB cekap bertindak KP verbal-linguistik, interpersonal Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual 13 Bahan Bantu Mengajar : LCD, computer riba, CD, powerpoint, benda maujud, pen marker, kertas sebak, krayon, belon, pensel, model, bahaagian-bahagian pokok, petikan

34

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Pengenalan tajuk - Anak kelapa sawit Bahan-bahan yang diperbuat daripada buah kelapa sawit. - Marjerin - Sabun

Set Induksi (5 minit) Aktiviti 1. Guru menunjukkan sebatang anak pokok dan meminta murid meneka anak pokok tersebut. 2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang beberapa jenis produk buah kelapa sawit.

BBM : anak pokok kelapa sawit, marjerin, sabun Pengisian kurikulum: Ilmu Geografi

Bahagian-bahagian pokok kelapa sawit. Batang Pelepah Daun Tandan Buah isirung

Langkah 1(10 minit) Aktiviti 1. Guru menayangkan powerpoint gambar pokok kelapa sawit dan bahagian-bahagiannya. 2. Murid dan guru bersoal jawab tentang bahagian-bahagian pada pokok kelapa sawit.

BBM : LCD, komputer riba, powerpoint Sistem Bahasa : Tatabahasa sintaksis ayat penyata Kosa kata kata nama Pengisian Kurikulum: Ilmu Geografi Nilai bersopan-santun Kemahiran Bernilai Tambah: KB menjana idea Pembelajaran Konstruktivisme

Kegunaan bahagianLangkah 2 (20 minit) bahagian pokok kelapa Aktiviti 1 sawit. 1. Murid dibahagikan kepada enam - Batang (papan, kumpulan. perabot, baja) - Pelepah (bahan api, baja) - Daun (penyapu, baja) - Tandan (makanan haiwan, bahan api, baja) 2. Setiap kumpulan berbincang tentang kegunaan pokok kelapa sawit. 3. Murid mencatatkan hasil perbincangan dalam bentuk peta minda. 4. Wakil setiap kumpulan membentangkan peta minda yang telah dihasilkan.

BBM : kertas sebak, pen marker, krayon, model bahagian pokok kelapa sawit, Sistem Bahasa: Sebutan dan Intonasi lakonan Sintaksis ayat penyata Kosa kata kata nama Pengisian Kurikulum: Ilmu Geografi, Ekonomi Nilai bekerjasama, berani

35

- Buah(minyak masak,makanan, sabun, hiasan)

Aktiviti 2 (10 minit) 1. Guru meminta beberapa orang murid untuk menjalankan aktiviti main peranan tentang kegunaan pokok kelapa sawit. 2. Murid melakonkan watak bahagian bahagian pokok kelapa sawit.

Kewarganegaraan menghargai hasil utama negara Kemahiran Bernilai Tambah: KB menganalisis, membuat analogi KMD minyak kelapa sawit digunakan sebagai minyak pelincir, petrol KP verbal-linguistik, interpersonal Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual

Peristiwa di Ladang Kelapa Sawit. - Seorang pekerja ladang cedera tertimpa buah kelapa sawit. - Kejadian berlaku semasa dia hendak menurunkan buah kelapa sawit dari lori. - Mangsa dimasukkan ke wad kecemasan dan dilaporkan agak stabil.

Langkah 3 (10 minit) Aktiviti 1. Guru menedarkan petikan Peristiwa di Ladang Kelapa Sawit. 2. Murid membaca senyap petikan tersebut. 3. Murid diminta menyimpan petikan tersebut di dalam meja.

BBM : petikan Sistem Bahasa : Tatabahasa imbuhan di Kosa kata cedera, peristiwa, kecemasan, stabil

Pengisian Kurikulum : 4. Murid mengambil imlak ayat-ayat yang disebut oleh guru. Ilmu Geografi, Kesihatan Nilai jujur Kemahiran Bernilai Tambah: KB menjana idea KBCB cekap bertindak Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual

Pokok kelapa sawit

Penutup (5 minit) Aktiviti 1. Guru mengedarkan kertas A4 kepada murid. 2. Murid dikehendaki melukis gambar

BBM : kertas A4, krayon Pengisian Kurikulum : Ilmu PSV Kewarganegaraan menghormati negara

36

3. pokok kelapa sawit. 4. Guru merumuskan pelajaran dengan menyatakan Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia.

37

REFLEKSI
Nama No. KP No. Matrik Pensyarah : Saadah binti Sairi : 680421105380 : PPG 201119236164 : Pn. Norhayati bt Mad Yatim

Alhamdulillah. Setelah berusaha sedaya upaya akhirnya terlaksana juga tugasan Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3101). Tugasan ini sememangnya begitu mencabar. Bukan sahaja kerana kesukaran mencari bahan tetapi juga kerana kebuntuan idea untuk membina tiga Rancangan Pelajaran Harian (RPH) . Maklum sahaja, sesudah dua puluh satu tahun membina RPH yang ringkas tiba-tiba kena buat RPH yang lengkap. Sewaktu mula-mula menerima tugasan ini saya begitu kabur. Mujurlah pada interaksi 30 Julai lalu, pensyarah kami iaitu Pn. Norhayati bt Md Yatim telah memberi penerangan yang panjang lebar tentang tugasan ini. Saya memang kagum dengan kepetahan Pn. Norhayati bercakap. Rasanya setiap patah perkataan yang dilontarkannya semuanya penting. Namun, waktu itu saya rasa agak letih jadi banyak perkara yang diterangkannya itu telah saya lupa. Nasib baik saya mempunyai rakan-rakan yang sanggup berkongsi idea. Setelah melalui banyak perbincangan dan bertukar-tukar idea, inilah tugasan yang dapat saya sempurnakan. Saya telah memilih RPH kemahiran lisan untuk saya praktikkan di dalam kelas. RPH saya bertemakan Hargai Warisan Kita. Tajuknya amat bersesuaian sekali dengan situasi sekarang iaitu Ketupat. Walaupun saya rasa tajuk ini masih terlalu awal memandangkan baru lapan belas hari berpuasa tapi murid-murid saya kelihatan seronok dan aktif. Ketika diset induksi saya memainkan klip video lagu Suasana Hari Raya nyanyian Anuar dan Ellina. Lagu ini begitu sinonim dengan murid-murid saya dan mereka dapat menyanyikannya dengan baik. Mereka dapat mengaitkannya dengan tajuk pelajaran hari ini apa bila saya meminta mereka menyatakan hidangan istimewa dalam lagu tersebut. Mereka meminta saya memasang lagi klip video tersebut tetapi saya tidak dapat menunaikan permintaan mereka kerana bimbang kesuntukan masa. Walau bagaimanapun, saya berjanji akan memasang kembali klip video tersebut semasa sesi penutup. Saya memilih untuk menggunakan teknik bacaan senyap bagi mencari fakta penting yang terdapat dalam petikan. Pada mulanya mereka kelihatan pasif untuk
38

menyumbangkan idea tetapi apabila saya menggunakan teknik soal jawab mereka kembali aktif. Sewaktu saya menayangkan power point tentang isi penting petikan, murid saya dapat membandingkan dengan jelas jawapan yang telah mereka buat. Segala kesilapan fakta yang mereka lakukan saya perbetulkan pada masa itu juga. Bagaimanapun sewaktu tayangan tersebut timbul masalah kurang jelas kerana keadaan kelas yang begitu terang. Pada masa akan datang apabila melibatkan penggunaan ICT, saya akan membawa murid saya ke bilik APD walaupun bilik tersebut tidak mempunyai kerusi yang mencukupi. Oleh kerana tajuk ketupat ini menarik dan bersesuaian dengan situasi sekarang, murid saya begitu aktif ketika aktiviti kumpulan. Perbincangan bertukar menjadi perbualan biasa yang meleret-leret. Masing-masing bercerita tentang pengalaman memasak ketupat dengan nenek di kampung. Serta-merta saya menegur perbuatan mereka dan kembali membawa mereka keada tugasan mereka membina carta alir. Selepas ini saya akan memastikan yang saya sendiri akan melantik ketua kumpulan. Saya akan memilih murid yang dapat mengawal disiplin rakannya untuk menjadi ketua. Kumpulan yang dapat membina carta alir yang paling tepat, menarik dan kreatif saya pilih sebagai pemenang. Sebenarnya mereka tidak tahu yang saya menjadikannya sebagai pertandingan. Saya sengaja mahu menguji kesungguhan mereka. Ada yang kecewa dan menyesal kerana tidak membina carta alir dengan bersungguh-sungguh. Di sini, saya berjaya terapkan nilai murni kepada mereka untuk tidak melakukan sesuatu yang terbaik hanya kerana ganjaran. Saya juga menghadapi masalah ketika menjalankan aktiviti penutup. Rupanya semua anak murid saya tidak tahu membuat kelongsong ketupat. Membuat kelongsong ketupat menggunakan daun kelapa jauh lebih mudah daripada menggunakan reben. Selepas ini saya akan mengajar anak murid saya membuat kelongsong ketupat sewaktu mata pelajaran Pendidikan Seni. Kebetulan, saya juga mengajar Pendidikan Seni kelas tersebut. Sejujurnya, bukan mudah untuk saya menyiapkan tugasa ini. Terlalu sukar untuk menggalas tugas-tugas di sekolah, tanggungjawab di rumah dan pada masa yang sama menjadi pelajar. Lebih-lebih lagi saya juga menjaga ayah yang memerlukan penjagaan sepenuh masa. Mujur suami dan anak-anak faham situasi saya. Namun, saya kuatkan semangat dan tabahkan hati untuk menghadapi semua ini. Saya yakin setiap dugaan itu ada hikmahnya. Saya bersyukur kerana diberi peluang mengikuti pengajian PPG ini. Saya percaya banyak input-input baru yang akan saya perolehi di samping mengingat kembali apa yang telah saya pelajari. Semoga peluang menjadi pelajar ini akan menjadikan saya seorang guru yang lebih baik dari hari ini.

39

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Abdul Talib.(2000).Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip,Kaedah dan Teknik. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.

Juriah Long.(1990)Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Fajar Bakti Sdn.Bhd.Petaling Jaya Kamarudin Bin Jeon.(2006).Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru. Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur. _________________.(2006).Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Buku Teks Tahun 4. Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur. Mok Soon Sang.(1986).Kurikulum Baru Sekolah Rendah Tahap 1. Longman Malaysia.Sdn.Bhd.Petaling Jaya Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. http://www.sksenai.com/blog/index.php?blog=10&title=huraian-sukatan-pelajaranbahasa-melayu http://www.amaljaya.com/guru/Pendidikan Khas/PENGAYAAN DLM KBSR http://www.Myschoolnet.com

40

Vous aimerez peut-être aussi