Vous êtes sur la page 1sur 31

KPK3012

PENDIDIKAN INKLUSIF

Pengenalan Pendidikan
Khas
Definisi dan Konsep
Pendidikan Khas
Kuliah
Apakah Pendidikan Khas?

Pendidikan Khas merupakan pengajaran yang


bercorak individu, direka untuk memenuhi
keperluan-keperluan unik kanak-kanak khas

(Culatta, Tompkins & Werts, 2003)


Siapakah Kanak-kanak Berkeperluan
Khas?

kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-


kanak biasa dalam MANA-MANA aspek
berikut:
Ciri-ciri mental;
Keupayaan deria;
Ciri-ciri neuromuskular atau fizikal
Tingkah laku sosial dan emosi;
Keupayaan komunikasi; atau
Pelbagai kekurangan
SEHINGGA pengubahsuaian dan perkhidmatan
khas diperlukan untuk membolehkannya mencapai
kemampuan yang maksimum.

(Kirk, S. A. et al, 1999)


Pendidikan Khas
Merupakan sebahagian daripada Pendidikan Biasa.

Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi


(1948) dan Ikrar Masyarakat Sedunia di Persidangan
Dunia mengenai pendidikan untuk semua (1990)
menegaskan hak untuk semua tanpa mengira perbezaan
individu.
Individuals with Disabilities Education
Act (IDEA) (1990)

memastikan bahawa setiap individu yang berumur 3


21 tahun mempunyai hak untuk mendapatkan
pendidikan yang percuma dan sewajar dengan
keupayaannya.
United Nations Standard Rules on the Equalization of
Opportunities for Persons with Disabilities (1993)

Mengesa negara-negara anggota memastikan


bahawa pendidikan bagi individu-individu kurang
upaya dijadikan sebahagian daripada sistem
pendidikan negara.
Falsafah Pendidikan Khas

menyediakan Pendidikan Khas agar kanak-kanak


berkeperluan khas dapat berfungsi sebagai individu yang
berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang,
mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi
sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.
Akta Pendidikan (1996)

Maksud Pendidikan Khas

Suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang


mempunyai kecacatan penglihatan dan pendengaran.

Suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang


mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran atau masalah
pembelajaran.

Suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan


khas yang boleh hadir di dalam kelas biasa bersama-sama dengan
murid-murid biasa.
KPK3012
PENDIDIKAN INKLUSIF

Sekolah Khas
Sekolah Khas

Sekolah Pendidikan Khas (SPK) menurut


Akta Pendidikan 1996 mentafsir sebagai
sekolah yang menyediakan pendidikan
khas bagi MBK pada semua peringkat
persekolahan. SPK ini dikendalikan
terus oleh Bahagian Pendidikan Khas
(BPKhas).
SEKOLAH KHAS

Ditadbir urus secara langsung oleh


Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
Khusus untuk Program Pendidikan Khas
bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran.
Merupakan sekolah berasrama / harian
Ditadbir oleh Jawatankuasa sekolah
Mempunyai kemudahan yang bersesuaian
dengan keperluan murid-murid.
Contoh:

SMK Vokasional Shah Alam ( Cacat Pendengaran /


Masalah Pembelajaran: mula 2012)
SMK Setapak Kuala Lumpur ( Cacat Penglihatan )
SMK Persekutuan Pulau Pinang ( Cacat Pendengaran)
SK Pendidikan Khas Kampung Baru Kuala Lumpur
( Cacat Pendengaran )
SK Pendidikan Khas Shah Alam ( Cacat Pendengaran)
SK Jalan Batu, Kuala Lumpur ( Cacat Penglihatan)
Intervensi
Awal

Pusat Pra
Sekolah PDK
NGOs ALIRAN KEMASUKAN
MURID
BERKEPERLUAN KHAS
Sekolah KE SISTEM
Rendah
PENDIDIKAN KPM

Bengkel Bengkel
Terlindung Sekolah Terlindung
Menengah

Sekolah ke Pasca
Kerjaya Menengah

IPT

Berdikari
KPK3012
PENDIDIKAN INKLUSIF

Program Pendidikan Khas


Integrasi (PPKI)
Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI)
Program Pendidikan Khas Integrasi ialah satu
program pendidikan khas yang khusus untuk MBK
yang belajar di dalam kelas pendidikan khas
secara integrasi di sekolah kerajaan atau
disekolah bantuan kerajaan.

[Rujuk Lampiran 2: Peraturan-peraturan


Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.
Tujuan PPKI adalah :
-Menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven
kepada MBK.
Murid berkeperluan khas yang baharu akan diberi
ujian pengesanan/diagnostik untuk penempatan
kumpulan atau kelas yang sesuai.
Pengajaran dan pembelajaran lebih lebih
terancang dan mudah dilaksanakan kepada MBK
berasaskan keperluan pembelajaran yang setara
dan mudah dikendalikan mengikut kepakaran guru.
Muridberkeperluan khas yang telah melalui proses
diagnostik boleh mengikuti P&P berdasarkan
keperluan contohnya mengikuti Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas,
mengikuti kurikulum kemahiran, program
intervensi atau Program Pendidikan Inklusif di
kelas arus perdana.
Mengembangkan potensi murid dengan
mencungkil bakat dan minat murid.
Gurumembuat penilaian melalui aktiviti-aktiviti
P&P yang bersesuaian dengan bakat dan minat
murid.
Guru juga perlu berkongsi dengan ibu bapa
tentang bakat dan minat murid yang ditunjukkan
di rumah untuk guru menggabungjalinkan aktiviti
P&P dalam bilik darjah.
Menyediakan bahan pengajaran yang sesuai dan
terkini kepada MBK.
AktivitiP&P yang sesuai perlu perancangan yang
rapi dan mengambil kira tahap pencapaian, minat
dan kebolehan murid.
Walaupun secara asasnya MBK terutama murid
masalah pembelajaran belajar melalui pengalaman
seperti memperkenalkan benda-benda maujud
terlebih dahulu, tetapi kaedah P&P menggunakan
komputer perlu didedahkan seperti penggunaan e-
bahan, e-pembelajaran dan lain-lain teknologi
komputer terkini mengikut kesesuaian.
-Meningkatkan kemahiran bersosial MBK bersama murid
arus perdana.
Murid berkeperluan khas perlu diintegrasikan secara
terancang bersama-sama murid arus perdana, contohnya di
kantin, tempat perhimpunan, tempat rehat, bilik sumber
dan dalam aktiviti atau program sekolah.
'Buddy System' boleh diamalkan untuk peringkat permulaan
sosial. Murid berkeperluan khas boleh digandingkan dengan
murid arus perdana melalui pelbagai aktiviti seperti
lawatan sambil belajar, berkhemah dan lain-lain aktiviti
luar yang sesuai.
Guruboleh melaksanakan Program Inklusif melalui
kokurikulum di sekolah dengan melibatkan
penyertaan MBK bersama-sama murid arus
perdana, contohnya alam aktiviti unit beruniform,
kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.
KPK3012
PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif

Definisi:
Program penempatan murid Pendidikan Khas
yang telah menguasai sebahagian atau
sebahagian besar mata pelajaran
(akademik) ke kelas biasa untuk mengikuti
suasana pembelajaran normal.
Dijalankan dalam dua bentuk:

Separa Inklusif
Inklusif Sepenuh Masa
i. Separa Inklusif
Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk
mata pelajaran tertentu sahaja
Waktu selebihnya mengikuti program di kelas khas
Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan
Khas
Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing
atau guru pendamping
Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid biasa
ii. Inklusif Sepenuh Masa

Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas


biasa seperti murid biasa
Senarai nama murid dalam daftar kelas yang
diinklusifkan.
Guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan
daripada guru Pendidikan Khas (guru pendamping)
sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari
segi pembelajaran atau tingkahlaku
-Pelajar pendidikan khas yang layak dari segi
pencapaian akademik boleh diberi peluang
untuk mengambil peperiksaan
i. UPSR
ii. PT3
iii. SPM
iv. STPM dsb.
-Kelayakan murid:
ProgramPendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan
di sekolah rendah dan menengah bergantung
kepada laporan prestasi atau Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) oleh guru untuk
menentukan sama ada seseorang murid itu layak
atau sebaliknya.
Semua keputusan kelayakan hendaklah melalui
Mesyuarat Jawatankuasa Program Pendidikan Khas
Sekolah (JPPKS).

Vous aimerez peut-être aussi