Vous êtes sur la page 1sur 10

PENGALAMAN PEMBELAJARAN BILIK DARJAH

Disediakan oleh: Syed Muhammad Fazli Aledroos B. Syed Hassan PISMP Pend. Pem. Pend. Ren. (1) Semester 5

Definisi Pengalaman Pembelajaran


Pengalaman pembelajaran bermaksud segala gerak balas atau interaksi pelajar dengan persekitarannya. Pembelajaran berlaku melalui perubahan tingkah laku pelajar yang memerlukan penglibatan pelajar dengan aktif. Pelajar belajar melalui perkara yang dilakukannya.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa; - Darjah tumpuan pelajar terhadap pelajaran tidak sama. - Persepsi pelajar berbeza-beza - makna yang diperolehi oleh setiap pelajar terhadap sesuatu pengalaman yang dilalui itu berbeza. - Motivasi pelajar untuk mendapatkan pengalaman tidak sama. - Keadaan fizikal pelajar tidak sama.

Faedah Pengalaman Pembelajaran


Dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada pelajar. Dapat memberikan pengalaman belajar yang mencabar pemikiran. Dapat mencerna maklumat. Dapat mengembangkan sifat mandiri.

Definisi Penilaian Pengalaman Pembelajaran


Penilaian: kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Penilaian ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.

Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.

Ciri-ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran


Merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu: Pergantungan secara positif Tanggungjawab Interaksi secara terus (bertentang mata) Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian Penilaian kendiri secara berterusan

Kaedah Jigsaw

Kritikan Terbuka

Membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas. Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi dan akan dinilai oleh seorang panel.

Penilaian Rakan Kumpulan

Merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

Sekian, terima kasih..

Vous aimerez peut-être aussi