Vous êtes sur la page 1sur 12

ASAS LUKISAN

K A DA R B A N D I N G DA N J E N I S G A R I S A N
CARA APLIKASI LITAR ARTICT

Syarat dan cara penggunaan

1) Permukaan Litar Artict adalah untuk membantu murid meningkatkan kemahiran melukis.
2) Objek yang hendak dilukis perlulah dipamerkan.
3) Guru perlu menerangkan kepada murid cara kod Litar Artict dibaca
4) Tunjuk ajar daripada guru kepada murid adalah berdasarkan titik-titik yang terdapat pada permukaan
Litar Artict bagi membantu murid memahami tempat atau kedudukan objek.
5) Lukisan pertama pada bahagian kertas permukaan putih dan spontan (Lukisan pertama adalah untuk
melihat tahap kemahiran murid sebelum menggunakan Litar Artict)
6) Lukis pada permukaan putih sehingga selesai.
7) Gunakan permukaan Litar Artict dan lukis secara spontan dan mengikut kreativiti (Permukaan Litar
Artict bukan untuk digunakan sebagai acuan untuk melukis tetapi lebih kepada cara untuk
memperkemaskan sesebuah lukisan).
Permukaan Litar Artict hanya digunakan semasa atau selepas karya siap
Lukisan Teknik Titik (Pointillism)
Lukisan Teknik Titik

Bagi menghasilan lukisan jenis ini, anda perlu menghasilkan struktur rangka objek terlebih
dahulu dan mengenalpasti garisan-garisan pemisah antara ton cerah, sederhana dan gelap

Mulakan dengan ton yang cerah dan tambahkan titik-titik sedikit demi sedikit bagi
mendapatkan ton yang gelap
Proses melukis teknik titik

1. Buat lakaran struktur objek yang hendak dilukis dengan pensel.


Dapatkan garisan kontour kawasan arah cahaya dan bayang iaitu
daripada kawasan cerah ke kawasan yang gelap.
2. Tambahkan titik pada kawasan yang mempunyai ton
lebih gelap atau boleh menggunakan pen yang lebih tebal
saiznya.
3. Siapkan dengan menambah titik-titik pada bahagian
yang mempunyai ton gelap dan pastikan titik yang dibuat
tidak menjadi garisan.

Vous aimerez peut-être aussi