Vous êtes sur la page 1sur 27

ASPEK SENI BAHASA

DALAM
KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH RENDAH BAHASA
MALAYSIA
TAHUN DUA

1
SENI BAHASA???

Seni Bahasa dapat membentuk kehidupan dan sifat-sifat


peribadi murid yang melibatkan perasaan, daya kreativiti,
persepsi, konsepsi, imaginasi dan estetika bagi
pengembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani untuk
melahirkan insan yang seimbang.

2
KONSEP ASPEK SENI BAHASA

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan


murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan
bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui
pembelajaran yang menyeronokkan menerusi
kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.

Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka


dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan.

3
Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan
bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik
penyampaian yang menarik dan menyeronokkan
seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.
Pembentukan ayat yang menggunakan simile,
peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang
terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga
menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa
Melayu.
Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti
seni bahasa ini dapat membantu murid
memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

4
OBJEKTIF ASPEK SENI BAHASA

Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan


murid mengetahui dan berkeupayaan:

i. menyebut dan memahami perkataan dalam seni kata lagu


melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur;

ii. mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi


yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif
melalui penceritaan secara didik hibur;

5
iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul tentang sesuatu perkara
menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui
lakonan secara didik hibur;dan

iv. melafazkan pantun empat kerat menggunakan bahasa


yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami
maksud pantun secara didik hibur.

6
PRINSIP ASPEK SENI BAHASA

i. Pengajaran Seni Bahasa mementingkan


kehalusan dan keindahan bahasa.

ii. Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik.

iii. Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh.

iv. Guru bertindak sebagai penggerak atau


pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginatif.

7
PRINSIP NYANYIAN DALAM P&P BAHASA MALAYSIA

Seni kata lagu yang betul tatabahasa dan bahasa


yang standard.
Melodi yang mudah diingati
Banyak mengandungi perkataan, frasa atau ayat
yang hendak dipelajari
Mengandungi cerita dan nilai berkaitan dengan
tema.

8
PRINSIP BERCERITA DALAM P&P BAHASA MALAYSIA

Cerita berkaitan dengan tema dan pengalaman.


Mengandungi nilai, unsur kecindan dan menarik.
Cerita mengikut urutan pendahuluan, puncak, penutup
Menggunakan perkataan, frasa atau ayat yang sesuai.
Penekanan pada sebutan, intonasi yang betul dan jelas.
Kelancaran, kelantangan dan kepelbagaian suara
mengikut situasi.
Penekanan mimik muka dan gerak laku.

9
PRINSIP BERLAKON DALAM P&P BAHASA MALAYSIA

Aktiviti berdasarkan tema, pengalaman dan kebolehan


mental dan fizikal murid.
Penekanan pada perkataan, frasa dan ayat yang
hendak dipelajari.
Bahasa mudah, jelas, ringkas dan mudah difahami.
Memberi peluang dan menggalakkan murid berkreativiti
melalui kemahiran intelek dan emosi.
Penekanan pada pengujaran dialog dengan sebutan,
intonasi, kelantangan suara mengikut emosi dan
situasi.

10
PRINSIP PUISI DALAM P&P BAHASA MALAYSIA

Puisi berdasarkan tema, pengalaman dan kebolehan


mental dan fizikal murid.
Bahasa mudah, jelas, ringkas dan mudah difahami.
Puisi sesuai dengan kebolehan intelek murid dan
mudah ditafsirkan.
Memberi peluang dan menggalakkan murid berkreativiti
melalui kemahiran bahasa dan emosi.
Penekanan pada sebutan, intonasi, kelantangan suara
mengikut emosi dan situasi.

11
STANDARD KANDUNGAN DAN
STANDARD PEMBELAJARAN
ASPEK SENI BAHASA

Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa


menentukan keupayaan murid mengungkapkan
keindahan bahasa, memahami dan menghargai
bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara
kreatif.

12
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara didik
hibur dapat menarik minat dan membantu murid
lebih berketrampilan serta menghayati kandungan
seni bahasa.

Penetapan objektif yang perlu dicapai oleh murid


merujuk Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang
disediakan.

13
STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
4.1 Menyebut dan 4.1.1 Menyebut seni kata lagu
memahami unsur dengan jelas melalui
seni dalam lagu nyanyian secara didik hibur.
melalui nyanyian 4.1.2 Memahami dan menyatakan
secara didik hibur. maksud perkataan dalam
seni kata lagu melalui
nyanyian dan gerak laku
secara didik hibur.

14
MELALUI NYANYIAN
Membaca atau melafazkan seni kata lagu dengan
menggunakan rentak atau diiringi muzik yang sesuai dengan
murid.

Mampu menimbulkan minat murid untuk mengukuhkan


kemahiran bahasa, menambah perbendaharaan kata,
meningkatkan pemahaman, memupuk nilai dan perasaan dan
meningkatkan apresiasi terhadap keindahan bahasa.

Aktiviti nyanyian yang dicadangkan bersoal jawab tentang


isi/kosa kata, menulis prosa, menceritakan semula isi seni
kata lagu, memberi respon parafrasa, gerakan badan dan
mimik muka.
15
STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
4.2 Mengujarkan 4.2.1 Mengujarkan ayat dengan
bahasa yang sebutan yang betul, intonasi
indah dan yang jelas dan diksi yang
menggunakan tepat melalui penceritaan
bahasa badan secara didik hibur.
secara kreatif 4.2.2 Mengujarkan ayat dengan
semasa sebutan yang betul, intonasi
bercerita secara yang jelas dan diksi yang
didik hibur. tepat serta menggunakan
mimik muka yang sesuai
melalui penceritaan secara
didik hibur.

16
BAGAIMANA BERCERITA
Teknik Bercerita Tanpa Alat
Tumpuan kepada gaya penyampaian cerita
menggunakan intonasi, nada, sebutan dan mimik
serta ekspresi yang sesuai dengan cerita yang
disampaikan.

Teknik Bercerita Dengan Alat


Bercerita menggunakan alat seperti topeng, pakaian,
dan lain-lain alat/bahan yang dapat menyokong
gambaran cerita semasa membuat persembahan.

17
Teater Bercerita
Penyampaian cerita melalui watak yang terdapat dalam
cerita yang telah dibaca, didengar atau dilihat dengan
menggunakan (menggantung di leher) gambar tunggal
watak tersebut semasa bercerita.

Teater Pembaca
Penyampaian cerita melalui pembacaan dialog bagi watak-
watak tertentu dalam sesebuah cerita. Aktiviti ini
mengutamakan penggunakan suara,sebutan, gerak badan
dan mimik muka sahaja.

18
STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
4.3 Mengujarkan 4.3.1 Mengujarkan dialog dengan
bahasa yang sebutan yang betul, intonasi
indah dan yang jelas dan diksi yang
menggunakan tepat melalui lakonan
bahasa badan spontan secara didik hibur.
dengan kreatif
melalui lakonan 4.3.2 Mengujarkan dialog dengan
secara didik sebutan yang betul, intonasi
hibur. yang jelas, diksi yang tepat
dan mimik muka yang sesuai
melalui lakonan secara didik
hibur.

19
BAGAIMANA BERLAKON
Improvisasi (Lakonan Kaku)
Lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian,
peristiwa atau situasi sebenar dalam kehidupan seharian
dan dialog akan dilahirkan secara spontan.
Simulasi
1. Main Peranan
Lakonan spontan berdasarkan sesuatu
situasi/masalah tanpa menggunakan skrip.

2. Sosiodrama
Aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita menggunakan
skrip lakonan yang telah disediakan.

20
STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
4.4 Melafaz dan 4.4.1 Melafazkan dan memahami
memahami puisi pantun empat kerat dengan
dengan intonasi sebutan yang betul dan
yang betul intonasi yang jelas secara
menggunakan didik hibur.
bahasa yang 4.4.2 Membina pantun empat
indah secara kerat secara berpandu dan
didik hibur. melafazkannya dengan
sebutan yang betul dan
intonasi yang jelas secara
didik hibur.

21
PUISI -PANTUN
kelompok pantun dibahagi kepada;

Pantun cinta dan kasih sayang

Pantun puji-pujian/sambutan

Pantun naratif/cerita

22
CONTOH PANTUN EMPAT KERAT

Pakai baju warna biru


Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Dalam semak ada duri


Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang

23
Batang beremban ditarik kuda
Kuda menggigit hendak makan
Burung terbang dipipiskan lada
Guruh dilangit tempayan dicurahkan

Buah berangan buah bidara


Ranting tersangkut di hadapan pintu
Bersubang ku sangka dara
Bermisai berjanggut kenapa begitu

24
RUMUSAN
Aspek Seni Bahasa merupakan salah satu komponen dalam
Kurikulum Standard Bahasa Malaysia yang menekankan
kepada keindahan bahasa secara didik hibur. Aspek ini
bertujuan membentuk murid untuk memiliki keseimbangan
dalam kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar,
bertutur, membaca, menulis, secara efektif melalui pelbagai
kaedah pengajaran dan strategi. Aktiviti-aktiviti yang bercorak
didik hibur dalam seni bahasa ini dapat meningkatkan
penghayatan nilai dan seni dalam bahasa. Murid
berkemampuan untuk melahirkan idea secara kreatif melalui
bahasa yang indah dan halus serta dapat menghargai dalam
sesuatu nilai dalam sastera atau seni.

25
Yang indah itu seni,
Yang tinggi nilainya bahasa,
Tiada noktahnya di sini,
Berjuanglah terus memartabatkan bahasa.

26
SEKIAN
TERIMA KASIH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

27

Vous aimerez peut-être aussi