Vous êtes sur la page 1sur 29

PENTADBIRAN AGENSIAGENSI SUKAN KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD RIZAL BAI MUHAMMAD FIRDAUS AHMAD

PERLEMBAGAAN ORGANISASI BADANBADAN SUKAN KEBANGSAAN

Di dalam Akta Pembangunan Sukan 1997, (Akta 576) JADUAL KEDUA (Seksyen 19), iaitu Perlembagaan Dan Kaedah-Kaedah Badan Sukan Yang Bertindak Sebagai Badan Pengelola Atau Perwakilan Bagi Sukannya Di Peringkat Kebangsaan.

Perkara-perkara yang berikut hendaklah diperuntukkan dalam perlembagaan atau kaedah-kaedah:


1.

Badan sukan hendaklah mempunyai tujuan dan matlamat yang berikut: (a) untuk menggalakkan dan membangunkan sukannya. (b) untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan badan pengelola dan pengawal seliaan antarabangsa.

(c) untuk memastikan bahawa perlembagaan dan kaedah- kaedahnya dipatuhi dan diikuti oleh semua anggotanya. (d) untuk mengawal dan menjalankan bidang kuasa ke atas semua aktiviti berhubungan dengan sukannya di Malaysia dan oleh wakil Malaysia di luar negara. 2. Aktivitinya dijalankan tanpa ada diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggotanya.

3. Prosedur pemilihan adalah terbuka dan adil. 4. Akaun teraudit sepenuhnya ,laporan segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan wang yang sebelumnya dikemukakan kepada Pesuruhjaya berserta dengan apaapa yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.

PROSES PENTADBIRAN ORGANISASI SUKAN


1.

2.

PENGENALAN seseorang pentadbir perlu menjalankan tugas mengikut proses-proses asas. PERANCANGAN perancangan adalah penentuan terdahulu. Perancangan melibatkan tiga perkara; 1) Menentukan apa yang patut 2) Menentukan bagaimana ia patut dilakukan 3) Menentukan siapa yang akan melakukannya.

proses perancangan berkesan melibatkan lima perkara yang berterusan; 1) Menentukan objektif-objektif keseluruhan. 2) Menentukan objektif khusus. 3) Mengenalpastikan strategi atau tindakan khusus untuk mencapai objektif. 4) Menentukan piawai prestasi khusus untuk pencapaian objektif. 5) Menilai kemampuan.

3. PENGELOLAAN satu proses yang melibatkan dua atau lebih manusia mengembleng tenaga dan sumber untuk mencapai tujuan yang tertentu. - empat prinsip pengelolaan yang dinyatakan oleh Leith (1990); 1) pembahagian tugas dan delegasi tanggungjawab. 2) mengekalkan hierarki autoriti. 3) menetapkan panduan tingkah laku. 4) membuat keputusan berdasarkan keupayaan dan bukan personaliti.

4. PENGARAHAN -mengikut Frost & Marshall (1997), pengarahan merupakan suatu proses yang menyebabkan sesuatu tindakan itu berlaku. - Proses itu melibatkan pemberian tunjuk ajar atau bimbingan, mempengaruhi orang lain atau membuat keputusan dan memberi arahan.

5. HAL KAKITANGAN -Tugas ini biasanya meliputi pemilihan kakitangan untuk tugas yang sesuai bagi menjayakan sesuatu aktiviti organisasi. -Tugas pentadbir adalah meliputi; 1) menentukan bilangan staf yang diperlukan. 2) mengetahui keupayaan dan kebolehan staf. 3)memastikan cara interaksi di antara staf. - Pentadbiran kakitangan melibatkan dua aspek utama iaitu kemanusiaan dan teknikal ( Voltmeter, Esslimger, McCue & Tillman, 1979).

6. MENYELARAS ATAU KOORDINASI -Tugas pentadbir ialah utk menyelaraskan program atau unit pentadbiran serta memastikan operasi berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. -menggalakkan komunikasi yang baik antara individu dalam setiap jabatan. - Untuk memastikan koordinasi yang baik, pentadbir perlu mengikut prosedur yang betul;

1) 2) 3) 4) 5) 6)

7) 8) 9) 10) 11) 12) 13)

14)

Menggalakkan komunikasi secara formal. Mewejudkan peraturan-peraturan yang diterima umum. Mengadakan sistem komunikasi formal. Menanam matlamat dominan dalam sanubari kakitangan. Buat pemerhatian rapat. Mengumumkan garis autiriti, tanggungjawab, tugas dan pertalian unit. Aktiviti yang sama ditugaskan kepada unit pentadbiran yang sama. Mempiawaikan perlakuan. Mengharmonikan program dan polisi. Arahan patut lengkap dan jelas. Memupuk semangat berpasukan. Berkomunikasi terus dengan kakitangan. Pentadbir mesti merupakan seorang yang sudi mendengar pandangan kakitangan. Pertemuan sosial tidak formal patut digalakkan.

7. LAPORAN - Adalah kaedah yang sistematik untuk menilai kemampuan kakitangan. - Boleh dilakukan setiap minggu atau setiap bulan mengikut projek tertentu. 8. BELANJAWAN - Belanjawan adalah aspek penting dalam pentadbiran yang tidak boleh diabaikan. - Mengikut Frost (1977), pentadbiran kewangan melibatkan empat langkah ; 1) mengumpul data atau maklumat. 2) menyediakan belanjawan. 3) mempersembahkan belanjawan. 4) membelanjakan peruntukan.

9. PENILAIAN ATAU KAWALAN - Dijalankan untuk mengetahui sama ada organisasi itu berjaya atau sebaliknya. - Tugas pentadbir menilai perancangan secara keseluruhan utk menentukan pencapaian objektif. - menilai sejauh manakah sumber-sumber digunakan secara maksimum

AGENSI-AGENSI SUKAN DI MALAYSIA

MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA (MOM) Ditubuhkan pada tahun 1953. Tanggungjawab MOM: Menghantar atlit ke luar negara. Menentukan kriteria-kriteria kelayakan bagi sukan individu dan sukan berpasukan untuk menyertai pertandingan antarabangsa. Objektif MOM: Menggalakkan dan memajukan sukan amatur di Malaysia. Mengelola Sukan Olimpik, Sukan Daerah atau Sukan antara Daerah di samping menaja pasukan-pasukan yang mewakili Malaysia untuk mengambil bahagian dalam sukan.

Struktur Pentadbiran MOM: 1) Presiden seorang 2) Timbalan Presiden seorng 3) Naib Presiden 4 orang 4) Setiausaha Kehormat seorang 5) Penolong Setiausaha Kehormat seorang 6) Bendahari seorang 7) Penolong Bendahari Kehormat seorang

Tugas Pegawai Bertugas: 1) Presiden bertanggungjawab menghadiri semua mesyuarat MOM termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan mengawal disiplin, mengesah pengundian, minit mesyuarat dan menandatangani. 2) Timbalan dan Naib Presiden ambil alih tugas Presiden semasa ketiadaannya. 3) Setiausaha Kehormat pengurusan perniagaan MOM ikut undangundang dan mengemukakan arahan dalam Mesyuarat Jawatankuasa. membuat surat-menyurat dan kertas kerja.

4) Penolong Setiusaha Kehormat membantu menjalankan tugas Setiausaha Kehormat. 5) Bendahari kehormat pengurusan kewangan dan kemasukan akaun dan pembetulannya. menyediakan Penyata Terima Bayaran dan Kunci Kirakira untuk diauditkan pd setiap akhir tahun. 6) Penolong BendahariKehormat menjalankan tugas sperti di atas dan ambil alih tugas Bendahari Kehormat jika beliau tidak hadir.

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) Wujud pada tahun 1964 sebagai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Peranan KBS: Menguruskan kegiatan sukan berprestij tinggi dengan sukan rekreasi.

1) Cawangan Penggalaka n

4) Pusat Sukan

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN SUKAN

2) Cawangan Perkhidmata n

3) Cawangan Penyelidikan

Bidang tugas: 1) Cawangan Penggalakan mengadakan program latihan kepimpinan penggerak sukan, rekreasi dan kecergasan. memperkenalkan konsep idea Malaysia Cergas sebagai amalan hidup yang aktif dan sihat. mengorientasikan nilai dan sikap kesukanan bagi membantu menyelesaikan masalah sosial. 2) Cawangan Perkhidmatan merancang pembangunan kemudahan dan membekal peralatan sukan untuk penyertaan yang lebih luas. mewujudkan perhubungan berkesan dengan pertubuhan sukan, rekreasi dan kecergasan di dalam dan di luar negara.

3)

4)

Cawangan Penyelidikan menguruskan latihan dan kerjaya pegawai atau kakitangan. membuat kajian dan dokumentasi dalam aspek kemajuan sukan, rekreasi dan kecergasan. Pusat Sukan menyediakan khidmat kepakaran dalam pembelajaran dan latihan sukan, rekreasi dan kecergasan. menggalakkan penyertaan ramai daripada berbilang kaum melalui penyediaan kemudahan sukan, rekreasi dan kecergasan.

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA (MSN) Ditubuhkan pada 27 Februari 1972 di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971. Tugas MSN: Memberi nasihat kepada menteri tentang perkara-perkara berhubung dengan sukan. Menyelaras kegiatan sukan yang diselaraskan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan. Membuat syor kepada kerajaan mengenai cara dan dasar untuk memajukan sukan dan melaksanakannya jika diluluskan. Menggalakkan penyertaan dalam sukan di dalam dan luar negara.

Carta Organisasi MSN


PENGERUSI

KETUA PENGARAH

PENTADBIR AN DAN KEWANGAN

PERSEDIAAN ANTARABANGSA (LATIHAN)

PEMBANGUNAN

INSTITUT SUKAN NEGARA

UNIT PERSEDIAAN ATLIT KOMANWEL (UPAK)

MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) Ditubuhkan pada bulan Februari 1958 . Diberi nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Perseketuan Malaya. Tahun 1968 telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran dan bertukar kepada MSSM.

Tujuan MSSM: Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti sukan dalam semua Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri di Malaysia. Mengelola dan menjalankan semua aktiviti permainan dan sukan Majlis Sukan Sekolahsekolah antara negeri dan diperingkat antarabangsa. Mengelola dan menjalankan kursus-kursus bagi jurulatih sekolah dan latihan pusat bagi para atlit sekolah di peringkat kebangsaan. Menyelaraskan segala peraturan dan undangundang pertandingan permainan dan sukan di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.

CONTOH..BADAN INDUK BOLA SEPAK-FIFA.

Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (Fdration Internationale de Football Association dalam bahasa Perancis) lazimnya dikenali dengan singkatanFIFA, adalah badan pentadbiran bagi bola sepak dan pertubuhan sukan terbesar di dunia. Ibu pejabatnya terletak di Zrich, Switzerland dan presiden terkini adalah Sepp Blatter.

SEKIAN TERIMA KASIH..

Vous aimerez peut-être aussi