Vous êtes sur la page 1sur 4

CONTOH PERSEDIAAN MENGAJAR: Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid : 03 Oktober 2011. : 0720 - 0820 ( 60 minit ) : 5 Teratai. : 35 orang.

Tema Tajuk Pelajaran

: Cerita Binatang dan Pahlawan. : " Arnab dan Kura-Kura "

Objektif Eksplisit: Pada akhir pelajaran murid dapat : i. Menyenarai dan menyusun lima isi penting mengikut urutan cerita yang

terdapat dalam bahan petikan yang telah dibaca. ii. ayat. iii. Membaca tiga daripada lima ayat tunggal yang dicatat di papan tulis dengan Menceritakan semula cerita yang telah dibaca dengan menggunakan pelbagai

sebutan dan intonasi yang betul. Fokus Utama: 10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa/puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna. Aras 1 (i) : Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber berdasarkan tajuk.

Fokus Sampingan : 2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 2 (i) : Bercerita berdasarkan bahan yang dibaca dan peristiwa yang dialami menggunakan pelbagai jenis pola ayat. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul

dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i) : Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandung ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah biasa mendengar dan membaca cerita-cerita binatang daripada pelbagai sumber.

Sistem Bahasa : i. ii. Tatabahasa : ayat tunggal. Kosa kata : tekad, juara.

Pengisian Kurikulum : i. Ii Ilmu : Sains dan Matematik. Nilai murni : hormat-menghormati, kesederhanaan.

Kemahiran Bernilai Tambah : i. ii. iii. iv. Kemahiran berfikir : membanding dan membeza. Belajar cara belajar : mengumpul maklumat. Teori Kecerdasan Pelbagai : verbal linguistik, interpersonal, muzik dan kinestetik. KMD : strategi mengatasi cabaran.

Isi Pelajaran : i. ii. iii. Cerita arnab dan kura-kura. Ayat tunggal. Kosa kata.

Bahan Bantu Mengajar : i. ii. iii. iv. Slaid power point teka-teki. Slaid ambar bersiri. Muzik Borang pengurusan grafik

Guru mengemukakan teka-teki dengan menggunakan slaid power point teka-teki dan murid mendapatkan jawapan yang tepat. Guru mengaitkan teka-teki tersebut dengan tajuk dan isi pelajaran yang akan dipelajari. Teka-teki: a) Ada kaki tetapi pendek, Kalau berjalan membawa kulit, Kalau adik orang cerdik, Cuba teka siapa saya?

b) Ada telinga sejengkal panjang, Ada gigi laksana papan, Kalau berlari terlalu kencang, Lobak jadi makanan idaman. Guru menayangkan slaid gambar bersiri menggunakan komputer dan meminta murid memerhati dengan teliti. Guru memperdengarkan rakaman cerita "Arnab dan Kura-Kura dan meminta murid mendengar dengan teliti sambil melihat gambar bersiri itu. Guru mengedarkan petikan cerita "Arnab dan Kura- Kura dan membimbing murid membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Guru membimbing murid menceritakan semula cerita yang telah dibaca dengan menggunakan pelbagai ayat. Guru bersoal jawab mengenai isi cerita dan menerapkan nilai murni. Guru membimbing murid mencari dan menyusun isi-isi penting cerita yang telah dibaca. Soalan Guru: 1. Siapakah yang menang dalam pertandingan tersebut? 2. Bagaimanakah arnab kalah dalam pertandingan? 3. Bagaimanakah startegi arnab untuk memenangi pertandingan itu semula. Guru membimbing murid membanding dan membeza sifat arnab dan kura-kura secara kumpulan dengan menggunakan borang pengurusan grafik. Ketua kumpulan melaporkan hasil perbincangan mereka. Guru membimbing murid membaca ayat tunggal yang disediakan pada kad ayat. Guru membimbing murid mencari ayat tunggal yang terdapat dalam carta bacaan. Guru membimbing murid membina ayat tunggal sendiri. Guru membimbing murid untuk memberi erti kosa kata yang disediakan( tekad dan

juara). Guru juga menyerapkan aspek tatabahasa melalui pembacaan dan pembinaan ayat tunggal. Seterusnya, guru meminta murid membuat tugasan mengikut kumpulan masingmasing. Guru juga membimbing murid membuat tugasan mengikut kumpulan. Latihan: Kumpulan A: Menyenarai dan menyusun mengikut urutan lima isi penting daripada petikan.

Kumpulan B: Menyenarai dan menyusun mengikut urutan tiga isi penting daripada petikan. Kumpulan C: memadan empat isi penting dengan gambar bersiri Murid-murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan dan menghantar seorang wakil untuk menulis jawapan di dalam komputer. Untuk aktiviti pengayaan guru meminta murid membanding dan membeza antara cerita "Arnab dan Kura-Kura" dengan cerita "Kancil dan Buaya" dengan menggunakan borang pengurusan grafik. Bagi murid pemulihan pula guru meminta murid menceritakan semula cerita "Arnab dan Kura-Kura". Di akhir pelajaran guru membimbing murid menyanyi lagu "Arnab dan KuraKura" dengan diiringi muzik dan disertai dengan gerak tangan dan badan. Guru membimbing murid merumuskan isi pelajaran dan menerapkan nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut.

Vous aimerez peut-être aussi