Vous êtes sur la page 1sur 28

KEGANASAN

RUMAHTANGGA
ADVOKASI KANAK-KANAK
DAN KELUARGA
FEM 4123
DEFINISI
Merangkumi perbuatan-perbuatan:
Serang (assault),
Sentuh (battery),
Gangguan (harassment),
Pemenjaraan yang menyalahi
undang-undang (unlawful
confinement),
Kekejaman fizikal dan mental,
Penganiayaan seksual (sexual
abuse)
Atau apa-apa perbuatan
pencerobohan atau aniaya.
Sambungan
Busby (1989) - penggunaan kekerasan
fizikal oleh ahli keluarga yang
menyebabkan kecederaan atau
kesakitan kepada ahli keluarga yang lain.
4 jenis keganasan atau penderaan yang
biasa berlaku:
Penderaan fizikal
Penderaan psikologi
Penderaan seksual
Penderaan sosial
PENDERAAN FIZIKAL
Bentuk keganasan atau penderaan yang
paling banyak dilaporkan kerana mudah
dikesan.
Mangsa (biasanya isteri) mengalami
kecederaan tubuh badan.
Kecederaan boleh jadi akibat
penggunaan senjata seperti pisau, kayu,
rotan, benda tajam, puntung rokok,
sterika panas atau sebarang bentuk
kekerasan.
PENDERAAN PSIKOLOGI
Menurut Strauss dan Gelles (1986),
penderaan psikoogi juga dikenali sebagai
penderaan secara lisan atau mental / emosi
yang melibatkan :
Ancaman atau ugutan,
Tidak mahu bercakap,
Sengaja menimbulkan kemarahan,
Menyatakan sesuatu yang menyakitkan hati,
Menghina,
Menyumpah.
PENDERAAN SEKSUAL
Melibatkan perbuatan memperkosa atau
melakukan hubungan seks secara paksa
dan ganas.

Menurut Norhalim (1994) penderaan


seksual termasuklah tindakan suami
melacurkan isteri untuk tujuan
mendapat wang.
sambungan

Kajian Brandl (1990) penderaan


seksual berlaku apabila pasangan
melakukan hubungan seks dengan cara
yang menjijikkan, ganas sehingga
mencederakan dan memaksa pasangan
melakukan hubungan seks dengan
lelaki lain.
PENDERAAN SOSIAL

Memalukan mangsa secara fizikal atau


lisan di khalayak ramai.
Melarang mangsa bergaul dengan
masyarakat.
Menahan keinginan mangsa untuk
menikmati kebebasan bergerak
mahupun bersuara.
KITARAN KEGANASAN
LENORE WALKER (1979)
Fasa 1 : Tension Building
Wujud ketegangan dalam rumahtangga.
Isteri jalankan tugas sebaik mungkin
untuk elakkan krisis.
Serangan kecil mungkin berlaku.
Ketegangan berterusan.
Sambungan

Fasa 2 The Explosion


Pendera hilang kawalan.
Pendera mengganas untuk mengajar
isteri.
Serangan berterusan.
Serangan sering berlaku dan kadang-
kadang berlarutan sehingga sehari dua.
Sambungan
Fasa 3 The Honeymoon
Keadaan tegang reda.
Pendera kononnya menyesal, mohon ampun
dan berjanji tidak akan mengulang keganasan.
Isteri maafkan dan percaya segala janji suami.
Fasa simbiotik ini kadang-kadang menyukarkan
sebarang pertolongan yang perlu diberi kepada
mangsa dan juga pendera.
FAKTOR KEGANASAN

Busby (1989),
Faktor individu seperti pengambilan
arak dan rendah pendidikan;
Faktor pasangan seperti tekanan dan
kuasa;
Faktor sejarah lampau seperti pendera
pernah mengalami penderaan semasa
kanak-kanak
Sambungan
Abdullah Ah Hadi et al (1990),
Syak wasangka terhadap isteri
Pertelingkahan kewangan
Seks dan kasih sayang
Hubugan sulit suami
Campurtangan mentua
Isteri tidak pandai mengurus
rumahtangga.
AKTA KEGANASAN RUMAHTANGGA
(AKR 1994)
Cadangan penggubalan Mac 1994 oleh 10 NGO yang
dinamakan Kumpulan Tindakan Bersama dan dibawa
ke parlimen pada April 1994, berkuatkuasa pada 1 Jun
1996.
Tujuan AKR 1994 adalah untuk melindungi mangsa
penderaan dan penganiayaan di kalangan ahli
keluarga yang tinggal serumah.
Terpakai kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira
agama, bangsa, jantina, keturunan dan tempat
tinggal.
Selari dengan Perkara 8 Perlembagaan Malaysia
kesaksamaan undang-undang.
AKTA KEGANASAN RUMAHTANGGA
(AKR 1994)
Falsafah:
1. Membendung kecenderungan untuk
menggunakan keganasan sebagai alat untuk
menyelesaikan masalah rumahtangga
2. Memelihara kesejahteraan keluarga.
3. Sebagai instrumen untuk mangsa mendapatkan
perlindungan
Matlamat:
1. Perlu dilihat sebagai pembaikan keadaan dan
bukan peruntuh rumahtangga.
2. Perlindungan undang-undang dalam hal
rumahtangga dan perkara-perkara yang
bersampingan dengannya.
Sambungan
AKR 1994 perlu dibaca bersama Kanun Keseksaan
pendekatan jenayah.
AKR 1994 tidak mewujudkan apa-apa kesalahan baru tetapi
mengadakan peruntukan perlindungan untuk keselamatan
mangsa.
Kesalahan matrimoni yang bukan kesalahan jenayah , tidak
diliputi oleh AKR 1994.
Perintah Perlindungan Interim: berfungsi sebagai cooling off
period kepada pasangan.
Yang layak dapat perlindungan: isteri atau suami de facto,
anak lelaki, anak perempuan, abang, kakak, adik, ibu bapa,
kanak-kanak bawah 18 thn yang tinggal sebagai ahli keluarga
dan orang dewasa yang tidak berkemampuan tinggal sebagai
ahli keluarga.
Sambungan
Definisi keganasan rumahtangga
menurut S.2 AKR 1994:
Secara sengaja meletakkan atau cuba
meletakkan mangsa dalam ketakutan
terhadap kecederaan fizikal.
Menyebabkan kecederaan fizikal kepada
mangsa dengan satu perbuatan yang
diketahui akan menyebabkan
kecederaan tersebut.
Sambungan
Memaksa atau mengancam mangsa
untuk melakukan apa-apa kelakuan atau
perbuatan berbentuk seksual atau
selainnya , yang mana mangsa ada hak
untuk tidak melakukannya.
Mengurung atau menahan mangsa
tanpa kerelaannya.
Memusnah atau merosakkan harta isteri
dengan niat untuk menyebabkan
kesedihan atau kegusaran isteri.
CONTOH KES
Seorang wanita, Salumah Abdulah
berumur 54 tahun mati akibat cedera di
kepala, dipercayai kerana dipukul suami.
Suami seorang bekas pengawal
keselamatan berusia 55 tahun. Pihak
polis menangkap dan menahan reman
suami mangsa selama 5 hari untuk
siasatan. Suami didakwa di bawah S. 325
Kanun Keseksaan menyebabkan cedera
parah kepada mangsa.
PERINTAH PERLINDUNGAN
Perintah yang boleh dipohon mangsa dibawah
Kanun Keseksaan (KK) jika berlaku keganasan.
Implikasi: menghalang pelaku melakukan
keganasan terhadap mangsa.
Mahkamah boleh perintah pelaku untuk tidak
menghasut orang lain supaya melakukan
keganasan terhadap mangsa.
Tempoh hayat perintah perlindungan: tidak
lebih 12 bulan daripada tarikh kuatkuasa
perintah.
PERINTAH PERLINDUNGAN
INTERIM
S.8 (1),(2),(3) AKR 1994 mahkamah boleh
keluarkan satu perintah perlindungan interim
untuk menangkap pelaku dan menghadapkannya
ke mahkamah dalam tempoh 24 jam. Pelaku tidak
boleh dibebaskan kecuali dengan perintah
mahkamah ikat jamin.
S, 4 dan 12 KK: perintah boleh dikeluarkan
sementara menunggu penyiasatan kes oleh polis.
Permohonan boleh cara ex-parte oleh mangsa.
Sambungan

Tidak patuh perintah: Kesalahan - tidak lebih


RM2000 atau penjara sehingga 6 bulan bagi
kesalahan pertama.
Bagi kesalahan melanggar perintah dengan
melakukan keganasan ke atas orang yang
dilindungi hukuman denda sehingga RM4000
atau penjara tidak melebihi setahun.
Bagi kesalahan kedua dan seterusnya,
hukuman penjara selama tempoh tidak kurang
72 jam dan tidak lebih 2 tahun dan denda
tidak lebih RM5000 juga boleh dikenakan.
PERINTAH SAMPINGAN
S. 6 AKR 1994: Contoh:
1. Perintah mangsa mendiami tempat kediaman
secara ekslusif.
2. Melarang sebarang bentuk komunikasi di antara
mangsa dan pelaku kecuali dengan kehadiran
pegawai penguatkusa atau oranh lain yang
dinyatakan.
3. Perintah pelaku membenarkan mangsa
menggunakan kenderaan pelaku yang sebelum ini
biada digunakan oleh mangsa.
4. Tempoh hayat: tidak lebih 12 bulan daripada
tarikh kuatkuasa perintah.
REMEDI DI BAWAH AKTA UNDANG-
UNDANG KELUARGA ISLAM WILAYAH
PERSEKUTUAN
S. 50: Taklik isteri boleh mohon jika suami
langgar perjanjian taklik sewaktu selepas akad
nikah.
S.52(1)(h): Fasakh isteri boleh mohon jika suami
menganiaya.
S.52(i): Fasakh isteri boleh mohon jika suami
lazim menjadikan kehidupannya menderita oleh
kelakuan aniaya.
Perlu bukti.
REMEDI DI BAWAH AKTA MEMBAHARUI
UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN &
PERCERAIAN) 1976
Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan
Perceraian) 1976:
S 53(1): kepecahbelahan perkahwinan.
S.54(b): pihak menentang telah bertingkah laku
secara yang memyebabkan sipetisyen tidak boleh
dijangka dengan minasabah akan tinggal bersama
pihak menentang.
Kes Hoe Gan Tai lwn. Fong Chee Yan: mahkamah
Persekutuan membenarkan perceraian kerana suami
menyebabkan kecederaan fizikal kepada isteri.
Injunksi: sewaktu menunggu keputusan petisyen
perceraian
PERANAN PIHAK BERAUTORITI
Jika mangsa membuat aduan polis dan
didapati mengalami kecederaan, mangsa
akan dibawa untuk rawatan perubatan.
Di hospital terdapat Pusat Krisis
Setempat, yang menempatkan kaunselor
sukarelawan, pekerja sosial dan polis
yang akan mengambil keterangan.
Biro Bantuan Guaman bantu dalam
proses keadilan.
Sambungan
Jika mangsa perlukan tempat
perlindungan, JKM akan dihubungi.
Biasanya mangsa akan ditempatkan di
tempat yang selamat di bawah kelolaan
JKM atau NGO (seperti Womans Aid
Organization).
Kementerian Perpaduan dan Pembangunan
Masyarakat menyediakan rumah
perlindungan sementara kepada wanita
yang menghadapi krisis rumahtangga.
Sambungan

HAWA telah menerima peruntukan khas


untuk membina Pusat Khidmat Wanita
di seluruh Negara.
LPPKN menyediakan siri bengkel
perkongsian dalam usaha meningkatkan
kesedaran tentang kekeluargaan.
Kesedaran dan kemahiran pihak suami
dan isteri dalam mengendalikan
rumahtangga ke arah masyarakat
sejahtera merupakan cara penyelesaian
yang terbaik.

Vous aimerez peut-être aussi