Vous êtes sur la page 1sur 50

AKIDAH ISLAMIAH HUBUNGAN IMAN, ISLAM DAN IHSAN

DISEDIAKAN OLEH: NOOR AISAH BT DIN FATIMAH MARDHIAH BT HJ MOHD NOR PPISMP SEM3 PI/BA/BI (1)

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN IMAN ISLAM IHSAN HUBUNGAN IMAN DAN ISLAM HUBUNGAN IMAN, ISLAM DAN IHSAN PENUTUP

PENDAHULUAN
Akidah merupakan tunggak utama kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Para nabi dan rasul diutuskan bagi menyeru ke arah pemulihan akidah. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Dengan iman yang mantap seseorang tidak akan mudah goyah walaupun apa jua cabaran yang mendatang.

IMAN

PENGERTIAN IMAN
Iman berasal dari bahasa arab iaitu Amana Yu-minu Imaana. Dari segi bahasa iman membawa maksud tasdiq iaitu membenarkan, percaya dan amanah. Firman Allah SWT: Maksudnya: Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (Wahai Muhammad), sehingga Engkau memancarkan matair dari bumi, bagi kami. ( Surah Al Isra : 90 )

Menurut istilah iman ialah ( tashdiqun bilqalbi wa iqraarun billisan wa 'amalun bil arkaan ) iaitu "Meyakini dalam hati, mengucapkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan". Abu Hasan al Asyari pula mengatakan bahawa iman itu ialah membenarkan Allah dan Rasul-Nya dan kepercayaan ini tidak sah kecuali dengan mengenal Allah. Pengertian iman juga dapat dilihat secara jelas pada hadis riwayat Abu Hurairah dimana Jibril a.s. Bertanya Rasulullah yang bermaksud: Apakah itu iman? Jawab Rasulullah SAW:Iman ialah percaya kepada Allah, malaikat-malaikatNya, bertemu dengan-Nya, para Rasul-Nya serta percaya kepada hari kebangkitan. ( Hadis riwayat: al Bukhari )

Menurut Imam al Ghazali iman dari segi bahasa ialah pembenaran . Dari segi istilah pula ialah memenuhi rukun-rukun syahadah yang empat iaitu Makrifat Zat Allah, Makrifat sifat-sifat Allah, Afal-afal Allah dan Samiyyat. Firman Allah : Maksudnya : Dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan. ( surah al-Araaf : 18 )

RUKUN IMAN
1) BERIMAN KEPADA ALLAH SWT : Bermaksud mengetahui, percaya dan beritikad dengan teguh, perkara-perkara yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah swt. Seseorang hendaklah beritikad secara ijmal dan bersungguhsungguh bahawa Allah swt bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna dan sesuai dengan ketuhananNya serta mustahil Allah swt bersifat dengan sifat-sifat kekurangan. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud : Allah swt mempunyai sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang menghafal ( mengingati dan menghadirkan maknanya serta berbekas dalam jiwa ), nescaya dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu maha tunggal ( ganjil ) dan sangat sukakan pada setiap satu yang ganjil. ( Hadis direkodkan oleh Ibnu Majah )

2) BERIMAN KEPADA MALAIKAT Bermaksud percaya dan yakin tentang wujudnya makhluk yang digelar malaikat. Jumlah malaikat hanya Allah swt sahaja mengetahui. Malaikat merupakan makhluk yang taat kepada Allah swt,diciptakan dari nur, tidak mempunyai hawa nafsu, tidak makan dan minum, memiliki akal yang terbatas untuk melaksanakan perintah Allah swt, tiada jantina tertentu ,mempunyai sayap dan memiliki kekuatan dan kepantasan yang luar biasa. Firman Allah SWT : Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan Yang jelas nyata. ( Surah al-Fath : 1 )

3) BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL Bererti percaya Allah memilih dikalangan manusia beberapa orang utusan yang bertindak sebagai perantara antara Allah dengan hamba-Nya. Mereka bertugas menyampaikan segala yang diterima dari Allah dan membimbing, memimpin manusia serta menunjukkan manusia jalan yang lurus. Firman Allah SWT : Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. ( Surah al- Anbiya : 107 )

4) BERIMAN KEPADA KITAB

Percaya Allah menurunkan beberapa buah kitab kepada para rasul bagi panduan mereka memimpin manusia ke jalan yang benar. Kitab-kitab ini mengandungi beberapa ajaran, hukumhakam, nasihat, kisah dan lain-lain. Firman Allah SWT :

Maksudnya : Pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya). ( Surah al-Baqarah : 213 )

5) BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT Bermaksud percaya Allah akan membinasakan seluruh alam ini apabila tiba saatnya nanti. Kemudian semua manusia dibangkitkan semula untuk menerima balasan amalan masing-masing sama ada baik atau buruk. Firman Allah SWT : Maksudnya : Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara Yang amat besar. ( Surah al-Hajj : 1 )

6) BERIMAN KEPADA QADHA DAN QADAR Mempercayai segala yang berlaku sama ada baik ataupun buruk, untung ataupun rugi dan sebagainya adalah tertakluk kepada qadha dan qadar Allah. Allah berfirman : Maksudnya : Tuhan Yang Menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan Yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu Dalam pemerintahanNya; dan Dia lah Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu Dengan ketentuan takdir Yang sempurna. (Surah al-Furqan : 2)

PERINGKAT-PERINGKAT IMAN Iman terbahagi kepada lima peringkat: Iman Taqlid iaitu Iman ikutan. Orang yang beriman secara taqlid beramal semata-mata mengikut orang lain. Iman jenis ini merbahaya dan terdedah kepada kesesatan. Iman Ilmu iaitu Iman yang berdasarkan semata-mata kepada ilmu dan fikiran semata-mata dan ia tidak terpahat di dalam hati. Iman pada tahap ini juga terdedah kepada bahaya dan penyelewengan. Iman A'yan iaitu Iman yang dapat dihayati sehingga ke lubuk hati. Iman pada tahap ini dimiliki oleh orang-orang soleh. Seseorang yang beriman pada tahap ini amalannya bertolak dari hati yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Iman kita juga sekurangkurangnya berada pada tahap ini. Iman Hak iaitu Iman yang hakiki yang terlepas dari godaan nafsu dan syaitan. Iman pada tahap ini dimiliki oleh golongan muqarrabin. Iman Hakikat iaitu Iman peringkat yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Mereka yang memiliki Iman pada tahap ini hidup semata-mata untuk Allah swt.

ISLAM

PENGERTIAN ISLAM
Islam berasal dari bahasa arab iaitu : Aslama-Yuslimu-Islaaman ertinya : patuh, tunduk,menyerahkan diri dan selamat. Menurut istilah, Islam adalah "Agama yang mengajarkan manusia berserah diri dan tunduk sepenuhnya kepada Allah untuk menuju keselamatan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT : Maksudnya : Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi. ( Surah Ali Imran : 85 )

RUKUN ISLAM
1) MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH Sebagai pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah SWT. Syahadah merupakan asas bagi seseorang dalam memeluk agama yang suci ini. Lafaz syahadah : 2) Mengerjakan solat Solat merupakan tiang agama dan merupakan dasar daripada ibadah-ibadah yang lain. Jika tidak mengerjakan solat, maka tidak bererti segala amalan lain yang kita kerjakan.

3) MENUNAIKAN ZAKAT Wajib membelanjakan harta benda untuk menolong orang-orang yang fakir miskin dan yang memerlukan bantuan serta untuk kebajikan Islam agar diri kita dan harta kita bersih serta terhindar dari dosa-dosa. 4) PUASA DI BULAN RAMADHAN Merupakan ibadah yang dapat mendidik hawa nafsu serta mendidik jiwa kita ke arah redha dengan pemberian Allah. 5) MENGERJAKAN IBADAH HAJI KE BAITULLAH Diwajibkan kepada mereka yang mampu melaksakannya dari segi perbelajaan, kesihatan dan sebagainya.

IHSAN

PENGERTIAN IHSAN Menurut bahasa bererti berbuat baik. Ia berasal daripada bahasa arab iaitu Ahsanayuhsinu-ihsaanan. Manakala menurut istilah, ihsan ialah berbakti dan mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan dilandasi kesedaran dan keikhlasan. Ihsan juga boleh didefinasikan sebagai cara bagaimana seharusnya kita beribadat kepada Allah.

Rasulullah bersabda ihsan ialah : An tabudallaha kaanaka taraahu fainlam takun taraahu fainnahu yaraaka yang bermaksud ( bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya, Dia pasti melihat engkau. ( Hadis riwayat: Bukhari ) Allah SWT juga berfirman : Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. ( Surah an Nahl: 90 )

KONSEP IHSAN
Seseorang yang melakukan ihsan akan merasa tenang yang tidak dapat dirasakan oleh orang lain. Allah swt telah memberi galakan supaya berbuat ihsan sebagaimana firman-Nya : Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatanperbuatan Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. ( Surah an Nahl: 90 )

BAHAGIAN IHSAN
1) Ihsan kepada Allah SWT Ihsan kepada Allah Swt adalah kemuncak kepada pengabdian manusia kepada Ilahi sebagaimana yang di jelaskan dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Muslim : Jibril a.s telah menemui Rasulullah Saw dan lalu bertanya yang bermaksud: " Khabarkanlah kepadaku dari hal ihsan ". Rasulullah Saw menjawab : " Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, tetapi jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau ". . Insan yang menghayati konsep ihsan adalah manusia yang sentiasa menyedari bahawa amal perbuatannya di perhatikan oleh Allah Swt samada di tempat yang terbuka mahupun yang tersembunyi.

Ihsan kepada keluarga dengan menunaikan tanggungjawab kita terhadap mereka seperti melayani mereka dengan baik dan lemah lembut serta memenuhi keperluan lahiriah. Ihsan terhadap binatang dengan memberikan makanan dan tidak berlaku kasar terhadap binatang-binatang tersebut. Ihsan yang kita hayati akan menghalang kita dari melakukan perkara yang tidak elok dan akan melahirkan insan yang beramanah. Firman Allah SWT : Maksudnya : Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masingmasing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( Surah al-Baqarah : 148 )

2) Ihsan kepada makhluk Dapat dilihat dalam hubungan kita kepada setiap makhluk Allah di dunia ini seperti berbuat baik terhadap kedua ibubapa, keluarga, jiran tetangga dan juga orang lain termasuk binatang. Firman Allah SWT dalam Surah Al-israa' ayat 23 : maksudnya : dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).

Firman Allah di dalam surah Al-'Alaq ayat 14 : maksudnya : Tidakkah ia mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
Terdapat satu kisah yang diceritakan oleh Abdullah bin Dinar yang berlaku kepada Saidina Umar Al-Khattab r.a, tatkala beliau dalam perjalanan ke Mekah, beliau telah berhenti untuk berehat di sebatang jalan. Ketika itu seorang pengembala kambing telah turun dari bukit. Saidina Umar berkata kepada pengembala itu; " Hai Pengembala!, juallah seekor dari kambing-kambing ini kepadaku ". Pengembala itu menjawab : " Bahawa aku ini milik orang ( hamba sahaya ). Umar r.a berkata : Katakanlah kepada tuanmu, bahawa kambing itu dimakan serigala! " Pemuda itu lalu menjawab : " Maka di mana Allah? ". Mendengarkan jawapan itu Umar merasa insaf lalu menangis.

HUBUNGAN IMAN DAN ISLAM


Iman dan Islam memiliki tingkatan dan darjat. Darjat pertama iaitu darjat Islam, dimana setiap orang yang mengucapkan dua kalimat syahadat "Asyhadu an laa ilaha illaLah wa asyahdu anna muhammadan Rasululullah." (Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah) maka ia termasuk sebagai seorang Muslim atau islam dan hukum-hukum sebagai seorang Muslim berlaku padanya.

Iman yang melahirkan penyerahan diri kepada Allah itu juga disebut sebagai Islam. Ini bermaksud seseorang yang beriman hendaklah menyerah diri kepada Allah swt dengan menerima segala hukum dan syariat yang diturunkan Ilahi. Penyerahan dan penerimaan ini berlaku dengan dua perkara iaitu : (i) Dengan kepercayaan dan pegangan hati yang dinamakan Iman (akidah). (ii) Melalui sifat-sifat lahiriah iaitu melalui perkataan dan perbuatan (amalan) juga dinamakan Islam.

Nabi Muhammad saw telah juga menunjukkan penggunaan kalimah Iman dalam pengertian amal sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Iman terbahagi lebih enam puluh bahagian, yang paling tinggi ialah mengucap kalimah "Lailahaillallah" dan yang paling rendah ialah membuang benda-benda yang boleh menyakitkan orang di jalan". (Riwayat Muslim)

Oleh yang demikian,jelas di sini Iman dan Islam mempunyai hubungan yang rapat dan tidak mungkin dipisahkan. Islam umpama pohon sementara Iman umpama akar sesepohon kayu. Kesuburan dan kekuatan akar pokok tersebut dapat dilihat dengan kesuburan pokok pada daun, ranting dan dahannya.

Dalam menjelaskan tentang hubungan Iman dan Islam ini dapat dipetik dari sebuah hadis sabda Nabi saw kepada rombongan Abdul Qias yang bermaksud: "Aku menyuruh kamu beriman kepada Allah swt yang Maha Esa. Apakah kamu mengerti apa dia yang dikatakan beriman kepada Allah swt yang Maha Esa ". Iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah swt yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan satu perlima daripada harta rampasan perang". (Muttafaqun "alaih)

Kesimpulannya, Iman itu melambangkan sesuatu yang batin sementara Islam melambangkan sesuatu yang zahir. Oleh itu, iman dan Islam tidak boleh dipisahkan. Islam umpama pokok sementara Iman umpama akar. Ibadat solat merupakan batang kepada pokok itu sementara beriman kepada Allah swt merupakan akar tunjangnya di mana ia menjadi teras keimanan seseorang. Pemisahan Iman dan Islam samalah seperti memisahkan pokok dari akarnya.

HUBUNGAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN


Antara iman, islam dan ihsan, ketiganya tidak boleh dipisahkan oleh manusia di dunia ini, kalau diibaratkan hubungan diantara ketiganya adalah seperti segitiga sama sisi yang sisi satu dan sisi lainnya berkaitan erat. Segitiga tersebut tidak akan terbentuk kalau ketiga sisinya tidak saling mengait.

Iman lebih menekankan pada segi keyakinan dalam hati. Islam merupakan sikap untuk berbuat dan beramal. Ihsan merupakan pernyataan dalam bentuk tindakan nyata. Dengan ihsan, seseorang muslim itu boleh diukur nipis atau tebal iman dan islamnya.

Di antara perkara-perkara yang ditanyakan kepada Rasulullah s.a.w. ialah soal Iman, Islam dan Ihsan, lalu dijawab oleh Baginda satu persatu. Walau pun pertanyaan itu dibuat satu-satu dengan berasingan, tetapi ketigatiganya merupakan satu hakikat jua, iaitu "Agama". Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. pada akhir hadis ini bahawa yang bertanya itu ialah Malaikat Jibril, datangnya untuk mengajar mereka akan "Agama" mereka.

Jelasnya, "Agama" itu jika dipandang dan segi amalan-amalan zahir disebut dengan nama "Islam"; jika dipandangi dari segi kepercayaan dan keyakinan hati disebut dengan nama "Iman"; dan jika dipandang dan segi kesempurnaan cara pelaksanaan dua perkara itu disebut dengan nama "Ihsan". Tiga perkara yang dipandang dari segi-segi yang berlainan itu tidak harus berpisah antara satu dengan yang lain.

Kesimpulannya, "Agama" itu adalah ibarat sebatang pohon, akar umbinya serta usul asalnya bahkan benihnya ialah "Iman" dan seluruh pohon itu meliputi batangnya, dahannya, rantingnya, daunnya, bunganya dan buahnya ialah "Islam" manakala kesuburannya, keharumannya, kemanisannya dan seluruh keindahannya ialah "Ihsan".

CONTOH IMAN, ISLAM DAN IHSAN DAN KAITAN DENGAN SITUASI SEMASA
1) IMAN -Nikmat iman merupakan nikmat yang terbesar yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya yang terpilih. Dengan adanya iman ia akan dapat menahan ataupun mencegah seseorang muslim untuk melakukan maksiat - namun iman manusia bukanlah seperti iman nabi yang sentiasa bertambah dan tidak berkurang walau sedikit pun. Iman manusia juga bukanlah sentiasa tetap seperti iman para malaikat Allah. Tahap iman manusia adakalanya bertambah dan adakalanya berkurang. - Maka, terpulang atas seseorang muslim itu sendiri bagaimana untuk mengekalkan keimannya selain daripada terus berdoa kepada Allah SWT.

MUAR: Seorang ustaz berusia 36 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas empat pertuduhan mencabul murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Sagil Kampung, dekat Tangkak, dalam kejadian tahun lalu dan awal tahun ini. Tertuduh Samsul Bahri Saleh, mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Nor`iza Mohamed. (BERITA HARIAN ONLINE )

Apabila pertama kali kita mendengar berita tersebut mungkin kita agak terkejut dan merasakan agak mustahil untuk seseorang yang faham dan mempelajari agama boleh terjebak dalam masalah ini sehingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk dan dilaknat oleh Allah itu. Inilah yang dikatakan ujian yang diberikan oleh Allah kepada hambanya dengan bertujuan untuk menguji tahap keimanan manusia.

Seperti yang telah kita sedia maklum bahawa iman manusia itu adakalanya bertambah dan berkurang, maka, apabila kita kaitkan dengan pernyataan ini dengan kes yang berlaku tadi, maka secara automatiknya kita akan faham walaupun kefahaman seseorang muslim terhadap agama dan ketaatan terhadap Allah sangat tinggi, kadangkala kita juga akan melakukan kesilapan apabila kita diuji oleh Allah.

2) ISLAM
Islam merupakan agama yang sangat sempurna dan merangkumi semua aspek yang menjaga kemaslahatan penganut-penganutnya. nikmat islam merupakan nikmat yang paling besar selain daripada nikmat iman. Kita sebagai orang melayu sepatutnya bersyukur kerana bermula dari tangisan pertama, kita telah diisytiharkan sebagai seorang muslim. Hal ini kerana, kita dilahirkan oleh ibu bapa kita yang beragama islam. Namun, sejauh mana kita merafakan kesyukuran kita terhadap Allah SWT?

Apabila kita hidup pada zaman yang serba canggih, kita mungkin berasa sangat bangga dan sangat seronok kerana dengan adanya pelbagai teknologi yang canggih dapat memudahlan serta membantu memudahkan segala urusan kita. Namun, apabila difikir dari sudut yang berbeza, kita akan dapat lihat betapa banyaknya implikasiimplikasi dan tempias-tempias yang negatif yang berpunca daripada kecanggihan teknologi. Salah satunya ialah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada masa kini.

Contohnya, masalah yang sangat meruncingkan dan membimbangkan masyarakat kita iaitu masalah pembuangan bayi. Apabila ditanya dan disoal selidik hanya satu sahaja punca yang perdana iaitu tidak pernah mengamalkan kesemua rukun islam iaitu tidak pernah solat dan puasa. Mereka menjadikan islam itu hanya sebagai warisan tanpa mengamalkan ajaran-ajaran islam.

3) IHSAN

Allah swt telah memberi galakan supaya berbuat Ihsan sebagaimana firmanNya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt menyuruh kamu berlaku adil, dan berbuat ihsan (kebaikan), serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatanperbuatan keji dan mungkar serta zalim".

Antara contoh yang dikaitkan dengan ihsan ialah apabila kita melakukan ibadah seperti memberi sedekah. Sebagai seorang muslim dengan muslim yang lain kita mestilah mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Itulah yang dinamakan ihsan. Kita bukan sahaja mendapat ketenangan jiwa malah saudara kita yang lain juga akan berasa senang kerana mereka merasakan betapa hebatnya ukhwah islamiyyah yang terjalin. Hal ini bukan sahaja dapat merapatkan ukhwah bahkan dapat mengelakkan muslim daripada tergelincir dari landasan agama islam kerana kefakiran boleh membawa kepada kekafiran.

PENUTUP
Hubungan antara islam dan ihsan merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Kaitan antara ketiga hal tersebut iaitu iman berkaitan dengan aqidah, Islam berkaitan dengan syariah, dan ihsan berkaitan dengan khuluqiya. Maka dalam perkembangan ilmu keislaman, ilmu berkumpul menjadi Aqidah, fiqh, dan Akhlak. Setiap pemeluk islam wajib mengetahui dengan pasti bahawa islam tidak sah tanpa iman, dan iman tidak sempurna tanpa ihsan. Inilah asas-asas ajaran islam yang wajib difahami, dihayati dan dipraktikkan oleh setiap Muslim.

RUJUKAN
Buku-buku ilmiah Ahmad B.Mohd Salleh.2001. Pendidikan Islam Asas Dinamik Guru. Cetakan Kedua. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor. Dr. Rosmawati Ali. Pengantar Ilmu Tauhid . Cetakan Engku Ahmad Zaki Engku Alwi.2008. Apa Itu Islam. Cetakan Pertama. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Batu Caves, Selangor. Mardzelah Makhsin.2003. Pendidikan Islam. Cetakan Pertama. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Bentong, Pahang. Mustafa Abdul Rahman.2008. Hadith 40. Cetakan Pertama. Dewan Pustaka Fajar. Shah Alam, Selangor.

Internet http://www.haluan.org.my/v3/index.php/6hadith3-islamimanihsan.html http://www.resepirahsiaku.com/ http://zuhud.wordpress.com/2008/08/01/islamiman-dan-ihsan/ http://haditsarbain.wordpress.com/2007/06/09/ hadits-2-iman-islam-dan-ihsan/ http://www.kajianislam.net http://kawansejati.ee.itb.ac.id/islam-iman-danihsan

Vous aimerez peut-être aussi