Vous êtes sur la page 1sur 41

TAJUK 5:

MELAYANI
PERASAAN
PERASAAN
DEFINISI PERASAAN
PERASAAN YANG POSITIF
MEMAHAMI PERASAAN
PENGENALAN

Setiap manusia mempunyai emosi sendiri begitu juga kanak-


kanak. Mereka mempunyai tingkahlaku yang pelbagai.
Kesemua tingkahlaku yang dipamerkan oleh kanak-kanak
mempunyai perkaitan dengan perkembangan kanak-kanak iaitu
perkembangan sosioemosi.
Eleman perasaan sangat penting kepada manusia. Ini
kerana, perasaan adalah penggerak untuk hidup yang lebih
bahagia dan kasih sayang kepada diri, ibu bapa, sahabat,
jiran, masyarakat dan persekitaran.
Perasaan dalam diri kanak-kanak tidak boleh diabaikan.
Mereka berubah tidak mengira masa.
Kestabilan perasaan kanak-kanak boleh dipupuk demi
memastikan diri mereka dapat berfungsi dengan lebih
berkesan dalam pelbagai situasi kehidupan.
Kanak-kanak memerlukan masa dan memberi fokus kepada
penguasaan kemahiran emosi yang matang.
DEFINISI PERASAAN

Perasaan disebut sebagai emosi atau afeksi.


Perasaan adalah berbentuk fisiologi dan psikologi yang
merupakan tindak balas manusia kepada peristiwa yang
sesuai kepada keperluan dan matlamat peribadi seseorang.
Perasaan adalah sesuatu yang subjektif dan sukar
dihuraikan.
Keadaan emosi ini menggerakkan pemikiran dan tindakan
luaran yang biasanya bersesuaian dengan situasi.
Perasaan terbahagi kepada dua iaitu perasaan positif dan
negatif.
Kanak-kanak khususnya masih tidak mampu berfikir secara
rasional. Oleh yang demikian, kanak-kanak seringkali
melepaskan perasaan negatif.
Contohnya seorang kanak-kanak akan memaki atau memarahi
ibunya kerana tidak dapat sesuatu yang diinginkan.
Kadangkala, perasaan yang diluahkan mereka juga tidak
bersesuaian dengan situasi.
PERASAAN POSITIF
Perasaan boleh membangunkan orang lain. Begitu juga kanak-kanak.
Perasaan positif yang hadir disekeliling mereka mampu membuatkan
mereka turut berasa positif.
Perasaan positif juga banyak membantu menyelesaikan masalah serta
membina keyakinan diri.
Mereka yang berfikiran positif sentiasa berasa gembira dan mampu
mengharungi pelbagai situasi.
Selain itu, hasil kajian mendapati, perasaan positif kanak-kanak
ketika kecil mampu membentuk individu yang cemerlang ketika mereka
dewasa kelak.
Contoh perasaan positif ialah:
I. Gembira
II. Tersenyum
Emosi asas terbentuk beberapa bulan setelah dilahirkan.
Ekspresi muka dapat menunjukkan sama ada kanak-kanak itu
gembira, marah, takut, benci, sedih atau terperanjat.
Kanak-kanak memulakan hidup dengan perasaan yang asas.
Perasaan kanak-kanak terbentuk secara perlahan-lahan.
Emosi baru terbentuk disebabkan perluasan pengalaman
sosial dan interaksi dengan orang-orang di persekitaran.
Perasaan lain yang terbentuk semasa awal kanak-kanak ini
ialah perasaan:
I. Bimbang
II. Malu
III.Bangga
IV. Rasa bersalah
V. Minat
VI. Perasaan puas hati.
Selain pergerakan anggota badan, wajah juga adalah salah
satu sumber untuk memahami perasaan kanak-kanak.
Sebagai contoh, bayi akan tersenyum selepas diberi minum
susu atau makan.
Semasa umur dua bulan, kanak-kanak mula memberikan
senyuman sosial iaitu bertindak balas kepada senyuman ibu
atau orang lain.
Ini adalah ekspresi keseronokan kanak-kanak.
Pada peringkat awal kanak-kanak, perasaan yang
digambarkan adalah tulin tanpa kepura-puraan.
Setelah mengenali orang, kanak-kanak mula membina
perasaan takut kepada orang lain yang tidak dikenali dan
seterusnya menangis apabila hendak dipegang oleh orang
yang jarang dijumpai.
Perasaan Ciri-ciri Ekspresi Implikasi
Gembira Senyum Kegembiraan menolong kanak-kanak menikmati hidup
Ketawa dan mewujudkan hubungan positif dengan orang lain.
Galak mereka bercakap tentang kegembiraan.
Raikan kegembiraan.

Marah Muka berkerut Dapat meluahkan rasa ketidakpuasan hati.


Muka masam Tolong kanak-kanak meluahkan perasaan marah dengan
Tingkahlaku menghentakkan kaki, cara yang positif.
membuang barang atau menyatakan
dengan kata-kata tidak menyenangkan.
Takut Muka menunjukkan rasa takut. Takut timbul apabila seseorang terasa terancam dan
Menarik diri dari satu situasi. merasakan keselamatan fizikal dan kesejahteraan
Badan berpeluh psikologi tidak selamat.
Takut mendorong seseorang kanak-kanak melarikan diri
untuk mendapatkan perlindungan atau melawan semula.

Sedih Ekspresi sedih. Seseorang sedih apabila sedar bahawa matlamat yang
Menangis hendak diperoleh tidak tercapai.
Mendiamkan diri Mengalami kehilangan orang tersayang.
Manarik diri Tolong kanak-kanak meluahkan kesedihan dan
memikirkan cara menangani kesedihan.

Benci Muka berkerut Perasaan benci timbul apabila mengalami keadaan yang
Menarik diri dari sesuatu situasi tidak tidak disukai.
menyeronokkan. Hormati perasaan benci ini dan tolong mereka memberi
Menunjukkan muka benci seperti sebab mereka benci.
menjeling atau memalingkan muka.
Bimbang Selalu risau. Bimbang menyebabkan kanak-kanak
Mengelakkan punca kembimbangan. berusaha mendapatkan sesuatu.

Malu Cuba menarik diri dari situasi. Sedar tentang piawaian tingkahlaku yang
Tundukkan muka ditetapkan.
Memotivasikan kanak-kanak mencuba
dengan lebih kuat lagi.
Orang dewasa tidak seharusnya memalukan
kanak-kanak.
Komen yang menyakitkan hati menyebabkan
akan kemarahan.

Rasa Bersalah Muka sedih Telah mengkhianati orang lain.

Bangga Ekspresi suka Rasa bangga apabila telah dapat mencapai


Rasa untuk menunjuk-nunjuk apabila telah matlamat yang diharapkan.
mendapatkan sesuatu pencapai yang luar biasa. Galak kanak-kanak berkongsi perkara yang
membanggakan mereka.
EKSPRESI PERASAAN

DIRI SENDIRI
ORANG LAIN
BERKONGSI
PENGENALAN
Perkataan emosi adalah dipetik daripada
kata dasar yang berasal daripada bahasa
Latin yang memberi maksud to move.
Ekspresi emosi adalah sesuatu yang
melibatkan pengurusan emosi kendiri dan
kecerdasan kendiri iaitu dari segi
perhatian dan keinginan melakukan
sesuatu.
Sebagai seorang guru, kita seharusnya
bijak di dalam membina dan memupuk
keyakinan dan juga penghargaan kendiri di
dalam diri kanak-kanak.
Pelbagai aktiviti boleh dirancang dan
dilakukan oleh guru untuk meningkatkan
ekspresi emosi kanak-kanak iaitu seperti
guru menggalakkan kanak-kanak untuk bermain
bersama tanpa mengira kaum dan agama.
Dengan cara ini mereka akan belajar
menghormati hak orang lain dan juga belajar
memahami kehendak dan perasaan orang lain
secara tidak langsung.
Sebenarnya, tanpa kita sedari, ekpresi
emosi boleh dipertingkatkan secara tidak
langsung di dalam bilik darjah.
Contohnya :
kanak-kanak berdikari mengurus diri ke tandas
membuka kasut
mengemaskan peralatan yang telah digunakan
selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
Sebagai seorang guru, kita berperanan
untuk menyediakan persekitaran yang
sesuai untuk membantu kanak-kanak di
dalam mengekpresikan emosi mereka.
Kanak-kanak boleh mengekspresikan emosi
diri mereka sendiri, orang lain dan juga
berupaya untuk mengekspresi emosi secara
berkongsi dengan orang lain.
Oleh itu, pengalaman mereka perlu
didengar dan mereka juga perlu diberi
peluang untuk menyuarakan pendapat dan
melahirkan ekspresi emosi mereka kepada
rakan sebaya dan juga orang dewasa.
EKSPRESI PERASAAN :
DIRI SENDIRI
Kanak-kanak adalah individu yang boleh
dianggap unik dan berbeza daripada kita
orang dewasa.Mereka dapat mengekspresi emosi
mereka dengan cara yang tersendiri.
Namun, mereka perlu disediakan ruang untuk
mereka mengekspresi diri mereka dengan cara
yang baik.
Peranan seorang guru adalah utk menyediakan
ruang untuk mereka mengekspresikan diri
mereka.
Antara contoh aktiviti yang membantu kanak-
kanak mengekspresi diri ialah
permainan fantasi
aktiviti main peranan
aktiviti menghasilkan lukisan mengikut kreativiti
sendiri
aktiviti merekacipta binaan daripada lego dsb.
Kanak-kanak juga mempunyai daya
ingin tahu atau daya inkuiri yang
kuat.
Sebagai orang dewasa, kita
seharusnya tidak menyekat atau
membantutkan daya inkuiri kanak-
kanak.
Kita seharusnya membenarkan mereka
membuat pilihan apa yang mereka
gemari dan sukai dan sebagai orang
dewasa juga kita seharusnya
membimbing mereka agar pilihan yang
mereka buat tidak tersasar dari
landasan yang sepatutnya.
Selain itu, kita seharusnya memberikan
mereka motivasi dan galakan untuk
melakukan sesuatu yang baik di dalam
bilik darjah.
Ianya akan menjadi lebih baik jika
mendapat sokongan dan dorongan daripada
ibu bapa mereka di rumah.
Dengan cara ini, ianya akan membentuk
kanak-kanak yang mempunyai identiti
positif iaitu kanak-kanak yang mempunyai
kuasa diri di mana mereka boleh mengawal
rasa kecewa dan menghadapi cabaran dengan
orang lain.
Kanak-kanak yang positif juga mempunyai
penghargaan kendiri yang tinggi dan
mereka lebih optimis dengan kehidupan
sehariannya.
EKSPRESI PERASAAN :
ORANG LAIN
Kanak-kanak memerlukan individu lain
untuk bertindak sebagai agen
sosialisasi untuk memberikan
pendedahan kepada mereka mengenai
orang lain.
Agen sosialisasi yang paling dekat
dengan kanak-kanak ialah guru dan
ibu bapa mereka.
Kanak-kanak perlu dibimbing untuk
menggunakan dan menerapkan nilai-
nilai positif apabila berkomunikasi
dengan orang lain.
Kanak-kanak seharusnya dipupuk
dengan nilai-nilai murni seperti
kasih sayang
integriti
jujur
bertanggungjawab
menghormati orang lain
bantu membantu
Prihatin dsb
Ini adalah penting untuk memastikan
mereka tidak canggung dan janggal
apabila bergaul dengan orang dewasa
dan dapat diterima dengan baik oleh
orang dewasa.
Sebagai orang dewasa, kita seharusnya
mempunyai sifat empati kepada kanak-
kanak.
Empati adalah berasal daripada perkataan
Greek yang membawa maksud feeling into.
Empati adalah salah satu daripada
kemahiran emosi. Ianya adalah membawa
diri kita masuk ke dalam perasaan yang
dialami oleh orang lain.
Seorang guru perlulah mempunyai sifat
empati di dalam diri.
Ini adalah penting untuk memastikan
seorang guru boleh memahami dan
mengetahui kehendak dan keinginan emosi
dan fizikal kanak-kanak.
Seorang kanak-kanak memerlukan
perhatian dan bimbingan daripada
orang dewasa untuk mengekspresikan
emosi mereka.
Kanak-kanak banyak berada di dalam
alam mereka sendiri, oleh itu,
mereka kurang memahami emosi orang
lain melainkan mereka diberitahu
dengan cara demostrasi yang mudah.
Sebagai contoh, kanak-kanak perlu
diterangkan mengapa rakan mereka
menangis sama ada kerana dicubit
atau diganggu.
Jika tidak diterangkan mereka akan
berada di dalam situasi yang
tertanya-tanya.
Dari aspek perkembangan emosi, kanak-
kanak melihat alam sekeliling mereka
dengan tugasan yang pelbagai.
Sebagai seorang guru, kita seharusnya
merancang dan menyediakan aktiviti yang
sesuai untuk memenuhi ekspresi emosi
kanak-kanak dengan orang lain.
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan
sebagai pengisian di dalam kehidupan
seharian mereka agar mereka tidak bosan.
Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan
ialah
bermain tanah, air, dan pasir,
bermain layang-layang,
bermain pondok-pondok,
bermain boneka
melakukan pergerakan kreatif dsb.
EKSPRESI PERASAAN :
BERKONGSI
Kanak-kanak juga mempunyai kebolehan untuk
berkongsi emosi dengan orang lain.
Contohnya, mereka boleh bermain dengan rakan
sebaya yang sama tahap perkembangannya,
mereka boleh binteraksi dengan orang
dewasa, memberikan perlindungan dan sokongan
kepada kawan mereka yang diejek oleh orang
lain dan sebagainya.
Mereka berupaya untuk menghargai rakan
sebaya mereka. Mereka sedia berkongsi,
mendengar, menunggu giliran, membantu dan
bekerjasama dengan rakan semasa bermain.
Selain itu, kanak-kanak juga boleh berkongsi
ekspresi emosi dengan orang dewasa.
Kita dapat lihat situasi dimana kanak-kanak
berkongsi ekspresi emosi mereka dengan
orang lain semasa mereka bekerjasama dengan
rakan-rakan untuk melakukan aktiviti,
mereka membantu rakan yang berada di dalam
kesusahan, mereka menunjukkan kasih sayang
mereka kepada ibu bapa, guru dan rakan-
rakan mereka dan sebagainya.
Ianya adalah sesuatu yang subjektif untuk
dinilai kerana ianya tidak terhad kepada
perlakuan positif sahaja malah perlakuan
negatif juga.
Sebagai contoh, kanak-kanak berkongsi
ekspresi emosi mereka yang negatif dengan
rakan-rakan apabila mereka memukul rakan
mereka di sekolah seperti yang diperlakukan
oleh ibu bapa kepadanya di rumah.
Mereka mahu rakan mereka juga merasai
perkara yang sama.
ADAPTASI PERASAAN

SENDIRIAN
BERPASANGAN
BERKUMPULAN
PENGENALAN
Adaptasi bermaksud menyesuaikan fakta
yang terkini dan dan fakta yang terbaru
untuk membentuk suatu fakta yang baharu
dan mencapai keseimbangan.
Kanak-kanak memerlukan orang dewasa untuk
mengadaptasikan sesuatu.
Sebagai contoh, jika kanak-kanak tidak
pernah melihat anjing, mereka akan
mengatakan anjing itu adalah kucing.
Apabila diberitahu bahawa itu adalah
anjing, kanak-kanak akan membina persepsi
baharu di dalam struktur kognitif iaitu
apa yang dilihatnya itu adalah anjing dan
bukan kucing.
Tidak semua kanak-kanak gemar ke sekolah.
Ada diantara mereka yang berasa keadaan dan
suasana di dalam kelas adalah tidak
selamat. Ini kerana mereka merasakan
suasana itu adalah asing kepada mereka.
Apabila guru memperkenalkan satu persatu
konsep, membenarkan kanak-kanak meneroka
bilik darjah dan meyakinkan mereka yang
bilik darjah adalah tempat yang selamat,
lama kelamaan mereka akan membina skema
yang positif mengenai bilik darjah itu dan
ini secara tidak langsung akan mengurangkan
emosi cemas dan takut mereka.
Kanak-kanak memerlukan bantuan untuk
mengadaptasi sesuatu yang baharu kepada
mereka supaya mereka boleh berkembang dan
perlahan-lahan memahami apa yang berada
disekeliling mereka.
Kanak-kanak yang dapat mengadaptasi
kemahiran kognitif mereka secara tidak
langsung dapat meningkatkan kecerdasan
interpersonal mereka.
Mereka akan dapat menyesuaikan kehendak
persekitaran dengan bantuan orang
sekeliling mereka terutamanya ibu bapa,
ahli keluarga, rakan-rakan dan guru.
Antara contoh proses adaptasi yang boleh
berlaku di dalam bilik darjah ialah
Membezakan warna
Menggunakan perkataan untuk melahirkan emosi
Memberi respons kepada sesuatu perkara
Menyatakan apa yang mereka suka dan tidak suka
secara terbuka
Menonjolkan diri di dalam aktiviti main peranan
dsb.
SENDIRIAN
Seorang kanak-kanak yang berumur lima
tahun berupaya untuk melakukan perkara
yang sesuai dengan kemampuannya tanpa
bantuan orang lain.
Contohnya, mereka sudah pandai memakai
baju sendiri setelah diberi tunjuk ajar
oleh ibu mereka bagaimana untuk
menyarungkan baju ke badan.
Mereka dapat melakukan sesuatu dengan
sendiri jika kemahiran tersebut sudah
terlebih dahulu diajar atau dilatih
kepada mereka.
Antara contoh bagaimana kanak-kanak
mengekspresikan emosi mereka dengan
cara yang tersendiri ialah
Mereka boleh mengintegrasikan antara
emosi dan pemikiran serta menggunakan
bahasa yang diajarkan kepada mereka.
Mereka berupaya berasa takut, marah,
teruja atau kecewa apabila kehendak
mereka tidak diikuti.
Mereka juga boleh melabelkan emosi yang
dilihatnya sama ada ianya sedih, marah,
gembira dsb.
BERPASANGAN
Apa yang diperhatikan, kanak-
kanak belajar dengan lebih
berkesan sekiranya dilakukan
secara berpasangan.
Mereka gembira bermain secara
berpasangan kerana mereka dapat
berkongsi pengalaman dan saling
berkomunikasi dengan rakan
mereka.
BERKUMPULAN
Kanak-kanak suka bermain secara
berkumpulan.
Kebiasaannya mereka gembira kerana dapat
mengekspresikan emosi masing-masing
sewaktu bermain.
Kebiasaannya mereka bermain di dalam
kumpulan kecil iaitu seramai 3 hingga 5
orang atau kumpulan besar iaitu seramai 6
hingga 12 orang bergantung kepada
permainan yang mereka main.
Berikut adalah contoh aktiviti bagaimana
kanak-kanak bermain mengikut tempat dan
kawasan tertentu.
Bil Tempat Objek yang kemungkinan dijumpai dan mereka
belajar bersama-sama
1 Kawasan Siput, kura-kura, serangga, cacing, cicak,
batu cendawan
2 Tepi jalan Rumput, cacing

3 Bawah Buah, burung, sarang, bayang-bayang


pokok
4 Tepi tasik Bunga, angsa, itik, ikan, daun, katak, berudu

5 Pantai Pasir, air laut, cangkerang siput, kerang,


ketam, ikan
6 Tanah Cacing, serangga, batu

7 Taman Burung, arnab, bunga


Selain itu, terdapat juga pusat-pusat
pembelajaran yang terdapat di dalam bilik
darjah yang menyediakan persekitaran yang
sesuai untuk kanak-kanak bermain secara
berkumpulan dan bermain sambil belajar.

Bil Pusat Contoh Bahan Bantu Belajar


pembelajaran
1 Sudut Drama Pentas boneka, replika pondok / dapur

2 Sudut Bongkah, kiub lego, replika haiwan, skull


Kognitif
3 Sudut Seni Berus, kertas lukisan, cat air

4 Sudut Muzik Alat perkusi seperti kerincing, kastenet

5 Sudut Bacaan Buku cerita, buku besar


KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, perasaan adalah
sesuatu yang tidak asing kepada manusia.
Tanpa perasaan, seseorang individu tidak
sempurna.
Begitu juga kanak-kanak. Oleh itu, mereka
harus diberi ruang untuk memahami,
mengekspresi dan mengadaptasi emosi
masing-masing mengikut kesesuaian dan
kehendak mereka.
Sebagai orang dewasa, kita hendaklah
memahami dan menghormati emosi mereka
disamping menjadi model yang terbaik
untuk mereka agar individu yang mempunyai
emosi yang sihat dan positif dapat
dilahirkan.

Vous aimerez peut-être aussi