Vous êtes sur la page 1sur 74

ILMU FARAID

PENGAJIAN ISLAM 2
SAIFUL RIDHUAN BIN MOHD
SHAHMI HAKIM BIN TAJUDIN
MUHAMMAD HAZMAN BIN SHAFII
ILMU
FARAID
PENGENALAN
ILMU FARAID
HIJAB
HISAB / CARA
PENGIRAAN
JENIS-JENIS
PUSAKA DAN
BAHAGIANNYA
AHLI AHLI
WARIS
PENGENALAN ILMU FARAID
APA ITU ILMU FARAID ?
ILMU bermaksud mengetahui keadaan sebenar
sesuatu perkara.
FARAID dari segi :
Bahasa :ketetapan
syarak :bahagian yang ditetapkan oleh
syarak kepada pewaris
ILMU FARAID bermaksud pengetahuan
mendalam tentang pusaka dan ilmu kira-kira yang
membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka
yang berhak diterima oleh orang orang yang
berhak.
Firman ALLAH TAALA




Maka mereka berhak mendapat separuh dari
mas kahwin yang telah kamu tetapkan itu.
( Al Baqarah :237 )
Tujuan mempelajari ilmu faraid
Untuk mengetahui bahagian pusaka yang
berhak diterima oleh pewaris.

Kelebihan mempelajari ilmu faraid
Menghormati fitrah manusia.
Merealisasikan keseimbangan sosial dalam
lingkungan keluarga.
Memelihara hubungan silaturahim setelah
kematian si mati.
Maksud harta pusaka
Harta pusaka ialah semua harta yang
ditinggalkan oleh si mati setelah kematiannya
sama ada harta boleh alih seperti emas, perak,
mata wang, perabot ataupun harta tidak
boleh alih seperti tanah, rumah dan
sebagainya.
Kewajipan yang perlu ditunaikan ke
atas harta si mati.
Terdapat lima kewajipan yang perlu
dilaksanakan.ianya perlu dilaksanakan
mengikut tertib.
1) hutang sebelum kematian si mati
2) persiapan jenazah
3) hutang yang berada dalam tanggungan
si mati.
4) wasiat terhadap satu pertiga baki harta.
5) pusaka
Rukun rukun pusaka
Terdapat tiga rukun.
1. orang yang mewariskan hartanya.
2. Waris
3. Harta yang dipusakai. Iaitu harta yang
ditinggalkan oleh si mati.
Syarat mewarisi harta pusaka.
1. Kematiannya telah disahkan atau ia dianggap
telah mati.
2. Waris disahkan masih hidup ketika kematian si
mati walaupun hanya sedetik.
3. Hubungan waris dengan si mati diketahui sama
ada melalui hubungan kekeluargaan, pernikahan
atau wala.
4. Hubungan yang melayakkan waris mewarisi
harta dihuraikan secara terperinci. Ianya
dilaksanakan oleh hakim.
Apakah yang menghalang seseorang
daripada menerima harta pusaka?
Terdapat tiga :
1. Segala bentuk perhambaan.
2. Pembunuhan. Pembunuh tidak boleh
mewarisi harta orang yang dibunuh olehnya.
3. Perbezaan agama antara islam dan kafir.
AHLI-AHLI WARIS
Definisi ahli waris
Waris ialah orang yang berhak menerima
harta peninggalan si mati mengikut bahagian
tertentu kerana mempunyai hubungan dengan
si mati sama ada hubungan kekeluargaan,
pernikahan atau wala.

ORANG-ORANG LELAKI YANG BOLEH
MEWARISI

Anak lelaki
Anak lelaki kepada anak lelaki dan ke bawah
Bapa
Datuk
Adik beradik lelaki seibu sebapa, sebapa atau seibu.
Anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa dan
sebapa.
Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa dan sebapa.
Anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu
sebapa dan sebapa.
Suami
Orang yang memerdekakan hamba.


WANITA YANG BOLEH MEWARISI
HARTA

Anak perempuan.
Anak perempuan kepada anak lelaki dan ke
bawah.
Ibu
Nenek sebelah ibu atau bapa dan ke atas.
Adik beradik perempuan sama ada seibu sebapa,
sebapa atau seibu.
Isteri atau isteri-isteri
Wanita yang memerdekakan hamba.

LELAKI YANG BOLEH MEWARISI
PUSAKA JIKA KESEMUA WARIS HIDUP

Bapa
Anak lelaki
Suami

WANITA YANG BOLEH MEWARISI
PUSAKA JIKA SEMUA WARIS HIDUP

Anak perempuan
Anak perempuan kepada anak lelaki
Ibu
Adik beradik perempuan seibu sebapa
Isteri

JENIS-JENIS PUSAKA
JENIS-JENIS PUSAKA

Pusaka melalui fard (ketetapan)
Pusaka melalui asabah (harta lebihan)

PUSAKA MELALUI FARD (KETETAPAN)

DEFINISI
Bahasa : waktu, bahagian dan ukuran.
Istilah :bahagian yang ditetapkan oleh
syarak kepada waris tanpa sebarang
tambahan kecuali melalui rad dan tanpa
sebarang pengurangan kecuali melalui aul.

FARD YANG DITETAPKAN DALAM KITAB
ALLAH S.W.T

Terdapat enam iaitu :
Satu perdua (1/2)
Satu perempat (1/4)
Satu perlapan (1/8)
Dua pertiga (2/3)
Satu pertiga (1/3)
Satu perenam (1/6)
Satu pertiga (1/3) daripada baki pusaka. Ini adalah
penambahan daripada ijmak ulamak yang menjadikan
fard yang ditetapkan dalam kitab Allah menjadi tujuh
jenis.

PUSAKA MELALUI ASABAH (HARTA
LEBIHAN)

DEFINISI
Bahasa : kaum keluarga lelaki sebelah bapa.
Diistilahkan sebagai asabah kerana mereka
melingkungi nasab si mati.
Istilah :orang yang mengambil kesemua
harta sekiranya mereka pewaris tunggal.

KEUTAMAAN BAGI PENERIMA SECARA
FARD DALAM PUSAKA

Jika terdapat pewaris asabah dan penerima
secara fard di kalangan pewaris, penerima
secara fard lebih diutamakan berbanding
asabah.
PENERIMA SATU PERDUA (1/2)
PUSAKA DAN SYARATNYA

SUAMI
Suami mendapat satu perdua pusaka isteri dengan
syarat iaitu isterinya tidak mempunyai anak atau anak
kepada anak lelaki. Sama ada anak ini daripada beliau
sendiri ataupun daripada orang lain termasuklah jika
anak tersebut anak zina.
ANAK PEREMPUAN
Boleh mendapat satu perdua pusaka jika memenuhi
dua syarat :
Beliau adalah anak perempuan tunggal.
Tiada adik beradik lelaki yang akan menjadikan beliau
asabah.

ANAK PEREMPUAN KEPADA ANAK LELAKI
Boleh mewarisi pusaka dengan tiga syarat:
Beliau hanya seorang
Tiada adik beradik lelaki yang menjadikannya asabah
Tiada anak lelaki dan anak perempuan kepada si mati
ADIK BERADIK PEREMPUAN SEIBU SEBAPA
Boleh mewarisi pusaka dengan empat syarat :
Tiada furu waris si mati seperti anak lelaki, anak
perempuan, anak lelaki kepada anak lelaki atau anak
perempuan kepada anak lelaki.
Tiada usul waris seperti bapa dan datuk.
Tunggal
Tiada adik beradik lelaki yang menjadikan beliau
asabah.

ADIK BERADIK PEREMPUAN SEBAPA
Memerlukan lima syarat iaitu :
Tiada furu waris si mati seperti anak lelaki, anak
perempuan, anak lelaki kepada anak lelaki atau
anak perempuan kepada anak lelaki.
Tiada usul waris seperti bapa dan datuk.
Tunggal
Tiada adik beradik lelaki yang menjadikan beliau
asabah.
Tiada adik beradik lelaki atau perempuan seibu
sebapa kepada si mati.

PENERIMA SATU PEREMPAT (1/4)
PUSAKA DAN SYARATNYA

SUAMI
Suami memperolehi satu perempat pusaka isteri
jika isterinya mempunyai anak atau anak kepada
anak lelaki. Anak itu sama ada daipada beliau
atau daripada orang lain, lelaki atau perempuan.
ISTERI ATAU ISTERI-ISTERI
Golongan ini berhak menerima satu perempat
daripada pusaka suami jika suami tidak
mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki.
Anak itu sama ada daipada beliau atau daripada
orang lain, lelaki atau perempuan.

PENERIMA SATU PERLAPAN (1/8) DAN
SYARATNYA

Hanya isteri atau para isteri sahaja yang layak
menerima satu perlapan (1/8) pusaka.
Disyaratkan suaminya mempunyai anak atau
anak kepada anak lelaki sama ada lelaki atau
perempuan.
PENERIMA DUA PERTIGA (2/3) DAN
SYARATNYA

DUA ORANG ATAU LEBIH ANAK PEREMPUAN KEPADA SI
MATI
Bagi memperoleh dua pertiga (2/3) pusaka hanya perlu
memenuhi satu syarat sahaja iaitu tidak wujud
bersama-sama mereka asabah iaitu anak lelaki si mati.
Firman Allah :
DUA ORANG ATAU LEBIH ANAK PEREMPUAN KEPADA
ANAK LELAKI SI MATI
Memerlukan dua syarat iaitu :
Tiada asabah bersama mereka
Si mati tidak mempunyai anak mempunyai anak sama
ada lelaki ataupun perempuan.

DUA ORANG ATAU LEBIH ADIK BERADIK PEREMPUAN SEIBU SEBAPA
Menerima dua pertiga pusaka jika memenuhi tiga syarat :
Tiada asabah bersama mereka iaitu adik beradik lelaki.
Tidak wujud furu waris si mati sama ada lelaki ataupun perempuan.
Tidak wujud usul waris si mati sama ada bapa atau datuk.

DUA ORANG ATAU LEBIH ADIK BERADIK PEREMPUAN SEBAPA
Menerima dua pertiga pusaka jika memenuhi empat syarat :
Tiada asabah bersama mereka iaitu adik beradik lelaki.
Tidak wujud furu waris si mati sama ada lelaki ataupun perempuan.
Tidak wujud usul waris si mati sama ada bapa atau datuk.
Tidak wujud adik beradik seibu sebapa kepada si mati sama ada
lelaki atau perempuan.


PENERIMA SATU PERTIGA (1/3)
PUSAKA DAN SYARATNYA

IBU
Memperoleh satu pertiga pusaka dengan syarat :
Tiada furu waris si mati sama ada lelaki atau
perempuan seperti anak lelaki, anak perempuan,
anak lelaki kepada anak lelaki atau anak
perempuan kepada nak lelaki.
Tiada adik beradik lelaki atau adik beradik
perempuan si mati, dua atau lebih sama ada
seibu sebapa, sebapa atau seibu.

DUA ORANG ATAU LEBIH ADIK BERADIK SEIBU
Adik beradik seibu boleh mewarisi satu pertiga
pusaka jika bilangan mereka melebihi seorang
sama ada lelaki atau perempuan atau bercampur.
Bahagian ini akan dibahagi sama rata tanpa
dibezakan antara lelaki dan perempuan. Mereka
layak memperolehi satu pertiga dengan syarat :
Tiada furu waris si mati seperti anak lelaki, anak
perempuan, anak lelaki atau perempuan kepada
anak lelaki.
Tiada usul waris si mati seperti bapa atau datuk.

PENERIMA SATU PERENAM (1/6) DAN
SYARATNYA

BAPA
Memerlukan satu syarat iaitu :
Wujudnya furu waris si mati seperti anak lelaki, anak
perempuan, anak lelaki kepada anak lelaki atau anak
perempuan kepada anak lelaki.
IBU
Memerlukan dua syarat :
Jika wujud furu waris si mati sama bahagian seperti
bapa.
Jika si mati mempunyai dua orang atau lebih adik
beradik sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.

DATUK IAITU BAPA KEPADA BAPA
Memperoleh satu perenam jika penuhi syarat
berikut :
Wujud furu waris si mati sama sebagaimana
bahagian bapa.
Si mati tidak mempunyai bapa. Ini kerana bapa
akan menghalang datuk daripada menerima
pusaka kerana bapa lebih hampir kepada si mati
daripadanya.
SEORANG NENEK ATAU RAMAI
Memerlukan satu syarat :
Tiada ibu si mati.

SEORANG ATAU LEBIH ANAK PEREMPUAN KEPADA ANAK LELAKI
Dia atau mereka hendaklah bersama-sama anak perempuan
tunggal si mati.
Si mati tidak mempunyai anak lelaki.
Tiada anak lelaki kepada anak lelaki yang akan menjadikan
mereka asabah.

SEORANG ATAU LEBIH ADIK BERADIK PEREMPUAN SEBAPA
Si mati tiada furu waris seperti anak lelaki atau anak lelaki
kepada anak lelaki atau anak perempuan kepada anak lelaki.
Si mati tidak mempunyai usul waris iaitu bapa atau datuk,
bapa kepada bapa.
Si mati tidak mempunyai adik beradik lelaki seibu sebapa.
Bersama-sama beliau terdapat seorang adik beradik
perempuan seibu sebapa.
Tiada bersama-sama beliau adik beradik lelaki sebapa yang
akan menjadikan beliau asabah.

ADIK BERADIK LELAKI ATAU PEREMPUAN SEIBU
Memperoleh satu perenam dengan dua syarat :
Tiada bersama mereka furu waris atau usul si
mati yang akan menghalang mereka.
Beliau (adik beradik lelaki atau perempuan
seibu) hanya seorang. Jika ramai, mereka akan
berkongsi satu pertiga (1/3).

PENERIMA SATU PERTIGA BAKI

Terdapat dua jenis pewaris yang memperoleh
satu pertiga daripada baki pusaka iaitu :
datuk iaitu bapa kepada bapa si mati
ibu


PUSAKA MELALUI ASABAH (HARTA
LEBIHAN)

DEFINISI
Bahasa : kaum keluarga lelaki sebelah bapa.
Diistilahkan sebagai asabah kerana mereka
melingkungi nasab si mati.
Istilah :orang yang mengambil kesemua
harta sekiranya mereka pewaris tunggal.

JENIS ASABAH

Terdapat dua jenis asabah ;
Asabah nasabiyyah
Asabah sababiyyah

ASABAH SABABIYYAH

Asabah sababiyyah ialah orang yang
membebaskan hambanya sama ada lelaki atau
perempuan. Mereka menjadi asabah atas sifat
peribadi mereka.

ASABAH NASABIYYAH

Asabah nasabiyyah ialah semua lelaki yang
disebut di dalam senarai lelaki yang layak
mewarisi pusaka kecuali suami dan adik
beradik lelaki seibu. Mereka hanya menjadi
pewaris melalui fard sahaja dan tidak boleh
menjadi asabah.

JENIS ASABAH NASABIYYAH

Terdapat tiga jenis asabah nasabiyyah:
Asabah kerana diri sendiri (al-asabah bil nafs)
Asabah kerana orang lain (al-asabah bil ghair)
Asabah kerana orang lain (al-asabah maal
ghair)

ASABAH KERANA DIRI SENDIRI

Definisi
Asabah kerana diri sendiri ialah lelaki yang
mempunyai hubungan keturunan dengan si
mati tanpa diselangi oleh mana-mana
perempuan.

PIHAK YANG TERLIBAT DALAM ASABAH
KERANA DIRI SENDIRI

Pihak anak lelaki iaitu keturunan si mati seperti anak lelaki,
anak lelaki kepada anak lelaki dan seterusnya.
Pihak bapa iaitu asal-usul si mati seperti bapa, datuk iaitu
bapa kepada bapa.
Pihak adik beradik lelaki iaitu keturunan bapa si mati yang
tidak diselangi dengan perempuan. Seperti adik beradik
lelaki seibu sebapa, adik beradik lelaki sebapa, anak lelaki
kepada adik beradik lelaki seibu sebapa dan anak lelaki
kepada adik beradik lelaki sebapa.
Pihak bapa saudara sebelah bapa iaitu keturunan datuk si
mati yang tidak diselangi oleh perempuan. Seperti bapa
saudara sebelah bapa seibu sebapa,bapa saudara sebelah
bapa sebapa, anak lelaki kepada anak lelaki kepada bapa
saudara sebelah bapa seibu sebapa dan anak lelaki kepada
bapa saudara sebelah bapa sebapa.
KAEDAH PEMBAHAGIAN HARTA
KEPADA ASABAH KERANA DIRI SENDIRI

Ianya melibatkan kaedah-kaedah yang berikut :
Mereka yang berada di pihak terkemudian tidak boleh
mewarisi harta selagi mereka yang berada di pihak
awal masih ada.
Jika mereka berada di pihak yang sama contohnya,
bapa dengan datuk atau anak lelaki dengan anak lelaki
kepada anak lelaki, atau adik beradik lelaki dengan
anak lelaki kepada adik beradik lelaki, atau bapa
saudara sebelah bapa dengan anak lelaki kepada adik
beradik lelaki bapa, maka orang yang hubungannya
jauh tidak boleh mewarisi harta pusaka selagi ada
orang yang lebih dekat hubungannya dengan si mati.

Jika mereka berada di pihak yang sama dan
hubungan mereka dengan si mati juga sama,
Cuma berbeza kedudukan mereka dari segi dekat
atau jauh dengan si mati, maka didahulukan
orang yang paling dekat dengan si mati.
Jika mereka berada di pihak yang sama begitu
juga dengan hubungan dan kedudukan, mereka
semua layak memperoleh harta pusaka dengan
sama rata.

ASABAH KERANA ORANG LAIN

Definisi
Asabah kerana orang lain ialah perempuan-
perempuan yang memperoleh bahagian
secara fard tetapi disebabkan adanya adik
beradik lelaki bersama-sama mereka, hak
mereka telah berubah daripada menjadi
pewaris melalui fard kepada pewaris melalui
asabah.

Asabah kerana orang lain hanya terdiri daripada
pewaris perempuan yang memperoleh dua
pertiga atau satu perdua pusaka. Mereka menjadi
asabah disebabkan adanya adik beradik lelaki
mereka, mereka ialah :
Anak perempuan (seorang atau lebih ) bersama
anak lelaki.
Anak-anak perempuan kepada anak lelaki
bersama anak lelaki kepada anak lelaki.
Dua orang atau lebih adik beradik perempuan
seibu sebapa bersama adik beradik lelaki seibu
sebapa.
Dua orang atau lebih adik beradik perempuan
sebapa bersama adik beradik lelaki sebapa.

ASABAH KERANA BERSAMA ORANG
LAIN
Definisi
Asabah bersama orang lain ialah adik beradik
perempuan seibu sebapa atau sebapa jika ada
bersama mereka anak perempuan atau anak
perempuan kepada anak lelaki.
Contohnya jika si mati meninggalkan dua orang
anak perempuan bersama seorang adik beradik
perempuan seibu sebapa atau sebapa. Anak
perempuannya memperoleh dua pertiga (2/3)
melalui fard. Sementara adik beradik perempuan
seibu sebapa atau sebapa memperoleh baki iaitu
satu pertiga (1/3) secara asabah.
HIJAB
HIJAB

DEFINISI HIJAB
Hijab dari segi
bahasa : halangan
Istilah : menghalang orang yang layak
menerima pusaka daripada menerima pusaka
semua sekali atau sebahagiannya.

BAHAGIAN HIJAB

Terdapat dua jenis hijab iaitu :
Hijab kerana sesuatu sifat
Hijab kerana seseorang individu

Hijab kerana sesuatu sifat

Hijab kerana sesuatu sifat ialah menghalang
seseorang yang layak menerima pusaka
daripada menerima pusakanya sama sekali
kerana adanya sifat yang menyebabkannya
dihalang daripada menerima pusaka. Antara
sifat tersebut ialah ;
Perhambaan
Membunuh
Kufur

Hijab kerana seseorang individu

Hijab kerana seseorang individu ialah
menghalang seseorang yang layak menerima
pusaka sama ada sebahagian atau semua
sekali kerana ada orang yang lebih dekat
hubungannya dengan si mati.

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
Hijab pengharaman
Hijab pengharaman ialah menghalang seseorang
daripada menerima pusakanya sama sekali
contohnya anak lelaki menghalang anak lelaki
kepada anak lelaki.
Hijab pengurangan
Hijab pengurangan ialah menghalang seseorang
daripada menerima sebahagian hak pusakanya
contohnya pusaka suami dikurangkan daripada
satu perdua (1/2) kepada satu perempat (1/4) jika
isterinya mempunyai anak.

Golongan yang tidak dihijab dengan
hijab pengharaman

Terdapat enam golongan iaitu :
Bapa
Ibu
Anak lelaki
Anak perempuan
Suami
Isteri

Golongan yang menerima hijab
pengharaman

Datuk
Nenek, sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu
Nenek -nenek yang jauh sebelah bapa.
Anak kepada anak lelaki
Semua adik beradik lelaki atau perempuan seibu
sebapa, sebapa atau seibu akan dihijab jika
terdapat :
- bapa
- anak
- anak lelaki kepada anak lelaki

anak-anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu
sebapa atau sebapa. Mereka ini dihijab sekiranya
terdapat :
- bapa kerana bapa si mati menghijab bapa
mereka apatah lagi mereka.
- Datuk kerana ia setaraf dengan bapa mereka
- Anak lelaki kerana ia menghijab bapa mereka
apatah lagi mereka.
- Anak lelaki kepada anak lelaki
- Adik beradik lelaki seibu sebapa kerana ia lebih
hampir berbanding mereka.
- Adik beradik lelaki sebapa juga kerana mereka
lebih hampir berbanding mereka.

Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa atau sebapa.
Mereka tidak memperoleh pusaka jika terdapat :
- Bapa
- Datuk
- Anak lelaki
- Anak lelaki kepada anak lelaki
- Adik beradik lelaki seibu sebapa
- Adik beradik lelaki sebapa
- Anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa
- Anak lelaki kepada adik beradik lelaki sebapa
- Adik beradik perempuan seibu sebapa
- Adik beradik perempuan sebapa jika ada bersamanya
anak perempuan atau perempuan kepada anak lelaki.

Anak-anak kepada bapa saudara sebelah bapa
seibu sebapa atau sebapa. Selain senarai di
atas, anak-anak kepada adik beradik lelaki
ayah seibu sebapa atau sebapa juga akan
dihijab jika terdapat :
- bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
atau sebapa. Sementara anak lelaki kepada
bapa saudara sebelah bapa sebapa akan
dihijab oleh anak lelaki kepada bapa
saudara sebelah bapa seibu sebapa.

Mereka yang dihijab dengan hijab
pengurangan.

Hijab pengurangan berlaku kepada semua
waris :
suami dihijab daripada satu perdua kepada
satu perempat jika ada anak.
Isteri dihijab daripada satu perempat kepada
satu perlapan jika ada anak.
Ibu akan dihijab daripada satu pertiga kepada
satu perenam jika si mati ada anak ataupun
jika terdapat lebih dari seorang adik beradik.

Anak perempuan kepada anak lelaki akan
dihijab daripada satu perdua kepada satu
perenam jika terdapat anak perempuan,
Adik beradik perempuan sebapa akan dihijab
daripada satu perdua kepada satu perenam
jika terdapat adik beradik perempuan seibu
sebapa.
Anak lelaki akan dihijab nuqsan (kurang)
sekiranya ada anak lelaki yang lain.

Orang yang dihijab dengan hijab
pengharaman akan mengurangkan
hak orang lain
Orang-orang yang dihijab dengan hijab
pengharaman masih dianggap wujud. Mereka
ini akan menghijab orang lain dengan hijab
pengurangan. Contohnya, jika si mati
meninggalkan seorang datuk, seorang ibu dan
dua orang adik beradik seibu. Adik beradik
seibu tadi akan dihijab oleh datuk. Dalam
masa yang sama, dua orang adik beradik seibu
ini akan mengurangkan bahagian ibu daripada
satu pertiga kepada satu perenam.

HISAB
CARA-CARA PENGIRAAN PUSAKA

DEFINISI HISAB
Bahasa : kira
Istilah :mengetahui angka pembahagi dan
pembetulannya serta mengetahui bahagian
pusaka untuk pewaris

ANGKA PEMBAHAGI

Bahagian yang ditetapkan ialah :
Satu perdua (1/2)
Satu perempat (1/4)
Satu perlapan (1/8)
Dua pertiga (2/3)
Satu pertiga (1/3)
Satu perenam (1/6)

Angka pembahagi setiap bahagian pula ialah :
Satu pertiga : 3
Satu perempat : 4
Satu perdua : 2
Satu perenam : 6
Satu perlapan : 8

Tujuh angka pembahagi yang disepakati dalam
faraid :
Dua (2)
Tiga (3)
Empat (4)
Enam (6)
Lapan (8)
Dua belas (12)
Dua puluh empat (24)

BAHAGIAN ANGKA PEMBAHAGI

Tujuh angka pembahagi tadi dibahagikan kepada
dua (2) bahagian iaitu :
Membabitkan peningkatan angka pembahagi
(aul)
Angka pembahagi yang membabitkan
peningkatan angka pembahagi (aul) ialah enam
(6), dua belas (12) dan dua puluh empat (24)
Tidak membabitkan peningkatan angka
pembahagi (aul ) sama sekali.
Angka pembahaginya ialah dua (2), tiga (3),
empat (4) dan lapan (8).

DEFINISI AUL

Bahasa : tingkat atau tambah ataupun
condong, zalim dan melampau.
Istilah : peningkatan (penambahan) jumlah
bahagian pada angka pembahagi dan ini
bermakna ia membabitkan pengurangan
kepada kadar bahagia yang diterima oleh
pewaris.

ANGKA PEMBAHAGI YANG
MEMBABITKAN AUL DAN BATASNYA.
AUL ENAM
Angka pembahagi enam akan ditingkatkan
kepada tujuh (7), lapan (8), Sembilan (9) dan
sepuluh (10).
AUL DUA BELAS
Angka pembahagi dua belas ditingkatkan kepada
tiga belas (13), lima belas (15) dan tujuh belas
(17).
AUL DUA PULUH EMPAT
Angka pembahagi dua puluh empat (24)
bolehditingkatkan kepada dua puluh tujuh (27)
sahaja.
KAEDAH MENGHASIL ANGKA
PEMBAHAGI

Teknik mendapatkan angka pembahagi adalah
mengikut aturan berikut :
Jika angka pembawah adalah sama contohnya
satu perenam (1/6) demgam satu perenam (1/6),
angka pembawah yang sama ini dijadikan sebagai
angka pembahagi.
Jika angka pembawah adalah terangkum iaitu
angka pembawah terbesar merangkumi angka
pembawah yang lain, angka pembawah terbesar
dijadikan angka pembahagi. Contohnya satu
pertiga, satu perdua dan satu perenam. Disini
angka pembawah tiga dan dua terangkum dalam
angka pembawah enam.

Angka-angka pembawah mempunyai angka
sepunya iaitu boleh dibahagikan dengan angka
yang sama. Contohnya satu perlapan dengan satu
perenam. Kedua-dua angka ini boleh dikaitkan
dengan satu perdua kerana kedua-dua angka
pembawah ini dibahagi dengan angka dua (2).
Angka-angka pembawah adalah berbeza; tidak
sama, tidak terangkum dan tidak mempunyai
angka sepunya. Contohnya satu pertiga (1/3)
dengan satu perempat (1/4).
Dalam keadaan ini kedua-dua angka didarabkan
dan hasilnya dijadikan angka pembahagi (34
=12).

SEKIAN
TERIMA KASIH