Vous êtes sur la page 1sur 15

SOLAT

Solat (bahasa Arab: ; alawt) merujuk

kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI


Solat telah diaplikasikan dalam seni mempertahankan

diri.
Gerakan-gerakan yang terdapat dalam sesebuah seni

mempertahankan diri contohnya silat cekak diilhamkan daripada gerakan-gerakan dalam solat.

Terdapat 4 kaedah utama dalam Silat Cekak iaitu :

1. Kaedah A (Diilhamkan dari kedudukan berdoa) 2. Kaedah B (Diilhamkan dari kedudukan qiam) 3. Kaedah C (Diilhamkan dari kedudukan ketika rukuq) 4. Kaedah D (Diilhamkan dari kedudukan ketika mengangkat takbir)

Kaedah A

Kaedah B

Kaedah C

Kaedah D

SOLAT BERJEMAAH
Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih

daripada seorang,atau secara beramai-ramai,dengan diketuai seorang imam.

Solat berjemaah melatih diri mentaati pemimpin


Sifat mentaati pemimpin diaplikasikan dalam banyak institusi,contohnya:

Isteri mentaati suami. Anak mentaati ibu bapa. Pelajar mentaati guru. Pekerja mentaati majikan. Rakyat mentaati pemimpin.

Solat berjemaah memupuk semangat bekerjasama


Solat berjemaah juga diaplikasikan oleh masyarakat

dalam melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Contohnya,gotong-royong,majlis perkahwinan,dan banyak lagi.

Gotong-royong

Majlis perkahwinan

Hari raya korban

Kerja-kerja ini akan dilakukan secara berjemaah

ataupun secara beramai-ramai dalam sesebuah masyarakat itu.

Mengaplikasikan solat berjemaah juga memberi banyak kelebihan seperti:


memupuk semangat bantu-membantu.

wujud keharmonian dalam kehidupan

bermasyarakat.. masyarakat bersatu-padu. Solat mampu memupuk semangat kerjasama dalam kehidupan.

MENDISIPLINKAN DIRI
Disiplin merupakan perasaan taat dan patuh

terhadap nilai-nilai yang dipercayai termasuk melakukan pekerjaan,tertentu yang dirasakan menjadi tanggung jawab.

Sifat berdisiplin sangat penting dalam kehidupan

kita,disiplin telah diaplikasikan daripada amalan bersolat.


Sebagai contoh;

Dalam Islam,solat dilakukan 5 kali sehari iaitu

subuh,zuhur,asar,maghrib dan isyak.Solat mesti dilakukan mengikut masa yang ditetapkan.


Ini jelas menunjukkan dengan cara mengaplikasikan

solat dalam kehidupan,kita dapat mendisiplinkan diri kita supaya sentiasa menepati masa yang telah ditetapkan.

Dalam solat juga terdapat rukun-rukun yang perlu

dipatuhi untuk memastikan solat kita sah dan diterima oleh Allah s.w.t.
Ini jelas menunjukkan dengan cara mengaplikasikan

solat dalam kehidupan,kita dapat mendisiplinkan diri kita supaya mematuhi peraturan-peraturan dalam kehidupan.

KESIMPULAN
Melalui penerangan yang telah diberikan jelas

menunjukkan solat diaplikasikan dalam banyak perkara dalam kehidupan kita.Selain itu,dengan mengaplikasikan solat dalam kehidupan kita,ia bukan sahaja membentuk sahsiah diri yang jitu bahkan solat juga turut memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kehidupan masyarakat yang harmoni dan negara yang aman dan damai.

Vous aimerez peut-être aussi