Vous êtes sur la page 1sur 43

ASAS PEMBINAAN PRODUK

TUJUAN ATAU FUNGSI KERJA

PERKEMBANGAN IDEA

5 PERINGKAT

PENYUSUNAN IDEA

LAKARAN KERJA DAN LUKISAN KERJA

PEMBINAAN PROJEK

Peringkat 1: Tujuan atau fungsi kerja


-Standard ukuran -Faktor ergonomik

Rekacipta Rekacipta ialah penghasilan sesuatu produk baru daripada idea sendiri atau produk yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Pengenalpastian Masalah Merupakan langkah pertama dalam proses reka cipta. Projek yang dibina dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Langkah-langkah pengenalpastian masalah adalah seperti berikut:

Mengenalpasti Masalah Masalah ini bolehlah kita dapati daripada kejadian yang telah berlaku dan menyebabkan kita menghadapi masalah ataupun masalah yang berlaku di sekeliling kita. Masalah yang dikenalpasti haruslah boleh dinyatakan dengan jelas dan boleh diselesaikan. Mengumpul Maklumat dan Data Boleh dilakukan dengan cara-cara yang berikut: Pengalaman sendiri Membuat soal selidik Melakukan pemerhatian Melayari internet Bimbingan guru Pembacaan dan penyelidikan Lawatan belajar

Menganalisis Maklumat Untuk mendapat satu rumusan tentang maklumat yang telah dicari. Kita perlu mengkaji kelebihan dan kekurangan maklumat-maklumat yang telah dicari. Langkah ini menolong kita mencetus idea baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Menyenaraikan Idea Penyelesaian Masalah Boleh dikatakan dengan aktiviti-aktiviti seperti perbincangan kumpulan, sumbangsaran, peta minda dan membuat lakaran projek

Pemilihan Idea Merupakan proses membuat pilihan idea daripada idea-idea yang telah disenaraikan . Faktor-faktor penting bagi pemilihan idea ialah :
1. 2. 3. 4. 5. 6. Keupayaan kendiri Pengetahuan dan kemahiran sedia ada Kepentingan produk Cara pembuatan Mesra alam Bahan dan komponen

Pemilihan Reka Bentuk


Fungsi Reka Bentuk Kesesuaian Bahan

Kaedah Pembinaan

Ketahanan

Kos

Kemasan

Keselamatan

Nilai Komersial

Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda: pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian, atau penurakan bahan makanan. Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui nampaknya telah dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM di kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah Indus, dan mungkin juga Elam di Parsi.

Ukuran Asas Kabinet Dapur


Ketinggian-ketinggian A - Ketinggian table top kabinet dapur dari lantai ke permukaan kerja: 34 inci B - Ketinggian bar counter dari lantai ke permukaan bar: 42 inci C - Ketinggian wall unit (kabinet atas) dari lantai bermula pada paras: 60 inci D - Ketinggian wall unit (kabinet atas) yang standard: 24 inci

Kedalaman-kedalaman E - Kedalaman table top kabinet dapur dari depan ke belakang: 24 inci F - Kedalaman wall unit (kabinet atas) dari depan ke belakang: 12 inci G - Kedalaman bar counter: 16 - 24 inci

Anggaran Ukuran-ukuran Lebar Perkakas dapur


Berikut adalah antara ukuran standard perkakasan yang biasa dipasang di dapur:Sinki stainless steel dua bowl: 36 inci Sinki stainless steel satu bowl besar: 25 inci Ketuhar Elektrik bina-dalam: 23.5 inci Peti sejuk kecil: 24 inci Peti sejuk sederhana: 27 inci Peti sejuk besar: 35 inci

Ketuhar gelombang mikro bina-dalam: 23.5 inci Hob dapur: 29 inci Hood dapur (slim): 29 inci Hood dapur normal: 35 inci Rak pengering pinggan: 24/30 inci Mesin basuh: 24 inci

Satu piawai sejagat

Standar d Ukuran

DEFINISI

Bidang yang berkaitan dengan


matlamat memberi ciri

FAKTOR

keselesaan, kecekapan, keselamatan, dan senang guna

APlLIKASI

kepada mesin yang digunakan oleh manusia. Sinonim kejuruteraan insan.

DEFINISI

Berkaitan dengan rekabentuk produk supaya sesuai dengan pengguna. Faktor ergonomik merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi sesebuah produk itu dari pandangan pengguna.

FAKTOR

APlLIKASI

DEFINISI

FAKTOR

APlLIKASI

Jika ia dihasilkan dengan mempunyai tahap ergonomik yang tinggi, produk tersebut akan memberi persepsi yang positif pengguna terhadap produk tersebut.

DEFINISI

FAKTOR

APlLIKASI

Penggunaan bahan yang sesuai Tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna Sesuai dengan persekitaran dan fizikal pengguna Saiz dan ketinggian

DEFINISI

FAKTOR

APlLIKASI

Meningkatkan produktiviti dan kualiti Mengurangkan kesilapan manusia, kemalangan semasa kerja, keletihan dan tekanan Mengoptimakan penggunaan masa

PERINGKAT 2 : PERKEMBANGAN IDEA -Keseimbangan reka bentuk (Nisbah )


-Bahan-bahan -Pembinaan produk: Jenis penyambungan -Kemasan -Keselarasan: Kesesuaian reka bentukdan warna dengan faktor persekitaran

Setelah memutuskan fungsi-fungsi yang tepat bagi kerja yang telah siap dan setelah menimbangkan sebarang ukuran tertentu atau ukuran standard yang terlibat, hendaklah difikirkan pula, nisbahnya Nisbah ialah kadar atau keseimbangan di antara panjang, tinggi dan lebar).

Nisbah

Adakah ia kelihatan sesuai? Adalah satu soalan yang baik disoalkan pada peringkat ini. Kesimpulan kepada masalah ini ialah dengan menggunakan kayu yang cukup tebal atau cukup lebar supaya ia cukup kuat untuk membuat sesuatu kerja itu.

BAHANBAHAN
Pemilihan bahanbahan tertentu untuk sesuatu kerja bergantung pada dua faktor utama:

Tujuan atau fungsi kerja yang siap (seseorang tidak akan menggunakan kayu mahogany untuk membuat pagar taman dan juga tidak menggunakan kayu lembut bergred murah di mana kemasan bergilap terhias dengan cantik)

Kesesuaian fizikal bahan-bahan. Papan blok mungkin sesuai untuk dibuat bahagian atas meja tetapi tidak sesuai untuk kaki meja atau bingkai pintu. Kayu padu adalah sesuai untuk membuat rel dan sebagainya tetapi tidaklah sebaik papan lapis jika berkehendakkan sekeping bahagian atas meja yang yang besar dan ringan. Papan lapis bergred kalis air boleh digunakan bagi membuat sampan, tetapi papan keras bergred standard yang kalis air tidak boleh digunakan.

PEMBINAAN
Kaedah pembinaan tanggam atau pemasangan semua bahagian kerja itu bergantung pada:
Jenis kerja kayu membina almari, menanggam atau kerjakerja kayu kasar. Anda boleh menanggam bajang (tetapi jangan dipakukan) sisi-sisi almari kayu yang digilap. Paku hanya sesuai digunakan bagi membuat kotak.

Bahan yang digunakan. Biasanya digunakan tanggam tradisional (standard) bagi kayu-kayu semulajadi, tetapi kadang-kadang teknik dan perekat khas diperlukan untuk mengeluarkan papan.

HIASAN DAN KEMASAN


Kerap kali rupa benda kerja yang direkabentuk dengan baik menjadi rosak kerana hiasan-hiasan yang tidak bersesuaian.

Jika bahagian atas sebuah meja diperbuat daripada kayu yang mempunyai hiasan yang cantik, adalah tidak sesuai jika kita terlalu banyak mengukir, memvenir atau menatah, untuk mewarnanya atau cuba mengubah rupa bentuk asal yang menarik itu.

HARMONI
Walaubagaimana berguna dan menarik sesuatu benda kerja yang siap, perlu diingat bahawa ia hendaklah selaras dengan lain-lain benda dan mestilah sesuai dengan keadaan sekelilingnya Sebuah almari yang dicat warna hijau terang atau kuning misalnya akan kelihatan menarik jika diletakkan di dinding dapur tetapi ia akan tidak seimbang jika dipadankan dengan hamparan berwarna biru dan bersama perabot dari bahan kayu mahogany.

Peringkat 3: Penyusunan idea

Setelah kerja menganalisis idea terpilih dijalankan, proses penghalusan perlu dijalankan sebelum mengambil keputusan memilih idea yang terbaik.

Contoh-contoh lakaran produk akan dilukiskan semula mengikut ukuran berskala.

Tujuan dilukis semula adalah untuk menganalisis spesifikasi sebenar produk, ukuran dimensi kritikal, pengiraan ukuran serta pemasangan bahagian-bahagian yang kritikal.

Idea yang terpilih seterusnya diperhalus dengan mengambilkira faktor-faktor seperti kaedah pemasangan, bahan yang digunakan, saiz serta ciri-ciri keselamatan.

Peringkat 4: Lakaran kerja dan lukisan kerja


-Lukisan ortografik -Lukisan isometri -Lukisan perspektif -Lukisan persembahan

Peringkat ini adalah proses akhir dalam kerja mereka bentuk.

Pada peringkat ini, reka bentuk produk yang dimuktamatkan akan menjadi kenyataan

Bagi mendapatkan spesifikasi produk yang lengkap serta proses pembuatan yang terlibat, lukisan projek mestilah dibuat.

Terdapat beberapa jenis lukisan yang perlu disediakan mengikut tujuan dan fungsinya.

Lukisan ortografik Lukisan bentuk rata yang biasa digunakan untuk merekodkan dan menyampaikan idea. Ia adalah satu set lukisan yang menggabungkan beberapa pandangan bagi sesuatu objek yang mengandungi pandangan hadapan, pendangan sisi dan pelan.

Contoh lukisan ortografik

Lukisan isometrik

Satu lukisan pandangan yang dilukis bagi menunjukkan keadaan sesuatu objek itu dengan lebih jelas dan lebih mudah difahami. Lukisan isometrik ini berasaskan tiga paksi utama iaitu satu paksi tegak dan dua paksi bersudut 30o dari paksi mendatar berskala penuh.

Contoh lukisan isometrik

Lukisan perspektif Lukisan yang membolehkan pelbagai bentuk dilukis dengan cepat dan medah. Kesemua bentuk lukisan ini hampir menyerupai bentuk atau rupa sebenar produk yang telah siap. Apabila objek dilukis dalam perspektif, kita akan nampak : Garisan selari kelihatan seperti menumpu apabila bertambah jauh daripada kita. Objek yang sama saiz akan nampak menjadi bertambah kecil saiznya apabila semakin jauh daripada kita.

Contoh lukisan perspektif

Lukisan persembahan Lukisan yang digunakan pada peringkat akhir penyampaian idea reka bentuk. Lukisan ini menggambarkan keadaan sebenar rupa bentuk sesuatu produk. Dalam lukisan persembahan ini juga kita boleh memasukkan maklumat-maklumat tambahan yang berkaitan seperti bahan dan jenis kemasan yang digunakan. Lukisan persembahan juga digunakan dalam mempromosikan sesuatu produk. Untuk tujuan itu, lukisan ini disampaikan dengan lebih menarik dan realistik bagi menarik perhatian pengguna.

Contoh lukisan persembahan

Peringkat 5: Pembinaan projek


-Merancang kerja -Carta gantt -Bahan -Kemasan

Peringkat terakhir dalam pembinaan produk yang melibatkan perancangan dan penyusunan langkah-langkah kerja membuat atau menghasilkan produk dari awal sehingga terhasil produk yang dikehendaki.

Merancang kerja

Suatu langkah yang penting dan perlu dilaksanakan sebelum sesuatu proses pembinaan produk dimulakan

Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kehilangan masa dan kos akibat dari kesilapan dalam penyusunan langkah kerja

Merancang kerja juga dapat membantu untuk penetapan masa sesuatu produk dapat disiapkan

Terdapat berbagai kaedah merancang kerja, antara kaedah yang selalu digunakan adalah dengan pembinaan Carta Gantt.

Carta Gant

Merupakan salah satu teknik kawalan masa dan kos yang sering digunakan untuk pembuatan produk.

Carta ini digunakan kerana mudah disediakan serta mudah difahami

Ia terdiri dari satu lajur aktiviti pada sebelah kiri dan lajur tempoh masa pada sebelah kanan.

Unit masa boleh menggunakan hari atau minggu

Carta ini disediakan terlebih dahulu dengan menyenaraikan semua aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek mengikut turutan yang betul.

Pembahagian jangka masa bagi setiap aktiviti dilukis dalam bentuk bar dari kiri ke kanan.

Bahan

Pemilihan bahan untuk sesuatu pembuatan produk dilakukan semasa peringkat perkembangan idea.

Dalam peringkat merancang kerja, semua bahan yang diperlukan perlu didapatkan sebelum projek dapat dimulakan.

Jumlah atau kuantiti bahan yang diperlukan juga ditetapkan pada peringkat ini.

Penyediaan awal bahan akan mengelakkan masa melahu yang panjang akibat menunggu ketibaan pesanan.

Kemasan

Dalam pembinaan produk, proses kemasan yang dipilih hendaklah merangkumi kaedah membuat kemasan.

Ini bermaksud persediaan prasarana yang sesuai untuk kerja kemasan perlu disediakan awal dan sesuai dengan produk.

Ini dapat mengelakkan berlakunya pembaziran, menjamin kualiti kemasan dan menjimatkan masa.