Vous êtes sur la page 1sur 2

Apakah yang dikatan Bendalir Automatik Transmisi dan Apakah Cekam Kering

dan Basah?

Ketika ini kebanyakan otomatik tansmisi yang digunakan didalam penggunaan


seharian mempunyai daya kilas yang rendah, Transmisi Cekam Pendua (DCT) tidak
perlu melincirkan bahan geseran cekam tetapi ia sebaliknya memberi focus kepada
prestasi gear.

Secara tipikalnya bendalir transmisi dapat memenuhi keperluan Transmisi Cekam


Pendua (DCT). Kebiasaannyanya Tranmisi Cekam Pendua (DCT) kering menggunakan
bendalir otomatik transmisi isian sepanjang hayat, sama seperti transmisi manual,
dan hanya kotak gear perlu dilincirkan. Saiz takungan untuk Transmisi Cekam
Pendua kering adalah sekitar satu perpuluhan lapan sembilan liter.

Berbeza pulak, bendalir yang direkabentuk untuk Transmisi Cekam Pendua (DCT)
basah yang perlu untuk melincir kedua-dua bahagian kotak gear dan juga cekam,
dan oleh itu memerlukan teknologi pelinciran yang mempunyai gabungan
keupayaan bendalir yang kuat untuk transmisi automatic dan manual.

Bendalir ini juga perlu untuk memberikan keseimbangan diantara prestasi geseran
yang kuat (dioptimakan untuk bahan cekam dan singkronizer) dan perlindungan pada
komponen transmisi.

Bendalir Transmisi Cekam Pendua (DCT) dirumuskan menggunakan gabungan bahan


tambahan yang diperlukan untuk bendalir transmisi automatic dan manual. Nilai
kandungan geseran dan gear, perlindungan kehausan galas dan sinkronizer
merupakan keperluan utama yang diberikan dari bahan tambahan kimia.

Selain dari itu, bukan ia hanya perlu cemerlang untuk fungsi tersebut, bendalir itu
juga perlulah untuk memenuhi keperluan asas bagi pelincir- seperti kestabilan terma
dan pengoksidaan, dan prestasi anti kakisan.

Tempoh tukar minyak berbeza-beza mengikut keperluan OEM, ketika ini Trasnmisi
Cekam pendua yang dikeluarkan mempunyai tempoh tukar minyak sekitar 45,000
KM.

Walaubagaimanapun, mengikut Susie Hurley, Pengurus Teknologi Bahagian Transmisi


di Derby UK, tempoh jarak tukar minyak ini dijangka dipanjangkan pada masa
hadapan dan menghampiri tempoh tukar minyak yang biasa dilihat didalam tranmisi
automatic tradisional.

Mengurus Kehausan Yang Berlaku Didalam Transmisi Otomatik

Mengurus isu kehausan dan geseran didalam bendalir Transmisi Cekam pendua
melibatkan perlunya keseimbangan geseran spesifik dan mengekalkan prestasi
membawa bebanan yang sangat kuat dan prestasi kehausan.

Hurley menjelaskan bahawa untuk mencapainya adalah sangat sukar, ini kerana
bahan kimia yang terlibat biasanya merupakan bahan aktif permukaan dan boleh
“bersaing” untuk ruang prestasi. Walaubagaimanapun, kebanyakan kaedah-kaedah
imbasan boleh digunakan untuk mengimbang keperluan geseran spesifik dan
kehausan untuk tiap penggunaan.
Untuk menghadkan kakisan, pengoksidaan dan minyak hitam kotor dan pekat, bahan
kimia yang khusus dimasukan didalam pakej bahan tambahan bendalir Transmisi
Cekam Pendua (DCT), kata Hurley, dan tambahnya lagi, “Sifat semulajadi minyak
asas – mineral dan sintetik-dan pilihan pembolehubah kelikatan juga berperanan
dalam memberikan prestasi ini.

Dibawah keadaan pelinciran yang tidak memuaskan, komponen akan mudah haus;
walaubagaimanapun tekanan ekstrim dan komponen anti haus dimasukan dalam
kebanyakan bahan tambahan bendalir Transmisi Cekam pendua (DCT) untuk
mengurangkan ia dibawah keadaan pelinciran filem normal. Selain dari itu, sifat
semulajadi minyak asas dan pengurai, pencuci, anti oksida dan komponen anti
kakisan pakej bahan tambahan bekerja untuk meminimakan pembentukan hablur
halus.

Kandungan bahantambahan berbeza bergantung kepada keperluan perkakasan,


bahan geseran, viskometrik dan lain-lain. Kandungan bahan tambahan dan kos-kos
boleh berbeza bergantung kepada keperluan prestasi dan keperluan khusus OEM.

Langkah Berikutnya

Menurut Hurley, penanda aras menunjukan bahwa bendalir Transmisi Cekam Pendua
didalam pembangunan jelas menungguli bendalir yang dikomersilkan pada pasaran.

Dengan kebanyakan bendalir trasnmisi, bendalir transmisi dibangunkan untuk


penggunaan spesifik bergantung kepada rekabentuk transmisi, lapik cekam, bahan
geseran, dll, bagi memberikan prestasi yang optima. Pembuat bahan pelincir
automotif dan pembekal bahan tambahan perlu untuk bekerja dengan lebih rapat
dengan OEM untuk menghasilkan spesifikasi yang baru, selain dari itu juga ia
perlulah banyak melabur didalam pembangunan dan ujian untuk memberikan
prestasi pelincir dan teknologi yang diperlukan.

Keboleharapan menjadi kunci untuk Transmisi Cekam Pendua masa hadapan dengan
tempoh tukar minyak dilanjutkan, Keupayaan teknologi dengan tindakbalas geseran
yang kuat yang dikekalkan sepanjang masa adalah penting untuk membantuk
didalam memanjangkan tempoh tukar minyak. Bendalir Transmisi Cekam Pendua
(DCT) yang berada dipasaran menguna sepenuhnya stok asas sintetik ataupun
separa sintetik, dan menurut Hurley penggunaan rumuran minyak asas mineral
Kumpulan III dijangka sebagai penggunaan masa hadapan., Jadi sementara masih
terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan untuk bendalir Transmisi Cekam
Pendua (DCT), masa depan dilihat cerah. Ia hanya perlu satu kerjasama yang baik
diantara pembuat, pembekal bahan tambahan dan bantuan OEM untuk
merealisasikan matlamat dan prestasi yang hendak dicapai.
M Surif A Wahab

Vous aimerez peut-être aussi