Vous êtes sur la page 1sur 9

Panduan Analisis Data

Pendekatan deduktif
Melibatkan penggunaan struktur atau kerangka yang telah
ditentukan lebih awal untuk menganalisis data. Contohnya
pengkaji ingin meneroka pandangan atau perasaan murid
(responden) tentang alasan tidak dapat mengikuti pelajaran
atau tidak aktif dalam pembelajaran, maka temubual
dilakukan untuk meneroka alasan atau sebab-sebabnya.
Pengkaji boleh mengesan kategori (jenis / tema) alasan
tersebut (kualitatif) dan kekerapan setiap alasan yang
diberikan (kuantitatif). Pengkaji boleh saja memilih hanya
jenis atau kategori alasan sahaja tanpa mengambil kira
kekerapan setiap alasan (khususnya apabila bilangan
responden adalah terlalu kecil iaitu antara 2 hingga 6
orang).
Pendekatan induktif
Proses menganalisis data tidak melibatkan
struktur / kerangka / teori yang ditetapkan
lebih awal. Pendekatan ini lebih komprehensif
dan paling kerap digunakan untuk
menganalisis data kualitatif. Terdapat banyak
kaedah untuk mengaplikasi pendekatan
induktif dan yang paling lazim ialah dengan
menggunakan kaedah analisis kandungan
berdasarkan tema (thematic content analysis)
Peringkat-peringkat analisis
Terdapat 4 peringkat analisis
Peringkat 1:
Kenal pasti tema atau kategori (idea, konsep,
terminologi, kata kunci) yang boleh diperolehi daripada
teks / transkrip. Proses mengenalpasti ini dikenai
sebagai pengekodan terbuka (open coding). Tujuan
mengenalpasti tema atau kategori ini adalah untuk
memilih perkataan atau frasa yang relevan dan
diperlukan. Langkah seterusnya ialah mengumpulkan
perkataan dan frasa dalam tema atau kategori tadi di
atas kertas kosong (data display) dalam bentuk jadual
atau peta minda dan mula memotong maklumat
berulang. Proses ini dikenali sebagai
proses pengurangan data(data reduction).
Peringkat 2
Kategori yang terhasil akan disemak
semula untuk memastikan tidak terdapat kategori
yang sama (tetapi menggunakan perkataan yang
lain seperti seronok dan gembira). Seronok
dan gembira boleh dimasukkan dalam satu
kategori perasaan dengan sub kategori positif
dan negatif (untuk perasaan bosan, tidak
seronok dan sebagainya). Proses mengaitkan
antara kategori dan sub-kategori ini
dinamakan axial coding.
Peringkat 3
Data yang terpapar (displayed data)
seterusnya dibuat interpretasi berdasarkan
kepada ilmu pengetahuan (asas teori) dan
pengalaman. Sebaiknya, pengkaji melibatkan
pihak ketiga (third party) seperti rakan
sejawat (untuk peer review) atau rakan
kritikal untuk mengesahkannya
(memastikan rigour dan trustworthy yang
lebih tinggi).
Peringkat 4
Mula menulis (menghurai atau merumus)
dapatan kajian untuk menjawab soalan kajian.
Sebaiknya dikaitkan dengan dapatan kajian
awal (jika ada)
Peringkat 3 dan 4 dinamakan
proses menghasilkan rumusan dan
pengesahan (conclusion drawing and
verification)

Vous aimerez peut-être aussi