Vous êtes sur la page 1sur 10

MASALAH DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK

DAYANG NADZIRAH MOHD HATTA MARDHIYAH MATSAH NUR SHAFIQAH NADHIRA AHMAD PUAD SITI MAISARAH IDRIS

Penyelesaian masalah matematik berayat berkait rapat dengan kaedah penyoalan yang melibatkan kefahaman dan penguasaan strategi yang lebih kompleks. Menurut Mayer (1985), dalam soalan penyelesaian masalah, murid perlu memahami maksud soalan, menghubungkan maklumat dengan operasi, menjalankan operasi yang telah dikenalpasti dan mendapatkan penyelesaian yang dikehendaki.

Soalan penyelesaian masalah melibatkan kognitif seseorang. Sekiranya murid mempunyai tahap kognitif yang rendah, kemungkinan besar mereka akan mengalami beberapa masalah. Antara masalah yang sering dihadapi dalam menjawab soalan penyelesaian masalah adalah:

1. Tidak memahami keseluruhan kehendak soalan.

2. Tidak tahu menggunakan strategi yang sesuai.

3. Keliru, sukar atau tidak faham mengaitkan ayat dengan simbol Matematik.

1. Tidak memahami keseluruhan kehendak soalan.

Hanim ada 27 biji pasu. Dia menyusun pasu tersebut dalam 3 barisan. Berapa banyak baris pasu yang dia susun?

2. Tidak tahu menggunakan strategi yang sesuai.

Dengan menggunakan semua nombor di atas,bentukan satu nombor paling kecil.

3. Sukar atau tidak tahu untuk mengaitkan ayat dengan simbol Matematik.

Harga sebuah jam tangan adalah RM 200. Diskaun sebanyak 15% diberikan sempena jualan akhir tahun. Berapakah harga untuk sebuah jam setelah diskaun?

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH


PERMUDAHKAN MASALAH
Guru perlu mewujudkan masalah yang serupa dengan menggunakan angka-angka yang berbeza dan mudah. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya kita yang memperolehi jawapan.

MELUKIS GAMBAR RAJAH


Guru perlu berfikir secara kritis dan kreatif. Menggunakan simbol dan lambang-lambang yang mudah difahami murid. Dengan melukis gambarajah kita dapat melihat pergerakan masalah tersebut secara tersusun.

MEMODELKAN / MENJALANKAN SIMULASI / MELAKONKAN Memodelkan/menjalankan simulasi adalah strategi yang paling berkesan untuk melihat pola perubahan dan keseluruhan masalah dapat dihayati dengan jelas.

MENYENARAIKAN / MENJADUALKAN SECARA SISTEMATIK Guru bersama murid mengeluarkan maklumat penting yang terdapat dalam soalan dan memasukkannya ke dalam bentuk jadual. Graf juga boleh boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan di antara pembolehubahpembolehubah.

MENGGUNAKAN BAHAN KONKRIT


Dienes (1973) yang menyatakan bahawa konsep matematik menjadi lebih mudah difahami jika konsep itu dipersembahkan kepada murid dengan menggunakan contoh yang konkrit.

Vous aimerez peut-être aussi