Vous êtes sur la page 1sur 19

Apresiasi karya Batan Barat dan Catan Alam Melayu

Seni catan (Definisi)


Perbuatan meletakkan pewarna pigment terlarut dalam pelarut/medium
dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan).

Proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna /cat yang


disapu pada sesuatu permukaan.

Merakam kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada
alam sekitar.

Manusia melukis selama enam kali lebih lama berbanding menulis.

Apresiasi karya

Karya 1

Impression Sunrise

Karya 2

Wind

Perbandingan karya

Karya 1

Catan karya pelukis barat dan tempatan (melayu)


sememangnya mempunyai perbezaan yang ketara dari beberapa aspek antaranya budaya yang tersirat dalam karya. Jelas kelihatan barat lebih kepada budaya kebaratan mereka manakala karya tempatan pula adalah mengamalkan budaya ketimuran. Setiap karya yang dihasilkan akan menyelusuri budaya dan identiti tersendiri.

Budaya

Dalam karya catan tempatan iaitu Wind


memaparkan budaya timur walaupun tidak kelihatan dengan jelas. Karya Dr. Zakaria Ali ini lebih fokus kepada pengalaman sendiri berdasarkan cerita beliau. Daripada cerita yang telah disampaikan dapat disimpulkan bahawa karya ini mempunyai budaya timur pada gaya kehidupan iaitu berkenalan dengan seorang yang mempunyai ilmu tinggi dan hebat.

Gambaran pada karya itu adalah fokus kepada kenalan yang


dijumpai oleh pengkarya iaitu seorang bunian atau si bongkok yang digambarkan melalui lukisan tangan besar menunjukkan seseorang itu berkuasa dan mempunyai ilmu yang luas. Serapan budaya pada karya ini adalah tersirat.

Karya 2

menggambarkan mengenai kedamaian


suasana lautan di waktu pagi dimana masyarakat mula mendayung sampan untuk melakukan aktiviti harian. Warna terang yang melambangkan matahari pagi menggambarkan kepada kita bahawa setiap hari disuluhkan dengan semangat baru untuk melakukan aktiviti seharian. Laut yang tenang dengan garapan warna yang lembut menunjukkan kebersihan dan ketenangan alam semulajadi dimana setiap hari manusia dapat menghirup udara yang segar.

Budaya

Aspek budaya yang ingin dijelaskn disini tidak terlalu kelihatan


kerana di timur juga terdapat situasi sebegini. Walaubagaimanapun suasana yang berlainan dapat membezakan budaya antara dua negara tersebut.

gaya hidup orang barat, dapat dicungkil tentang budaya mereka


yang lebih terbuka namun tidak dipaparkan pada karya ini. Yang pastinya kedua-dua karya ini mempunyai identiti tersendiri walaupun menggunakan tema yang sama.

Karya 1

Berdasarkan asal usul terciptanya catan


tersebut, karya ini memberi gambaran tentang kepercayaan dalam sesuatu masyarakat.

Kepercayaan

Dalam menginterpretasikan karya tempatan


ini terdapat cerita mengatakan pelukis solat zuhur bersama-sama orang ilmuwan itu.

Jelas disini menunjukkan mereka adalah


beragama Islam dan kepercayaan mereka kepada Allah s.w.t. Kemudian terdapat pula unsur-unsur ghaib dan mampu melakukan sesuatu di luar kemampuan seorang manusia. Pelukis percaya terhadap apa yang telah berlaku berdasarkan pengalaman beliau dan gambaran yang jelas pada lukisan yang diluahkannya.

Karya 2

Kepekaan pelukis pada kesan cahaya yang


berjaya menunjukkan realiti dan keajaiban tentang perubahan atmosfera di langit dan kesan yang terjatuh pada permukaan air.

Kepercayaan

Setiap palitan warna dapat menghasilkan


semangat untuk meneruskan setiap kerja yang dilakukan.

Unsur kepercayaan pada karya ini tidak dapat


dilihat dengan jelas namun terdapat semangat yang diterapkan untuk meneruskan hidup berdasarkan cara hidup mereka. Pendayung di dalam karya tersebut percaya sesungguhnya pada awal pagi terdapat pelbagai rezaki ynag menunggu.

Hampir sama dengan kepercayaan orang


tempatan di mana rezeki selalunya akan datang pada awal hari sebagai pembukaan hidup yang seterusnya.

Aliran dan Stail


Karya Wind adalah aliran ekspresionisme manakala karya barat
Impresionis Sunset adalah dalam aliran impressionisme.

Ekspresionis adalah suatu teknik melukis dengan cara melihat,


mengamati dan meresapi suatu objek yang kemudian diolah di dalam jiwa dan dituangkan di atas kanvas menjadi suatu karya yang indah sesuai dengan pengungkapan dalaman seniman.

Dengan demikian, seniman tidak hanya melukis berdasarkan


pengamatan visual sahaja, namun terdapat tacapan pengamatan jiwa dan perasaan.

Karya ini menekankan luahan emosi oleh pengkarya iaitu Dr.


Zakaria Ali. Simbolik batu yang besar merupakan luahan hati dan perasaan serta kagum terhadap ilmuwan tersebut.

Dalam lukisan itu juga dapat dilihat bahawa pelukis tenang


bersama-sama individu tersebut walaupun individu tersebut mempunyai ilmu yang luar biasa.

mengutamakan suasana yang dilihat dalam jangka masa tertentu


seperti waktu pagi, tengahari, petang dan sebagainya. Oleh itu, karya yang dihasilkan mementingkan keserasian warna, cahaya serta watak-watak alam.

Permukaan air yang bergerak dan bersinar dengan warna merah


jingga telah digunakan oleh Monet untuk menyatakan aspirasi semangat Impresionisme sebagai pergerakan, perjuangan mengangkat gaya dalam seni lukis.

Pengaruh dan Falsafah


Karya 1

Aliran Realisme di mana lukisan yang dihasilkan adalah gambaran


sebenar suatu suasana di dalam hutan.

Lukisan itu adalah realis dan benar-benar mengikut bentuk sebenar alam
semulajadi. Karya ini juga pautan daripada teori Gestalt di mana karya ini memaparkan separuh daripada gambaran yang sebenar.

Jadi falsafah karya ini berkait dengan pandangan yang berbeza di atas
sekeping gambar yang sama berdasarkan teori tersebut.

Karya 2 Mempunyai pengaruh daripada aliran Post-Impressionisme. Pengkarya aliran ini tidak mementingkan perspektif dalam penghasilan karya. Mereka melukis dan mewarna gambar yang sama tetapi dari sudut yang berbeza dan lukisan dalam bentuk yang tidak lengkap serta menimbulkan stail impresi yang spontan juga menimbulkan kekayaan pada jalinan lukisan tersebut. Aliran ini menegaskan kesan figutaif warna dan cahaya. Oleh itu, tidak hairanlah karya aliran Impressionisme hampir sama dengan karya aliran Post-Impressionisme.

Vous aimerez peut-être aussi