Vous êtes sur la page 1sur 39

AIDS pembunuh

oleh : Zoey Zollinger

Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk. JAGA-JAGA
WEI!!!!

DEFINISI
Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome) ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus). AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan.

Saya wonderwomansaya kuattapi AIDS lagi kuat..saya x mampu nak lawanjage-jage sebab

Sekuat-kuat superman pom x boleh nak lawan

AIDS..

BEWARE!!!
Tulungtulung..

ASAL USUL AIDS


Asal usul AIDS dan HIV telah menjadi tanda tanya saintis semenjak penyakit itu mula dikenalpasti pada awal tahun 1980-an. Kes pertama yang dikenalpasti sebagai AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980-an. Pada masa itu, AIDS tidak mempunyai nama tetapi jelas pesakit-pesakit tersebut menunjukkan gejala sindrom yang sama.

1982 pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakan istilah "acquired immunodeficiency syndrome" atau AIDS.Laporan dan pengesanan pesakit AIDS secara rasmi.
1983 para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) 1999 sekumpulan saintis telah menjumpai asal-usul HIV-1, jenis utama virus HIV yang terdapat di negara-negara maju. Satu subspesis cimpanzi, yang berasal dari Barat Afrika telah dikenalpasti sebagai punca virus ini. Mereka percaya bahawa HIV-1 didedahkan kepada manusia apabila pemburu-pemburu ini didedahkan kepada darah cimpanzi yang dijangkiti oleh virus ini.

Bilangan kes AIDS/HIV di Malaysia 1986 - 2004

HIV/AIDS melalui kongsi jarum & seks mengikut negeri (Malaysia), 2004

Struktur Kuman HIV


Gambar kuman HIV yang dilihat menerusi elektron mikroskop yang diperbesarkan 135,000 kali.

Gambarajah Human Immunodeficiency Virus (HIV).

PATOFISIOLOGI
Sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang melindungi manusia daripada bakteria, virus dan sebagainya. Virus hiv masuk dalam badan, ia mula merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'cd4 helper lymphocyte' (sel pembantu cd4).

Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain. Sel virus akan melepaskan kapsid ke dalam sitoplasma. Kapsid akan tukar RNA ke DNA melalui Reverse Transcriptase dan di bawa dalam nucleus. Kemudian ia akan di integrasikan di dalam kromosomkromosomsellular (di samakan sebagai sellular genes yang normal) yang akan menghasilkan virus RNA baru atau masuk ke fasa laten da nkemudian akan di aktivatkan.

Apabila perisai tubuh lemah atau hilang, individu terbabit dikatakan dijangkiti aids. Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.

PENYEBAB
Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya boleh dipindahkan apabila bendalir badan dari pada individu yang telah dijangkiti memasuki kedalam tubuh individu yang belum dijangkiti. HIV berjangkit melalui pemindahan sebarang bendalir dari tubuh mereka yang telah dijangkiti kepada orang lain. Virus ini boleh didapati di dalam bendalirbendalir tubuh seperti: Darah Cecair seminal/air mani (danjuga air mazi) Rembesan faraj Susu badan

TANDA-TANDA POSITIF HIV


Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak jelas untuk beberapa tahun dan seseorang mungkin tidak mengetahui yang dia telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun individu terbabit masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini. Jangkamasa tandatanda ini timbul bergantung kepada individu. Jika individu yang positif HIV tidak mendapatkan rawatan, ia akan mengambil purata 8-10 tahun daripada HIV kepada AIDS.

Terlalu lemah dan lesu Penurunan berat badan yang mendadak Demam panas yang kerap Peluh malam Kelenjar limfa membengkak Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut Cirit-birit yang kronik Batuk kronik Hilang ingatan Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat Herpes zoster

CARA PENYEBARAN VIRUS HIV


HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan: Perhubungan seks tanpa kondom/berbilang pasangan dari kedua-dua jantina/pelacur. Penerimaan darah yang tercemar Perkongsian jarum suntikan dadah Dari ibu ke anak semasa mengandung/ kelahiran/penyusuan.

HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui: Perciuman atau berpeluk Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya Berenang di kolam renang awam Gigitan nyamuk atau serangga lain

PERINGKAT JANGKITAN HIV


Tahap 1 Menjadi antibodi HIV positif (seroconversion). Apabila HIV mula cuba untuk mendapatkan tempat di dalam sel-sel sistem imun kita antibodi diwujudkan untuk melawan. Proses ini,yang boleh mengambil masa beberapa minggu hingga tiga bulan,dipanggil seroconversion. Semasa seroconversion, seseorang akan merasa kurang sihat. Terdapat gejala seperti selesema, demam,sakit tekak, ruam, sakit anggota badan, sakit kepala dan cirit-birit.

Tahap 2 Jangkitan HIV tanpa gejala. Setelah seroconversion tamat, kebanyakan orang berasa sihat dan tidak mengalami apa-apa gejala. Virus sibuk cuba masuk ke dalam sel-sel untuk menyalin dan menipu sel-sel asal. Rata-rata, peringkat ini berlangsung selama kirakira lapan tahun,bermula dari seroconversion.(bergantung kepada daya tahan seseorang). Semasa peringkat ini, doktor akan memantau apa yang HIV lakukan untuk sistem imun kita. Sel CD4 jatuh kepada kira-kira 350 sel.

Tahap 3 Jangkitan HIV dengan gejala. Semakin lama kita hidup dengan HIV, virus akan melakukan kerosakan yang lebih banyak pada sistem imun kita. Ini bermakna ada peluang yang lebih besar untuk kita mendapat gejala yang disebabkan oleh jangkitan oportunis yang b erkaitan dengan HIV.

Tahap 4 Peringkat akhir jangkitan HIV. Apabila HIV telah menyebabkan banyak kerosakan kepada sistem imun, kita boleh mendapat jangkitan dan kanser tertentu yang sangat serius. Seseorang mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar 'infeksioportunistik' seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanser termasuk Sarkoma Kaposi. Seseorang disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam fasa ini, mekanisma pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kumankuman lain.

PERKEMBANGAN AIDS
MATI
KAPOSI SARCOMA HERPES ZOSTER CANDIDIASIS LYMPHOMAS CRYPTOCOCOSIS

PERINGKAT PESAKIT AIDS

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT AIDS

PERINGKAT PEMBAWA KUMAN HIV

Badan kurus kering Batuk berpanjangan Cirit-birit berterusan Keletihan Demam berpanjangan
Bengkak kelenjar limfa

DIJANGKITI KUMAN AIDS

SIHAT (Tanpa sebarang Tanda) 2-10 tahun

DIAGNOSIS
Kurang daripada 200 CD4 + sel T per milimeter padu darah, berbanding dengan kira-kira 1,000 CD4 + sel-sel T bagi orangorang yang sihat. CD4 + T sel yang mencukupi kurang daripada 14 peratus daripada semua limfosit, jenis sel darah putih.

bacaan virus lebih dari pada 30 000 copies/ml

Salah satu penyakit yang disenaraikan di bawah: Kandidiasis-bronkus, kerongkong, trakea atau paru-paru Barah pangkal rahim yang adalah invasif Coccidioidomycosis yang telah merebak Cryptococcosis yang menyentuh badan di luar paru-paru Cryptosporidiosis menjejaskan usus dan berkekalan lebih daripada satu bulan Penyakit cytomegalovirus di luar nodus hati, limpa atau limfa Cytomegalovirus Retinitis yang berlaku dengan kehilangan penglihatan dan lain-lain penyakit berbahaya.

INVESTIGASI
Ujian Antibodi HIV dari ujian antibodi HIV, seseorang pembawa HIV perlu menjalankan beberapa lagi ujian makmal. Ini termasuklah ujian CD4 dan viral load.

Ujian CD4 Dilakukan bagi mengetahui tahap jangkitan HIV dan bila rawatan anti-retrovirus (HAART) boleh dimulakan. Ia mengukur jumlah sel CD4 sihat dalam darah. Individu yang sihat mempunyai bilangan CD4 antara 600-1200 sel/mm3 darah. Jika bilangan CD4 menurun sehingga 200 sel/mm3 rawatan antiretrovirus (HAART) akan dimulakan.

Ujian Viral load Ujian ini mengukur jumlah virus dalam darah. Paras yang tinggi menunjukkan tahap pembiakan virus yang tinggi.
Perkhidmatan kaunseling Perkhidmatan kaunseling pra-ujian, selepas ujian serta sokongan boleh didapati di kemudahan-kemudahan kesihatan. Kaunseling boleh dijalankan dalam bentuk kaunseling secara bersemuka atau secara berkumpulan (support group). Anda juga boleh mendapatkan maklumat atau khidmat kaunseling melalui talian khidmat bantuan.

Cegah
AIDS

sekarang

Lain-lain ujian HIV


Ujian darah ELISA Test ELISA Home test - Ujian rumah sahaja yang diluluskan oleh US Food and Drug Administration dipanggil Akses Home Test Express, yang dijual di farmasi-farmasi Ujian air liur - A pad kapas digunakan untuk mendapatkan air liur dari bahagian dalam pipi. Pad diletakkan di dalam satu botol dan dihantar ke makmal untuk ujian. Ujian Beban virus - Ujian ini mengukur jumlah HIV dalam darah Ujian Western. STOP AIDS!!

RAWATAN
Pada masa ini, tiada penawar untuk AIDS, tetapi ubat-ubatan yang berkesan dalam memerangi HIV dan komplikasinya. Ubat-ubatan untuk pesakit AIDS Nucleoside Reverse Transcriptase Perencat (NRTI) Abacavir (Ziagen, ABC) Didanosine (Videx, dideoxyinosine, DDI) Emtricitabine (Emtriva, FTC) Lamivudine (Epivir, 3TC) Stavudine (Zerit, d4T) Tenofovir (Viread, TDF) Zalcitabine (Hivid, DDC) Zidovudine (Retrovir, ZDV atau AZT)

Terapi Antiretroviral aktif (HAART) Non-Nucleoside Transcriptase Perencat Songsang (NNRTI)

JENIS RAWATAN
Rawatan Anti-Retrovirus (HAART) Kombinasi ubat anti-retrovirus bila digunakan dapat menekan pembiakan virus HIV di bawah paras 50 copies/ml (iaitu di bawah paras yang boleh dikesan oleh ujian HIV. Kombinasi yang disyorkan oleh Kementerian adalah:2 Jenis Nucleoside Reversed Transcriptase Inhibitor (NRTI) + 1 Protease Inhibitor (PI) atau Non-Nucleoside Reversed Transcriptase Inhibitor (NNRTI). Rawatan akan disyorkan kepada pesakit yang: 1) Mempunyai tanda-tanda AIDS 2) Paras CD4 kurang daripada 350 sel/ml 3) Viral load melebihi 30,000 copies/ml Dan patuh kepada jadual rawatan

Rawatan profilaktik Rawatan ini akan diberi untuk mencegah jangkitanjangkitan oportunistik seperti Pneumocystis Carini Pneumonia (PCP).
perkhidmatan Rujukan sokongan (Kesihatan & Bukan kesihatan) Semasa dalam rawatan susulan pesakit juga akan dirujuk kepada agensi kerajaan atau bukan kerajaan yang berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan. Ambe takot AIDS, awok takot dop??

KESAN SAMPINGAN NRTIs


Demam Ruam keletihan muntah-muntah cirit-birit, kelesuan atau keletihan kehilangan selera makan gejala pernafasan gangguan neurologi akibat kerosakan saraf periferal. masalah tidur Hilang selera makan

KOMPLIKASI
Pneumocystis Carinii Pneumonia (sejenis penyakit radang paruparu), yang boleh membawa maut. Penyakit ini memusnahkan paruparu pesakit AIDS Cytomegalovirus Retinitis merupakan penyakit mata berkaitan AIDS yang serius dan boleh menyebabkan buta. Sarkoma Kaposi merupakan kanser berkaitan AIDS yang menyebabkan ketumbuhan/tumor pada kulit. Ia berwarna merah jambu atau ungu.

AIDS Waiting Syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara, cirit-birit yang kronik atau rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari

"PELAJAR YANG CERDIK IALAH PELAJAR YANG MENGGUNAKAN RUANG DAN KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MENINGKATKAN POTENSI DAN KECEMERLANGAN DIRI BAGI MENGHADAPI HARI DEPAN"

Vous aimerez peut-être aussi