Vous êtes sur la page 1sur 31

RBT3113 PERTIMBANGAN SEMASA MENGUMPUL DATA KAJIAN TINDAKAN

MUHAMMAD HASMIE BIN HASSAN UQBAH BIN MOHAMMAD MOHD ZULRAIMIN BIN ZULKIFLI

KEBOLEHPERCAYAAN
PEMBENTANG

SAUDARA HASMIE

Kebolehpercayaan

Kestabilan

Kesetaraan

Ketekalan Dalaman

Kestabilan
Ukuran ketekalan mengikut peredaran

masa bagi sampel yang sama Alat atau ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama mengikut masa dan responden Mempunyai indeks kebolehpercayaan kestabilan ialah kolerasi antara dua ujian

Kesetaraan
Ukuran kesetaraan antara skor bagi 2

ujian yang setara Ujian yang berbeza, tetapi mengukur kandungan yang sama Ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama sekiranya responden yang sama mengambil 2 ujian yang berbeza tetapi setara

Ketekalan Dalaman
Ukuran ketekalan antara skor

separuh daripada ujian dengan skor separuh lagi ujian bagi ujian yang sama Skor yang sama bagi responden yang sama, jika ujian dibahagikan kepada 2 bahagian

Keupayaan data kajian digeneralisasi


3 cara menguji darjah kebolehpercayaan item
i. ii. iii.

Test-Retest Reliability. Equivalent-Form Reliability Internal Consistency (ketekalan dalaman)

Test-Retest Reliability. Darjah skor yang sentiasa konsisten pada setiap masa diuji Instrumen dan kumpulan sampel yang sama diuji berulang kali Dua data diperolehi akan dianalisis secara analisis kolerasi
i.

ii.

Equivalent-Form Reliability 2 set ujian yang berbeza tetapi mempunyai kandungan yang sama Kedua-dua instrumen akan diberikan pada kumpulan dan masa yang sama Data yang diperolehi dianalisis secara kolerasi untuk mendapatkan pekali kolerasi

iii.

Internal Consistency Satu set item diuji kepada sejumlah kecil sampel Terdapat 3 kaedah:
1.
2. 3.

Prosuder Split-Half Prosuder Kuder-Richardson Prosuder Cronbach Alpha

KESAHAN
PEMBENTANG

SAUDARA UQBAH

DEFINISI (1/4)
Menurut Kamus Dewan Edisi 3 : Sah ~ benar, pasti, nyata Kesahan ~ perihal sah, sah tidaknya (sesuatu)

DEFINISI (2/4)
Fraenkel Jack dan Norman E. Wallen
Ketepatan, kebenaran, bermakna dan kebolehgunaan instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan.

DEFINISI (3/4)
David Campbell dan David Fiske (1959)
Persetujuan antara dua percubaan untuk mengukur trait yang sama secara maksimum dengan kaedah yang berlainan

DEFINISI (4/4)
Secara umumnya kesahan bermaksud

keupayaan ujian mengukur apa yang hendak diukur dengan tepat. contoh : berapa tepat amali membina batas berupaya mengukur penguasaan murid terhadap langkah menyediakan batas.

TEKNIK MENENTUKAN KESAHAN INSTRUMEN (1/4)


Kesahan Kandungan

Ukuran sejauh (setepat) mana sesuatu ujian dapat mengukur kandungan bidang yang hendak diukur.
Penting Sekiranya kesahan kandungan rendah maka markah ujian yang diperoleh tidak menunjukkan keupayaan sebenar responden bagi kandungan yang diukur. Dapat ditingkatkan dengan membandingkan item-item ujian dengan objektif dan kandungan

TEKNIK MENENTUKAN KESAHAN INSTRUMEN (2/4)


Kesahan Hubungan Kriteria

Terdapat dua bentuk :


Kesahan serentak : Sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil serentak. Contoh : 1 alat (BBM) dicipta untuk mengukur perkara yang sama, dikatakan lebih mudah dan lebih cepat digunakan berbanding alat sedia ada.

kesahan ramalan : Sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil kemudian.

Contoh : 1 ujian dibina untuk mengukur pencapaian Matematik, dikatakan dapat meramal keputusan UPSR Matematik.
boleh dikira dengan mencari kolerasi antara skor ujian dan gred UPSR

TEKNIK MENENTUKAN KESAHAN INSTRUMEN (3/4)


Kesahan Konstruk

Ukuran sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk/gagasan berasaskan teori psikologi tertentu.
Contoh : Alat dibina untuk mengukur konstruk murid lemah dengan mengetahui maksud konstruk tertentu (misalnya, maksud murid lemah) dan mengetahui ciri-ciri orang yang

TEKNIK MENENTUKAN KESAHAN INSTRUMEN (4/4)


Kesahan Muka

Sesuatu alat/ujian nampak pada permukaannya dapat mengukur apa yang hendak diukur.
Contoh : Bagi alat yang mengukur konstruk rajin yang perlu membuat penelitian terhadap ciri-ciri orang yang rajin. Namun, responden boleh mereka jawapan yang positif kepada konstruk

KRITIKAN
Istilah kritikan merujuk kepada proses

pentafsiran bukti iaitu satu ujian mendapatkan kebenaran. Menurut Marc Bloch, kritikan ialah menguji kebenaran sesuatu sumber kerana berpunca dari kesangsian terhadap fakta Kritikan sumber dapat diertikan sebagai tafsiran sumber, iaitu penilaian untuk memastikan sesuatu objek/alat (sumber) dan maklumat (data) dalam sumber yang digunakan itu benar ataupun palsu.

TUJUAN KRITIKAN SUMBER


Seseorang pengkaji perlu mencari

sumber-sumber dan bertolak dari andaian bahawa bahan-bahan yang dikutip (data) seharusnya diuji kebenarannya. Kritikan terhadap sesuatu sumber, mempunyai dua kaedah atau proses utama iaitu i. Kritikan Luaran ii. Kritikan Dalaman

KRITIKAN LUARAN
Usaha mengesahkan ketulenan atau keaslian

sesuatu sumber asli itu. Kritikan Luaran dijalankan dengan membuat beberapa persoalan terhadap sesuatu sumber. i. Bila sumber dicatat atau direkodkan? ii. Di mana ia dihasilkan? iii. Siapa yang menghasilkannya? iv. Daripada bahan apa ia dihasilkan? v. Dari bentuk apa asalnya ia dihasilkannya?

KRITIKAN DALAMAN
Berkenaan tentang kemunasabahan

atau perihal boleh dipercayai ataupun kewasaran kandungan sesuatu sumber itu. Ringkasnya, jikalau kandungnanya tidak munasabah atau tidak waras, seharusnya tidak boleh dijadikan sumber lagi.

RUMUSAN
Penyelidik perlu membuat kesahan instrumen

adalah bagi menjamin kesahan item-item agar bersifat : (MUDAA) i. Bermakna/bererti (Meaningfulness) ii. Kebolehgunaan (Usefulness ) iii. Dapat dipertahankan (Defensibility ) iv. Ketepatan (Accuracy) v. Kesesuaian (Appropriatetness)

ETIKA DALAM KAJIAN TINDAKAN (RESEARCH ETHICS)


PEMBENTANGAN

SAUDARA ZULRAIMIN

PENGENALAN
Dalam melaksanakan sesuatu penyelidikan,

aspek yang sangat penting yang perlu dititikberatkan ialah etika. Ini kerana pengkaji akan melibatkan banyak pihak secara langsung atau tidak langsung seperti guru, pelajar ibu bapa dan pentadbir.

MAKSUD ETIKA
Etika berasal daripada perkataan Greek, Ethos

diertikan sebagai sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku iaitu penemuan baik buruk perbuatan manusia. Menurut Grassian ( 1981 ) etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan ciri ciri kehidupan yang baik.

Mengikut Kamus Dewan (2000 : 401 ) etika

adalah prinsip moral atau akhlak atau nilai nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan Menurut Institut lntegriti Malaysia ( 2007 :17 ) pula mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen.

ETIKA DALAM KAJIAN TINDAKAN


Antara etika dalam melaksanakan kajian tindakan ialah :
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Mempunyai rekabentuk kajian yang sah. Mendapatkan keizinan daripada pihak termaklum. Mengelak penipuan berlaku. Meminimumkan pencerobohan. Memastikan kerahsiaan. Meminimumkan risiko merosakkan. Menunjukkan penghormatan. Mengelak paksaan atau manipulasi.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Vous aimerez peut-être aussi