Vous êtes sur la page 1sur 18

Islam Hadhari

Islam

Hadhari

Islam yang menekankan aspek tamadun


(civilizational Islam)

Definisi
2 pendekatan takrif Hadhari

Bertamadun

Hadir (realiti)

Bertamadun: Hasil tindak balas antara


manusia dengan alam dan kehidupan
sekitarnya melalui usaha yang dilakukan
oleh manusia sendiri bagi memperbaiki
kedudukan kehidupannya di dunia
secara fizikal dan spiritual mengikut
keperluan dan peredaran semasa

Hadir/Realiti: Hadhari berasal dari


kata hadhara yang kalau
diterjemahkan dari segi bahasa,
maknanya hadhir (hadir).
Kupasan dari istilah hadhir ialah
realiti.
Realiti adalah yang sebenarnya, yang
betul-betul Islam, yang murni dan
yang hakiki, atau Islam seperti yang
dibawa oleh Rasulullah SAW.
Islam yang membawa kemajuan
rohaniah dan lahiriah.

Definisi Lengkap
Suatu pendekatan pembangunan manusia,
masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat
menyeluruh, berdasarkan kepada ruang lingkup
tamadun Islam, bagi melahirkan individu dan
masyarakat
yang
mempunyai
kekuatan
spiritual(rohani),
akhlak,
intelektual
dan
material, mampu berdikari, berdaya saing
melihat ke hadapan, inovatif serta cekap
menangani cabaran-cabaran semasa secara
bijaksana, rasional, objektif, praktikal

Huraian Definisi
Suatu pendekatan berasaskan kepada ajaran
Islam yang memfokuskan kepada usaha
mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat
dan negara yang bertamadun dan mempunyai
peradaban yang unggul bagi menghadapi
cabaran alaf batu seperti ledakan maklumat,
dunia tanpa sempadan, ekonomi global,
budaya materialisme, krisis identiti, jati diri
serta masalah penjajahan pemikiran dan cara
hidup

Rasional Islam Hadhari


Diperkenalkan
Faktor Dalaman
Islam hanya sebagai agama warisan, bercampur
aduk amalan adat dan tradisi
Kecenderungan membataskan Islam dalam
fahaman sempit dan aspek-aspek tertentu sahaja
Umat Islam terpecah kepada puak-puak yang
mencetuskan konflik berpanjangan
Umat Islam menghadapi landskap politik dunia
yang berubah

Faktor Luaran
Cabaran globalisasi memerlukan Islam
didekati secara Hadhari
Peristiwa 911 mengaitkan Islam dan
umatnya dengan keganasan
Islamophobia (Ketakutan kepada Islam) di
Barat
Tentangan terhadap tradisionalisme dan
fundamentalisme dan usaha menyuburkan
liberalisme ala Barat dalam beragama

Visi
Untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah Negara Islam Contoh, iaitu
sebuah negara maju mengikut acuan
sendiri

Konsepnya ialah negara yang mempunyai


masyarakat:
Membangun dan memiliki ilmu
Berkemahiran dan berketrampilan, SERTA
Tergambar sebagai golongan yang
berakhlak, berbudi dan berbudaya yang
berpaksikan kepada kepercayaan Agama

Misi
Melaksanakan agenda pembangunan
negara
dan
ummah
berlandaskan
pendekatan Islam yang universal, maju,
bertamadun, bertoleransi dan berimbang

Objektif
Melahirkan individu dan masyarakat yang
mempunyai kekuatan spiritual (rohani),
akhlak, intelektual, materialisme, mampu
berdikari, berdaya saing, melihat ke
hadapan, inovatif serta cekap menangani
cabaran-cabaran
semasa
secara
bijaksana, rasional, pratikal dan damai.

Malaysia: Negara Contoh


Malaysia adalah contoh terbaik sebuah negara
Islam di dunia masa kini. Ianya berlandaskan
kepada dua ciri utama, iaitu, yang pertama
kerana rakyatnya yang aman dan damai tanpa
peperangan serta tanpa huru hara dan
keduanya kerana pembangunannya yang pesat
serta maju di bawah umat Islam
(Shaikh al-Azhar, Prof Dr Mohamad Sayed
Tantawi di Multaqa Ulamak Sedunia di
Putrajaya, Julai 2003)

Tujuan dan Pendekatan Islam


Hadhari.
Memperkasakan umat Islam agar dapat
menghadapi pelbagai cabaran semasa.
Pendekatan yang difikirkan sesuai bagi
sesebuah negara yang terdiri dari
pelbagai kaum, ras, agama
dan
keturunan.
Setiap golongan etnik perlu mendapat
peluang menikmati kemakmuran dan
keamanan negara.

Ke arah membentuk masyarakat


Hadhari.
Hidup dalam dunia global memerlukan
persediaan
dan
persiapan
yang
sewajarnya daripada setiap individu dalam
setiap aspek.
Globalisasi merupakan satu fenomena
yang membentuk wajah baru dunia.
Negara-negara
membangun
seperti
Malaysia perlu menangani cabaran
globalisasi dalam pelbagai dimensi hidup.

Membentuk Masyarakat Hadhari


Negara perlu memantapkan kestabilan ekonomi,
politik, mengukuhkan ketahanan budaya dan
ikatan sosial dalam kalangan masyarakat yang
pelbagai.
Dalam
masa
yang
sama
perlu
juga
memantapkan keutuhan moral dan akhlak
bangsa.
Maju dari sudut material, hancur dari aspek
akhlak dan moral menghancurkan/melumpukan
negara sedikit demi sedikit.

10 Prinsip Pendekatan Islam Hadhari

Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T


Kerajaan yang adil dan beramanah
Rakyat yang berjiwa merdeka
Penguasaaan ilmu pengetahuan
Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
Kehidupan berkualiti
Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
Keutuhan budaya dan moral
Pemeliharaan alam semulajadi
Kekuatan pertahanan.

Vous aimerez peut-être aussi