Vous êtes sur la page 1sur 52

SISTEM PELUPUSAN

KUMBAHAN

Istilah
Penyusupan (infiltration) : air yang menyusup masuk ke dalam sistem

pembentungan melalui rekahan paip, sambungan paip yang tidak


sempurna, penutup lurang yang tidak ketat, kecacatan paip dan
sebagainya.
Lurang (manhole) : satu ruang yang dibina antara sepanjang saluran
sistem pembentungan. Biasanya jarak antara lurang ialah kurang
daripada 100m. Tujuan lurang dibina ialah memudahkan kerja
penyenggaraan.
Pembentung (sewer) : paip yang digunakan untuk mengangkut air
kumbahan ke loji rawatan. Ia terdiri daripada pelbagai jenis bahan dan
saiz.
Pembentungan (sewerage) : satu sistem pembentungan yang dirancang
dan direkabentuk untuk mengangkut air kumbahan daripada puncanya
ke loji rawatan untuk merawatnya sebelum ia dilepaskan ke alam
sekitar.

Istilah
Enap cemar (sludge) : sebarang mendapan kumbahan dalam

paip atau tangki yang dalam bentuk separa cecair.

Populasi sepadan (population equivalent) : anggapan

penduduk yang setara dengan sesuatu populasi yang sering


berubah-ubah pada sesuatu tempat. Ia bergantung kepada
aktiviti manusia. Ia biasa digunakan sebagai anggaran
jumlah penduduk untuk kerja rekabentuk sistem
pembentungan.

Istilah
Kumbahan (sewage) : air kumbahan yang mengalir dalam sistem

pembentungan. Ia mengandungi sisa domestik atau bahan buangan


daripada kilang, ladang, kawasan perumahan dan sebagainya.
Kumbahan dibezakan berdasarkan kepada komposisi fizikal, kimia dan biologi.
Bahan-bahan utama dalam komposisi fizikal, kimia dan biologi boleh dirumuskan
seperti berikut: - Sifat-sifat fizikal: warna, bau, pepejal, suhu.

Aliran masuk (inflow) : segala air kumbahan yang memasuki sistem

pembentungan melalui pelbagai punca seperti dapur, tandas dan


sebagainya.

PROSES PENGURUSAN AIR KUMBAHAN


Terbahagi kepada 2 bahagian:
1. Pengumpulan air sisa (collection works)
2. Operasi merawat air sisa (disposal work)

Pihak yang bertanggungjawab:


Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK)

Proses-proses unit rawatan


Dari segi sejarah, operasi-operasi unit telah dikumpulkan

untuk menyediakan pelbagai tahap rawatan.


Rawatan permulaan dan/atau rawatan utama merujuk
kepada operasi-operasi unit fizikal dan merupakan
peringkat pertama rawatan yang digunakan ke atas
sebarang kumbahan.
Rawatan peringkat sekunder pula merujuk kepada
proses-proses unit biologi dan kimia manakala rawatan
peringkat tinggi merujuk kepada kombinasi ketiga-tiga
proses.

Operasi-operasi Unit Fizikal


Operasi unit fizikal adalah kaedah-kaedah rawatan,

yang menggunakan aplikasi kekuatan fizikal untuk


merawat kumbahan.
Ini meliputi pemeriksaan, pencampuran,
pemberbukuan, pemendapan, penurasan dan
pengapungan.

Proses-proses Unit Biologi


Proses-proses unit biologi menerangkan kaedah-kaedah

yang menghilangkan bahan cemar melalui aktiviti biologi.


Bahan organik terbiodegradasikan ditukar kepada gas-gas
yang dilepaskan ke udara dan tisu sel disingkirkan secara
pemendapan.

Kolam pengoksidaan

Tindak balas Biologi Asas di dalam


Kolam Pengoksidaan

Proses-proses Unit Kimia

Kaedah-kaedah rawatan penyingkiran atau penukaran bahan

cemar dengan penambahan bahan kimia atau reaksi kimia


adalah dikenali sebagai proses-proses unit kimia. Ini
meliputi pemendakan, penjerapan dan penyahjangkitan.

Kaedah-kaedah Rawatan Kumbahan


Rawatan Permulaan Kumbahan
Rawatan permulaan kumbahan didefinisikan sebagai
penyingkiran unsur-unsur kumbahan yang mungkin
menyebabkan masalah-masalah penyelenggaraan atau
operasi dengan operasi-operasi rawatan.
Ini termasuk pemeriksaan dan pengisaran untuk
penyingkiran serpihan dan kain buruk, penyingkiran
batu-batu halus menerusi pemendapan dan juga
penyingkiran minyak dan gris menerusi proses
pengapungan

Kaedah-kaedah Rawatan Kumbahan


Rawatan Utama Kumbahan
Di dalam rawatan utama, proses pemeriksaan dan
pemendapan akan menyingkirkan sedikit pepejal terapung dan
bahan organik. Efluen daripada rawatan utama akan
mengandungi kandungan pepejal terapung atau bahan organik
yang tinggi.
Rawatan Sekunder Tambahan
Rawatan sekunder kumbahan tertumpu kepada penyingkiran
bahan organik terbiodegradasikan dan pepejal terapung dan
kebanyakannya menggunakan proses-proses unit biologi.
Penyahjangkitan mungkin dimasukkan di dalam rawatan
sekunder kumbahan.

Kaedah-kaedah Rawatan Kumbahan


Rawatan Peringkat Tinggi Kumbahan
Rawatan peringkat tinggi kumbahan melibatkan
penyingkiran nutrien-nutrien, bahan-bahan toksik termasuk
logam-logam berat dan penyingkiran seterunya bagi bahan
organik dan pepejal terapung. Efluen daripada rawatan
peringkat tinggi adalah berpiawaian tinggi dan sesuai untuk
diguna semula.
Di Malaysia, masih belum ada rancangan untuk membina
sistem-sistem rawatan peringkat tinggi. Tumpuan diberikan
untuk menyediakan piawaian asas untuk rawatan
permulaan, utama dan sekunder.

Kaedah-kaedah Rawatan Kumbahan

REKABENTUK SISTEM PEMBENTUNGAN


Perlu berfungsi dengan efektif
2. Ekonomi dari segi kosnya
3. Faktor keselamatan yang telah ditetapkan
1.

Jenis sistem pembentungan


3 jenis sistem pembentungan:
1. Pembentung sanitari (sanitary sewers)
2. Pembentung ribut (storm sewers)
3. Pembentung gabungan (combined sewers)

Pembentung sanitari
Direbentuk hanya mengangkut air dari kawasan

perumahan, kawasan perdagangan dan kawasan


perindustrian yang lengkap dengan sistem
pembentungan.
Air ribut, air larian permukaan serta air dari
penyusupan tidak dibenarkan masuk ke dalam
pembentung sanitari.

Pembentung ribut
Direkabentuk hanya mengangkut air ribut dan air

larian permukaan yang dihasilkan semasa hujan.


Air yang diangkut dalam pembentung ribut mungkin

mengandungi bahan yang dicemari dengan nilai


BOD dan COD yang tinggi.

Pembentung Gabungan
Dalam kebanyakan bandar yang lama sistem

pembentungan yang digunakan ialah pembentung


gabungan di mana pembentung gabungan ialah
gabungan antara pembentung sanitari dan
pembentung ribut.
Air yang dibawa oleh pembentung gabungan adalah
dalam kuantiti yang banyak, maka loji rawatan
kumbahan yang dibina mesti mampu menanggung
kapasiti yang banyak.

Senario pembuangan air sisa di Malaysia

Pengolahan air sisa di Malaysia adalah moden, tetapi

ini benar untuk kawasan bandar dan kawasan yang


maju.
Di kawasan luar bandar dan pinggir pantai, air sisa

biasanya dibuang terus ke persekitaran.

Senario pembuangan air sisa di Malaysia

Di sesetengah kawasan, sistem tangki septik / kolam

septik/ kolam pengoksidaan adalah kaedah yang


utama.
Dalam kaedah ini, air sisa ditakung dalam tangki

septik untuk menjalani tindakan penguraian


Seterusnya air akan dilepaskan ke tanah

Senario pembuangan air sisa di Malaysia

Masalah utama bagi kebanyakan negara ialah

pengurusan sistem septik yang tidak teratur dan


tidak efisien.
Selain itu, rekabentuk sistem septik tidak sesuai dan

penyelenggaraan yang tidak baik turut menjadi


masalah utama.

SISTEM PEMBENTUNGAN

Lurang (manhole)
Tangki septik
Tangki imhoff
Kolam pengoksidaan

Lurang (MANHOLE)

Lurang
Satu ruang yang dibina antara sepanjang saluran

sistem pembentungan.
Tujuan lurang dibina ialah memudahkan kerja
penyenggaraan dan pemeriksaan.
Jarak maksimum antara lurang adalah 100m dan
kedalaman minimum adalah 1.2m dari permukaan
tanah.

Lurang (manhole)

LURANG

Tangki septik (ST)


Merupakan jenis pembentungan yang paling ringkas
ST meliputi dua ruang bersambung secara bersiri
Dalam ruang pertama, pepejal daripada kumbahan

akan mendap dan membentuk enapcemarmanakala


gris dan minyak akan terapung di permukaan dan
membentuk lapisan scum.

Tangki Septik (ST)

Effluen diantara lapisan scum dan enapcemar akan

mengalir ke ruang kedua di mana pemendapan


seterusnya akan berlaku
Akhirnya, effluen akan meninggalkan ruang kedua

dan akan dilepaskan ke longkang atau dibenarkan


untuk menyerap ke dalam tanah

Tangki Septik (ST)


Enapcemar di dalam tangki akan melalui proses

anaerobik (rawatan yang tidak menggunakan oksigen)


dan ditukarkan kepada sebatian organik yang lebih
stabil dan gas-gas seperti CO2, CH4 danH2S
muatan disimpan di dalam tangki simpanan yang

mencukupi disediakan supaya skum dan enapcemar


najis boleh disimpan di dalam tangki selama 2
tahun yang mana selepas itu ia perlu dikosongkan
untuk tangki itu beroperasi dengan baik

Tangki septik
Sesuai untuk sesuatu kediaman atau bangunan

individu dengan kesetaraan penduduk yang


tidak mempunyai sistem pembentungan terpusat
dan pengaliran efluennya tidak akan memberikan
kesan buruk kepada persekitaran
Hanya merawat enapcemar secara separa dan

tumpuan dari kumpulan tangki-tangki ini akan


membebankan kapasiti penerimaan alam sekeliling
mengakibatkan masalah-masalah kesihatan dan bau

Tangki Septik (ST)

Individual septic tank

Tangki Imhoff

Menyediakan olahan kumbahan yang terhad dan

tidak sesuai untuk jangkamasa panjang.

Efluen daripada tangki imhoff boleh menjadi

semakin teruk dengan pantas jika tangki-tangki


tersebut tidak diselenggara dengan betul

Tangki imhoff mempunyai 2 ruang diletakkan di

atas satu sama lain

IMHOFF TANK

Tangki Imhoff

Merupakan loji kumbahan yang paling ringkas dan

memerlukan kemahiran pengendali yang sedikit


Tiada perkakasan mekanikal untuk diselenggarakan

dan operasi meliputi penyingkiran skum, penukaran


arah aliran untuk penyebaran enapcemar yang sama
rata dan juga penyingkiran enapcemar

Tangki Imhoff

Di ruang atas, pemendapan berlaku dengan pepejal

melalui pembukaan ke ruang yang di bawah


Pepejal termendap akan membentuk enapcemar di

ruang bawah dan akan melalui pencernaan anarobik


Gas-gas daripada tangki akan dilepaskan ke udara

dan skum pula dikumpulkan di bahagian atas tangki

Tangki Imhoff

Kumbahan daripada premis-premis bersambung

akan memasuki tangki pemendapan.


Pepejal yang lebih berat akan mendap di bahagian

bawah tangki sebagai enapcemar.


Cecair daripada tangki pemendapan akan menitis

menerusi tapak ke penuras batu batan

Tangki Imhoff

Organisma-organisma yang tinggal di dalam penuras

batu batan akan memakan kumbahan dan merawatnya


pada masa yang sama

Efluen terawat akan diambil dan dilepaskan ke saliran


Selalunya, proses pemendapan di ruang atas akan

disusuli dengan efluen penelusan ke atas media batu


kasar sebelum dilepaskan ke perairan

Tangki Imhoff

Biasanya digunakan untuk komuniti komuniti kecil

sehingga kesetaraan penduduk 1000

Tangki ini murah untuk dipasang, dikendalikan

dan diselenggarakan

Ia hanya merawat kumbahan secara separa

Kolam pengoksidaan

Kolam pengoksidaan / kolam penstabilan

merupakan kaedah olahan kumbahan yang popular


untuk komuniti kecil
Ini kerana kod pembinaan dan operasi yang rendah

Kolam pengoksidaan

Kolam pengoksidaan

Kolam pengoksidaan

Kolam pengoksidaan
Kolam pengoksidaan mempunyai satu atau lebih kolam-

kolam cetek bersiri


Proses-proses semulajadi di dalampertumbuhan alga dan

bakteria juga wujud


Oksigen dibekalkan daripada pengudaraan permukaan

semulajadi dan juga melalui proses fotosintesis

Kolam pengoksidaan
Mikrob-mikrob lain di dalam kolam seperti protozoa

akan menyingkirkan organik tambahan dan nutrien


untuk mempertingkatkan efluen
Selalunya, terdapat sekurang-kurangnya dua kolam

akan dibina

Kolam pengoksidaan
Kolam pertama, akan mengurangkan bahan organik

dengan menggunakan pencernaan aerobik


Kolam kedua, akan mempertingkatkan efluen dan

mengurangkan patogen-patogen di dalam kumbahan

Kolam pengoksidaan
Setelah pengekalan beberapa hari, selalunnya aliran

akan disalirkan ke kolam kedua untuk rawatan


seterusnya sebelum ia dilepaskan kesaliran
Bakteria kumbahan akan bertindak untuk

memecahkan bahan organik dengan menggunakan


oksigen daripada permukaan kolam

Kolam pengoksidaan
Kolam pengoksidaan perlu dikosongkan secara

berjadual untuk memastikan ia berjalan lancar, lebih


kurang 10 tahun sekali
Jumlah rawatan kolam pengoksidaan bergantung

kepada keadaan cuaca

Terima kasih

Vous aimerez peut-être aussi