Vous êtes sur la page 1sur 9

ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (Bahagian 1) Olahan bebas: Muhammad Bin Robuna

Pengenalan Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejarah dan Hala Tuju Pusat Sumber Sekolah bermula dengan nama khutub khanah, yang diwujudkan oleh penjajah Inggeris sejak awal abad ke-19, hanya merupakan satu sudut buku dalam bilik darjah. Namun begitu tujuan utama khutub khanah bukanlah menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila saiz koleksi buku di khutub khanah meningkat dan memerlukan ruang yang jauh lebih besar, nama khutub khanah didapati tidak lagi sesuai dan digantikan dengan perpustakaan. Perpustakaan pula lebih merupakan satu tempat di mana terdapat koleksi buku bagi memenuhi keperluan pembacaan di samping pembangunan pendidikan dan bahasa murid. Perpustakaan sekolah mula diberi perhatian pada tahun 1960an setelah adanya cadangancadangan daripada Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu (1962) dan penerbitan Manual Perpustakaan Sekolah (School Library Manual) untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), antaranya: Koleksi buku dan bahan diletakkan di sebuah bilik khas yang dipanggil Perpustakaan sekolah Guru Perpustakaan diberi latihan pengurusan perpustakaan selama setahun di institusi yang diperakui Tiga jenis akhbar disediakan di perpustakaan sekolah setiap hari Nisbah buku dengan murid ialah 1:10

Pada tahun 1967, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1967 telah diwartakan bagi mengurangkan beban tugas Guru Perpustakaan. Selain itu, kursus pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan

mula diperkenalkan. Pada tahun yang sama juga, Perpustakaan Sekolah telah diletakkan di bawah pengurusan Bahagian Buku Teks, KPM sehingga tahun 1973. Selepas itu, pengurusan perpustakaan sekolah diserahkan pula kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah, KPM.

Penubuhan Unit Perpustakaan Sekolah secara keseluruhannya telah membawa kesan yang mendalam terhadap pembangunan perpustakaan sekolah. Menyedari hakikat bahawa perpustakaan sekolah memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa tindakan telah diambil, antaranya: Pada tahun 1974, geran per kapita (PG) perpustakaan sekolah mula diperkenalkan bagi tujuan pembinaan koleksi. Sains Perpustakaan diintegrasi sebagai salah satu mata pelajaran dalam silibus di maktab perguruan. Pada tahun 1979, kursus satu tahun untuk Guru Perpustakaan di perkenalkan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Surat Pekeliling bagi memastikan terdapat ruang atau bulik disediakan bagi mewujudkan sebuah perpustakaan sekolah diedarkan. Kursus Pengurusan Perpustakaan Sekolah 35 jam dan 45 jam diperkenalkan. Jawatankuasa Pengelola Perpustakaan Sekolah Peringkat Kebangsaan dan tujuh (7) Jawatankuasa Pengelola Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri diwujudkan.

Perkembangan pesat perpustakaan sekolah dimantapkan lagi dengan penerbitan Rancangan Pembangunan Perpustakaan Sekolah di Malaysia (Blueprint For School Library In Malaysia) pada tahun 1979. Rancangan Pembangunan ini telah menggariskan beberapa asas kepada perolehan bahan bacaan, kemudahan fizikal, sumber manusia, pengurusan dan penggunaan.

Pada tahun 1980an, perubahan trend dalam bidang teknologi pendidikan telah meningkatkan penggunaan bahan alat pandang dengar dalam P&P. Bilik Alat Pandang Dengar telah diwujudkan bagi mengurus bahan-bahan tersebut. Seterusnya, pada 1 Mac 1983, KPM telah mengarahkan pertukaran nama Perpustakaan Sekolah kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi mencerminkan penggabungan perkhidmatan perpustakaan dan alat pandang dengar di sekolah. Arahan ini telah melahirkan Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan di Bahagian Teknologi Pendidikan dan seterusnya pembangunan semua Pusat Sumber Sekolah terletak di bawah tanggung jawab Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM mulai 1988.

Selain itu, rangkaian pusat sumber pendidikan mula diwujudkan. Empat (4) Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) iaitu di Kedah, Pahang, Terengganu dan Kelantan telah dibina pada tahun 1981-1983, dan sebanyak 350 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah ditubuhkan pada penghujung tahun 1980an.

Kini semua negeri telah menubuhkan PSPN - sekarang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan bilangan PKG telah meningkat kepada 368 buah. Antara fungsi utama adalah untuk memantau pelaksanaan program PSS dan teknologi pendidikan di peringkat negeri dan zon/daerah. Pada tahun 2000, KPM telah melancarkan Tahun PSS (Surat Pekeliling Bil. 10/2000 bertarikh 20 April 2000). Tujuan utama Surat Pekeliling ini adalah untuk menyedar dan menggalakkan semua sekolah agar mempertingkatkan usaha bagi menaik taraf PSS. Ini adalah susulan daripada salah satu resolusi yang dibuat di Persidangan PSS Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999. Pada tahun 2000 juga, program Khidmat Bantu PSS dan Anugerah PSS Cemerlang buat julung-julung kali diadakan.

Dasar Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut: Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya. Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini. Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini. Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa. Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Visi

Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu, beretika, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, membuat keputusan berasaskan ilmu pengetahuan dan menyumbang ke arah pembangunan negara. Misi Menyediakan maklumat bagi membolehkan warga sekolah berfungsi secara berkesan dalam masyarakat maju berasaskan maklumat dan pengetahuan. PSS melengkapkan murid dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat untuk hidup sebagai rakyat yang bertanggungjawab.

Objektif Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat

ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (Bahagian 2) Olahan bebas: Muhammad Bin Robuna

Peranan Pusat Ilmu Pusat Penemuan Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajaran Pusat Profesional Pusat Hubungan Masyarakat Fungsi Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan. Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat. Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi. Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Piawaian PSS Piawaian PSS adalah berdasarkan dokumen berikut: The School Library Manifesto: The School Library in Teaching and Learning for All (IFLA / UNESCO, 2000) The IFLA / UNESCO School Library Guidelines (2000) Piawaian ini disediakan bertujuan: mewujudkan Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang memenuhi spesifikasi memastikan PSS diurus secara sistematik dan berkesan memantapkan PSS sedia ada ke arah PSS yang berkesan menjadi garis panduan bagi semua PSS di Malaysia

Kriteria PSS yang menepati piawaian adalah seperti berikut: Personel PSS perlu diurus oleh personel yang terdiri daripada kumpulan profesional dan sokongan yang berkelayakan, terlatih, mahir dan proaktif yang bertanggungjawab dalam merancang dan mengurus PSS. Pengurusan dan pentadbiran PSS diketuai oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM). Kemudahan Fizikal PSS perlu dilengkapi dengan kemudahan fizikal yang sesuai dan kondusif bagi memastikan perkhidmatan yang berkesan dan menjadi tarikan kepada pengguna. Sebarang perancangan bagi meningkatkan kemudahan fizikal perlu mengambil kira pertambahan koleksi,

perkhidmatan, penggunaan dan personel. Pembangunan Koleksi PSS perlu menyediakan koleksi yang berkualiti, sesuai, seimbang, kemas kini dan memenuhi keperluan warga sekolah. PSS perlu menggunakan teknologi terkini dalam pengurusan perolehan bahan termasuk pengesanan, pemilihan, pembelian dan pendokumentasian koleksi. PSS perlu menyimpan dan mengurus sumber-sumber ilmu yang dihasilkan oleh warga sekolah untuk menggalakkan perkongsian idea, ilmu dan pengalaman. Aktiviti semakan stok dan pilih buang perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menjamin kualiti koleksi. Perkhidmatan PSS perlu menyediakan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan maklumat warga sekolah. Perkhidmatan yang disediakan perlu cepat, berkesan dan dapat menjangka keperluan pengguna. Teknologi maklumat dan komunikasi terkini perlu digunakan secara maksimum dalam meningkat dan mempelbagaikan perkhidmatan. Program dan Aktiviti Program dan aktiviti PSS merupakan satu keperluan dalam proses pendidikan bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program dan aktiviti yang dirancang perlu memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi

meningkatkan kepekaan murid terhadap kepelbagaian ilmu dan budaya. Program dan aktiviti yang dilaksanakan mestilah mengambil kira dan memenuhi kehendak kumpulan sasar yang berbeza. Perkongsian Pintar PSS perlu menjalin kerjasama dengan agensi luar sama ada kerajaan atau swasta bagi mewujudkan rangkaian untuk memudahkan perkongsian sumber maklumat dan bahan, bertukar pendapat, meningkatkan profesionalisme dan meningkatkan pengetahuan . Pengurusan Kewangan PSS perlu mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi memastikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan dapat memenuhi keperluan warga sekolah dan mencapai objektif PSS. Penilaian Prestasi PSS perlu sentiasa dipantau dan dinilai untuk menentukan strategi bagi mencapai objektif PSS. Penilaian penting kerana dapatan dan hasilnya akan membantu dalam perancangan dan penentuan strategi pembangunan PSS akan datang.

Halatuju PSS Di Malaysia Program dan halatuju PSS di Malaysia adalah sejajar dengan perkembangan ICT masa kini. PSS kini bukan hanya terdiri daripada bahan cetak semata-mata (buku, surat khabar, jurnal, majalah) malah merangkumi bahan berbentuk elektonik dan digital (courseware, e-bahan, eduweb TV, e-book, audio book, e-jurnal, newspaper online). Arah Aliran PSS Sedunia Berdasarkan buku-buku ilmiah, jurnal ikhtisas, perbincangan dalam persidangan dan pemerhatian semasa lawatan sambil belajar ke luar negara, terdapat sekurang-kurangnya lima (5) arah aliran PSS seperti berikut: Literasi Maklumat (Information Literacy) diberi penekanan dalam sistem pendidikan. Literasi Maklumat adalah satu kemahiran menentukan bila maklumat tertentu diperlukan, kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format dan menggunakan maklumat tersebut dengan berkesan. Memandangkan kemahiran ini

adalah lanjutan daripada kemahiran perpustakaan, tanggungjawab memperkembangkan Literasi Maklumat di sekolah adalah tanggungjawab bersama GPM dan guru matapelajaran. PSS memainkan peranan utama dalam melaksanakan Program Galakan Membaca di sekolah. Justeru, PSS perlu membina koleksi bahan bacaan tambahan (BBT) yang berkualiti dan pelbagai bagi menarik minat membaca dan seterusnya amalan pembelajaran sepanjang hayat. PSS adalah sebahagian daripada rangkaian maklumat sedunia (global information network) yang berpeluang mengakses dan mencapai maklumat merentas sempadan dan masa. Pengautomasian PSS dilaksanakan bagi mempercepatkan tugastugas rutin seperti pemerosesan bahan, pengkatalogan, pencarian maklumat atas talian (OPAC) dan pinjaman bahan. Kini tumpuan diberikan kepada pengurusan pengautomasian berasaskan web. Maklumat bibliografi dan koleksi digital sesebuah PSS boleh dikongsi dan diakses merentas sempadan dan masa (ubiquitous library). PSS diuruskan oleh beberapa personel sepenuh masa yang mempunyai dwi kelayakan ikhtisas iaitu bidang Pendidikan dan Kepustakawanan/ Pengurusan Maklumat. Ini

membolehkan mereka memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. 2.12 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Dalam usaha untuk memantap dan memajukan lagi sistem pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti berkaitan PSS. Sehubungan itu, melalui Maksud Bekalan 41 KPM (B41), setiap sekolah telah diperuntukkan seorang GPM sepenuh masa. Peranan GPM GPM berperanan penting menyokong visi dan misi sekolah, membangunkan PSS dan menilai keberkesanan PSS. Beliau juga perlu bekerjasama dengan pentadbir dan guru untuk merancang pelan perancangan PSS dan menyokong pelaksanaan kurikulum. GPM mempunyai pengetahuan dalam pengurusan sumber pendidikan dan pengurusan maklumat. GPM mengetuai dan bekerjasama secara kolaboratif dengan guru dalam merancang dan melaksana program literasi maklumat. GPM juga berperanan dalam mewujud, membina, mempromosi dan menyokong program galakan membaca di sekolah. Senarai Tugas i. ii. Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama pengetua, kakitangan PSS, guru dan murid sekolah.

iii. iv.

Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama JK Kurikulum Sekolah. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini.

v.

Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkidmatan PSS yang dapat menyokong pelaksanaan P&P.

vi.

Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.

vii.

Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berkaitan PSS.

viii. ix. x.

Merancang dan mengurus program promosi PSS. Bekerjasama dengan guru dalam pelaksanaan P&P berasaskan sumber. Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri/ Pusat Kegiatan Guru/ Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS.

xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii.

Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/ JK Kerja PSS. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan PSS. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/ PSS. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS.

xviii.

Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program PSS khasnya Laporan PSS dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN pada bulan Oktober setiap tahun.

xix.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

RUJUKAN Bahagian teknologi pendidikan (2010) buku pengurusan Pusat sumber sekolah untuk GPM. KPM

Vous aimerez peut-être aussi