Vous êtes sur la page 1sur 8

Simen Simen (dari Latin caementum) adalah komponen utama yang penting dalam industri pembinaan.

Ia merupakan sejenis debu lembut, yang apabila dicampur dengan air akan menjadi keras. Ini disebabkan oleh berlaku tindak balas kimia yang menukarkan debu simen menjadi hablur-hablur yang saling bepaut, sehinggalah simen itu menjadi keras. Simen merupakan bahan komponen yang utama dalam proses membuat mortar. Terdapat pelbagai jenis simen yang digunakan di tapak-tapak pembinaan mengikut keperluan dan kesesuaiannya. Kebiasannya dibekalkan dalam bag-bag yang beratnya tidak melebi 50 kg bagi kemudahan pengangkutan.Simen diperbuat daripada tanah liat dan batu kapur dan diadunkan mengikut kadar yang tertentu. Simen biasanya digunakan untuk kerja-kerja konkrit, menerap bata, lepaan dan lain-lain. Simen adalah bahan buatan daripada hasil campuran tanah liat dan batu baur (batu kerikil). Campuran itu dipanaskan ke suhu setinggi 1400 C membentuk clinker atau batu hangus, dan kemudian ditumbuk halus menjadi tepung. Dalam kebanyakan projek pembinaan, jenis simen yang digunakan adalah dari jenis Portland yang bergred 20.Proses pembekuan dan pengerasan simen adalah hasil dari pembentukan sebatian kimia yang kompleks terjadi sebaik sahaja ianya dicampurkan. Proses ini dipanggil hadrasi (hydration)

Jenis-Jenis Simen 1.Simen Portland Biasa dihasilkan dengan proses pembakaran yang terkawal. Bahan tanah liat dan kapur yang menjalani proses pembakaran itu akan menjadi hangus. Campuran bahan gypsum dibuat mengikut nisbah tertentu utuk mengawal masa bekunya. Simen jenis ini begitu meluas digunakan untuk membuat motar dan konkrit. 2.Simen Portland Cepat Keras Dibuat lebih halus dari simen-simen yang lain untuk mendapatkan kekuatan yang maksimum dan akan cepat mengeras dalam cuaca yang sejuk serta lembap. Sesuai untuk kegunaan di kawasan yang basah serta berair. 3.Simen Penghalang Sulfat lebih praktikal digunakan di kawasan yang berair dan mengandungi garam atau asid sulfuric untuk menjamin kekuatan konkrit yang akan digunakan kerana ia menghalang tindakan sulfat. 4.Simen Warna Digunakan dalam kerja-kerja hiasan pada sambungan bata, permukakan lantai, lepaan tembok dan kegunaan lain yang difikirkan sesuai. Hendaklah disimpan berasingan dari simen-simen yang lain untuk mengelak dari percampuran warna. Ia terdiri dari pelbagai warna seperti coklat, putih, hitam, hijau, biru, kuning dan sebagainya. 5.Simen Alumina Tinggi diperbuat dari hasil campuran kapur dan bahan galian yang

megandungi galian aluminium melalui proses pembekuan yang lambat dan ia lebih keas dari simen cepat keras. Sesuai untuk kawasan yang banyak sulfat tetapi ianya tidak sesuai pada tempat yang panas dan perlu dibasahkan selama 24 jam untuk mendapatkan mutu konkrit yang baik. 6.Simen Rendah Haba Konkrit yang menggunakan simen jenis ini akan mengeluarkan wap panas secara perlahan-lahan dan dapat mengurangkan keretakan yang berlaku pada sesuatu ketika pada pembinaan empangan dan tembok penahan. 7.Simen Hidrophobik mempunyai sifat yang kurang menyerap air. ia digunakan di tempat tempat yang basah dan lembap, dan selalunya dibancuh dengan menggunakan mesin supaya campurannya baik dan sebati. Jenis-jenis simen yang lain termasuk a.Wall crete untuk membuat lepa. b.Simen ceramic /Adhesive( simen pelekat ) untuk memasang jubin, 'garden stone',genting dan lain-lain kerja yang sesuai, c.Pada masa sekarang terdapat juga simen untuk membuat konkrit ringan (light weight concrete)

Cara Menyimpan Simen Simen ialah bahan yang mudah keras, jika bercampur dengan air. Oleh itu bahan-bahan tersebsut perlu diberi penjagaan yang baik sebelum ia digunakan atau selepas digunakan terutamanya semasa berada di tapak bina. Bagi projek yang kecil, simen-simen tidaklah perlu disimpan di dalam stor yang besar. Memadailah disimpan ditempat yang lapang berpandukan kaedah berikut: 1.Sediakan papan lapik dan pastikan ia kering. 2.Jarak papan lapik dengan paras tanah hendaklah ditinggikan sekurang-kurangnya 150 - 230mm bagi mengelak kelembapan atau basah. 3.Jarak 300 mm daripada dinding gudang. 4.Susun beg simen rapat-rapat.

5.Beg simen hendaklah disusun tidak melebihi 12 lapisan untuk memudahkan kerja menyusun dan mengambil simen semasa kerja dijalankan. 6.Bahagian tepi disusun rendah dari yang ditengah. 7.Pastikan simen-simen digunakan dengan segera bagi projek kecil untuk mengelakkan kerosakan. 8.Jika tempat simpanan tidak berbumbung, simen-simen mestilah ditutup dengan kain plastik Batu baur Batu Baur Halus (Pasir) Batu baur halus adalah batu yang lebih kecil daripada 5mm. Kebiasaannya pasir sungai dan pasir lombong adalah sumber asli batu baur halus yang selalu digunakan. Walau bagaimanapun pecahan-pecahan batu yang kecil dari 5mm di kuari-kuari juga merupakan sumber utama batu baur halus. Sebelum digunakan, juruaudit boleh mempastikan batu baur halus tersebut bersih daripada campuran tanah, kayu, batu-batu yang lebih besar dan apa jua kotoran lain-lainnya. Sebelum digunakan ianya haruslah ditapis terlebih dahulu. Pasir juga tidak boleh mengandungi bahanbahan organan yang untuk menampakkan warna yang lebih gelap berbanding kecerahan asal. Ianya disimpan di atas lantai simen atau lantai kayu dan boleh terdedah kepada hujan dan panas. Jika disimpan di atas tanah hanya pasir yang berada 150mm tinggi daripada aras tanah sahaja boleh digunakan. Ini bagi memastikan ianya tidak bercampur dengan debu tanah atau lumpur. Batu Baur Kasar Batu Baur Kasar adalah batu yang lebih besar daripada 5mm tetapi tidak melebihi saiz minimum 19mm. Sumber utamanya adalah batu-batu yang telah dipecahkan di kuari-kuari batu. Jenis batu yang paling banyak didapati ialah pecahan batu granit dan batu kapur. Bagi kerja-kerja yang bersangkutan dengan takungan air dan kerja-kerja bawah tanah di mana hanya pecahan batu granit sahaja boleh digunakan. Batu baur kasar yang hendak digunakan ini juga harus bersih, tidak mengandungi ketul-ketul tanah liat Penggredan Batu Baur Pegawai-pegawai Audit boleh mendapatkan daripada pegawai di tapak projek berkaitan analisis penggredan batu baur sebagaimana mengikut Piawaian Malaysia M.S. 7.5

Had-had peratusan telus ayakan adalah sebagaimana di bawah: a. Batu Baur Halus (Pasir): Ayak B.S. 5mm 2.3mm 1.18mm 0.60mm 0.30mm 0.15mm 45-85 25-60 5-30 0-10

Peratusan 95-100 70-95 Telus b. Batu Baur Kasar: Ayak B.S. Peratusan Telus 20mm 100

10mm 25-55

5mm 0-10

Mana-mana kelompok batu baur yang gagal mengikut Piawaian Malaysia M.S. 7.5 hendaklah dipastikan ianya dikeluarkan dari tapak bina dengan serta merta. Jenis-Jenis Campuran Apabila berada di tapak projek pegawai-pegawai audit boleh meneliti campuran yang sedang dibuat. Jika dimaklumkan campuran 1: 2: 4 bermakna 1 bahagian simen, 2 bahagian pasir dan 4 bahagian batu. Bahagian bermakna menggunakan alat sukatan yang sama bagi ketiga-tiga bahan tersebut. a. Campuran 1: 2 : 4 Campuran ini adalah campuran yang biasa digunakan untuk segala kerja struktur konkrit bertulang dan juga untuk konkrit tuang dulu (pre-cast concrete) b. Campuran 1: 1.6 : 3.2 Ini adalah campuran yang kuat sedikit daripada campuran 1 : 2 : 4. Ianya biasa digunakan dalam kerja penakungan air seperti tembok penahan air. c. Campuran 1 : 3 : 6 Campuran ini adalah digunakan dalam kerja konkrit yang banyak seperti tapak dan lantai konkrit.

Besi

Besi adalah unsur dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Fe dan nombor atom 26. Besi merupakan logam yang berada dalam kumpulan 8 dan kala (period) 4. Atom besi biasa mempunyai 56 ganda jisim atom hidrogen biasa. Besi adalah logam paling banyak, dan dipercayai unsur kimia kesepuluh paling banyak di alam sejagat. Besi juga merupakan unsur paling banyak (menurut jisim, 34.6%) membentuk Bumi; penumpuan besi pada lapisan berlainan di Bumi berbeza antara tinggi peratusannya pada lapisan dalam sehingga 5% pada kerak bumi; terdapat kemungkinan bahawa teras dalam Bumi mengandungi hablur besi tunggal walaupun ia berkemungkinan sebatian besi dan nikel; jumlah besar besi dalam Bumi dijangka menyumbang kepada medan magnet Bumi. Simbolnya adalah Fe ringkasan kepada ferrum, perkataan Latin bagi besi. Besi adalah logam yang dihasilkan dari bijih besi, dan jarang dijumpai dalam keadaan unsur bebas. Untuk mendapatkan unsur besi, campuran lain mesti disingkir melalui pengurangan kimia. Besi digunakan dalam penghasilan besi waja, yang bukannya unsur tetapi aloi, sebatian logam berlainan (dan sebahagian bukan-logam, terutamanya karbon). Nukleus besi adalah antara nukleus-nukleus yang mempunyai tenaga pengikat tertinggi per nukleon, dan hanya diatasi oleh isotop nikel 62Ni. Nukleid stabil yang paling banyak di dalam alam semesta adalah 56Fe. Ini merupakan hasil daripada pelakuran nuklear pada bintang. Walaupun perolehan tenaga yang lebih tinggi boleh didapati dengan mensintesis 62Ni, namun proses ini tidak digemari kerana keadaan yang kurang sesuai pada bintang-bintang. Apabila bintang gergasi mengecut pada penghujung hayatnya, tekanan dalaman dan suhu akan meningkat, membolehkan bintang seterusnya menghasilkan unsur yang lebih berat, walaupun keadaan ini adalah kurang stabil berbanding dengan unsur-unsur pada sekitar nombor jisim 60 ("kumpulan besi"). Ini menjurus kepada berlakunya supernova. Model kosmologi dengan alam sejagat terbuka meramalkan bahawa terdapatnya fasa di mana semua benda akan bertukar menjadi besi, hasil daripada tindak balas pembelahan dan pelakuran yang perlahan. Besi merupakan logam paling biasa digunakan di antara semua logam, iaitu merangkumi sebanyak 95 peratus daripada semua tan logam yang dihasilkan di seluruh dunia. Gabungan harganya yang murah dengan kekuatannya menjadikan ia amat diperlukan, terutamanya dalam penggunaan seperti kereta, badan kapal bagi kapal besar, dan komponen struktur bagi bangunan. Besi waja merupakan aloi besi paling dikenali, dan sebahagian dari bentuk yang dibentuk oleh besi termasuk:

Besi mentah atau Pig iron yang mengandungi 4% 5% karbon dengan sejumlah bendasing seperti belerang, silikon dan fosforus. Kepentingannya adalah ia merupakan perantaraan daripada bijih besi kepada besi tuang dan besi waja. Besi tuang (Cast iron) mengandungi 2% 3.5% karbon dan sejumlah kecil mangan. Bendasing yang terdapat di dalam besi mentah yang dapat memberikan kesan buruk kepada sifat bahan, seperti belerang dan fosforus, telah dikurangkan kepada tahap boleh diterima. Ia mempunyai takat lebur pada julat 14201470 K, yang lebih rendah berbanding dua komponen utamanya, dan menjadikannya hasil pertama yang melebur apabila karbon dan besi dipanaskan serentak. Sifat mekanikalnya berubah-ubah,

bergantung kepada bentuk karbon yang diterap ke dalam aloi. Besi tuang 'putih' mengandungi karbon dalam bentuk cementite, atau besi karbida. Sebatian keras dan rapuh ini mendominasi sifat-sifat utama besi tuang 'putih', menyebabkannya keras, tetapi tidak tahan kejutan. Dalam besi tuang 'kelabu', karbon hadir dalam bentuk serpihan halus grafit, dan ini juga menyebabkan bahan menjadi rapuh kerana ciri-ciri grafit yang mempunyai pinggir-pinggir tajam yang merupakan kawasan tegasan tinggi. Jenis besi kelabu yang baru, yang dinamakan 'besi mulur', adalah dicampur dengan kandungan surih magnesium untuk mengubah bentuk grafit menjadi sferoid, atau nodul, lantas meningkatkan ketegaran dan kekuatan besi.

Besi karbon mengandungi antara 0.5% dan 1.5% karbon, dengan sejumlah kecil mangan, belerang, fosforus, dan silikon. Besi tempa (Wrought iron) mengandungi kurang daripada 0.5% karbon. Ia keras, mudah lentur, dan tidak mudah dilakurkan berbanding dengan besi mentah. Ia mempunyai sejumlah kecil karbon, beberapa persepuluh peratus. Jika ditajamkan menjadi tirus, ia cepat kehilangan ketajamannya. Besi aloi (Alloy steel) mengandungi kandungan karbon yang berubah-ubah dan juga logam-logam lain, seperti kromium, vanadium, molibdenum, nikel, tungsten dsb. Besi oksida (III) digunakan dalam penghasilan storan magnetik dalam komputer. Ia sering dicampurkan dengan bahan lain, dan mengekalkan ciri-ciri mereka dalam larutan. Besi merupakan salah satu unsur paling biasa di Bumi, membentuk 5% daripada kerak

Bumi. Kebanyakan besi ini hadir dalam pelbagai jenis oksida besi, seperti bahan galian hematit, magnetit, dan takonit. Sebahagian besar teras bumi dipercayai mengandungi aloi logam besi-nikel. Sekitar 5% daripada meteorit turut mengandungi aloi besi-nikel. Walaupun jarang, ini merupakan bentuk utama logam besi semulajadi dipermukaan bumi. Dalam perindustrian, besi dihasilkan daripada bijih, kebanyakannya hematit (sedikit Fe2O3) dan magnetit (Fe3O4), melalui penurunan oleh karbon dalam relau hembus (blast furnace) pada suhu sekitar 2000 C. Dalam relau hembus, bijih besi, karbon dalam bentuk kok, dan fluks seperti batu kapur diisikan di bahagian atas relau, sementara semburan udara panas dipaksa untuk masuk ke dalam relau di bahagian bawah. Dalam relau, kok bertindak balas dengan oksigen dalam hembusan udara untuk menghasilkan karbon monoksida: 2 C + O2 2 CO Karbon monoksida mengurangkan bijih besi (dalam persamaan kimia di bawah, hematit) kepada besi lebur, menjadi karbon dioksida di dalam proses tersebut: 3 CO + Fe2O3 2 Fe + 3 CO2 Fluks ditambah untuk meleburkan bendasing dalam bijih, terutamanya silikon dioksida pasir dan lain-lain silikat. Fluks biasa termasuklah batu kapur (terutamanya kalsium karbonat) dan dolomit (magnesium karbonat). Fluks yang lain boleh digunakan bergantung kepada jenis bendasing yang perlu diasingkan daripada bijih. Di bawah kepanasan relau, batu kapur mengurai menjadi kalsium oksida (kapur tohor): CaCO3 CaO + CO2

Kalsium oksida bergabung dengan silikon dioksida untuk menghasilkan sanga.CaO + SiO2 CaSiO3.Sanga melebur oleh kerana haba di dalam relau, berbanding dengan silikon dioksida yang tidak akan melebur di bawah haba yang sama. Pada dasar relau, sanga yang melebur terapung atas leburan besi yang lebih tumpat, dan hanyut ke tepi relau yang mungkin akan dibuka untuk mengalirkan sanga keluar daripada leburan besi. Besi ini, apabila disejukkan, akan dipanggil besi mentah, sementara sanga boleh digunakan sebagai bahan untuk pembinaan jalan raya atau untuk menyuburkan tanah yang kurang mineral untuk pertanian. Anggaran sebanyak 1,100 Jt (juta tan) bijih besi dihasilkan di seluruh dunia dalam tahun 2000, dengan nilai pasaran kasar mencecah lebih kurang 25 bilion dolar Amerika. Pengeluaran bijih berlangsung di 48 negara, dengan lima pengeluar terbesar merupakan China, Brazil, Australia, Rusia dan India, menghasilkan 70% daripada pengeluaran bijih besi dunia. 1100 Jt bijih besi digunakan untuk menghasilkan lebih kurang 572 Jt besi mentah. Besi dalam bentuk zat besi amat penting bagi semua organisma, kecuali bagi sebahagian kecil bakteria. Ia kebanyakannya disisipkan dengan stabil dalam logamprotein (metalloprotein), kerana sekiranya terdedah atau dalam bentuk bebas ia menyebabkan penghasilan radikal bebas yang kebiasaannya toksik kepada sel. Mengatakan bahawa besi bergerak bebas tidaklah bermaksud ia diangkut secara bebas dalam bendalir badan, sebaliknya besi terikat ketat dengan hampir kesemua biomolekul-biomolekul agar ia dapat melekap secara tak khusus kepada membran sel, asid nukleik, protein dsb.

Haiwan menerapkan besi ke dalam kompleks hem, sejenis komponen penting dalam sitokrom, iaitu protein yang terlibat dalam tindakbalas redoks (termasuk respirasi tetapi tidak terhad kepada respirasi sahaja), dan juga protein-protein pengangkut oksigen, iaitu hemoglobin dan mioglobin. Besi tak organik yang terlibat dalam tindakbalas redoks juga terdapat dalam kelompok besi-sulfur dalam kebanyakan enzim, seperti nitrogenase (terlibat dalam sintesis ammonia daripada nitrogen dan hidrogen) dan juga hidrogenase. Satu kelas yang bernama proteinbesi bukan hem berperanan dalam pelbagai fungsi dalam hidupan, protein-protein ini termasuklah enzim metana monooksigenase (mengoksidakan metana kepada metanol), ribonukeotida reduktase (menurunkan ribose kepada dioksiribose; biosintesis DNA), hemeritrin (pengangkutan dan pengikatan oksigen dalam invertebrat marin) dan asid fosfatase ungu (hidrolisisester fosfate). Apabila tubuh menentang jangkitan bakteria, tubuh menyorokkan (sequester) besi dalam pengangkut protein transferrin supaya tidak dapat digunakan oleh bakteria.

Taburan besi dikawalatur secara ketat di dalam badan haiwan mamalia. Besi yang diserap dalam duodenum akan melekat pada transferrin, dan diangkut oleh darah sehingga tiba ke sel-sel. Di situ besi diterap ke dalam protein sasaran melalui mekanisme yang belum lagi diketahui. [1]. Sumber-sumber gizi besi termasuklah daging, ikan, ayam, kacang dal, kacang, bayam, tauhu, kacang kuda, kacang bol, strawberi dan farina.

Besi yang dibekalkan dalam makanan tambahan selalunya dalam bentuk Besi (II) fumarate. RDA untuk besi berbeza-beza bergantung kepada umur, jantina, dan sumber

gizi besi (besi berasaskan hem mempunyai keterbiosediaan yang lebih tinggi)[2]. Lihat nota langkah berhati-hati di bawah. Besi mempunyai empat isotop stabil yang wujud secara semula jadi, 54Fe, 56Fe, 57Fe and 58Fe. Kelimpahan semulajadi isotop-isotop Fe dalam alam sekitar adalah lebih kurang 54Fe (5.8%), 56 Fe (91.7%), 57Fe (2.2%) dan 58Fe (0.3%). 60Fe adalah radionuklida yang telah pupus dan mempunyai separuh hayat yang panjang (1.5 juta tahun). Kebanyakan hasil penyelidikan terdahulu dalam pengiraan komposisi Fe bertumpu kepada penentuan variasi 60Fe akibat daripada nukleosintesis (iaitu, kajian meteorit) dan pembentukan bijih. Isotop 56Fe menimbulkan minat saintis nuklear kerana ia merupakan nukleus yang paling stabil yang boleh dikecapi. Adalah mustahil untuk menjalankan proses pelakuran atau pembelahan ke atas 56Fe untuk membebaskan tenaga. Ini tidak sama dengan lain-lain unsur. Dalam fasa-fasa meteorit Semarkona und Chervony Kut perkaitan antara kepekatan 60Ni, dan hasil reputan 60Fe, dan kelimpahan isotop stabil besi boleh ditemui dan ini menjadi bukti kepada kewujudan isotop 60Fe sejak saat pembentukan sistem solar. Kemungkinan tenaga yang dibebaskan dalam reputan 60Fe, bersama dengan tenaga yang dibebaskan dalam penguraian radionuklida 26Al, membantu dalam peleburan semula dan pembezaanasteroid selepas pembentukannya 4.6 bilion tahun yang lalu. Kelimpahan 60Ni yang hadir pada bahan luar daratan dapat memberikan petunjuk yang lebih lanjut mengenai asal sistem solar dan sejarah awalnya. Di antara isotop-isotop yang stabil ini, hanya 57Fe mempunyai spin (1/2). Oleh sebab itu, 57Fe mempunyai kegunaan sebagai isotop spin dalam bidang kimia dan biokimia.

Vous aimerez peut-être aussi