Vous êtes sur la page 1sur 5

AMALI 5 TAJUK Ammonia, Asid sulfurik dan asid nitrik TUJUAN Untuk menyediakan baja garam ammonia BAHAN/

RADAS Larutan ammonia (2M), Asid sulfuric cair (1M), bikar, rod kaca, penunu bunsen, tungku kaki tiga, dawai kasa, kertas turas dan corong penapis.

KAEDAH
1. Tuangkan 30cm3 Asid sulfuric cair ke dalam bikar.

2. Tambahkan larutan ammonia sedikit demi sedikit sambil mengacau larutan tersebut.

3. Berhenti sehingga larutan berbau ammniotik (hancing).

4. Panaskan larutan sehingga menjadi 1/3 dari larutan asal. 5. Sejukkan larutan ke dalam campuran air dan ais. Tapiskan Kristal garam yang dihasilkan menggunakan kertas turas dan corong penapis.

SOALAN

1. Tuliskan keseimbangan persamaan kimia mewakili pembentukan ammonia sulfat dalam eksperimen ini.

2 NH3 + H2SO4 (NH4)2SO4

2. Bagaimanakah penambahan ammonia boleh memberikan kesan terhadap pH tanah?

Penambahan ammonia akan merendahkan pH tanah (berasid). Kehadiran sulfat (SO4) akan menurunkan pH tanah.

3. Disamping baja, ammonia sulfat juga digunakan sebagai semburan racun

serangga. Terangkan fungsi ammonia sulfat di sini,

Ia berfungsi untuk mengikat besi dan kation kalsium yang hadir dalam air dan sel tumbuhan.

4. Namakan 3 contoh baja semulajadi yang digunakan di dalam peladangan.

i. ii. iii.

Kompos Sisa haiwan Rumpai laut

5. Namakan 3 contoh baja sintetik yang digunakan di dalam pertanian

i. ii. iii.

calcium cyanamide (CaCN2) calcium nitrate (Ca(NO3)2) sodium nitrate (NaNO3)

6. Tuliskan persamaan kimia yang mewakili pembentukan : a. Ammonia posfat NH3 + H3PO4 NH4H2PO4 b. Ammonia nitrat NH3 + HNO3 NH4NO3 c. Urea 2NH3 + CO2 (NH2)2CO + H2O

7. Kirakan peratusan nitrogen dalam 1 mol baja di bawah [ berat atom relative : H:1, C:12, N:14, O:16, P:31, S:32]

8. Baja yang manakah yang paling sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan?

Terangkan jawaban anda. Baja yang paling sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan adalah baja yang mengandungi makronutrien nitrogen, posforus dan potassium (N, P, K) dan juga mikronutrien seperti zink, kalsium, magnesium, sulfur dan logam lain. Nitrogen (N) adalah nutrient yang membentuk struktur protin, DNA dan enzim. Posforus (P), terlibat di dalam penyimpanan dan pengedaran tenaga pada tumbuhan manakala potassium (K) terlibat dalam tindakbalas kimia pada tumbuhan. KESIMPULAN / PERBINCANGAN Pembentukan ammonium sufat atau baja garam ammonia boleh disediakan dimakmal melalui peneutralan larutan ammonia dan asid sulfurik cair. Dalam proses ini, bau amniotik yang terhasil menunjukkan jumlah larutan ammonia yang ditambah ke dalam asid sulfurik sudah mencukupi dan tindakbalas telah berlaku sepenuhnya. Pembentukan garam baja ammonia yang lain juga boleh disediakan melalui kaedah ini iaitu peneutralan larutan ammonia dan asidnya masing-masing. Sebagai contoh, untuk menghasilkan baja garam ammonium nitrat, peneutralan ammonia dan asid nitrik perlu dilakukan.

LANGKAH BERJAGA-JAGA
1. Jangan panaskan Ammonia sulfat sehingga kering, kerana ammonium sulfat

akan terurai apabila dipanaskan terlalu panas (>250oC). terurai kepada ammonia, nitrogen, sulfur dioksida dan air.

2. Berhati-hati semasa mengendalikan larutan ammonia kerana larutan ammonia

adalah toksid.

RUJUKAN 1. Ammonium sulphate http://en.wikipedia.org/wiki/Ammonium_sulfate (26 Mac 2012) 2. Nutrient Management and Fertilizer http://www.epa.gov/agriculture/tfer.html (30 Mac 2012)
3. Agricultural fertilizers: nitrogen, potassium, and phosphorus.

http://scifun.chem.wisc.edu/chemweek/pdf/agricultural_fertilizers.pdf (2 April 2012)

Vous aimerez peut-être aussi