Vous êtes sur la page 1sur 14

Bab 16 :

Arak
Isi Kandungan
Maksud Arak Dan Sejarah Pengharaman Arak
Cara Ulama Menginstinbat Kan Hukum
Illah Pengharaman Arak Berdasarkan Hadis
Hukuman Kepada Peminum Arak Dan Cara
Mensabitkannya
Sebab-sebab Mendorong Melakukan Perkara
Yang Dilarang
Sebab-sebab Golongan Yang Terlibat Dengan
Arak
Turut Berdosa
Pendapat Ulama Tentang Dadah, Rokok Dan
Pil Khayal
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Dadah,
Rokok Dan Pil Khayal
Hikmah Larangan Arak Berdasarkan Hadis
Maksudnya : Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa
Rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang
terlibat dengan arak, orang yang memerah, orang yang
meminta diperah untuknya, orang yang meminumnya,
orang yang membawanya, orang yang meminta
dibawakan arak kepadanya, orang yang memberi minum
arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang
yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli
arak, orang yang meminta dibelikan arak untukya.
Huraian Hadith
Islam meletakkan darjat yang mulia
keatas manusia.
Membawa perubahan dengan
mengaharamkan arak dan
menghukum mereka yang terlibat
dengan arak
Golongan yang terlibat adalah
berdosa kerana arak memudaratkan
akal manusia.
Maksud Arak Dan Sejarah
Arak
Dalam Al-Quran : Khamar berasal dari kata
khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum
arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal
fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan
dirinya dan lupakan Allah.
Istilah : Setiap minuman yang memabukkan hasil
daripada perahan anggur dan lain-lain.
Peringkat pertama pengharaman arak



(surah Al-baqarah 2:219)

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: Pada keduanya
terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya
lebih besar dari manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka
nafkahkan. Katakanlah: Yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-
ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,

Ayat ini menerangkan disebalik keburukan arak


terselit sedikit kebaikan

Syarak menolaknya kerana dosa dan kemudaratan


yang besar (kemudaratan individu, keluarga &
masyarakat)
Peringkat kedua :








(surah an nisa , 6:43)
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendekati
shalat sedangkan kalian dalam keadaan mabuk, sampai kalian
mengetahui apa yang kalian katakan

Ayat ini menerangkan bahawa


arak hanya haram ketika hendak
menunaikan solat sahaja
Peringkat Ketiga :






(surah al maidah 5: 90-91)
Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungghunya arak dan judi, pemujaan berhala,
mengundi nasib dengan batang2 anak panah, adalah(semata-mata) kotor (keji) dari
perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan
kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu
daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu
mahukah kamu berhenti(daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor
iaitu kamu masih berdegil)?

Pengaraman arak secara menyeluruh


Melibatkan semua jenis kegiatan yang berkaitan
dengan arak.
Cara Ulama menginstinbatkan
hukum
Melalui kalimah dalam ayat

Bermaksud Allah melaknat sepuluh


golongan yang terlibat dengan arak

Setiap perkara yang dilaknat Rasulullah


adalah perkara yang diharamkan Allah
Hukum Pengharaman Arak
Berdasarkan Hadith




:




(riwayat Abu dan Tirmidzi dan Ibnu Haban)

Daripada Ibnu Umar r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w : Setiap


benda yang memabukkan ketika banyak maka sedikitnya pun haram.

Pendapat jumhurul Ulama arak adalah memabukkan sama ada diminum dalam kuantiti yang sedikit atau
banyak.
Arak tidak terbatas kepada hasil tertentu sahaja (anggur, beras, gandum,) tetapi apa sahaja yang
memabukkan.

(hadith riwayat muttafaq alaih)


Daripada Umar r.a berkata, telah turun hukum pengaharaman arak. Dan ia dibuat daripada lima bahan
berikut : anggur, kurma madu, gandum, dan barli. Arak itu adalah sesuatu yang menutup kewarasan akal.
Hukuman kepada peminum arak dan
cara mensabitkannya
Orang islam yang disabitkan kesalahan minum arak dikenakan
hukuman sebat sebanyak 40kali sebatan.
Cara mensabitkan hukum: Penyeksaan oleh 2 orang lelaki islam
yang adil dan pengakuan peminum arak .

Sebab sebab Mendorong melakukan


Perkara yang mungkar

o Kelemahan iman
o Kurang pengetahuan agama
o Pengaruh rakan-rakan
o Kekurangan pengetahuan tentang bahaya dan
kemudaratan sesuatu yang dilarang.
o Pengaruh media massa dan media elektronik
Sebab-sebab golongan yang terlibat
dengan arak turut berdosa
o Golongan yang terlibat : Orang yang bekerja di kilang arak, Pemilik syarikat arak, pekerja
kedai arak, orang yang membawa / menjual / memasarkan arak ke tempat2 tertentu.
o Mereka dikategorikan berdosa kerana terlibat dengan arak dan
boleh memudaratkan individu, masyarakat dan negara.

Pendapat ulama tentang


dadah,
rokok dan pil khayal.
Penyalahgunaan dadah dan pil khayal: termasuk dalam hukum arak (haram) kerana
ia boleh mengkhayalkan seseorang yang menggunakannya.
Ulama berbeza pendapat mengenai hukum rokok :
> Haram : fatwa Yusuf al- Qardawi , kerana ia memudaratkan, mendatangkan penyakit,
membazir harta dan wang.
>Makruh: mendatangkan bau-bau busuk yang mengganggu orang lain, gangguan
emosi, menjatuhkan maruah seseorang.
Langkah-langkah untuk mengatasi
masalah dadah, pil khayal dan rokok.
Memberi didikan agama yang cukup
Memahami tanggungjawab menjaga diri dan
keluarga daripada kebinasaan
Menyeru masyarakat kepada jalan kebenaran dan
mencegah kebinasaan
Meminta nasihat dan bantuan daripada yang Arif
Mengadakan aktiviti berfaedah
Bekerjasama membanteras kegiatan yang
menghancurkan masyarakat
Pihak berkuasa menguatkuasakan undang2.
Hikmah Larangan Arak
Berdasarkan Hadis
o Mendatangkan keburukan kepada jasmani
rohani dan emosi
o Membawa kemusnahan hidup dan pecahan
kepada institusi keluarga, masyarakat dan
negara.
o Pembaziran wang yang boleh digunakan
kepada jalan yang berfaedah
o Punca berbagai penyakit
o Kunci kepada maksiat dan penyakit sosial.

Vous aimerez peut-être aussi