Vous êtes sur la page 1sur 10

Salin dalam keadaan senyap dan kemas.

Sshhhhh...jangan bising nanti cikgu marah!!!!


Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai
serta dipandang dari pelbagai sudut.
Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu
proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat tempat yang
menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.
Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang
difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak
pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi
untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut.
Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala
pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca.
Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca
berfungsi.
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang
disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara
perletakan yang menimbulkan suatu makna.
Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan
pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya
juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.

Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle


Wheel (karya asli telah hilang) adalah penciptaan
terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana
arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang
terdapat di rumah.
Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi
yang kemudian ditimbulkan menjadi imej tiga dimensi.
Arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman
dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar
latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi figura
tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik.
Arca Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk
membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca.
Juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung
di atas siling.

https://www.youtube.com/watch?v=YZOvkU2-95A
https://www.youtube.com/watch?v=djXwQW_uqGE
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-
awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian
dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak.
Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan
menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh
digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek
untuk menggambarkan situasi yang sebenar.
Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas
yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau
pun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak
dan dinding kotak/bekas tersebut.
Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat
berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh
fiksi.
Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun
kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada
pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak
kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang
Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.
Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas
dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal
daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh
orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama
Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-
temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun
tempatan yang dipanggil Washi.

Vous aimerez peut-être aussi