Vous êtes sur la page 1sur 13

Mislia Atan

Teo Soo Fun

Pembahagian Sel
adalah proses pembahagian daripada

satu sel induk kepada dua sel anak yang baru. merupakan asas biologi kehidupan. Sel badan organisma boleh dibahagi kepada sel soma dan sel gamet. Sel soma terhasil melalui proses mitosis manakala sel gamet terhasil melalui proses meiosis.

Pembahagian Sel
Bilangan kromosom yang terdapat dalam sel soma

sesuatu organisma sentiasa tetap tetapi sel soma bagi organisma berlainan mengandungi bilangan kromosom yang tidak sama. Misalnya, sel soma jagung mempunyai 20 kromosom dan sel soma baribari mempunyai 8 kromosom. Bilangan kromosom dalam setiap sel soma dikenali sebagai diploid iaitu setiap sel mengandungi dua set kromosom atau 2n. Bilangan kromosom diploid atau 2n dalam sel soma manusia ialah 46. Sel gamet atau sel pembiakan pula mengandungi hanya satu set kromosom atau haploid (n) di dalam setiap sel. Jadi bilangan kromosom dalam sel gamet manusia ialah 23.

Pembahagian Sel
Pembahagian sel yang pesat di sel-sel meristem

membolehkan tumbuhan membesar dan memanjang dengan cepat. Pertumbuhan pada haiwan berlaku di seluruh badan dan bukan terhad di kawasan tertentu seperti pada tumbuhan. Kulit manusia mempunyai satu lapisan Malphigi yang mengalami mitosis bagi menghasilkan sel kulit yang baru untuk menggantikan sel yang cedera dan mati. Lapisan Malphigi juga menambah luas permukaan kulit semasa proses pertumbuhan berlaku.

Proses Pembahagian Sel


Kita mengetahui bahawa badan kita terbina dari

berjuta-juta sel. Dalam sel ini terdapat pusat aktiviti yang disebut sebagai nukleus. Dalam nukleus pula terdapat kromosom yang mengandungi gen. Gen inilah yang mengawal sifat kita. Contohnya ia mengawal samaada rambut kita kerinting atau tidak. Gen adalah bahan baka yang membawa maklumat genetik. Gen terletak dalam Kromosom. Jika dilihat menerusi mikroskop, kromosom adalah struktur bebenang dalam nukleus sel.

Proses Pembahagian Sel


Manusia boleh tumbuh dan membiak kerana selnya

boleh membahagi. Dua jenis pembahagian sel ialah mitosis dan meiosis. Mitosis berlaku dalam seluruh badan dan menyebabkan setiap hari kita membesar. Bilangan kromosom yang terhasil tetap sama dengan gen asal. Meiosis pula berlaku dalam testis atau ovari untuk menghasilkan sperma atau ovum. Bilangan kromosom dalam sperma ialah separuh dari bilangan sel induk. Manusia mempunyai 23 kromosom iaitu separuh dari kromosom sel induk (46 kromosom).

Keperluan menghasilkan sel baru Menggantikan sel rosak. Menambah bilangan sel dalam proses pertumbuhan. Memperbaiki sel yang cedera. Menggantikan sel yang mati. Pembiakan aseks.

Kitar Sel
Peringkat yang dialami oleh

setiap sel bermula daripada saat pertama sel itu dihasilkan sehingga sel berkenaan selesai membahagi.

Kitar Sel
Dibahagi kepada empat fasa: i) Fasa G1 ii) Fasa S * Fasa G1, S dan G2 berada dalam interfasa ( fasa Rehat ) iii)Fasa G2 iv)Fasa M * fasa M ( fasa pambahagian sel )

Fasa G1

# Pada masa ini, kromosom berada dalam bentuk bebenang halus, terburai dan tidak dapat dilihat melalui mikroskop. # Pada ketika ini, sintesis protein (sintesis bermaksud penghasilan) sedang berlaku.

Fasa S

# Kromatin akan berpintal untuk membentuk kromatid. # Kromatid akan mengganda membentuk 2 kromatid ( Kromatid beradik)

Fasa G2
# Sel bersedia untuk membahagi. # Enzim dan protein yang diperlukan dalam proses pembahagian sel dihasilkan.

Fasa M
# Fasa ini melibatkan proses mitosis. # Proses ini terdiri daripada 4 peringkat iaitu: i) Profasa ii) Metafasa iii) Anafasa iv) Telofasa

Vous aimerez peut-être aussi