Vous êtes sur la page 1sur 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

DOKUMEN-DOKUMEN
PERNIAGAAN
(semasa urusniaga)
Disediakan:

NORHAYATI BINTI ZAINI


820608-01-6064
KDPM-KDC-SABK (NOV 2013)
INVOIS
Dokumen yang memberitahu pembeli tentang
jumlah bayaran yang perlu dijelaskan kepada
pembekal.
Dokumen yang menyatakan senarai barang,
kuantiti dan harga serta jumlah bayaran bagi
barangan yang telah diserahkan.
Invois disediakan dalam 3 salinan yang
berbeza warna iaitu putih, kuning dan merah :
- 1 salinan asal kepada pembeli.
- 2 salinan yang selebihnya digunakan oleh
penjual sebagai rujukan.
Sambungan
Berikut merupakan maklumat-maklumat yangterdapat di
dalam invois :-

1. Nombor invois
2. Nama dan alamat pengirim/penjual
3. Nama dan alamat syarikat penerima/pembeli
4. Tarikh invois
5. Maklumat yang perlu ada dalam invois
6. Butiran dan barangan yang dibeli
7. Jumlah kasar, diskaun niaga dan jumlah bersih yang perlu
dibayar oleh pembeli
8. *Syarat-syarat urusniaga :
- Syarat diskaun tunai.
- Angkutan dibayar.
9. Tandatangan penjual
- Ringkasan K & K di K
Contoh-contoh invois:
NOTA KREDIT
Merupakan dokumen yang dihantar oleh
pembekal kepada pembeli untuk
mengurangkan hutang pembeli.
Digunakan untuk mencatat pemulangan
barang- barang yang dibekalkan oleh
pembekal.
Dalam perakaunan nota kredit asal
dicatatkan dalam Jurnal Pulangan Belian
manakala nota kredit salinan dicatatkan
dalam Jurnal Pulangan Jualan.
Sambungan
Tujuan pembekal menghantar nota
kredit kepada pembeli:
1. Memberitahu bahawa sesuatu catatan
kredit telah dilakukan di dalam
akaunnya.
2. Mengurangkan hutang pembeli kepada
pembekal.
3. Membetulkan kesilapan di dalam invois
kerana pembeli telah dikenakan bayaran
yang lebih daripada sepatutnya.
Sambungan
Punca-punca kesilapan berlaku:
a) Pemulangan barangan oleh pembeli
kerana rosak.
b) Salah jenama atau kualiti yang tidak baik.
c) Pembeli memulangkan bekas kosong
seperti botol, kotak dan tin yang sudah
dikenakan bayaran.
d) Harga yang ditunjukkan di dalam invois
lebih tinggi daripada senarai harga.
e) Diskaun, komisen dan elaun diberikan
kepada pembeli.
Sambungan
Berikut merupakan maklumat-maklumat yang
terdapat di dalam nota kredit :-
1. Alamat pengirim/penjual
2. Alamat penerima/pembeli
3. No. Nota kredit
4. Tarikh nota kredit
5. Maklumat yang perlu ada dalam nota kredit
6. Jumlah yang perlu dibayar.
7. *Syarat diskaun niaga
8. Tandatangan penjual
- Ringkasan K & K di K
Contoh-contoh nota kredit:
NOTA DEBIT
Merupakan dokumen yang digunakan
untuk menambah hutang pembeli
kerana mungkin invois yang dihantar
terkurang catat.
Nota debit disediakan oleh penjual
dan dihantar kepada pembeli.
Penjual menyimpan dokumen salinan
dan pembeli menyimpan dokumen
asal.
Sambungan

Tujuan pembekal menghantar nota


debit kepada pembeli:
1. Memberitahu bahawa sesuatu catatan
debit telah dilakukan dalam akaunnya.
2. Menambahkan hutang pembeli kepada
pembekal.
3. Membetulkan kesilapan di dalam invois
kerana pembeli telah dikenakan
bayaran yang kurang daripada yang
sepatutnya.
Sambungan

Punca-punca kesilapan:
a) Barang-barang yang dikenakan harga
yang kurang daripada senarai harga
sepatutnya.
b) Bayaran serahan atau cukai jualan ke
atas pembeli tetapi tertinggal di dalam
invois.
c) Bunga dikenakan ke atas hutang yang
melampaui tempoh kredit yang
diberikan kepada pembeli.
Sambungan
Berikut merupakan maklumat-maklumat yang terdapat di
dalam nota debit :-
1.Alamat pembekal/penjual
2.Alamat pembeli
3.No. Nota debit
4.Tarikh nota kredit
5.Jumlah yang perlu dibayar
6.*Syarat-syarat urusniaga :
- No. Pesanan
- No. Invois
- Syarat diskaun niaga
7. Tandatangan penjual
- Ringkasan K & K di K
Contoh-contoh nota debit:
Sekian, terima kasih

Vous aimerez peut-être aussi